Bila melihat anak, bahagianya rasa. Tak sabar untuk mendengar suara dan bercakap dengan anak-anak. Tapi, dari tahun ke tahun mak ayah mula perasan dan perhatikan anak agak susah menyebut satu-satu perkataan.

Mungkin pada awalnya mak ayah perhatikan ia sebagai satu perkara biasa dan belum sampai waktunya untuk anak bercakap dengan baik. Apa yang difahamkan anak-anak boleh menyebut suku kata ketika di awal dua tahun.

Namun, jangan anggap itu perkara biasa kerana mak ayah kena perhatikan mungkinkah ini salah satu tanda anak menghidap autisme iaitu penyakit yang menjadi igauan buat mak ayah.

Kadang-kadang mak ayah kena perhatikan, anak autisme bukan hanya sebabb lambat bercakap, tapi ada banyak tanda lagi yang peru mak ayah ‘alert’. Jangan biarkan tanpa melakukan sebarang rawatan sebab ia mungkin akan lebih teruk bila tidak dirawat lebih awal.

Perkongsian daripada Tik Tok Eida Ilham ini boleh dijadikan rujukan buat mak ayah tentang tanda awal anak menghidap autisme. Moga ia memberi manfaat.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Rupanya Ini Yang Anak Autisme Nampak Dalam ‘Dunia’ MALAM Mereka

IKLAN

Diuji Anak Autisme, Penat Kalau Cari Punca, MakAyah Kuatlah Untuk Bangkit

Info Lebih Menarik DI SINI

Mak Ayah Perhatikan Anak

Tanda-tanda autisme untuk anak-anak yang berusia 2 tahun,
Selain daripada lambat bercakap (speech delay) , anak kuta mungkin ada tanda-tanda autisme yang kita sendiri kadang-kadang tak sedar.

1. Hand flapping (stimming)
Suka mengibaskan tangan seketika. Selalu ketika teruja atau gembira.
2. Menyususn barang/mainan menjadi satu baris panjang.
3. Membuat aktiviti yang sama berulang kali.
4. Cenderung sentiasa memegang barang di tangan.
5. Seperti dalam dunianya sendiri
6. Berlari pergi balik berulang kali.
7. Sering melompt tak kira tempat dan waktu.
8. Tak suka duduk berdekatan dengan adik.
9. Eye contact – hubungan mata yang lemah. Selalunya anak tak pandang mata kita bila kita sedang bercakap.
10. Tak mahu bergaul atau bermain dengan kanak-kanak lain.
11. Tak suka tempat sesak dan bising.
12. Tidak respon ketika namanya dipanggil.

Jika anak ada semua tanda ini, segeralah berjumpa dengan pakar dan lakukan rawatan/terapi untuk membantu perkembangan awal anak-anak.

IKLAN
@eidailham Sbrg kemusykilan, sila rujuk pada pakar. Rawatan awal sgt mbantu perkembangan anak. #autismawareness #speechdelay #asd #adhd #mildautism ♬ Suspense, horror, piano and music box – takaya

Mingguan Wanita : Masih belum terlambat untuk dapatkan rawatan, bila mak ayah lihat tanda-tanda awal ini. Moga ia membantu.

Sumber: Nur Ha Ni

Video Asal: Eida Ilham (Tik Tok)

IKLAN

Bangkit Wanita Mingguan Wanita

Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI