[VIDEO] Ramai kagum “akak” biasa-biasa rakam lintasan jet pejuang, clear & tak hilang di balik awan. Semalam negara meraikan hari kemerdekaan ke 65 tahun dengan tema Keluarga Malaysia Teguh Bersama.
Selepas dua tahun meraikannya dengan cara sederhana, kali ini sambutan kemerdekaan negara diadakan secara besar-besaran.
Tidak mengira agama atau bangsa, puluhan ribu rakyat turun ke Dataran Merdeka dan kawasan sekitarnya kerana teruja untuk menyaksikan perbarisan. Bahkan ada yang balik begitu saja ke rumah kerana terlalu sesak dan tidak boleh bergerak di kawasan LRT yang dipenuhi orang ramai.
Ramai juga yang hanya menonton di rumah kerana lebih selesa mengadap tv dan tidak mahu bersesak-sesak di tempat awam seperti semalam.
Jika ramai “mengata” solat atau tak mereka yang turun di awal pagi bagi mendapat lokasi tempat duduk stategik, Masjid Jamek yang berdekatan kawasan perbarisan ini alhamdulillah dipenuhi warga kota hingga melimpah hingga ada yang solat di luar kawasan. Ini membuktikan di sebalik keseronokan dunia, ramai tidak melupakan akhirat.
Di sebalik perbarisan kemas melibatkan agensi-agensi kerajaan dan swasta, pastinya pertunjukan udara dari Tentera Udara Malaysia paling mencuri tumpuan. Namun rakaman langsung disiarkan oleh sebuah stesen tv dikatakan “tidak kemas” kerana jurukameranya dikatakan tidak berjaya merakam pergerakan jet ini dengan tepat hingga membuat ramai keluh kesah. Tahu-tahu jet sudah hilang di sebalik awan.
Ramai mengakui tidak “rileks” menyaksikan perarakan udara ini kerana kamera dikatakan banyak merakam orang ramai sedangkan ramai nak tengok jet.
Di aplikasi Tik Tok, seorang “akak” berjaya merakam pergerakan jet ini dengan sangat cantik dan kemas. Paling ngam video dikongsikannya tak goyang dan nampak jelas pergerakan jet hingga mendapat pujian dari pengguna media sosial.
Menurut Siti Fasehah @fasehah06 dia merakam pertunjukan udara itu hanya menggunakan kamera iPhone 13 dan terpaksa melengkungkannya badan mengikut pergerakan jet untuk mendapat keseluruhan rakaman.
“Gaissss. Video ni time raptai 29hb lepas. And guna Iphone 13pm. Thanks semua. Gigih sis melengkung badan-badan sebab tak nak gegar,” katanya selepas berkongsi video ini semalam dan mendapat tontonan 733 ribu pengguna media sosial.
Bahkan gadis berusia 27 tahun menzahirkan rasa gembira kerana pada usianya dapat menyaksikan perarakan ini selain menyatakan rasa kagumnya dengan semangat anggota keselamatan yang mempertahankan negara walau wira-wira ini tidak didendang.
“Bangga yang tak terucap, tahniah pejuang keamanan negaraku” tulisnya.
Ads
JANGAN BUANG JEANS DAH ROSAK, SERTAI BENGKEL JAHITAN BERSAMA KAMI.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Saya tak tahu, isteri saya okay saja dengan saya. Saya memang tak tahu apa-apa,”Fikry Ibrahim.
Perkahwinan yang baru sahaja berusia beberapa bulan antara pelakon dan pengacara terkenal, Fikry Ibrahim dan isterinya, Siti Khalizah, kini sedang melalui fasa ujian. Tindakan Khalizah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada Khamis nyata mengejutkan ramai, termasuk Fikry sendiri.
Menurut laporan portal Gempak, Fikry, 31, mengakui langsung tidak mengetahui mengenai tindakan isterinya itu dan menyatakan hubungan mereka sebelum ini dalam keadaan baik.
“Saya tak tahu, isteri saya okay saja dengan saya. Saya memang tak tahu apa-apa,” katanya ringkas, mencerminkan kebingungan dan terkejut dengan situasi yang berlaku.
Surat Saman Telah Diserahkan
Namun begitu, menurut peguam mewakili Khalizah, Wan Muhammad Afiq Mohd Razib, surat saman telah diserahkan kepada Fikry beberapa hari sebelum prosiding bermula.
“Pihak kami telah serahkan surat saman kepada pihak defendan, dan dia sendiri yang menerimanya,” jelas Afiq ketika ditemui media di mahkamah.
Mahkamah turut memaklumkan bahawa sebutan pertama kes telah berlangsung, namun Fikry tidak hadir. Maka, satu tarikh baharu telah ditetapkan untuk membolehkan kedua-dua pihak mencari kata sepakat bagi tujuan perdamaian, iaitu pada 10 September 2025.
Dalam kenyataan lanjut, Afiq menjelaskan bahawa punca utama permohonan cerai adalah kerana tiada persefahaman antara pasangan tersebut. Namun, dalam perkembangan yang lebih positif, Khalizah tidak menutup ruang untuk berbincang dan berdamai.
“Khalizah memfailkan cerai sekitar Mei. Tapi buat masa ini, beliau masih mahu berbincang untuk berdamai, masih mahu beri ruang untuk pendamaian,” katanya.
Untuk rekod, pasangan ini telah mengejutkan ramai apabila mengumumkan mereka telah bernikah secara rahsia pada 12 Februari lalu, dalam sebuah majlis tertutup di masjid di Jitra, Kedah. Perkahwinan yang penuh misteri itu pada awalnya menjadi topik hangat kerana disorokkan daripada pengetahuan umum.
Namun, baru sahaja melangkah ke fasa awal perkahwinan, kini mereka sedang diuji dengan cabaran yang cukup besar. Semoga Fikry dan Khalizah menemui jalan terbaik, sama ada untuk kembali bersatu, atau berpisah secara baik jika itu takdirnya. Apa pun keputusannya nanti, semoga yang terbaik buat mereka berdua.
Info Tambahan:
Bila Isteri Boleh Failkan Perceraian?
Isteri boleh memfailkan cerai jika menghadapi salah satu atau lebih situasi berikut:
Tiada persefahaman / sering berlaku pertengkaran
Suami tidak memberi nafkah zahir dan batin
Didera secara fizikal atau emosi
Suami menghilangkan diri atau tidak pulang ke rumah dalam tempoh lama
Suami tidak menunaikan tanggungjawab sebagai suami
Isteri tidak rela hidup dalam perkahwinan tersebut dan ada sebab kukuh
Jenis Permohonan Cerai Oleh Isteri
Cerai biasa (Talaq dengan persetujuan suami)
Isteri minta suami lafaz cerai di hadapan mahkamah.
Fasakh (Cerai melalui kuasa mahkamah)
Jika suami enggan menceraikan, isteri boleh mohon fasakh dengan bukti kukuh.
Khuluk (Tebus talaq)
Isteri minta cerai dan sanggup membayar pampasan (tebusan) kepada suami.
Cerai taklik
Jika suami melanggar lafaz taklik selepas akad nikah (seperti tidak beri nafkah 4 bulan berturut-turut), isteri boleh tuntut cerai berdasarkan taklik tersebut.
Siapa sangka, hanya dengan sekeping gambar mampu merubah diri dan kehidupan. Gadis dari Filipina bernama Rita Gaviola,18 ini pernah viral satu masa dulu apabila gambarnya sedang mengemis dan meminta sedekah di jalanan sambil menjaga adik-adiknya dirakam oleh seorang jurugambar yang kebetulan berada di bandar kelahirannya untuk menghadiri Festival Pahiyas.
Tertarik dengaan kecantikkan gadis ini, foto Rita yang ketika itu berumur 13 yang dinamakan ‘Badjao Girls’ kemudian senyap-senyap dimuat naik ke internet dan tiba-tiba menjadi viral ke serata dunia! Sekaligus merubah nasib gadis ini sekelip mata.
Jadi Model, Sertai Rancangan TV
Gara-gara gambar yang viral tersebut, Rita telah mendapat perhatian ramai sampaikan Ratu Cantik di Filipina berpakat mahu membawa gadis ini keluar daripada kemiskinan.
Rita kemudian ditawarkan menjadi model dan berjaya mencipta nama sebagai gadis termuda yang beraksi di peringkat antarabangsa dalam rancangan TV ‘Big Brother’. Rita membintangi program realiti Filipina, Pinoy Big Brother: Lucky 7 pada 2016.
Semenjak itu, namanya semakin dikenali ramai sehingga digelar sebagai ‘Gadis Badjao’. Badjao merupakan etnik minoriti di Filipina.
Hasrat Sertai Ratu Cantik
Rita kini merupakan bintang media sosial dan memiliki hampir 200,000 pengikut di Instagram. Baru-baru ini Rita meluahkan hasratnya memasang impian untuk mewakili Filipina bagi menyertai pertandingan ratu cantik Miss Universe.
“Tidak lama lagi saya akan menyertai Miss Universe”, tulisnya di Instagram.
Bagi yang tidak tahu, Ratu Cantik dari Filipina antara yang menyerlah dalam Miss Universe dan ramai juga peserta dari negara ini yang pernah memenangi pertandingan ini beberapa kali.Terbaru, Catriona Gray dari Filipina menangi Miss Universe pada tahun 2018!
Mingguan Wanita: Siapa sangka daripada sekeping gambar mampu merubah kehidupan. Semoga impian gadis ini untuk mewakili negaranya dengan menyertai pertandingan Ratu Cantik bakal menjadi kenyataan.
Hari ini media sosial tular dengan isu sistem portal perbankan CIMBClicks tidak selamat. Takut-takut kita nak transfer duit dibuatnya.
Malahan ada dakwaan daripada pengguna yang mana akaun mereka boleh diakses walaupun memasukkan kata laluan yang salah.
Salah satu perkongsian yang viral hari ini daripada Puan Intaz Dzulkefli, jadi dia selitkan dua nasihat buat pengguna CIMBClicks sebagai langkah berjaga-jaga.
Nasihat Buat Pengguna CIMBClicks
Terbaca tentang kes #CIMB viral satu per satu kes penipuan, duit hilang dan unsafety online transactions.
Ingatkan selama ni transfer guna website dah cukup selamat. Tadi try log in guna wrong password, seriously still log in jugak, terus rasa insecure.
The worst part, cuba transfer duit ke akaun lain dan transaksi itu SUCCESSFUL.
Kawan-kawan yang ada saving dalam CIMB, bersegeralah selamatkan simpanan kalian. The security of CIMB online banking is bad. Please aware, jangan ambil ringan.
Ini bukan cobaan, ini betul-betul.
1) Kalau boleh, tak perlu pun try kaedah (actual password) + extra digits kat belakang password tu untuk log in. Atau saja-saja test masukkan wrong password. Baik guna actual password dan transfer terus duit ke lain tanpa buat macam tu. Atau buat withdrawal guna ATM. Incase dah terbuat guna wrong password tu, ada baiknya reset semula password walau dalam akaun tu dah tak ada duit.
2) Ada yang kata CIMB sedang upgrade sistem security cimbclicks. But as a user, tak salah sekadar berjaga-jaga sebab kalau duit hilang, proses nak dapat semula duit kita yang hilang tu tak semudah petik jari.
Siapa ada pengalaman duit lesap dalam bank dia akan tahu, boleh jadi duit hilang tu pun tak berganti. Jadi, terpulanglah.
Kenyataan Dari Pihak CIMB Bank Bhd
Susulan itu, CIMB Bank Bhd (CIMB) tampil menegaskan sistem portal perbankan dalam taliannya, CIMBClicks, kekal selamat dan terjamin serta semua transaksi pelanggan terus dilindungi.
Polis menasihatkan orang ramai untuk membuat pengesahan terlebih dahulu kepada pihak bank berkenaan tentang apa sahaja perkara yang mencurigakan.
Pihak bank juga telah memberi kenyataan tentang perkara ini dan orang ramai tidak perlu bimbang.
Cuma pengguna kena sentiasa berwaspada dan pastikan apa-apa yang diperoleh, dapatkan pengesahan dari bank berkenaan. Orang ramai usah khuatir, kalau ada kemusykilan dapatkan pengesahan bank.
Dalam satu kenyataan dari CIMB, pada hujung minggu lalu, pihaknya mengambil langkah memperkenalkan beberapa langkah tambahan untuk meningkatkan keselamatan transaksi CIMBClicks.
Selain daripada memastikan sistem CIMB boleh menerima kata laluan lebih panjang daripada lapan aksara sehingga 20 aksara, pihak bank turut menambah langkah keselamatan reCaptcha ke atas CIMBClicks bagi memastikan pengguna itu bukanlah robot laman web.
Jadi orang ramai yang ingin membuatkan urusan perbankan online boleh berjaga-jaga dengan nasihat ini dan jika ada sebarang pertanyaan lanjut boleh terus hubungi talian +603 6204 7788.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Air mata terakhir Zara Qairina, bersumpah & nafi mencuri sebelum temui ajal. Inkues kematian pelajar, Zara Qairina membuka kisah memilukan apabila arwah dilaporkan menitiskan...