masker lobak merah

Lobak merah memang diakui mempunyai banyak khasiat yang tersendiri.Selain dibuat jus atau dimakan begitu sahaja, lobak merah juga boleh digunakan sebagai bahan alami untuk kecantikan semula jadi.Ia boleh dijadikan masker dan dijadikan rutin penjagaan wajah setiap hari agar cantik berseri.

Cara untuk menghasilkan masker lobak merah ini juga cukup mudah dan paling penting ia selamat, tanpa bahan pengawet dan bahaya kimia yang boleh membahayakan.

Wajah Berseri Dengan Masker Lobak Merah, Buat Lulur Badan Pun Boleh, Kulit Jadi Licin Je

Berikut merupakan perkongsian oleh Sarifa Redzuan II sebagai panduan untuk menghasilkan sendiri masker ini di rumah.

Bahan-Bahan yang diperlukan:

1/2 Batang Lobak Merah (dihiris-hiris)

Wajah Berseri Dengan Masker Lobak Merah, Buat Lulur Badan Pun Boleh, Kulit Jadi Licin Je
1 ruas jari kunyit hidup atau 1 sudu besar kunyit serbuk

Wajah Berseri Dengan Masker Lobak Merah, Buat Lulur Badan Pun Boleh, Kulit Jadi Licin Je
5 sudu besar tepung jagung

IKLAN

Wajah Berseri Dengan Masker Lobak Merah, Buat Lulur Badan Pun Boleh, Kulit Jadi Licin Je

Cara Membuat:

1. Kisar semua bahan dengan sedikit air.
2. Sekiranya tercair boleh tambah lagi tepung
jagung.
3. Sapu ke wajah setiap hari selama 15 minit
4. Cuci dengan air biasa

Wajah Berseri Dengan Masker Lobak Merah, Buat Lulur Badan Pun Boleh, Kulit Jadi Licin Je

Lebihan masker boleh simpan dalam peti. Boleh la tahan dalam 2 minggu. Kalau nak sental badan pun boleh. Buat lulur badan. Kulit pun licin jerrr.

IKLAN

Antara Kelebihan Masker buatan sendiri ini.

1. Kulit Bercahaya

Campuran semulajadi ini kaya dengan vitamin dan nutrien, yang menyuburkan sel kulit anda dari dalam, menjadikannya sihat dan berseri.

2. Mengurangkan Parut

Gabungan kunyit dan lobak merah mempunyai keupayaan untuk menghilangkan parut kerana ia kaya dengan vitamin A dan beta-karoten.

3. Mengelakkan Kulit Berkedut

Antioksidan yang terdapat dalam masker buatan sendiri ini boleh meningkatkan pengeluaran kolagen dalam kulit anda, meningkatkan keanjalan kulit, dengan itu mencegah kedutan dan garis halus.

IKLAN

4. Perlindungan Dari Matahari

Campuran lobak merah dan kunyit boleh bertindak sebagai pelindung matahari yang semula jadi, melindungi kulit anda dari kesan berbahaya sinar UV.

5. Merawat Kulit Kering

Masker semulajadi ini boleh menghidratkan setiap sel kulit anda dan memberikan kelembapan, dengan itu, ia dapat mengurangkan kekeringan kulit dan menjadikan kulit anda lebih lembut.

6. Mengurangkan Jerawat

Anti-bakteria yang ada di dalam campuran ini boleh menyingkirkan bakteria dan kotoran yang terdapat di liang kulit anda, dengan itu mengurangkan jerawat

Amacam, best kan? Cuba tengok kat dapur tu kalau ada lobak merah, kunyit dan tepung jagung. Kalau dah ada tu boleh ler cuba.

Semoga bermanfaat, kongsikan buat wanita lain yang suka menjaga kecantikan diri juga!

Sumber: Sarifa Redzuan II

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI