Uyaina Arshad dan Raja Syahiran Timang Anak Kedua- “Alhamdulillah Kedatangan Anakanda Kedua Yang Dikasihi.” Pengacara dan pelakon Uyaina Arshad selamat melahirkan anak keduanya pada 17 Mei.
Melalui hantaran dilaman Instagram masing-masing, Uyaina dan suaminya, penyanyi Raja Syahiran berkongsi berita gembira itu.
Alhamdulillah kedatangan anakanda kedua yang dikasihi.
Bonda juga selamat sedang berehat selepas bertarung nyawa demi anakanda tercinta.
Semoga @rajaurhan menjadi seorang kekanda yang baik menjadi teladan buat adinda.
Tiada apa yang dipinta selain doakan kesejahteraan kami sekeluarga hingga akhir waktu.
Raja U?,” tulis Uyaina diruangan kapsyen.
Perkongsian tentang kelahiran anak kedua mereka dihujani ucapan tahniah daripada rakan artis dan juga warga maya.
Berikut antara komen-komen rakan artis dan juga warga maya.
Ads
Terdahulu, pasangan selebriti itu berkongsi berita gembira apabila mengumumkan bakal menimang cahaya mata lelaki pada majlis pengumuman jantina anak.
Ads
Untuk info Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 31, dan Syahiran mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Raja Urhan kini berusia dua tahun.
“Tudung is my hair. Kalau tak ada tudung, rasa macam botak. Masak pun pakai tudung, tidur pun dengan tudung…inilah perkongsian dari artis legenda, Bonda Noor Kumalasari.
Dalam pertemuan Mingguan Wanita bersamanya, bintang kesayangan ramai ini turut sebak dan mengalirkan air mata tatkala bercerita tentang hijrah 30 tahun lalu mengenai pemakaian tudung yang dilakukannya seterusnya memilih untuk tidak lagi bergelar anak seni walau menerima banyak tawaran.
Mengimbau kenangan lalu, kata Bonda Noor, dahulu balik dari Makkah, dirinya masih tidak menutup aurat dengan sempurna biar ada dinasihati oleh suaminya kerana mati itu akan berlaku tanpa kita tahu.
“Ketika itu Kak Noor cakap, Kak Noor nak pakai ikut kata hati. Kak Noor minta pada Allah dan itulah yang berlaku hingga ke hari ini. Tak pernah tanggal langsung dah. Dah macam rambut.
Lagi satu bila kita memilih bertudung, kena tanya pada hati kita. Kita pakai untuk siapa? Pakai untuk diri sendiri? Untuk suami? Atau kerana Allah? The best thing pakailah kerana Allah kerana itu adalah syariat dan tuntutan menutup aurat bagi wanita. Ya itulah kita kena lakukan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Amyra Rosli hormati ‘privacy’ suami. Pasangan selebriti popular Amyra Rosli dan Amar Bahrin merupakan antara contoh pasangan yang baik. Mereka sentiasa kelihatan bahagia apatah lagi dengan dengan cahaya mata yang cukup comel.
Seperti mana dilaporkan media, rupa-rupanya sepanjang tujuh tahun berkahwin, Amyra tidak pernah memeriksa telefon bimbit suaminya, Amar Bahrin. Malah Amyra juga tidak ketahui kata laluan telefon suaminya.
“Saya malas nak ‘check’ telefon suami kerana tidak mahu timbul isu yang tidak sepatutnya nanti.
“Sebagai isteri, saya juga ada tanggung jawab besar untuk menjaga anak-anak dan rumah tangga,” luah Amyra seperti mana dipetik menerusi Harian Metro.
Amyra juga sangat menjaga dan menghormati ‘privacy’ suami. Mengulas lanjut tentang pergolakan rumah tangga selebriti akhir-akhir ini, Amyra jadikan ia sebagai iktibar.
“Hidup kita singkat dan saya tidak mahu pening kepala untuk memikirkan masalah rumah tangga orang lain.
“Sebagai manusia, kalau kita halang macam mana pun (isu rumah tangga) kalau benda tu nak jadi, ia akan tetap terjadi juga.
“Saya sendiri berusaha untuk menjaga rumah tangga dengan sehabis baik dan selebihnya kita berdoa dan mohon pertolongan dengan Allah,” ungkapnya.
Pempuan meningkat remaja. Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Datuk Yusof Haslam dedah isteri pernah merajuk, ‘hilangkan’ diri sebulan angkara fitnah curang. Penerbit dan pengarah tersohor, Datuk Yusof Haslam mendedahkan rumah tangganya dengan Datin Patimah Ismail pernah dilanda badai hingga menyebabkan isterinya merajuk dan menghilangkan diri selama sebulan.
Memetik sumber dari Harian Metro, Yusof ketika ditemui sempena majlis ulang tahun perkahwinan yang ke-41 berkata, akibat daripada khabar angin yang tidak benar mengenai dia dikatakan curang, Patimah mengambil keputusan untuk menghilangkan diri selama sebulan tanpa sebarang khabar berita.
“Akibat salah sangka isteri saya merajuk dan membawa diri ke sebuah sekolah pondok di Pokok Sena, Kedah bagi mendalami ilmu agama. Ketika itu, saya dan keluarga buntu kerana tidak tahu ke mana lokasi isteri saya melarikan diri. Waktu itu, telefon bimbit pun dia tak bawa.
“Sudahlah ketika itu anak-anak masih kecil dan kami baru saja pindah ke rumah baru. Apabila terkenang segala usaha dan penat lelah membina rumah ini, saya nekad untuk mempertahankan rumah tangga ini walau apa saja dugaan yang datang.
“Lagipun saya tidak melakukan kesalahan yang besar atau benar-benar curang, sebaliknya hanya khabar angin kerana menerima banyak surat layang. Jadi sepanjang ketiadaan isteri, sayalah yang menguruskan anak-anak bersama pembantu peribadi.
“Nak dijadikan cerita satu hari ketika saya selesai solat Subuh dan duduk di balkoni rumah, saya terdengar lagu Permata Untuk Isteri dari pondok keselamatan. Tanpa saya sedar air mata saya berguguran jatuh dan lagu itu begitu menyentuh jiwa saya,” katanya.
Menurut Yusof, dia bersyukur hasil bantuan bapa mentuanya dia berjaya menemui keberadaan isteri dan mengajaknya pulang ke rumah walaupun proses memujuk memakan masa bertahun.
“Pada awalnya dia masih ‘keras’, tapi Alhamdulillah selepas saya meyakinkan dia dengan mengatakan sekiranya saya melakukan dosa besar pasti Tuhan tidak akan menyelamatkan saya termasuk bersikap jujur dalam perhubungan jika nak rezeki sentiasa melimpah.
“Kebetulan waktu itu filem Gerak Khas The Movie nak tayang di pawagam. Isteri saya pun terus perli dengan mengatakan biasanya filem saya selalu mendapat sambutan, jadi dia nak tengok sama ada filem ini berjaya atau tidak.
“Alhamdulillah dengan izin Allah dan saya bertegas dengan pendirian tidak melakukan hal yang tidak baik di belakangnya, filem itu sukses apabila meraih kutipan pecah panggung.
“Jujur proses memujuk memakan masa bertahun. Saya tidak salahkan dia sebab sudah tentu dalam bidang hiburan ini kami terdedah dengan macam-macam gosip. Tambah pula saya selalu berjumpa dengan artis dan isteri saya perlu kuat menghadapinya,” katanya.
Dalam pada itu, Patimah berkata, sepanjang sebulan menghilangkan diri banyak pengajaran yang dipelajari.
“Ketika belajar di sekolah pondok rata-rata tenaga pengajar saya memiliki dua atau tiga isteri, sedangkan saya baru saja dengar gosip terus melarikan ke hujung dunia.
“Jadi insiden itu memberi pengajaran dalam hidup saya. Alhamdulillah suami saya mempunyai kesabaran yang tinggi walaupun dia nampak agak panas baran tapi hatinya cukup lembut dan penyayang,” katanya.