Jagung kaya dengan serat dan mempunyai khasiat yang tersendiri. Jika suka makan jagung dan bercucuk tanam, boleh cuba tanam pokok jagung sendiri di rumah. Namun nak tanam jagung elok pun ada ilmunya. Barulah jagung yang ditanam elok membesar, cantik dan isi pun penuh tak rongak. Paling penting kena buat pendebungaan sendiri dan letak baja.
Nak faham lebih lanjut, boleh ikut cara mudah tip tanam Jagung seperti yang dikongsikan oleh Puan Farah Aisyah Ahmad ini.
Cara Mudah Saya Tanam Jagung Elok, Isi Penuh
Bina sedikit batas, semampunya sahaja. Buat lubang sedalam lebih kurang 2 cm dengan jarak 1 kaki. Setiap lubang letakkan 2 biji benih. Kambus biji benih dengan tanah hitam.
Siram pagi dan petang lebih kurang 250ml untuk setiap lubang.
2. Baja
Mulakan pembajaan pada hari kesepeluh. Konsisten membaja seminggu sekali. Tukar kepada baja buah apabila bunga jantan keluar.
3. Pendebungaan Manual
Disebabkan saya tak menanam banyak. Jadi pendebungaan manual sangat membantu untuk mendapatkan jagung yang penuh isinya.
Secara ringkasnya ketika bunga jantan mengeluarkan debu, petik setangkai bunga jantan dan golekkan pada bunga betina.
Waktu paling sesuai untuk pendebungaan ketika cuaca panas dan pukul 11.00 pagi -2.00 petang.
Ads
*Ini kali kelima saya tanam jagung. Alhamdulillah banyak benda yang saya belajar sepanjang menanam.
Info Ekstra!
Pada yang tertanya macam saya.. rujuk rajah ni. Bunga jantan (male) atas sekali dan bunga betina (female) celah daun yang bakal jadi buah jagung.
Kena tunggu bunga jantan matang dia akan kembang dan ada debu bila kita langgar pokok. Masa tu ambil satu ranting dan pusing-pusingkan atas bulu bunga betina.
Mingguan Wanita : Baru tahu, begini rupanya cara dan tip tanam jagung sendiri di rumah. Barulah jagungnya elok besar, cantik dan isi pun penuh. Selamat mencuba! Semoga bermanfaat tip yang dikongsikan.
Balut kaki dengan aluminium foil. Dengarnya nampak meacam pelik dan sukar nak percayai. Maklum sajalah, ia biasa digunakan di dapur untuk masakan tapi kali ini digunakan untuk rawat masalah kesakitan.
Mungkin rama yang tidak tahu dengan balut kaki dengan aluminium foil selama sejam boleh mengurangkan masalah kesihatan yang dihadapi. Namun, sebenarnya produk ini sangat bagus untuk merawat penyakit seharian kita.
Balut Kaki Dengan Aluminum Foil, Kurangkan Masalah Kesihatan
Membalut kaki dengan menggunakan aluminium foil ini banyak faedah dan kebaikan. Conrohnya baik untuk hilangkan keletihan, melegakan sakit sendi, melembutkan kesakitan akibat melecur dan boleh digunakan untuk membantu menyembuhkan daripada selsema.
Bukan setakat itu saja, ada banyak faedah daripada penggunaan aluminium foil, bukan setakat untuk memasak saja.
1. Ia dijadikan penyelamat untuk menpercepatkan kita menggosok pakaian. Lipat sehelai pakaian di sekeliling sekeping foil dan kemudian seterika. Secara tak langsung, kedutan pada kedua belah bahagian dapat dihilangkan.
2. Gunting tumpul? Tidak menjadi masalah. Jika anda menggunakan aluminium foil, gunting akan menjadi tajam. Apa yang anda perlu lakukan ialah mengambil sekeping foil dan kemudian potong menjadi kepingan yang lebih kecil. Itu sahaja!
3. Selain itu, bagi menghilangkan kesejukan yang teruk, ambil 5-7 helai aluminium foil dan balut kaki. Biarkan selama sejam. Kemudian, tanggalkan dan selepas itu balut kembali kaki. Ulang setiap petang. Selepas 2 malam, akan nampak perbezaan.
4. Bagi yang mengalami masalah sendi, boleh balutkan di bahagian yang sakit sebelum tidur. Lakukan selama 7 malam.
5. Bagi yang mengalami keletihan, letakkan beberapa helai aluminium foil di dalam peti sejuk selama 2-4 jam. Kemudian, letakkan helaian pada muka terutamanya di bahagian kelopak mata dan pipi seperti memakai masker.
Walaupun aluminium foil ini boleh membantu mengurangkan kesakitan tapi pastikan mendapat khidmat nasihat doktor juga.
Mingguan Wanita : Ingatkan aluminium foil untuk memasak saja tapi ada kebaikan lain yang boleh kita manfaatkan.
Rata-rata, rumah di kampung memang menggunakan atap zink. Memang jarang kita tengok rumah beratap zink di bandar-bandar sekarang ini. Sebab, semuanya rumah batu.
Tidak dinafikan, rumah atap zink ini sangat panas waktu siangnya. Lebih-lebih lagi bila tiba musim kemarau. Tak sanggup duduk di atas rumah. Bahangnya cukup terasa. Tapi menjelang petang, baru hilang rasa panas.
Ini jugalah bila kita balik kampung rumah mak ayah. Mana yang rumah atap zink memang akan tahulah rasa bahangnya waktu siang. Ini belum lagi kalau hujan, bunyi air hujan yang jatuh atas zink ini cukup kuat.
Perkongsian daripada Mohd Razali ini, boleh digunakan untuk anda yang mempunyai atap zink. Tak kiralah di bahagian garaj kereta, dapur mahupun bahagian tengah rumah. Sekurang-kurangnya dengan pasangkan aluminium foil ini dapat kurangkan bahangnya.
Projek memasang aluminium foil dekat garaj kereta. Asalnya projek dari bulan 6. Hanya pasang sedikit demi sedikit. Akhirnya Ogos lalu siap semuanya.
Sebenarnya, nak pasang aluminium foil ini puna ada kisahnya. Sebelum jiran extend rumah depan dia, ruang tamu rumah ada rasa sejuk juga sebab udara lalu. Tapi bila dah extend, jadi panas pula sebab haba dari zink masuk ke dalam rumah.
Jadi, berfikirlah untuk pasanga aluminium foil ini. Ingatkan senang tapi boleh tahan sakit badannya sebab kena dongak semasa pasang. Akhirnya, inilah hasil berbezaan suhu sebelum dan selepas pasang aluminium foil ini.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Berpindah rumah memang memerlukan duit yang banyak. Macam-macam perkara perlu diuruskan bagi melancarkan urusan perpindahan. Mungkin ramai yang tak tahu, bagi penjawat awam yang membeli rumah menerusi Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) sebenarnya boleh membuat tuntutan bagi elaun pindah rumah. Ia sangatlah membantu bagi meringankan beban kewangan semasa proses pindah rumah.
Berikut perkongsian daripada Puan Dalina Alias yang berjaya dan lulus permohonan mendapat elaun ini sebagai rujukan.
“Untuk sahabat penjawat awam, sila ambil maklum.”
“Kalau beli rumah melalui Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA), anda layak membuat tuntutan Elaun Pindah Rumah. Dengan syarat mendiami rumah tersebut dan tuntutan perlu dibuat tak lewat dari 3 bulan dari tarikh pindah.”
“Alhamdulillah permohonan saya dah lulus. Saya percaya ramai yang tak tahu pasal elaun ni. Kita cuma biasa dengar tentang elaun pindah rumah kerana bertukar. Waima pindah antara blok (kuarters) pun ada elaun jugak ye (tertakluk syarat-syarat).”
Untuk lebih info, rujuk Pekeliling Perbendaharaan 4/1995 & rujuk Bahagian Khidmat Pengurusan (HR) & Kewangan di Jabatan masing-masing.
Dokumen yang diperlukan:
1. Borang Tuntutan Elaun Perpindahan Rumah (Lampiran B-2)
2. Salinan kad pengenalan pemohon (diakui sah)
3. Salinan kad pengenalan pasangan (diakui sah)
4. Salinan sijil nikah/ surat pendaftaran perkahwinan (diakui sah)-yang ni diperlukan sebab bagi yang dah berkahwin dan bujang, kadar yang akan dibayar oleh jabatan adalah berlainan.
5. Salinan surat kelulusan dari pihak LPPSA (diakui sah)
6. Salinan Perjanjian Jual Beli/ S&P (Diakui sah)
7. Salinan buku bank.
Semoga bermanfaat.
MW: Jadi buat penjawat awam yang nak berpindah rumah mahupun blok (kuarters), buatlah permohonan dan rebutlah peluang ini. Semoga duit elaun yang diperolehi sedikit sebanyak dapat membantu dan digunakan untuk urusan perpindahan nanti.
Pelajar tingkatan tiga jatuh asrama kritikal, ibu rayu doa orang ramai anak kembali pulih. Tiada yang lebih menyakitkan daripada melihat darah daging sendiri terbaring...