hotdog

Mohon mak ayah yang suka beri anak makan hot dog atau sosej agar lebih berhati-hati dengan jenis makanan yang hendak diberikan pada anak-anak.Hot dog merupakan antara makanan proses yang bukan sahaja tidak bagus untuk kesihatan malah agak berisiko tercekik buat anak-anak yang masih kecil.

Berikut antara kajian kes yang dikongsikan oleh Public Health Malaysia sebagai rujukan;

Bagaimana HOT DOG boleh Membunuh Kanak Kanak Dalam Beberapa Saat?

HOT DOG atau sosej merupakan sejenis makanan proses yang di ketahui mempunyai pelbagai risiko masalah kesihatan jika di ambil dengan kadar yang tinggi.

Selain masalah kesihatan, Pakar Kanak-Kanak menyarankan agar tanda AMARAN di letakkan di plastik pembungkus HOT DOG kerana ia merupakan makanan utama yang menyebabkan menyebabkan kes tercekik di kalangan kanak kanak.

“Menurut kajian American Academy of Pediatrics, 17% kes tercekik makanan berpunca dari HOT DOG terutamanya bagi kanak kanak yang berusia bawah 3 tahun di mana gigi belum tumbuh sepenuhnya untuk mengunyah HOT DOG. Bagi kanak kanak lebih 3 tahun, kemahiran mengunyah belum di kuasai sepenuhnya menyebabkan risiko tercekik ketika menjamah HOT DOG.”

Dr Gary Smith, Pengarah Center for Injury Research and Policy at Nationwide Children’s , Ohio secara sinis berkata;

Jika anda tanya saya,”Apakah penyendal saluran pernafasan kanak kanak yang terbaik- Ya, HOT DOG”

“Apabila HOT DOG telah menyedal saluran pernafasan, percayalah, agak mustahil untuk mengeluarkannya”.

HOT DOG dan KANSER USUS

Kandungan garam dan lemak tepu yang tinggi sememangnya di ketahui umum menyebabkan maslaah obesiti, kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung.

Lebih menarik lagi, kanduangan NITRITES di dalam HOT DOG dan kebanyakan makanan proses lain di ketahui menyebabkan kanser usus. Dari 2008- 2013, terdapat 4501 kes kanser usus di Malaysia terutamanya dikalangan kaum cina dan ia merupakan antara pembunuh utama di Malaysia.

NITRITES merupakan garam tambahan yang di gunakan sebagai bahan pengawet di dalam HOTDOG. Apabila ia di cernakan di dalam sistem penghadaman, bakteria akan menukarkannya kepada N-Nitroso yang merupakan bahan kompaun menyebab kanser.

Menurut WHO’s International Agency for Research on Cancer setiap 50g daging proses yang di makan, meningkatkan risiko kanses usus sebanyak 18%.

Bukan Makan Hari Hari- Apa salahnya?

Mungkin ada yang melihat isu ini secara sinis

“Ala, bukan makan hari hari”

Fikirkan semula. “Makanan Proses” dalam konteks ini termasuklah segala makanan di dalam tin seperti ikan sardin, tuna, makanan sejuk beku, makanan yang di keringkan dan di awetkan seperti ikan masin, ikan kering, buah buahan dan sayur sayuran jeruk dan segala makanan yang di proses sebelum di hidangkan ke pinggan anda.

SUSU, BUAH BUAHAN “PENAWAR” KESAN HOT DOG

Kajian makmal awal saintis membuktikan pengambilan makanan yang mengandungi kalsium dapat mengurangkan kesan bahan berkanser di dalam HOT DOG.

Dalam kajian beliau, tikus yang di berikan kalsium tidak menunjukkan peningkatan paras Tumor Marker berbanding tikus yang di beri HOT DOG. Oleh itu pengambilan makanan yang mengandungi Kalsium seperti susu dan yogourt mungkin boleh menjadi “penawar” kepada bahan kanser yang di makan dari HOT DOG.

Selain itu, pengambilan makanan yang tinggi bahan anti oksida dan vitamin C seperti buah buahan dan sayuran juga dapat membantu mengurangkan “kesan buruk” dari pengambilan HOT DOG.

Kesimpulannya,HOT DOG atau Sosej,Halal atau Haram,

  • Apa yang masyarakat perlu tahu adalah kesan buruk dan bahayanya.
  • Jika anda begitu “bersungguh” untuk memberi HOT DOG kepada anak anak, potong “penyendal saluran pernafasan” tersebut dengan kecil.
  • Pastikan hidangan di seimbangkan dengan buah buahan, sayur sayuran serta produk tenusu.
    BERSEDERHANA. Jangan makan terlalu kerap.

Semoga bermanfaat! Kongsikan juga buat penggemar makan hotdog serta mak ayah yang lain.

Sumber: Public Health Malaysia