Viral gadis cantik anak petani dilamar mahar tinggi, bakal doktor terima RM300,000 & sebuah rumah lebih sejuta. Tiada siapa menduga takdir manusia di masa depan. Jika semasa kecil hidup susah kerana ayah seorang petani dan ibu hanya bergadang secara kecil-kecilan, tetapi telah tertulis takdir hidupnya diulit dengan kemewahan ketika dewasa.
Viral Gadis Cantik Anak Petani Dilamar Mahar Tinggi
Kisah seorang gadis anak petani di daerah Kolaka Utara, Sulawesi Tenggara (Sultra) dilamar kekasih dengan mahar mahal menarik perhatian ramai orang tanggal 18 Jun lalu. Ini kerana ketika lamaran, Nurmainna yang tinggal di Desa Landolia diberikan mahar tinggi Rp1 miliar, lebih kurang RM300,000.
Bukan itu saja, pasangannya, Fitra Yudi yang juga seorang ahli perniagaan turut memberikan sebuah rumah bernilai Rp4.5 miliar (bersamaan RM1 juta lebih) selain emas 40 gram dan sebuah Iphone terkini untuk bakal isterinya itu.
Mereka tidak pernah berdating seperti pasangan lain tetapi keduanya terserempak di satu majlis perkahwinan sebelum Fitra yang jatuh cinta pandang pertama kemudiannya membuat lamaran kepada Nurmainna.
Bakal Doktor Terima RM300,000 & Sebuah Rumah Lebih Sejuta
Kisah lamaran itu menarik perhatian masyarakat setempat kerana nilainya terlalu tinggi dan jelas ia mengagumkan orang ramai hingga kisah pasangan ini menjadi tumpuan media.
Nurmaina yang juga bakal doktor berkelulusan Sarjana kedokteran Universitas Halu Oleo (UHO), merupakan anak pertama dan memiliki seorang adik perempuan dan dua adik lelaki.
Sejak kecil hidupnya sederhana dan sama sekali tidak menyangka jodohnya dengan orang kaya.
Dinilai baik hati dan agak pendiam oleh orang kampungnya Nurmaina seorang yang gemar membaca Al-Quran di rumahnya. Ayahnya, Abidin dan ibunya, Rapida juga sangat baik,”kata jiran-jiran sekeliling. Sumber :- Tribunnews
Siapa kita untuk menyangkal ketentuan takdir dan jodoh yang telah tertulis. Meskipun berbeza latar belakang dan budaya namun keserasian menyatukan hati pasangan ini.
Perkenalan di tempat kerja membuka pintu hati Nur Nadhirah Roslee untuk mengenali pemuda warga Bangladesh, Mohammad Samim Hossain dengan lebih dekat.
Ditakdirkan, mereka jatuh cinta sebelum Nur Nadhirah 26, bernikah dengan Mohammad Samim, 25.
Mereka diijabkabulkan pada 29 Mei lalu di kampung halaman Mohammad Samim dekat Joypurhat, Bangladesh.
Bekerja Tempat Sama
Menurut Nur Nadhirah, dia berkenalan dengan suaminya itu kira-kira empat tahun lalu kerana kebetulan bekerja di tempat yang sama iaitu sebuah kilang di Meru, Klang, Selangor.
Nur Nadhirah dari Kampung Nesam di sini, berkata, keserasian yang ada membuatkan hubungan mereka semakin rapat hingga timbul perasaan cinta.
“Ketika di satu tempat kerja, saya adalah penyelia dan bertanggungjawab menjaga kebajikan pekerja.
“Suami bekerja sebagai operator pengeluaran dan mulanya takut juga tengok dia mungkin kerana tak kenal.
“Entah macam mana, kami boleh berkawan dan bila sudah kenal, baru saya tahu suami rupanya baik dan juga penyayang orangnya.
“Bertitik-tolak daripada situ, kami jadi semakin rapat hingga menjalin hubungan cinta,” katanya.
Awal Perkenalan Rahsiakan Perhubungan
Di awal perkenalan, Nur Nadhirah terpaksa merahsiakan hubungannya dengan suami kerana belum bersedia untuk berterus terang.
Setahun kemudian, barulah Nur Nadhirah memberitahu hal sebenar kepada keluarga bagi mendapatkan restu ibu bapanya.
“Saya sembunyikan hubungan dengan suami daripada pengetahuan keluarga ketika tahun pertama perkenalan kerana bimbang penerimaan mereka jika dapat tahu mengenainya.
“Akhirnya ‘kantoi’ juga kerana kakak bekerja di tempat sama dan dapat tahu saya bercinta dengan suami.
“Jadi, lebih baik saya berterus terang dengan keluarga dan ayah okay cuma emak susah nak terima pada awalnya tetapi akur juga dengan pilihan saya menjelang pernikahan,” katanya.
Bernikah Di Bangladesh
Mengikut perancangan, Nur Nadhirah berhasrat melangsungkan akad nikah di tanah air namun terbang ke Bangladesh untuk majlis itu kerana masalah permit kerja suaminya.
“Disebabkan perancangan sudah dibuat jadi kami teruskan pernikahan di kampung halaman suami.
“Saya ke sana dengan ditemani ibu (Shahrom Mohd Jasin), ayah (Roslee Muda) dan adik (Nur Nabilah Roslee).
“Seminggu juga di sana (Bangladesh) dan bersyukur kerana majlis pernikahan berjalan lancar, malah keluarga mentua juga sambut kami dengan baik.
“Walaupun berbeza latar belakang dan budaya, tiada masalah komunikasi antara kami kerana bapa mentua dan abang ipar saya boleh bertutur dalam bahasa Melayu memandangkan pernah bekerja di Malaysia.
“Perbualan dengan suami dan ahli keluarganya yang lain pula dalam bahasa Inggeris,” katanya.
Ramai Mendoakan Hubungan
Berhubung perkongsian di TikTok, Nur Nadhirah bersyukur kerana ramai mendoakan dan memberi reaksi positif terhadap hubungannya dengan suami.
“Ada juga segelintir yang persoalkan kenapa saya tak kahwin dengan lelaki Melayu dan menyangka suami saya orang Melayu dari utara tanah air kerana wajahnya.
“Sebenarnya, bukan saya tak pernah bercinta dengan lelaki Melayu sebelum berkahwin cuma mungkin sudah tertulis jodoh saya dengan suami jadi nak buat macam mana melainkan terima ketentuan itu.
“Jujurnya saya sendiri tak menyangka akan berkahwin dengan warga asing kerana tidak dari keluarga saya begitu.
“Terima kasih kepada semua yang mendoakan dan saya berharap jodoh kami panjang.
“Buat masa ini, kami tinggal berjauhan selama enam bulan kerana suami masih berada di Bangladesh,” katanya.
Putera Mateen bakal bernikah pada 11 Januari 2024, pilih gadis cantik Dayang Anisha Isa. Putera ke 10, Sultan Brunei Darussalam, Putera Abdul Mateen Sultan Haji Hassanal Bolkiah bakal menamatkan zaman bujangnya pada 11 Januari 2024.
Memilih kekasih hatinya yang cantik menawan, Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah binti Adam, majlis perkahwinan DiRaja ini akan bermula dari 7 Januari sehingga 16 Januari 2024.
Putera Mateen Bakal Bernikah Pada 11 Januari 2024
Pasangan ini memilih bernikah pada 11 Januari di mana sebelum itu pada 9 Januari keduanya akan mengikat tali pertunangan. Majlis bersanding Pengantin Di Raja pula akan diadakan pada 14 Januari 2024 di mana bakal pasangan pengantin ini akan dibawa berarak mengelilingi Bandar Seri Begawan.
Dalam pengumuman rasmi oleh Kerajaaan Brunei Darussalam semalam majlis perkahwinan DiRaja ini akan bermula dengan penuh kemeraihan selama 10 hari berturut-turut bermula dengan Majlis Istiadat Bersuruh DiRaja dan diikuti penutupnya pada 16 Januari 2024 iaitu Majlis Istiadat Membaca doa selamat dan menutup gendang Jaga-Jaga.
Hubungan Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah dan Anisha Rosnah Isa Kalebic ini mula dikesan pada 2022 di mana kelibat Anisha sering dilihat bersama Putera Mateen.
Putera Mateen dan Danial (kiri) merupakan kawan rapat
Perkenalan pasangan sama cantik sama padan ini bermula pada 2020 di mana abang kepada Anisha, Danial Deen Isa merupakan kawan rapat kepada Putera Mateen di mana keduanya gemar bermain bola sepak.
Pilih Gadis Cantik Dayang Anisha Isa
Kelibat mereka sering dilihat bersama termasuk di majlis perkahwinan di Raja sebelum ini iaitu pada majlis Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah bersama Yang Amat Mulia Pengiran Muda Bahar yang diadakan pada 15 Januari di Istana Nurul Iman.
Memiliki rupa paras cantik menawan, Dayang Anisha yang juga cucu kepada penasihat negarawan Brunei iaitu Pehin Dato Haji Isa Awang Ibrahim ini mempunyai perniagaan dalam sektor fesyen dengan nama produk Slik Collective di usahakan bersama rakan baiknya.
Lulusan luar negara dari universiti terkenal di England, pemilik wajah cantik ini seorang wanita yang aktif dan dilihat sering ke luar negara bahkan kelibatnya sering dilihat di sisi Mateen yang menguatkan lagi keduanya mempunyai hubungan.
Apa yang pasti, Putera Mateen yang bakal berusia 30 tahun pada tahun hadapan sudah dimiliki dan pastinya ramai gadis patah hati. Moga perkahwinan DiRaja ini kekal till jannah.
Walaupun berlainan bangsa dan agama, layanan mak mentua tak pernah berubah. Dia tidak kekok untuk masak dan jaga cucu-cucunya. Cuma, masalah utama kami adalah bahasa. Tapi lama-kelamaan masing-masing boleh terima dan faham. Terima kasih mak..
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Memang bukan mudah untuk menjadi seorang ibu. Perlu lalui pelbagai alahan dan kesakitan sewaktu tempoh kehamilan, malah harus lalui saat mendebarkan sewaktu proses kelahiran. Bertuah jika dipermudahkan kelahiran secara normal tanpa perlu menempuhi detik cemas kelahiran secara pembedahan ceaseran.
Betapa kita berusaha untuk melahirkan anak secara normal, ketentuan dariNya harus redha melahirkan anak secara kecemasan ceaserean. Itulah yang dialami oleh penyanyi yang sedang membina nama di tanah besar China, Shila Amzah, 29 tahun. Anak sulung kepada penyanyi veteran ND Lala, 58, ini telah selamat melahirkan anak lelaki yang diberi nama Seth Uwais Bin Haris Idraki, pada malam merdeka 31 Ogos baru-baru ini. Setelah menempuh hampir lebih 55 jam didalam bilik bersalin.
Berikut pengalaman detik cemas yang dikongsikan oleh penyanyi ini;
“Syukur Alhamdulillah, sha selamat melahirkan our first baby malam tadi pada 31 August 2019 (jatuh pada Hari Merdeka dan Awal Muharram), jam 11.43, secara emergency c section, seberat 2.88kg.Sha dan Haris sangat terharu dengan semua ucapan dan doa semua..Terima kasih banyak.”
“Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT diatas limpah kurniaNya dan rezeki.. Memperkenalkan.. Seth Uwais Bin Haris Idraki. Sekarang Sha di nasihatkan untuk berehat oleh doctor setelah 55 jam 43 minit sha berada dalam labour..Doakan sha cepat sihat ya.”
“Alhamdulillah Seth is a healthy baby boy.. Sha just tak dapat nak bf betul-betul lagi sebab c section ni sangat tak selesa nak bf.Hari ni gagahkan diri juga untuk bangun.Keluar kan Segala tiub from my body.Kalau ada tips on post c section boleh la share dengan sha korang punya experience”
Seth Uwais Bin Haris Idraki
Sebab Kena Bersalin Pembedahan C-Section
“Anyways banyak orang Tanya kenapa sha kena emergency c section, actually disebabkan oleh sha failed utk dilate sampai habis walaupun dah Di induced, first kita try prostin, then the next day kita try foley balloon.. Then lepas air ketuban pecah, kita try Pitocin that night.. And I’ve been contracting tinggi sangat-sangat.. Before amek Pitocin sha buka 4cm je so me and Haris decided to take epidural (it was amaaaaazinggggg) doctors and nurses kat HUKM ni semua sangat bagus.”
“Tak sakit sangat pun bila jarum tu masuk kat belakang, Doctor cakap dengan sha supaya duduk, peluk bantal and jangan gerak.. So I didn’t move at all.. Bila ubat masuk, you’ll get a tingling feeling macam kena mild electric shock.. Then I started to feel numb from my lower back, lower abdomen, sampai la kaki.Honestly after days of contractions sha rasa relieved sangat bila dapat epidural tu.”
“Then sha diberi Pitocin, unfortunately after 2 hours sha masih tak dilate juga.. As sha ada posterior cervix.. So dia ke belakang, doctor tanya whether sha nak tunggu lagi 2 hours or c sec, sha cakap just buat apa-apa yang boleh save me and the baby.
“Sebab badan sha pun dah sangat penat, and taknak stress kan baby dalam perut as masa tu kita suspect whether tali pusat dia terbelit kat leher, or tali pusat dia pendek. So sha cakap kita go on with emergency c sec. Nurses pun terus tolong sha prepare untuk masuk OT.”
“After 20 minutes macam tu, sha pun masuk OT ditemani oleh Haris.. Kesian betul dia pun penat 🙁 then doctor cakap kena tambah more drugs kat sha punya epidural punya tube tu.Something stronger as the doctor going to cut me open kan, so sha agreed.. Lepas dah tambah, as the doctor swipe antiseptic ke apa yang colour orange merah tu, I can still feel the cold cotton lalu kat my lower abdomen tu sebelum doctor nak potong.”
“Then Sha cakap dengan doctor, doctor cakap kalau macam ni we have to give you GA (General anaesthesia) la.. Adoi nervous gila time tu, sebab sha memang seriau nak masuk masuk tiub kat tekak ni, takut damage my vocal cord ke apa. (Sampai sekarang rasa sakit kat area tekak) tapi sha dah redha and TAWAKAL.. Sha pegang tangan haris, sha mengucap.. Lepas tu kena sedut gas tu.. Then after 30 minutes kot, sha baru terjaga kat recovery room.”
Masih Belum Dapat ‘Susukan’ Bayi
“Haris dah risau sebab after the operation, semua orang kejut, sha tak bangun.. Lama-lama sha dengar suara sayup-sayup panggil sha and sha dapat rasa tangan haris, he told me that I did amazing. I said “Oh dah habis ke” then I asked him how’s the baby.He said Seth is fine, and I’ll get to see him later.. Tapi sha macam lalok lagi kan (honestly it was the nicest feelings ever hahaha).”
“Lepas tu sha di hantar balik ke ward, dapat pegang baby for 15 minutes or so, tried to get him to latch tapi baby pun penat, sha pun penat.. Then sha cakap dengan nurse, takpe la saya cuba lagi besok. Sampai sekarang sha belum dapat lagi betul bf kan seth 🙁
“Tapi takpe.. Sha tengah cari consultants kat sini to help me before sha discharge balik❤️ so after 55 hours and 43 minutes dapat sha keluar kan seth dengan selamat. Alhamdulillah.
MW: Bukan mudah bergelar ibu. Itulah antara pengorbanan terbesar yang perlu dilalui demi melahirkan zuriat buat suami tersayang. Tahniah buat Shila Amzah dan keluarga, semoga bayi membesar dengan sihat dan selamat menjalani tempoh berpantang!
Nahas SUV di Bukit Kawah meragut nyawa sepasang bakal pengantin apabila Toyota Fortuner yang dinaiki terjunam ke dalam gaung. Baca kronologi penuh, siasatan polis dan peringatan keselamatan jalan raya.