Wanita Ini Cuba Tip Mengemas Marie Kondo, Cuma Simpan Barang Yang Ada SPARK JOY

Walaupun perkongsian ini cuma bab mengemas, kesannya amat besar untuk beri kegembiraan malah buat satu rumah bahagia.

Ini yang influencer dalam bab-bab mengemas, Marie Kondo ajarkan kepada ramai wanita mahupun lelaki; iaitu cuma simpan barang yang ada ‘spark joy’. Maksudnya, barang yang beri kegembiraan saja.

Apa lagi mak ayah, bila cuti dan tidak bekerja, ambillah peluang untuk sisih dan asing mana yang perlu dan mana barang yang tak perlu. Belajar teknik KonMari di sini.

Bila dah buat, nanti mak ayah akan rasai satu perasaan indah bersama keluarga. Ini yang dirasai oleh Erni Fadzila Saharudin. Yang berkongsi cerita tentang teknik KonMari dan bagaimana Marie Kondo mengubah dirinya menjadi seorang yang tahu barang mana yang perlu di simpan, barang mana yang perlu dibuang.

Tapi ada adabnya ketika mahu mengasingkan barang yang kita tak perlu.

 

Wanita Ini Cuba Tip Mengemas Marie Kondo, Cuma Simpan Barang Yang Ada SPARK JOY

Marie Kondo Bukan Saja Ajar Cara Kemas..

Marie Kondo, seorang Jepun yang mengajar teknik KonMari antara 100 orang berpengaruh di muka bumi tatkala ini. Kalau ada Netflix tonton lah Marie Kondo bagaimana nak mengemas rumah dengan elok.

Saya menonton Marie Kondo dan bagaimana dia ajar cara kemas kalau ada anak kecik, atau bagaimana kemas setelah seorang isteri kehilangan suami dan pelbagai keadaan lagi.. saya suka cara Marie Kondo menghormati setiap rumah dan isi rumah yang dilawatinya

1. Marie sentiasa tersenyum.
2. Dia amat menghormati tuan rumah dan segala isi rumah.
3. Dia selalu duduk bermeditasi sebentar untuk mengucapkan selamat dan terima kasih pada rumahnya kerana memberi perlindungan dan memberi peluang dia untuk mengemasnya.
4. Dia tak pernah campak campak barang yang dah tak “spark joy”. Seperti baju yang tak digunakan lagi dan tak “spark joy” dia akan pegang dan ucap Terima kasih dan letak setempat.
5. Setiap benda ada ruang dan tempat masing-masing.
6. Marie tak pernah halang jika ada yang ingin simpan barang yang amat sentimental pada tuan rumah walaupun barang tu buruk gila. Dia amat amat menghormati keputusan tuan rumah.
7. Cakapnya lembut, dia ajar pun jelas satu persatu.

Tak hairan kenapa Marie Kondo sangat berpengaruh tatkala ini

 

 

Pic: before marie after marie. Kalau ikut Marie, kena asingkan ikut kotak kotak kecik. Ikut saiz dia.

Kemas Rumah Boleh Baiki Hubungan Suami Isteri, Anak

Tahukah anda, dengan hanya mengemas rumah yang bersepah-sepah, hubungan sesama suami isteri dan anak anak dapat diperbaiki?

Terkadang kita terasa terbeban dengan kerja seharian, sampai rumah sepah kita pun serabut. Bila serabut mulalah marah marah. Kita anggap berkemas itu satu beban. Cuba buat dengan senyuman,dan berterima kasih kepada Allah, syukur ada rumah. Syukur ada baju, syukur ada buku.

Betullah kita ni puak puak kurang bersyukur. Astaghfirullah hal azim.

Sebab Itulah Cuma Perlu Simpan Barang Yang Beri ‘Spark Joy’ Saja

Tips yang diberi Marie sangat bagus untuk kita semua aplikasikan di rumah. Caranya amat amat mudah untuk diikut

Satu benda yang saya akan guna pakai ialah : simpan barang yang hanya memberi kegembiraan kepada kita , yang spark JOY. Tak spark joy, pegang barang tu, say thank u for being here, dan sedekah/buang/garage sale kan lah dia.

Kita suka kumpul benda. Tengok dalam bilik, keadaan bilik atau rumah melambangkan keadaan pemikiran kita waktu itu. So tidy up!

 

 

Ps: Netflix ada, tajuk Tidying up with Marie Kondo.

Pernah tonton suatu masa dulu ada 2 orang pereka terkenal nak makeover rumah dan orang.. siap kutuk cakap baju macam langsir la apa lah.

Sumber/Foto : Erni Fadzila Saharudin

Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI