lauk frozen

Perkongsian daripada Puan Azah Wanchik ini adalah catatan tahun lalu, yang mana ia dibuat sebelum berangkat ke tanah suci Mekah. Ibu ini memasakkan lauk frozen untuk anak-anaknya terutama yang bongsu agak cerewet dalam soal makan. Moga menjadi panduan untuk wanita-wanita di luar sana.

Dalam gambar ni semua makanan yang akak masak dan frozen untuk stok anak-anak masa musim haji tahun lepas. Kenapa buat macam ni? Sebab anak yang bongsu tu sangat.. sangat… sangat cerewet bab makan. Itu tak nak, ini tak mau.

Jadi 2 minggu sebelum berangkat ke Mekah, akak mula masak. Bertungkus lumus gitu. Setiap jenis, 2 bekas. Ada juga yang 4 bekas. Ikut mana yang paling Ammar suka, itulah yang dimasak banyak.

Satu lagi, akak buat macam ni untuk tak nak terlalu menyusahkan mak dan bapa mertua yang sanggup datang dari kampung untuk jaga anak2 (Alia dan Ammar) sepjg kami suami isteri di sana – 45 hari. (terima kasih mak, ayah ???). jadi tak perlu la mak akak masak beriya kan? mak dengan ayah pun bukan sihat sangat. Maklumlah org tua. Tapi kalau dia rajin, dan rasa kuat, dia masak jugak tu. Tak larat nak makan yang frozen je kan?

Ada orang cakap tak sedap makanan kalau frozen ni. Tak best. Tak fresh dan macam-macam lagi lah. Dan ada yang kata tak sanggup nak bagi makan anak dengan frozen food. hahahaha… engkau tak sanggup tak pa dik… akak sanggup.

Wanita Ini Kongsi 5 Tip Simpan Lauk Frozen Sebelum Ke Mekah, Demi Tidak Menyusahkan MakAyah Mertua!

5 Tip Pastikan Frozen Food Tetap Sedap Dan Fresh

1. Pastikan Guna Bahan Segar

Akak beli ayam yang baru disembelih. Sembelih dan proses di situ juga. Ada jual dekat rumah akak ni. Akak tak beli ayam beku. Ikan pun beli yang fresh. Bukan yang mata dah buntang dan merah tu. Akak bernasib baik dapat bekalan ikan tenggiri dan udang besar dan segar dari Sabah. Ada insan berhati mulia bawakan dari sana. Daging pun akak pakai daging fresh. Bukan yang diimport dari india. Siap ada daging rusa lagi. Pun dari Sabah juga.

IKLAN

2. Dah Beli Bahan Yang Fresh Dan Bawa Balik Rumah, Masak La La Tu Juga

Tak payah nak simpan dalam freezer bagai. Elok masak je lauk tu, yang mana nak simpan beku, ketepikan dalam periuk lain. Bila dah sejuk, pindahkan ke dalam bekas plastik yang kita nak simpan dlm freezer. Jadi masalah tindak balas kimia yang mungkin berlaku apabila bekas plastik diisi dengan makanan panas tak akan terjadi. Tindak balas masa makanan sejuk, akak tak tau ada ke tidak. belum belajar.

Wanita Ini Kongsi 5 Tip Simpan Lauk Frozen Sebelum Ke Mekah, Demi Tidak Menyusahkan MakAyah Mertua!

3. Labelkan Nama Lauk Dan Tarikh Masak

Biar senang nak pilih. Tarikh bila dimasak, tulis kat tepi bekas. Kalau nak makan esok, malam keluarkan dari freezer. Masuk dalam chiller. Esok bila dah tak beku, panaskan balik atas stove. Akak tak pakai mikrowave. Tak mampu dik… ?

Wanita Ini Kongsi 5 Tip Simpan Lauk Frozen Sebelum Ke Mekah, Demi Tidak Menyusahkan MakAyah Mertua!

IKLAN

4. Cara Dan Waktu Panaskan Tu Penting

Rasa lari? Tidak kot… laju je anak-anak akak makan. yang rasa lari tu sebab udah la hang beli bahan tak fresh, pastu masak pukul 10 pagi untuk lunch. Bila nak lunch kul 1pm, panaskan lagi. Tak habis, panaskan simpan tepi takut basi. Kul 7pm panaskan balik untuk makan dinner. Bila tak habis, baru masuk bekas dan simpan dalam freezer. Berapa kali panaskan balik daa…. lauk tu dah lunyai dik…. mana nak sedap lagi dah. Itu barulah tak fresh.

Satu lagi kan, akak rasa, kalau kau masak tak sedap memang la ‘rasa’ tu larikan? tak gitu? (ni mmg statement kejam).

Wanita Ini Kongsi 5 Tip Simpan Lauk Frozen Sebelum Ke Mekah, Demi Tidak Menyusahkan MakAyah Mertua!

IKLAN

5. Berapa Lama Boleh Tahan

Ada yang tanya berapa lama boleh tahan. Terpulang pada kekerapan makan. Lauk paling lama kalau tak silap 2 bulan. Bila masak balik, rasa macam tu je. Selalunya tak simpan lama sebab tak sempat lama pun. Cepat je habisnya.

Kuah laksa Kedah akak pernah terlajak sampai 4 bln. Bila dipanaskan balik. Habis juga.

Kawan akak yang pernah tinggal di UK cakap, dia penah frozen lauk simpan setahun. ok je. Tak dak masalah. Dapat PhD juga dia even makan frozen food ?

Nota:

Akak share benda ni dengan grup kengkawan asrama sekolah. Ada 3 orang cakap depa dah ikut cara ni. Depa cikgu, banyak keja. Nama je abis sekolah pukul 1.30 pm tapi ada yang pukul 6 atau 7pm baru sampai rumah. Buat macam ni senang kata depa.

Masak banyak-banyak hari minggu untuk buat stok. Simpan dalam freezer. Nak balik dari keja, mesej anak suruh keluarkan dari freezer dulu. Balik terus panaskan. Mula-mula depa kata takut juga suami komplen kalau buat frozen macam tu tapi kemudian, depa kata okay je. Suami makan macam biasa je. Tak dak komplen apa-apa pun. Akak bagitau depa kalau suami komplen, suruh je dia masak sendiri… (akak mmg brutal)

Sumber/Foto: Azah Wanchik via Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI