Kecoh bau harum bunga, wanita kongsi teori sebab fenomena  terjadi. Tiada langsung unsur mistik.

Fenomena bau harum bunga yang berlaku di beberapa negeri khususnya Negeri Sembilan mencetuskan tanda tanya dan kekecohan di media sosial. Manakan tidak rata-rata mengakui bau yang sangat harum seperti melur dan khususnya bau bunga kemboja yang banyak ditanam di tanah perkuburan.

Kecoh Bau Harum Bunga, Wanita Kongsi Teori Sebab Fenomena Terjadi.

Bila dikaitkan dengan hal perkuburan, mulalah unsur-unsur mistik dikaitkan. Kasihan  Cik Ponti, kerana namanya dikaitkan pada hal-hal ini.

Dalam ramai-ramai mengutarakan pertanyaan, ternyata pendapat dikongsi oleh seorang wanita, Zaifie Zainal dilihat sangat logik kerana menurutnya, tiada unsur misteri apa pun. Fenomena ini adalah disebabkan bunga berkembang mekar dan menyebarkan debunganya.

Kenapa bau kuat? Sebab bunga-bunga ni kategori lunar blooming flowers dan nocturnal blooming flowers.

Baca pandangannya. Lepas nie jangan fikir yang mistik sudah.

Ramai mengaitkan dengan unsur mistik dan minta agar negara dijauhi dari sebarang maha bahaya.

Kecoh Bau Harum Bunga, Wanita Kongsi Teori Sebab Fenomena Terjadi. Tiada Langsung Unsur Mistik

IKLAN

Tiada Langsung Unsur Mistik

Betapa berjauhannya kita dengan alam sampaikan bau bunga pun kita syak makhluk halus

Kawan-kawan,  sekarang ni tengah fenomena full moon. Waktu macam ni, banyak bunga yang sedang berada dalam fasa ‘peak blooming’. Terutama sekali pada waktu malam.

Waktu mcm ni lah bunga-bunga ni akan keluarkan haruman yang sangat kuat sampaikan sesetengah kita cakap “ada roh balik rumah la tu”. Tak pun ada kak ponti tengah follow… serammmm ooo…

Fenomena ni juga ada kaitan dengan sistem biologi badan kita terutama sekali sistem reproduction perempuan. Kalau badan kita pun ada tindak balas full moon, macam tu jugak la bunga-bunga. Waktu macam ni la diorang kembang sekembang-kembangnya untuk sebarkan debunga sejauh-jauhnya.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI : DJ Lin Dedah Ada Individu Mahu Lihat Dia Mati “Disebabkan Belum Ajal, Semangat Kuat Jadi Saya Masih Bertahan”

IKLAN

Aktivis Kongsi Suami Isteri Diperdaya “Pak Aji” Ubati Kencing Manis, Upah Tangkap Jin Sekoq RM999

Doktor Kongsi Pengalaman Seram, Muncul Tulisan Misteri Di Dinding Rumah Sewa

Kenapa bau kuat? Sebab bunga-bunga ni kategori lunar blooming flowers dan nocturnal blooming flowers.

Kelopaknya tertutup siang dan terbuka waktu malam. Dia keluarkan bau yang kuat tengah malam untuk tarik kelawar dan serangga yang bantu pendebungaan.

IKLAN

Wakt-waktu macam ni la yang sesuai untuk ‘perfumer’ atau perfume expert mengkaji bau bunga dan mencari bunga-bunga yang sesuai untuk perfume. Sebab baunya tengah ‘peak’.

Contoh paling senang nampak sekarang ni, bunga durian tengah meriah. Bunga-bunga kemboja kat perkuburan tu tengah mekar. Tapi kenapa bau bila malam je? Dah nama full moon. Ada ke dia sebut full sun?

Dah tu… tak payah nak saspen sangat kalau ada bau harum. Kelam kabut laa baca segala ayat. Ingat kak ponti singgah. Kesian dia orang kena tuduh. Langsuir pun boleh kemurungan asyik kena fitnah.

#fullmoon

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Tip Cantik Isteri, Ibu & Selebriti Datin Elvina
Datin Elvina pesan jangan bangun tengahari ya, awal pagi buatlah senaman! Patutlah Datin nampak cantik, badan pun slim rupanya rajin bersenam.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI