Mudah je sebenarnya nak buat sendiri sosej ayam keju ni. Anak-anak biasanya memang suka makanan sampingan seperti nugget, sosej, kentang goreng dan sebagainya berbanding makanan berat seperti nasi dan mi. Tapi walaupun anak suka, makanan proses ni tak elok sebenarnya kalau mak-mak berikan selalu.Lagi pulak, makanan proses yang dibeli ni mengandungi banyak perasa tambahan dan bahan pengawet.
Melalui perkongsian oleh Puan Nyssa Kamal, wanita ini kongsikan cara mudah nak buat sendiri Sosej Ayam Keju yang sedap dan paling penting tiada bahan pengawet serta 100 peratus menggunakan daging ayam. Tak lah risau nak bagi anak makan sosej ni, sebab bukan sahaja sedap, malah bahan-bahannya pun terjamin selamat.
Bolehlah mak-mak cuba buat sendiri. Tak perlu beli dah makanan proses ni.
Berikut merupakan perkongsiannya;
Bahan-Bahan:
Daging ayam
Cheese keping (2-3 keping)
1 sudu kecik mix herbs
1 sudu kecik cajun (kalau tak nk letak pun xpe sbb cajun ni rasa pedas)
Garam (ikut sedap rasa)
Daun bawang
Daun sup
Sedikit bawang putih
Plastik ais krim atau daun pisang
Ads
Cara Membuat:
1.Kisar daging ayam
2.Masukkan cheese yang dah dikoyakkan dan bahan-bahan yang lain serta gaul sampai sebati.
3.Masukkan ke dalam plastik ais krim (boleh rujuk gambar) atau pakai daun pisang lagi senang.
4.Kukus dalam 10-15min.
5.Selepas kukus koyakkan plastik dan sejukkan sekejap.
6.Simpan dalam peti sejuk.
Ads
Sosej ini sedap dimasak sup atau digoreng. Yang pasti menggunakan bahan-bahan sihat untuk anak-anak.
Sejak dua menjak ni resipi kek Milo viral betul di kalangan suri rumah mahupun Mr. mama. Sebabnya nak membuat bukan susah mana pun. Resipi asalnya cuma guna dua bahan saja iaitu Milo dan telur. Ada yang rajin improvise sampai jadi 3 versi; kukus, bakar mahupun derhaka. Kreatif tak kreatifnya resepi ini boleh jadi menu petang yang enak, mahupun sarapan pagi yang menyelerakan.
Macam tak percayakan? Tapi rasanya boleh tahan mengancam. Kali ini MW kongsikan 3 versi resipi kek Milo dari 3 perkongsian suri dan sura dari grup Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Setelah diuji dengan masalah rumah tangga, akhirnya Joy menang di mahkamah. Puas dikecam dan dipandang negatif oleh sebilangan netizen, namun ibu anak seorang ini tak patah semangat dalam mempertahankan hak seorang wanita.
Untuk baca isi hati Joy Revfa, ikuti perkongsian terbaru yang dimuatnaikkan di Instagram…
Ayah, hari ini juga lah kak cik menang di mahkamah tadi ayah. Kalau lah ayah ada di sisi kak cik sekarang, mesti sekarang ayah guide kak cik untuk memilih suami yang benar-benar ikhlas, baik beragama dan mampu mempertahankan kak cik seperti mana ayah mencintai & melindungi ibu Safiah Abbas.
Terima kasih atas doa ayah dari syurga untuk kak cik hari ini. Hari ini genap 9 tahun ayah meninggalkan kami. Semoga ayah bahagia di syurga tertinggi Allah swt di sana.
Mohon sedekahkan Al Fatihah untuk arwah ayah saya Mohd Amin bin Awang yang telah dikebumikan di pusat perkuburan bachok Kelantan.
Arwah ayah telah kembali ke syurga Allah swt sewaktu hendak menunaikan solat subuh di rumah lama kami di Kuantan Pahang. Ketahuilah, Isteri mu Safiah Abbas & anak-anak mu Dyana Sofia, Siti Arifah Amin & Zharif Sofia selalu merindui mu disana.. ?
Ayah… Di hening subuh yg dingin.. Bersama wuduk suci yg telah kau selimuti.
Disaat itu lah roh mu dijemput ke langit.
Seakan tahu,
dirimu bakal kembali ke sisi Nya.. Sungguh aku.. Tak mampu mengantar kepergian mu.
Mengenang ketiadaanmu… buat hati ini hancur luluh.
Moga nyanyian Yassin & Bacaan Al-Quran dari Anak2 mu & Isteri mampu menerangi setiap langkah
mu ke Pintu Syurga.. Jumpa disana ya ayah..
Insyallah.. (1957 ~ 10.10.2009) Al Fatihah
Joy cari cinta sejatinya. Moga joy bertemu jodoh yang sesuai dengan dia.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Waktu dapat bonus gaji 3 bulan, pemandu bas ini rasa seronok sangat. Itulah rezeki terpijak untuk dia betulkan rumahnya yang rosak teruk. Suatu hari maknya pula datang nak pakai duit. Serba salah nak beri pada mak. Akhirnya sebagai anak, dia akur serah saja duit pada mak walaupun kepalanya serabut. Tapi lepas dia serah itulah pemandu bas ini alami kejadian aneh dalam hidupnya.
Sebab dalam fikiran kusut itulah nanti akhirnya dia belajar bersyukur!
Penulis Mohamad Feroz Zaini telah memuat naik status ‘Siri Sembang Dengan Pemandu Bas Malam’ dalam facebooknya. Catatan sembang malamnya itu menarik perhatian Mingguan Wanita. Kami kongsikan agar pembaca lebih memahami konsep keberkatan rezeki itu salah satunya adalah mendapat redha ibu.
“Polis tu tepis!” bersungguh dia (pemandu bas itu) bercerita.
Berapa sangat gaji pemandu bas. Kalau rajin, kejar trip, insyaAllah, bolehlah balik kampung kerap sikit.
Begitulah luahan pemandu bas ekspress sepanjang perjalanan, berkongsi kisah suka dan duka.
“Prinsip hidup saya, dapat gaji, mesti bagi pada mak dulu. InsyaAllah, hidup kita berkat.” sambil dia menukar gear. Serentak dia memandang cermin sisi, kiri dan kanan.
Selama dia bekerja sebagai pemandu bas ekspress. Dia tidak pernah memberikan duit bonus kepada ibunya.
“Sekali tu, syarikat bagi bonus 3 bulan gaji. Waktu itu memang saya hendak pakai sangat duit. Kalau awak masih ingat kejadian ribut melanda Kedah, rumah saya separuh rosak.”
Saya hanya menangguk, sejujurnya saya hanya ingat sediikit sahaja kisah itu.
“Waktu itu juga mak saya tanya kalau saya ada duit sikit, dia nak pergi ke Siam, nak ziarah saudara mara yang dah berpuluh tahun tak tengok.”
“Saya memang serba salah, nak bagi duit bonus kat mak atau nak repair rumah.”
Bila dibuat perbincangan. Isterinya menasihati agar duit itu diberikan kepada ibunya.
Sewaktu sedang bekerja beberapa hari selepas itu. Fikirannya agak berserabut dari mana nak cari wang untuk membaiki rumah.
Satu pagi, sebaik dia menghabiskan kerja, sekembalinya dari Singapura.
Taukehnya memanggil. Bertanyakan samada dia boleh bawa bas persiaran. Kerana dia memang ada pengalaman membawa bas persiaran di Singapura. Dan beliau dipinjamkan ke sebuah syarikat lain.
Sedang beliau memandu bas persiaran dalam Singapura. Dengan secara tidak sengaja, beliau tertekan pedal minyak, kakinya macam tegang, sedangkan waktu itu lampu merah.
“Sekelip mata, banyak kereta yang berhenti. Polis trafik terus menahan saya. Apa alasan saya nak bagi… memang confirm kena saman.”
Saya memandang wajah pemandu dengan rasa simpati.
“Tetapi … kuasa ALLAH. Sebaik saya buka pintu bas, saya tak tahu dari mana datangnya 2 ekor tebuan, terbang keluar dari tempat duduk saya. Polis itu pun terkejut dan cuba mengelak.”
“Bila tebuan itu terbang, Polis itu hanya mampu menggelengkan kepala.”
“Are you ok Sir!” tanya Pegawai Polis itu dengan wajah serius.
Mereka menyangka yang tebuan itu masuk ke dalam bas dan mengaanggu kami. Pegawai Polis itu terus melepaskan saya tanpa berkata apa-apa.
“Saya punya rasa lega yang teramat sangat, kalau kena saman …. entahlah.” Rupanya rezeki pemandu itu masih belum mengalir.
Sebaik sahaja beliau menamatkan tugasan. Ramai pelancong yang gembira dan memberikan wang tips.
“Ada yang bagi dollar Singapore, US dollar. Balik saya kira, bukan setakat boleh repair rumah, saya boleh beli basikal untuk anak saya ke sekolah!”
“ALLAHU AKBAR!” lafaznya berkali-kali.
PS: Abang Long. Sudah berpuluh tahun tak dapat bonus.
Sumber/Foto: Facebook Mohamad Feroz Zaini
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Sebak mendengar luahan pengasas dan penyampai radio Bapakku FM, Ismahalil Hamzah tentang apa yang dikongsinya bersama ibu tersayang yang kini sudah uzur menggunakan kerusi roda, berusia 86 tahun.