Wanita jangan mudah mengalah. Itulah pesanan paling bermakna dari usahawan makanan berjaya, Noralinda Norjaya. Menyertai bisnes F&B iaitu makanan dan minuman bukan mudah sebenarnya terutama buat wanita yang bergelar isteri dan juga ibu.
Menurut Pengarah Urusan Sisik, Noralinda Norjaya, di awal pembabitannya dalam bidang bisnes dirinya terpaksa mengambil keputusan berhenti kerja. Dek kerana minat yang mendalam dalam bidang kulinari, Noralinda tetapkan azam untuk membuka perniagaan berkaitan makanan.
Wanita Jangan Mudah Mengalah
Terpaksa korbankan kerja dan menumpukan seratus peratus dalam perniagaan yang dikendalikan, Noralinda berkongsi kisah dirinya yang hanya mampu mengutip RM12 pada hari pertama berniaga.
“Alhamdulillah selepas 13 tahun terlibat dalam bidang perniagaan banyak pengalaman yang saya dapat kutip. Sememangnya banyak cabaran yang saya hadapi namun itu semua tak menjadi masalah.
“Pada saya kita kaum wanita jangan mudah mengalah dan tetapkan hati untuk tidak mudah berputus asa. Insya Allah, akan membuahkan hasil.
“Seperti mana orang lain, saya juga bermula dari bawah di mana pada hari pertama jualan saya cuma mampu kutipRM12. Memang sedih namun itu merupakan pembakar semangat untuk saya ‘jalan terus’,” kongsi Noralinda yang kini apurata jualan sehari sekitar RM30,000.
Pandemik Covid 19 Bukan Halangan
Noralinda juga bersyukur Restoran Sisik yang dikendalikan kini mampu bertahan walau seperti orang lain dirinya juga terkesan dengan pandemik Covid 19.
“Alhamdulillah walau terpaksa lalui pandemik Covid 19, saya mampu lalui cabaran itu. Malah sebelum ini kami beroperasi di Klang pada pada 2011 sebelum berpindah ke Shah Alam empat tahun lalu dan syukur kerana hidangan di Sisik menjadi pilihan ramai.
“Sisik sudah tahun keempat beroperasi di Kelab Shah Alam Selangor dan tahun ini merupakan pertama kali kami menawarkan pakej berbuka puasa kerana pada Ramadan 2023 kami hanya mengambil tempahan awal.
Ads
“Ini kerana ramai meminta kami mengadakan pakej buffet sekali gus memberi memudahan kepada pelanggan apabila lokasi ini turut dilengkapi kawasan pakir luas, surau dan tandas yang bersih.
“Kapasiti ruang Sisik juga besar dengan boleh menampung 400 pelanggan pada satu masa termasuk bilik berpenghawa dingin,” ujarnya.
Pada masa sama, Noralinda turut mengakui trademark Sisik sebagai penyaji ikan bakar popular diteruskan apabila tukang masak berpengalaman mengril semua makanan laut di depan pengunjung. Antaranya sotong dan udang segar bersama adunan sambal resipi turun temurun bahkan ‘bintang’ utama Sisik Royal Buffet iaitu Patin Tempoyak Air Bukit.
Juadah istimewa lain ialah nasi kenduri diacu ayam merah dan jelatah selain lauk pauk Melayu bersama aneka sambal dan pilihan seafood goreng tepung selain seleksi mi termasuk laksa dan takoyaki. Kuih muih tradisi Melayu turut memenuhi meja manisan sebaris dengan pelbagai kek, dessert, bubur manis serta rojak buah.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kagum kalau tengok anak yang masih kecil tetapi sudah mampu membaca dengan lancar. Apa lagi kalau di awal usia anak-anak mampu bercakap menggunakan bahasa Inggeris dengan lancar. Itu salah satu tanda kejayaan kecil dalam diri anak.
Agaknya macam mana nak didik anak sampai pandai tahap itu ya?
Haa… apa yang dikongsikan oleh Puan Fauzan N Siti ini sangat berguna untuk mak ayah praktik di rumah dan mungkin dalam kehidupan harian anak. Jom semak!
Didik Anak Minat Membaca
Bukan seorang tetapi ramai sebenarnya budak-budak yang saya jumpa terutama di kelas english haris dan Aisyah yang cakap..
“Best nya tengok haris dan aisyah membaca, saya bukan tak suka membaca tapi tak sempat.. sekolah..balik rumah ada homework, tuisyen..lepas tu dah letih.”
Saya yang dengar ni, sedih hati.
Lama saya tertanya-tanya apakah ada idea-idea yang boleh bantu anak-anak yang bersekolah untuk bina kemahiran dan tanam sifat membaca.
Sampai lah saya jumpa satu family ini, jumpa secara kebetulan di perpustakaan.
Mereka baru balik dari oversea dan bersekolah private di oversea dan juga ke Malaysia.
Saya lihat anak-anaknya macam anak-anak saya, suka… eh, bukan suka tapi gila membaca.
Macam biasalah, i is kepoh-kepoh. Tanya-tanya kot lah homeschooler sebab waktu sekolah tapi di perpustakaan, anak-anak mereka juga fasih berbahasa inggeris.
Lama-lama sembang, ada benda yang menarik minat saya dan memberi jawapan kepada persoalan saya tadi.
Bagaimana nak bantu anak-anak murid sekolah untuk suka membaca, dia kongsi…
Di sekolah anak-anaknya ada sesi.. DEAR
D= Drop E= Everything A = And R = Read
Tengah-tengah belajar matematik ke, sains ke cikgu akan sebut.. DEAR tiba-tiba dan bila-bila masa yang cikgu mahu.
Semua anak-anak murid akan tinggalkan semua yang mereka buat, tengah tulis ke, jawab soalan ke.
Budak-budak perlu capai satu buku (apa-apa buku asalkan bukan buku sekolah) dan membaca utk 10-20 minit.
Di dalam kelas ada rak buku yang menempatkan buku-buku selain buku sekolah milik individu atau sekolah, kiranya ada mini library dalam setiap bilik darjah.
Mereka diajar untuk sentiasa ingat untuk membaca.
MasyaaAllah.
Betapa bagusnya kalau semua sekolah dan bilik darjah ada sessi begini.
Mungkin boleh di usahakan.
Jika ada kenalan saya yang berstatus guru atau ada kenalan guru..boleh lah di kongsikan imput ini.
Benda nampak macam kecil tapi kesannya life long dan hebat.
Ayuh… budayakan sifat suka membaca dalam anak-anak.
Jom DEAR!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sesungguhnya pengorbanan dan kasih seorang mak memang tanpa batasan.Demi kebahagiaan anak, seorang wanita sanggup mendermakan rahimnya sendiri kepada anak perempuannya yang memiliki rahim tidak berfungi agar turut berpeluang mengandung dan mampu melahirkan anak.
Kejadian yang berlaku di Beijing, China ini, Pembedahan pasangan anak beranak Liang Juan, 29, dan ibunya, 51, berlangsung selama 15 jam di Hospital Xijing, wilayah Xi’an, pada 23 Disember lalu, membabitkan sepasukan 20 pakar bedah dari 10 jabatan.
Pembedahan itu menggunakan kemajuan teknologi robotik bagi mengeluarkan rahim daripada ibu Liang sebelum dipindahkan kepadanya. Ketika proses permindahan rahim tersebut, jarak perbezaan umur dua beranak ini adalah 22 tahun.
Masalah Rahim Tidak Berfungsi
Menurut laporan Daily Mail, Liang Juan mengalami masalah rahim tidak subur dan sekaligus menjadikan rahimnya tidak berfungsi atau tiada.
Menurut laman web tentera China, 81.cn, antara 30,000 hingga 40,000 bayi perempuan dilahirkan tanpa rahim atau alat sulit setiap tahun.
Liang Juan ialah wanita kedua di China yang berjaya menjalani pembedahan pemindahan rahim.Wanita pertama, Yang Hua, yang ketika itu berusia 22 tahun, juga menjalani pembedahan di hospital yang sama pada November 2015. Dia menerima rahim daripada ibunya yang berusia 41 tahun.
South China Morning Post melaporkan, Liang Juan berkata, harapannya untuk memiliki anak sebelum ini musnah kerana dilahirkan tanpa rahim.
“Saya amat berterima kasih kepada ibu dan doktor. Ini usaha mereka bersama untuk saya mencapai impian menjadi seorang ibu,” katanya yang sedang pulih daripada pembedahan.
Lakukan IVF Selepas Pembedahan
Liang akan menerima rawatan kesuburan persenyawaan (IVF) selepas pulih daripada pembedahan.
Sementara itu, Ketua Jabatan Obstetrik dan Ginekologi hospital berkenaan, Dr Chen Biliang berkata, kes kedua itu agak rumit berbanding pembedahan pertama sebelum ini.
“Ibunya sudah menopaus menyebabkan saluran darah keras. Ia rumit kerana sebaik rahimnya dipindahkan kepada anaknya, darah perlu mengalir lancar,” katanya.
Pembedahan pemindahan rahim yang berjaya amat jarang kerana prosesnya kompleks serta rumit dan pembedahan kedua di China ini, ialah yang ke-31 di seluruh dunia, termasuk di Amerika Syarikat, Brazil, Sweden, India, Jerman, Serbia, Republik Czech, Arab Saudi dan Turki. – Agensi
Susul ke syurga, bayi lelaki hanya mampu bertahan 4 hari selepas ibu sarat mengandung maut kemalangan Innalilahiwainailaihirojiun. Kepada Allah kita datang dan kepadaNya kita kembali.
Jika empat hari lalu, ibunya Nor Hidayah Abdullah meninggal dunia selepas cuba mengelak ular sebelum bertembung dengan sebuah kenderaan lain di Kilometer 29, Kampung Charuk Padang, Jalan Jeniang-Sik-Pedu Rabu lalu, semalam berita sedih menyelubungi ahli keluarga terdekat apabila anaknya yang selamat dilahirkan melalui pembedahan akhirnya mengikut jejak ibunya untuk berlari di taman syurga.
Memetik laporan Berita Harian, bayi lelaki yang berjaya diselamatkan menerusi pembedahan kandungan selepas ibunya meninggal dunia akibat kemalangan ketika mengelak ular melintas akhirnya meninggal dunia semalam.
Perkara itu disahkan datuknya, Mansor Adali, 51, yang memaklumkan jenazah bayi lelaki berusia empat hari itu akan dibawa ke rumahnya di Bandar Beris Jaya, di Sik, hari ini.
Beliau berkata, dia sempat menatap wajah cucunya itu yang diberi nama Muhammad Irfan Hidayat Afnan Aliff di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani selepas doktor mengesahkan bayi itu meninggal dunia kira-kira jam 2 petang tadi.
“Saya sempat menatap wajah cucu yang sangat berseri walaupun sudah tidak bernyawa lagi dan doktor sudah berusaha menyelamatkan nyawanya tetapi Allah lebih menyayanginya.”
“Jenazah cucu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Beris Jaya, sejurus selepas segala urusan di hospital selesai,” katanya ketika dihubungi, hari ini.”
Dalam kejadian jam 4.30 petang Rabu lalu, Nor Hidayah yang sarat mengandung anak kedua meninggal dunia selepas motosikal ditungganginya bersama remaja perempuannya berusia 16 tahun bergesel dengan sebuah kereta PERODUA Axia yang dipandu seorang wanita di Kilometer 29, Kampung Charuk Padang, Jalan Jeniang-Sik-Pedu.
Mangsa dikatakan cuba mengelak ular melintas ketika kejadian menyebabkan dia terjatuh dan meninggal dunia di lokasi.
Bagaimanapun, bayi dalam kandungan wanita itu berjaya diselamatkan menerusi pembedahan di Hospital Sik pada hari kejadian.
Namun, bayi itu kemudian dibawa ke Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) HSAH di Sungai Petani untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Mansor berkata, mereka sekeluarga reda dengan pemergian anak dan cucunya dalam kejadian itu yang dianggap kehilangan sekelip mata.
Katanya, jenazah dijangka dikebumikan bersebelahan pusara ibunya, Nor Hidayah Abdullah, 27, yang meninggal dunia Rabu lalu. Sumber: BH Online
SUAMI BOLEH DIDAKWA ROGOL ISTERI KALAU PERDAYA PASANGAN DALAM PERKAHWINAN
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ibu bapa arwah Wan Ahmad Faris tak pernah putus asa 'berjuang' tuntut keadilan. Pada Disember 2013, Wan Ahmad Faris yang juga pelajar tingkatan empat ketika itu, ditemui tergantung dalam tandas asrama Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman, Kok Lanas.