“Kalau tak bersuara, tak bermaksud tak sokong,”.Itu pendirian Ratu Rock Negara, Ella Aminuddin apabila diajukan mengenai kempen Blockout yang kini hangat diperkatakan di kalangan selebriti Malaysia.
Gerakan Blockout 2024 yang tercetus baru-baru ini nampaknya berjaya menguasai segenap media sosial. Kempen yang berasal dari luar negara itu merupakan salah satu cara menunjukkan sokongan terhadap negara Palestin.
Kempen yang juga sudah sampai ke Malaysia itu turut mempunyai laman Instagram sendiri bagi tujuan memberi informasi terhadap netizen tentang selebriti tempatan yang perlu diboikot atas dasar berdiam diri berkaitan kekejaman di Palestin atau pun bekerjasama mempromosikan produk-produk yang didakwa memberi sumbangan terhadap Zionis.
Jangan Cepat Menghukum
Bagi Ratu Rock, Ella pula, dia meminta netizen tidak cepat menghukum selebriti yang didakwa menyokong produk jenama pro-Israel dan tidak bersuara mengenai kekejaman dilakukan tentera Zionis.
Sehubungan itu, Ella turut menyarankan mereka meneliti terlebih dahulu sama ada selebriti yang tersenarai dalam gerakan ‘Blockout 2024’ itu benar-benar terbabit secara langsung dengan produk pro-Israel ataupun tidak sebelum memboikot.
“Selidik dulu sebelum melemparkan tuduhan sebab tidak mempedulikan Palestin mungkin sebab mereka ada sebab tersendiri,” ELLA AMINUDDIN.
Untuk rekod, edisi Konsert Jilid Akhir Ella Puteri Kota Edisi Utara di Pulau Pinang sebelum ini, Ella pernah mendedikasikan keseluruhan konsert tersebut untuk memperingati situasi di Palestin.
“Kalau tak bersuara, tak bermaksud tak sokong Palestin. Saya juga berharap netizen tidak pukul rata dengan menganggap selebriti yang tidak berkongsi penderitaan rakyat Palestin dalam media sosial tidak bermaksud mereka tidak prihatin dengan isu Gaza,” katanya.
Pada masa yang sama, Ella mendedahkan dia sanggup menolak tawaran lumayan beberapa jenama mewah antarabangsa yang mempunyai hubung kait dengan Israel.
“Ya, saya tolak beberapa tawaran jenama fesyen dikaitkan dengan Israel walaupun bayaran lumayan. Saya lakukan ini semua kerana prinsip saya dan pastikan produk saya wakili ada matlamat bersifat kemanusiaan sejagat.
“Saya juga minta pasukan teliti tawaran terlebih dulu sebelum terima sebarang tawaran,” ujar Ella.
Ads
Terdahulu, penyanyi berusia 57 tahun ini berkongsi khabar gembira dengan para peminat dengan membawakan Konsert Jilid Rockestra Ella: Rockers Juga Manusia dibawakan khas oleh Hitman Solutions dan RockQueen. Konsert berkenaan akan berlangsung di Dewan Plenari, KLCC pada 9 Ogos depan.
Semua orang ingin memasuki syurga sebagai matlamat destinasi yang terakhir. Bertuahnya kita jika termasuk didalam 10 golongan yang dijanjikan masuk Syurga ini..malah dibangkitkan dengan muka penuh bercahaya seperti bulan purnama. Allahu Rabbi..
Tak sangka, rupanya terdapat 10 golongan yang dijanjikan Allah masuk ke Syurga tanpa hisab! Menurut hadis yang diriwayat Bukhari dan Muslim bersumber dari Ibnu Abbas r.a, terdapat 70,000 umat Muhammad s.a.w yang akan masuk syurga tanpa hisab dan tanpa azab. Ia terbahagi kepada 10 golongan manusia ini dan dikatakan akan mempunyai muka bercahaya seperti bulan purnama. Siapakah 10 golongan manusia yang akan masuk syurga tanpa hisab itu?
1. Ahli As-Sabr (Ahli Kesabaran)
Golongan yang sentiasa bersabar menjalani suruhan dan sentiasa taat kepada Allah. Mereka yang sentiasa menghindarkan diri dari melakukan maksiat.
2. Ahli Al-Fadl (Ahli Kemuliaan)
Golongan ini adalah orang yang bersabar menanggung kesakitan apabila dizalimi dan diperbodohkan dan mereka senantiasa memaafkan segala kejahatan yang dilakukan terhadap mereka.
3. Berjiran Kerana Allah
Golongan ini akan saling berziarah dalam berkasih sayang kerana Allah. Mereka yang duduk dan bangun bersama-sama dengan saudara mereka kerana Allah. (hadis riwayat Abu Nu’aim daripada Ali bin Husain)
4. Orang yang meninggal dalam perjalanan ke Mekah, tidak kira pergi atau balik. (hadis riwayat Jabir)
5. Golongan yang senantiasa menuntut ilmu yang membawa ke jalan Allah, perempuan yang taat kepada suami dan anak yang berbakti kepada ibu bapa. (hadis marfu’ sumber Abu Ayyaub al-ansari)
6. Individu yang dalam perjalanan hendak menunaikan hajat saudara seislamnya sehingga tertunai hajat tersebut dan meninggal dalam masa tersebut. (hadis marfu’ sumber daripada Anas)
7. Individu yang mengasuh kanak-kanak sehingga kanak-kanak itu berupaya mengucapkan ‘lailahaillallah”. (hadis sumber daripada A’isyah r.a)
8. Orang Islam lelaki dan perempuan yang meninggal pada malam dan siang hari jumaat. (hadis marfu’ sumber daripada ‘Ata’)
9. Hamba Allah yang bersabar dengan ujian bala bencana pada tubuhnya ataupun pada tubuh anaknya. (hadis marfu’ riwayat Hakim at-Tirmidzi)
10. Individu yang menggali perigi di tengah padang dengan penuh keimanan demi mendapatkan ganjaran Allah. (Ibn Mas’ud)
Al-Hakim dan Al-Baihaqi mengeluarkan hadis bersumber daripada Jabir secara marfu’:
“Barangsiapa yang lebih kebajikannya atas kejahatannya, maka mereka itulah yang masuk ke syurga tanpa hisab dan barang siapa yang sama kebajikannya dan kejahatannya maka mereka itulah yang dihisabkan dengan hisab yang sedikit, dan barang siapa yang kejahatannya lebih banyak, maka dialah yang diberikan syafaat setelah menerima siksaannya.”
Mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan yang dapat masuk ke syurga tanpa hisab ini.
Telah selamat jenazah anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, 24 dikebumikan di tanah perkuburan Masjid As-Saadah, Kampung Tebengau, Kuala Kedah kira-kira jam 1.45 tengahari tadi.
Pilunya kehilangan wira negara ini masih lagi dirasai. Bukan saja di hati tunang tercinta, keluarga tersayang, bahkan seluruh rakyat Malaysia.
Pengorbanan allahyarham semasa hayatnya, ketika bertugas dibelasah tanpa belas hanya niatnya mahu memadamkan api marak pada kenderaan.
Sungguh! ini perbuatan kejam.
Tiada perikemanusiaan, dan untuk orang-orang sebegini perlu diadili setimpal mengikut jenayah yang mereka lakukan.
Terkesan dengan pemergian allahyarham Muhammad Adib, pendakwah bebas catatkan doa untuknya. Semoga kehilangan wira negara ini mendapat pembelaan yang selayaknya.
Bomba Bukan Bawa Senjata, Bawa Air Sampai Begini Mereka Kerjakan – Ebit Lew
Sebak pilunya hati ini. Hari tangisan buat seluruh Malaysia dan seluruh insan di dunia. Innalillahi wa inna ilaihi rajiun.. pemergian Allahyarham Muhammad Adib b Mohd Kassim.
Anggota bomba yang syahid dipukul kerana sedang menjalankan tugas ingin menyelamatkan manusia.
Ya Allah anugerahkanlah pahala syahid buat dirinya.. bangkitkannya bersama Nabi-nabi dan Syuhada.
Berilah Ketabahan Dan Kekuatan Buat Seluruh Ahli Keluarganya
Ya Allah letakkanlah dirinya dalam syurga FirdausMu.
Ya Allah buat seluruh ahli keluarganya berilah ketabahan dan kekuatan. Jagalah seluruh ahli keluarganya.. sayangilah dan berilah rahmat kasih sayangMu.
Tak pernah terfikir begini jadinya di Malaysia. Anggota bomba nak padam api kena begini. Bomba bukan bawa senjata. Bawa air sampai begini mereka kerjakan.
Pembunuhan kejam.. terbuka.
Setiap yang menjadi penyebab perlu diberi balasan seberat-beratnya. Tiada hati manusia yang ada perasaan tidak bersedih hari ini..
Ya Allah ya Hayyu Ya Qoyyum ya Aziz Al Jabbar Al Mutakabbir hanya padaMu kami mengadu.
Siapa sahaja yang menjadi sebab berilah mereka pengajaran sebenarnya. Hanya padaMu kami bermohon. Kaulah sebaik-baik yang akan mengadili nanti.
Allahu inilah dikatakan satu keajaiban. Jika takdirkan ajal belum tertulis, maut masih belum datang menjemput. Fizikal bayi yang baru dilahirkan sewajarnya memiliki tubuh yang masih kecil dan lemah, namun ditemui masih bernyawa meskipun dicampak dari tempat yang tinggi.
Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui selamat selepas dicampak dari tingkat dua sebuah bangunan di Jalan Hentian 4, berhampiran Hentian Bas Kajang, Kajang, semalam. Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, bayi yang dicampak tersebut terjatuh di atas jalan raya sebelum diselamatkan orang awam.Difahamkan, bayi itu terselamat dan masih bernyawa meskipun cedera di bahagian kepala.
Wanita Indonesia Ditahan
Susulan kejadian ini seorang wanita warga Indonesia ditahan selepas dipercayai mencampak bayi lelakinya yang baru dilahirkan dari tingkat dua sebuah bangunan di Hentian Kajang, di Kajang, semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Superintendan Mohd Sabri Abdullah berkata, hasil risikan dan maklumat, pihaknya menahan wanita warga Indonesia berusia 20-an di perkarangan Hospital Kajang, 11.30 malam tadi.
“Permohonan reman terhadap suspek dibuat di Hospital Kajang, pagi ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi,” katanya.
Sementara itu, Mohd Sabri berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 5.32 petang.
Bunyi Dentuman Kuat
“Siasatan awal mendapati pemilik sebuah restoran di kawasan berkenaan menemui bayi terbabit kira-kira jam 5 petang.
“Sebelum itu, dia mendakwa terdengar bunyi dentuman kuat di belakang restoran berkenaan ketika berada di dapur premis itu sebelum bergegas ke lokasi terbabit.
“Lelaki itu kemudian menemui bayi lelaki dalam kedaaan bogel tetapi masih hidup, di atas tanah,” katanya.
Beliau berkata, pemilik restoran berkenaan kemudian membalut bayi itu dengan kain dan membawanya ke klinik berhampiran.
Mengucap panjang, bila baca berita pembuangan bayi sebegini. Berulang kali diingatkan bayi ini tidak berdosa dan turut mempunyai nyawa.Jangan dibuang mahupun dibunuh sesuka hati, bagaikan tidak punya hati dan perasaan.
Jururawat hampir kehilangan RM4000 akibat emel palsu, "diminta verify kalau tak akaun Netflix digantung. Seorang jururawat hampir kehilangan wang simpanannya selepas menjadi mangsa penipuan...