Sebelum mendirikan rumah tangga lagi, suami Natasha sememangnya jenis lelaki yang meletakkan kerja di tempat yang teratas. Jika masa hujung minggu dihabiskan bersama keluarga, tidak bagi suami Natasha. Dia akan melakukan kerja lebih masa atau bertemu klien di hujung minggu. Tahun pertama mungkin tidak menjadi masalah, namun masuk tahun berikutnya, Natasha makan hati. Puas dibebel, ibarat mencurah air ke daun keladi, suami Natasha tetap tidak berubah.

Adakah situasi ini normal untuk pasangan yang berkahwin memiliki suami yang gila kerja? Menurut Dr Ben Fadzil Mohd Salleh memiliki suami yang gila kerja ini sepatunya telah diketahui lama oleh bakal isteri itu sebelum dianya berkahwin lagi. Ini bererti isteri itu telah meredai suaminya bekerja lebih atau gila kerja.

Melainkan suaminya berjaya mengaburi mata isterinya seperti menunjuk minat sebelum mendapat isteri dan bertukar perangai selepas berkahwin. Kemungkinan juga isteri itu ingin menukar corak hidup suaminya mengikut seperti apa yang dia mahu. Apa pun pasangan seperti ini sudah sedia dimaklumkan terlebih dahulu dan telah bersetuju dengan corak gaya hidup pekerjaan suami.

Seorang isteri, pada awalnya jika menerima bakal suaminya  yang gila kerja, adalah dianggap normal. Jika ianya berlaku sesudah berkahwin, suami bertukar kepada gila kerja, tanpa bertukar tempat kerja, ini dianggap tidak normal, melainkan ianya untuk menambah pendapatan disebabkan isteri tidah bekerja dan juga keluarga makin membesar.

“Isteri tidak boleh merungut mengapa suaminya gila kerja melainkan perkara “Gila kerja” ini berlaku selepas berkahwin dan tanpa sebab. Ia seperti mencari helah untuk berada di luar rumah lebih dari berada bersama keluarga,” ujar Dr Ben memulakan perbualan.

Situasi “Suami Kuat Kerja” boleh dipecahkan kepada beberapa kategori. Kategori tersebut termasuk kuat kerja, kuat bekerja, banyak kerja, tak habis habis kerja, suka kerja dan juga gila kerja. Ianya boleh memberi berbagai huraian dan definasi yang tersendiri dan berlainan.

‘Suami yang kuat kerja dengan mencari nafkah bagi menambah penambahbaikan ekonomi keluarga dan untuk membesarkan anak-anak, sering kali akan meletakkan fokusnya terhadap kerjanya. Isteri yang tidak bekerja mungkin mempunyai banyak masa yang terluang yang boleh membuatnya rasa sunyi, keseorangan dan sepi.

Begitu juga bagi “Jiwa Isteri Merana”, ianya juga mempunyai definisi yang berbeza. Adakah disebabkan seorang isteri tersebut kurang mendapat perhatian atau layanan, tidak mendapat perhatian dari seorang suami, atau kekurangan perhatian dan layanan yang membuat jiwa isteri merana? Merana juga boleh dikategorikan dari pelbagai sudut. Iaitu, jiwa merana disebabkan kesepian, “Jiwa merana” disebabkan keseorangan, “Jiwa merana” disebabkan sunyi atau ketiga tiga sekali.

Bagi seorang isteri, untuk merasai “jiwanya merana” bukanlah satu perkara yang berlaku semalam. Ianya telah berlaku agak lama, dan berkemungkinan perasaan itu telah dipendamkan dimana perhatian kepada isteri itu sudah tidak diberi lagi atau kurang pada satu jangka yang agak panjang.

Bagi menangani masaalah seperti ini, Dr Ben menyarankan:

1) Suami perlu diingatkan oleh isterinya sendiri dengan cara meluahkan isi hati kepada suaminya tentang apa yang isterinya sedang alami.

2) Isteri diingatkan jangan mencari kesalahan suami dengan mengata, menuduh, membanding atau mengugut suami walaupun kita tahu yang suami itu bersalah.

3) Begitu juga, jangan sampai ada orang ketiga yang menyampaikan berita ini kepada suami. Isteri hendaklah mendorong suami untuk membawa berbincang perkara yang di dalam hati dengan baik.

4) Salah satu cara untuk mengalihkan perhatian suami kepada isteri dan anak-anak, adalah dengan cara isteri membuat perancangan pergi keluar kota atau beriadah bersama-sama suami dan anak-anak.

5) Isteri juga harus diingati bahawa jangan sesekali cuba memberi nasihat kapada suami kerana suami akan rasa kecil hati, terjejas dan tergugat egonya. Memadai dengan menyuarakan isi hati dan harap suami akan menimbangkan permintaan isteri agar diberi kesedaran yang kerja yang dilakukannya tidak akan habis dan anak serta isteri memerlukan perhatian serta kasih sayang seorang bapa dan suami. Kepentingan anak-anak dan isteri patut di beri keutamaan terutama sekali pada setiap hujung minggu.

6) Setiap isteri perlu berhati-hati untuk memberitahu suami mereka tentang apa yang tersirat dihatinya. Isteri perlu mencari waktu yang baik untuk berbincang tentang masalah yang dihadapinya. Jangan membuka cerita dengan memarahi suami kerana ini akan membina satu “Challenge” dan bertentang dengan ego suami tersebut. Suami mesti di beri masa untuk makan, mandi dan bersantai sebelum isteri membuka mulut.

Punca “Gila Kerja”

Jelas Dr Ben lagi, permasalahan seperti ini akan menjadi masalah yang besar jika tidak ditangani dengan betul, iaitu kedua-dua suami isteri perlu mencari penyelesaian dengan segera.

Perkara seperti ini akan berlaku dengan pelbagai sebab. Jikalau ianya “Gila Kerja”, ia bukanlah  alasan yang munasabah buat masa kini dan sudah tidak boleh diguna pakai. Gila kerja mestilah membawa pulangan wang atau hasil yang berbaloi dan banyak. Keluarga perlu dapat menikmati dan merasai wang yang diperolehi dari “Gila Kerja” ini.

Alasan seperti:

  • Kerja banyak
  • Urgent
  • nak cepat
  • takde orang ganti
  • Overtime
  • esok meeting

Kesemua alasan-alasan di atas adalah yang kita sering dengar. Kekerapan alasan-alasan seperti ini akan membawa dan memberi kecurigaan bagi satu pihak.

Berkemungkinan suami:

  • Ingin menghabiskan masa diluar bersama rakan-rakan
  • Bosan duduk dirumah sebab anak-anak bising atau rumah berselerak
  • Tidak berapa suka berada dirumah sebab isteri sering marah, banyak membebel dan suka menyuruh
  • Mempunyai kekasih

“Dengan berleluasanya penggunaan internet dan sosial media, masalah begini juga mungkin akan mendorong seorang isteri berkenalan dengan orang lain dan meluahkan perasaannya pada orang yang tak sepatutnya tahu hal rumah tangga,” katanya lagi.

Perkara yang pertama yang patut ada dan diperbaiki adalah dengan“berkomunikasi bersama”. Komunikasi bersamaa dalah sangat penting didalam apa saja perhubungan kekeluargaan. Ianya perlu diikuti dengan:

  • Pemahaman
  • Kepercayaan
  • Keikhlasan
  • Kepercayaan
  • Kesetiaandan
  • Pengorbanan

Kesan Jangka Panjang

Kesan ketara jangka panjang yang akan dilihat jika perkara begini berlaku adalah apabila berlakunya keruntuhan institusi kekeluargaan dikalangan suami isteri. Ini termasuk juga tempias yang kena pada anak-anak yang melihat pepecahan Keluarga. Kedua-dua suami isteri akan mula berfikiran negative terhadap satu sama lain dan anak-anak akan membina kebencian serta kehilangan tempat kasih sayang.

Anak-anak akan membesar dengan kebencian pada satu pihak. Pemikiran anak-anak mampu menyimpan peristiwa yang kurang enak serta peristiwa perlakuan negatif yang berpanjangan dan ini boleh membina keperibadian yang kurang baik jika ia tidak ditadbirkan dengan baik.

 

Jangan Lupa Komen

komen