Lesung batu memang banyak kegunaannya terutamanya dalam menumbuk bahan-bahan untuk dibuat sambal. Meskipun dah ada kemudahan mesin pengisar ‘blender’ namun cara menumbuk tradisi menggunakan lesung batu, tetap menjadi pilihan dan membuatkan masakan menjadi lebih sedap.
Menerusi perkongsian oleh Zamy Purba pesan neneknya supaya lesung batu yang baru dibeli jangan terus digunakan.
Rendam Selama 24 Jam
Sebaliknya pastikan rendam dahulu dalam air selama 24 jam. Ini kerana lesung batu yang baru masih rapuh dan tujuan ia di rendam dahulu bagi mengelakkan lesung batu mudah pecah.Malah lesung batu juga tahan lama.
Selepas lesung batu direndam selama 24 jam.Letakkan pula hampas kelapa yang telah diparut tersebut ke dalam lesung batu tersebut.
Tumbuk hampas kelapa tersebut sehingga bertukar warna. Ia bagi tujuan memastikan tiada lagi habuk-habuk mahupun pasir halus melekat pada lesung batu tersebut.
Mingguan Wanita: Rupanya nak lesung batu tahan lama tak mudah pecah, lepas beli jangan terus guna. Sebaliknya kena rendam dulu selama 24 jam, barulah ia tahan lama.
Jangan taksub.Inilah yang boleh dikatakan bila seseorang berdiet. Sanggup tidak makan dan ada makanan tertentu saja diambil. Semuanya hanya untuk kurus dan dapatkan bentuk badan yang cantik.
Tanpa kita sedar, ia boleh makan diri sendiri. Satu lagi hilang nikmat dunia bila terlalu taksub untuk melakukan diet atau hanya makanan tertentu saja.
Sesetengah daripada kita bila nak diet, mulalah cari cara terbaik untuk turunkan berat badan. Sampaikan ada yang sanggup tidak makan, hanya minum air semata-mata dan sebagainya. Jangan taksub sangat sehingga semua tak boleh nak makan.
Dengar penjelasan Dr Malar ini buat anda yang terlalu taksub dengan jenis makanan atau jenis diet yang diambil. Betul sangat, ambil makanan ketika lapar dan makan sebelum kenyang. Berpada-padalah dan enjoy your life.
Dalam perkongsian video tiktok, Dr Malar mengatakan ramai yang keliru untuk ambil makanan yang bagaimana. Maklum saja pendapat dietitian, jurulatih kecergasan dan pakar nutrisi berbeza-beza tentang pengambilan makanan terutamanya bila melibatkan diet.
Namun, ini jawapan daripada Dr Malar:
“Ada doktor kata makan oat sangat baik. Ada doktor pula kata oat ini sampah sangat tidak baik.
Ada doktor kata jus buah sangat bagus untuk kesihatan dan serat tinggi. Doktor pula kat jangan minum jus buah, tak cukup dengan debat ini, dietitian, fitness coach, nutritionist semua berkata dan ada yang sarankan intermittent fasting dan ada yang suruh buat ketagenic diet, macam-macam nasihat.
Sampai semua pening tak tahu nak buat apa.
Dulu telur bagus, sekarang dah tak bagus. Dulu santan tak elok sekarang bagus, makan lima kali sehari pun tak salah katanya.
Mana satu nak ikut. Ini nasihat Celoteh Dr Malar sepatah dua kata.
Makanlah apa yang nak makan selagi tak alergik tapi makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang. Berpada-pada ketika makan, pastikan ia cukup tenaga anda.
Kita makan untuk hidup tapi hidup pun untuk makan juga.
Enjoy your life macam mana makan pun, macam mana taksub pun esok lusa mati juga.
Hidup ini sementara tapi berpada-pada dengan apa saja yang kita makan supaya kita kekal sihat dan dapat enjoy kehidupan ini.
Nak makan oat sikit tak salah pun kalau nak makan jus buah sekali sekala pun tak salah, kalua makan nasi lemak seminggu sekali ke, dua minggu sekali ke tak salah pun. Saya pun makan juga.
Kalau nak makan rendang sekali sekala pun tak salah, boleh je tapi jangan makan makanan terlampau banyak, terlampau taksub dengan sesuatu, jenis makanan atau taksub dengan sesautu jenis diet sebab tak ada satu pun yang akan terlampau baik untuk diri kita.
Macam setiap ubat ada kesan samping dan setiap makanan pun ada kebaikan dan keburukan.
Makan Ketika lapar dan berhenti sebelum kentang, berpada-padalah dengan kita makan dan jangan taksub dengan mana-mana makan atau mana jenis diet.
Mingguan Wanita : Apa yang dikatakan Dr Malar ini benar sangat. Tak perlu nak taksub dengan diet, memang betul ada yang menjadi tapi sampai bila kan, tak buat nanti naik badan. Berpada-padalah, terbaik ikut sunnah Nabi, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang.
Sumber: Dr Malar (tiktok)
Jom jadi vendor akak-akak bakers biskut raya terpaling sedap dan meletup di FIESTA HOMEBAKER USHA-USHA BISKUT RAYA anjuran Mingguan Wanita dan CSR Sugar.
Bila bercuti atau out-station, tempat penginapan yang paling mudah dan senang untuk kita bermalam tentulah hotel atau motel, bergantung kepada bajet juga kan. Boleh dikatakan anak-anak pun suka tidur hotel.
Namun, dalam keseronokan menginap di hotel, motel mahupun mana-mana tempat penginapan sekalipun, kita kena juga hati-hati. Bimbangnya ada kamera tersembunyi.
Bukan tidak percaya dengan hotel-hotel yang ada tapi sekadar untuk peringatan, mungkin ada orang yang ambil kesempatan. Jadi, kalau nak menginap di mana-mana tempat penginapan, kena hati-hati terutamanya bimbang ada kamera tersembunyi.
Ada cara dan teknik untuk kita mengesan adanya kamera tersembunyi dalam bilik hotel, motel atau mana-mana tempat sekalipun. Boleh ikut panduan ini.
Kita tak tahu mungkin ada rumah persinggahan, hotel, motel atau tempat penginapan kamera tersembunyi. Tapi, ada cara mudah untuk tahu bilik kita menginap itu ada kamera atau tidak.
Caranya:
1. Sebaik sahaja memasuki bilik hotel, tutup lampu di dalam bilik hotel
2. Keluarkan telefon pintar dan buka kamera.
3. Pilih pada bahagian video dan tekan rekod.
4. Bergerak sekeliling bilik dan rakan semua lampu atau segenap ruang.
5. Apa yang perlu dicari ialah LAMPU MERAH dalam video. Jika melihat lampu merah bermakna terdapat kamera dalam kedudukan itu. Kamera video mampu menangkap pencahayaan infra merah denga mudah.
Mingguan Wanita : Moga kita terselamat dari penganiayaan begini.
Jom jadi vendor akak-akak bakers biskut raya terpaling sedap dan meletup di FIESTA HOMEBAKER USHA-USHA BISKUT RAYA anjuran Mingguan Wanita dan CSR Sugar.
Masker ajinamoto. Ingatkan hanya dijadikan penyedap dalam makanan, tapi ia juga memberi manfaat untuk dapatkan kulit wajah yang putih dan cantik. Inilah antara masker yang dikatakan cukup popular.
Dalam perkongsian video, masker ajinamoto disapukan pada wajah dan dibiarkan selama 15 minit. Hsilnya dalam tempoh 3 hari, ia mampu memutihkan kulit wajah dan nampak ‘glowing’.
Paling penting, bajet untuk rawatan ini tidak terlalu mahal dan hasilnya sangat super.
Boleh cuba nanti.
Dalam perkongsian video turut menunjukkan cara untuk menggunakan masker ajinamoto. Cuma jangan pakai terlalu lama, cukup dengan hanya 15 minit saja.
Bahan:
1 sudu besar ajinamoto
Sedikit air
Caranya:
Campurkan ajinamoto dengan sedikit air.
Kemudian, sapukan pada seluruh wajah.
Biarkan selama 15 minit.
Bilas dengan air bersih.
Selain itu, tidak hanya menggunakan ajinamoto semata-mata, boleh saja campurkan dengan tomato kisar atau lobak merah, mengikut kesesuaian.
Khasiat masker ajinamoti pada kulit wajah:
1. Berguna untuk masker wajah
2. Bermanfaat sebagai toner wajah.
3. Berguna sebagai scrub wajah.
4. Berguna sebagai sabun cuci muka.
Mingguan Wanita : Rasanya masker ini viral dari hujung tahun lepas lagi. Tapi tak pasti keberkesanannya. Mungkin ada yang sesuai dengan kulit muka mereka.