Kenapa anda tidak subur? Masalah ini sering menimpa pasangan suami-isteri yang tidak menimang cahaya mata walaupun sudah lama berkahwin.

Bagi kebanyakan pasangan, ketidaksuburan merupakan satu krisis. Masalah kesuburan selalu menimbulkan perasaan bersalah atau kekurangan dalam diri. Tetapi diagnosis ketidaksuburan tidak semestinya penyebab kemandulan. Nak tahu lagi jelas soal ketidaksuburan, baca nota ini…

Penyebab Masalah Kesuburan Wanita

1. Masalah utama ketidaksuburan pada wanita adalah tiada ovulasi, atau kekurangan ovulasi (pengeluaran telur daripada ovari). Penyebab utama tiada ovulasi adalah keadaan yang dikenali sebagai penyakit polisistik ovari atau PCOS.

2. Sebab lain bagi ketidaksuburan wanita adalah ketidakbolehan tiub fallopia untuk membawa telur-telur daripada ovari ke uterus, biasanya berikutan dengan tisu berparut yang boleh diakibatkan daripada jangkitan terdahulu atau daripada keadaan yang dikenali sebagai endometriosis.

3. Amat jarang, dalam uterus, pertumbuhan fibroid, endometriosis, tumor, masalah serviks, atau bentuk uterine tidak tetap boleh memastikan telur daripada mengimplan dalam uterus. Penyuburan tidak akan berlaku jika mukus serviks merosakkan sperma atau menghalang ia terus berjalan dengan baik.

IKLAN

4.Usia juga adalah faktor utama dalam ketidaksuburan wanita. Kesuburan berkurang selepas wanita berusia 35 tahun. Hamil selepas usia 45 adalah amat jarang sekali berlaku. Wanita yang terlebih berat atau terlalu kurus juga boleh menimbulkan masalah untuk hamil.

Mitos VS Fakta

1. Mitos: Ketidaksuburan adalah masalah wanita

Fakta: Wanita dan lelaki memikul tanggungjawab yang sama apabila ia berkaitan dengan ketidaksuburan. Adalah penting untuk kedua-dua pasangan menjalani penilaian perubatan dan jika perlu menjalani rawatan untuk mengetahui masalah berkaitan ketidaksuburan.

IKLAN

2. Mitos: Semua orang mudah untuk hamil

Fakta: Secara normalnya, pasangan yang subur mempunyai kira-kira 25 peratus peluang untuk hamil setiap bulan.

3. Mitos: Tenang dan anda akan hamil

Fakta: Ketidaksuburan adalah penyakit pada sistem reproduktif. Walaupun kadangkala stres boleh memberi kesan pada tahap hormon dan ovulasi, emosi tidak dapat mengelakkan anda daripada hamil. Stres dan emosi tertekan yang anda rasa adalah kesan daripada ketidaksuburan, bukanlah penyebabnya.

4. Mitos: Bersabar dan bila tiba masanya anda akan hamil

Fakta: Ketidaksuburan adalah masalah perubatan yang biasanya memerlukan rawatan. Sekurang-kurangnya 50 peratus mereka yang menghabiskan penilaian ketidaksuburan akan memberi tindak balas pada rawatan dan berjaya hamil.

IKLAN

5. Mitos: Ambil anak angkat dan anda akan hamil

Fakta: Malangnya, mitos berterusan ini amat menyakitkan untuk didengar oleh  individu dan pasangan, kerana ia mencadangkan bahawa pengambilan anak angkat adalah rawatan untuk ketidaksuburan. Kenyataan ini tidak benar. Kajian mendedahkan bahawa kadar kehamilan pasangan selepas mengambil anak angkat adalah sama seperti pasangan yang tidak mengambil anak angkat.

6. Mitos:  Mungkin anda salah ketika ‘melakukannya’

Fakta: Ketidaksuburan adalah masalah perubatan bukannya penyakit seksual.

7. Mitos: Pasangan anda akan meninggalkan anda kerana ketidaksuburan

Fakta: Ganjaran pada perhubungan intim memerlukan kerja keras dan kesungguhan bagi setiap pasangan. Tanpa disangkal, ketidaksuburan akan memberi krisis besar dan akan memberi kesan pada perkahwinan. Namun begitu, banyak pasangan berjaya melalui krisis ini dan mereka belajar cara baru yang dapat menguatkan lagi perhubungan dan kasih sayang.

8. Mitos: Mungkin anda tidak ditakdirkan untuk menjadi ibu bapa

Fakta: Apabila berkahwin, sudah pasti anda dan pasangan telah membuat keputusan untuk menjadi ibu bapa kerana anda tahu betapa banyak kasih sayang dan sokongan yang anda mampu berikan kepada anak yang dilahirkan. Mempunyai masalah kesihatan yang membuatkan anda sukar untuk hamil dan melahirkan anak bukanlah tanda daripada Tuhan atau masyarakat atau sesiapa sahaja untuk menentukan sama ada anda sesuai atau tidak untuk membesarkan anak.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI