[VIDEO] Ramai kagum “akak” biasa-biasa rakam lintasan jet pejuang, clear & tak hilang di balik awan. Semalam negara meraikan hari kemerdekaan ke 65 tahun dengan tema Keluarga Malaysia Teguh Bersama.

Selepas dua tahun meraikannya dengan cara sederhana, kali ini sambutan kemerdekaan negara diadakan secara besar-besaran.

Tidak mengira agama atau bangsa, puluhan ribu rakyat turun ke Dataran Merdeka dan kawasan sekitarnya kerana teruja untuk menyaksikan perbarisan. Bahkan ada yang balik begitu saja ke rumah kerana terlalu sesak dan tidak boleh bergerak di kawasan LRT yang dipenuhi orang ramai.

Ramai juga yang hanya menonton di rumah kerana lebih selesa mengadap tv dan tidak mahu bersesak-sesak di tempat awam seperti semalam.

Jika ramai “mengata” solat atau tak mereka yang turun di awal pagi bagi mendapat lokasi tempat duduk stategik, Masjid Jamek yang berdekatan kawasan perbarisan ini alhamdulillah dipenuhi warga kota hingga melimpah hingga ada yang solat di luar kawasan. Ini membuktikan di sebalik keseronokan dunia, ramai tidak melupakan akhirat.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Dulu Ikut Abah Niaga Pasar Malam, Kini Tersenarai Antara 10 Wanita Hebat ASEAN

Wanita ‘Badang’ Luar Biasa Hebat, Selamba Mampu Angkat Berat Hampir 200Kg!

IKLAN

Kenali Sister Sabria, Hebatnya Wanita Ini Sehingga Digelar ‘Muslim Mother Teresa’

Di sebalik perbarisan kemas melibatkan agensi-agensi kerajaan dan swasta, pastinya pertunjukan udara dari Tentera Udara Malaysia paling mencuri tumpuan. Namun rakaman langsung disiarkan oleh sebuah stesen tv dikatakan “tidak kemas” kerana jurukameranya dikatakan tidak berjaya merakam pergerakan jet ini dengan tepat hingga membuat ramai keluh kesah. Tahu-tahu jet sudah hilang di sebalik awan.

Ramai mengakui tidak “rileks” menyaksikan perarakan udara ini kerana kamera dikatakan banyak merakam orang ramai sedangkan ramai nak tengok jet.

Di aplikasi Tik Tok, seorang “akak” berjaya merakam pergerakan jet ini dengan sangat cantik dan kemas. Paling ngam video dikongsikannya tak goyang dan nampak jelas pergerakan jet hingga mendapat pujian dari pengguna media sosial.

Menurut Siti Fasehah @fasehah06 dia merakam pertunjukan udara itu hanya menggunakan kamera iPhone 13 dan terpaksa melengkungkannya badan mengikut pergerakan jet untuk mendapat keseluruhan rakaman.

IKLAN
@fasehah06 Replying to @Caplennnn Nahhhhh tengok puas puas tau ! Yang mana tak puas tengok dekat TV haaa come here 😎😎 Kita guna sound ni pulakkk lagi naik semangat tau 🫡🫡🇲🇾🫶🏼 #airforce #malaysia #merdeka #selamatharikebangsaan ♬ original sound – Siti Fasehah

“Gaissss. Video ni time raptai 29hb lepas. And guna Iphone 13pm. Thanks semua. Gigih sis melengkung badan-badan sebab tak nak gegar,” katanya selepas berkongsi video ini semalam dan mendapat tontonan 733 ribu pengguna media sosial.

Bahkan gadis berusia 27 tahun menzahirkan rasa gembira kerana pada usianya dapat menyaksikan perarakan ini selain menyatakan rasa kagumnya dengan semangat anggota keselamatan yang mempertahankan negara walau wira-wira ini tidak didendang.

“Bangga yang tak terucap, tahniah pejuang keamanan negaraku” tulisnya.

IKLAN

JANGAN BUANG JEANS DAH ROSAK, SERTAI BENGKEL JAHITAN BERSAMA KAMI.

[VIDEO] Ramai Kagum “Akak” Biasa-Biasa Rakam Lintasan Jet Pejuang, Clear & Tak Hilang Di Balik AwanJom daftar sekarang!!! KELAS JAHITAN KREATIF
Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/

Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.

Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.

Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.

Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.

#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI