Ustazah Marhamah Rosli pencetus #justice for zara qairina dilantik Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama. Rombakan kabinet dari Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi menyaksikan Ustazah Marhamah Rosli yang mencetuskan gelombang #justiceforzara dilantik sebagai Timbalan Menteri Agama bergandingan bersama Menteri, Dr Zulkifli Hassan.
Banyak berkongsi update terkini tentang inkues kematian pelajar tingkatan satu itu, Zara Qairina atas nasihat peguam, lantikannya sudah pasti membawa sinar baru dalam dakwah kerana beliau sebelum ini merupakan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Bayu Raudhah Sabah.
Ads
Masa yang sama, Ustazah Marhamah Rosli merupakan penceramah bebas dengan Tauliah Mengajar Agama dan Al-Quran Negeri Sabah. Beliau juga merupakan penceramah tetap seminar motivasi Al-Quran SOUL TO SOUL selain Pengasas Jenama Soul to Soul & Mahabbah Muslimah. Keterlibatannya dalam badan kebajikan menyaksikan dirinya merupakan pengasas sekolah anak-anak asnaf – Pusat Pendidikan Bayu Raudhah Sabah.
Ads
Pernah dianugerahkan Wanita Inspirasi 2024, Ustazah Marhamah yang merupakan pemegang Ijazah Undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) juga pernah menerima Anugerah Pembangunan Modal Insan 2024 selain terpilih Ikon Wanita Motivasi & Inspirasi 2023 (Daerah Tawau).
Wanita terkandas setahun di KLIA miliki kad mental, merupakan warga tempatan & sudah diserahkan ke Hospital Kajang. Baru ini tular video di media sosial seorang wanita yang didakwa sudah tinggal setahun di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1.
Dirinya dilihat berada di kawasan terminal bersama barangan peribadi, dipercayai bergantung sepenuhnya kepada kemudahan awam seperti internet, pendingin hawa dan bekalan air yang disediakan di lapangan terbang terbabit selain berlakunya pertengkaran dengan indvividu lain sehingga videonya tular di media sosial.
Hal ini menerima pelbagai pendapat awam yang meminta pihak berkuasa bertegas dalam isu ini kerana ia berkaitan imej negara kerana lapangan terbang KLIA 1 merupakan pintu masuk utama pelancong dalam dan luar negara.
Dalam pada itu, selepas hal ini tular, pihak berkuasa polis hari ini mengesahkan wanita yang didakwa tinggal di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 merupakan pemegang kad berkaitan masalah kesihatan mental.
Memetik laporan Sinar Harian, Timbalan Ketua Polis Daerah KLIA, Superintenden Albany Hamzah berkata, wanita itu merupakan warga tempatan dan bukan warga China seperti didakwa di media sosial sebelum ini.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Berbelas tahun bersahabat baik, pereka fesyen tersohor Rizman Ruzaini akhirnya merealisasikan impian lama mereka iaitu menghadiahkan busana perkahwinan buat primadona tanah air, Erra Fazira.
Istimewanya, busana bernuansa biru itu bukan sekadar pakaian akad nikah, tetapi simbol persahabatan yang terjalin sekian lama, penuh hormat dan kepercayaan.
Menurut Rizman Nordin, hasrat untuk mereka busana buat Erra sudah lama tersimpan, namun hanya kini menjadi kenyataan.
“Saya mengenali Erra sejak lama. Ketika itu, dia sudah pun berumah tangga. Jadi apabila dia ingin berkahwin lagi, sudah semestinya kami mahu menghadiahkan busana perkahwinan kepadanya. Ini tanda persahabatan kami yang sudah berbelas tahun terjalin,” katanya.
Mengulas inspirasi rekaan, Rizman menjelaskan Erra mahukan sesuatu yang sederhana, baju kurung moden yang polos dan ‘simple’. Namun, sentuhan Rizman Ruzaini tetap hadir melalui sulaman manik yang halus dan kemas, menjadikan rekaan itu bersahaja tetapi tetap anggun.
“Erra sangat mudah bekerjasama. Dia terbuka dengan idea dan percaya pada hasil kerja kami. Dan Erra ini memang cantik—pakai apa pun cantik,” ujar Rizman.
Soal harga busana pula, Rizman memilih untuk berdiam diri. Bagi mereka, nilai persahabatan jauh lebih mahal daripada angka. Melihat Erra kembali melangkah ke alam perkahwinan, Rizman mengakui turut menumpang bahagia.
“Setiap kali ‘fitting’ dulu, saya selalu tanya bila Kak Erra nak kahwin. Dia pula selalu minta saya carikan calon. Bila akhirnya dia bertemu jodoh yang sesuai, saya benar-benar gembira untuknya. Alhamdulillah, semoga perkahwinan ini berkekalan hingga ke syurga,” katanya penuh makna.
Terdahulu, Erra Fazira selamat diijabkabulkan dengan usahawan, Ezwan Zain, dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Kampung Melayu Subang pada pukul 9.19 pagi tadi.
Ella selesa rahsiakan kerja amal. Ratu Rock Negara, Ella, mungkin terkenal dengan kemerduan suara dan persembahannya yang bertenaga. Tetapi di sebalik semua itu, Ella sebenarnya seorang wanita yang sangat penyayang dan suka membantu insan yang memerlukan.
Terbaru ketika menghadiri sidang media Konsert Majlis Tertinggi RockQueen di Stadium Bukit Jalil, suaminya, Kapten Azhar Ghazali, berkongsi bahawa banyak kerja kebajikan yang Ella lakukan tidak diketahui umum kerana dia lebih selesa melakukannya secara diam-diam.
Menurut Azhar, Ella pernah mengikuti misi kemanusiaan ke Lubnan untuk membantu pelarian Syria bersama Yayasan Kebajikan Negara (YKN). Di sana, Ella melawat keluarga yang tinggal di khemah pelarian dan cuba memberi sokongan kepada mereka.
Ella juga banyak membantu dalam dunia pendidikan seni. Dia selalu memberi idea dan menyumbang peralatan muzik kepada sekolah-sekolah seni untuk membantu pelajar yang berminat dalam muzik.
Selain itu, Ella juga turun padang menyantuni golongan gelandangan, terutamanya mereka yang perlukan makanan dan sokongan.
“Sebenarnya isteri saya, Ella pernah menyertai misi kemanusiaan ke Lubnan, menyantuni masyarakat yang menetap di khemah pelarian perang Syria bersama Yayasan Kebajikan Negara (YKN).
“Ella juga suka dan sering berkongsi idea untuk memperkasa sekolah-sekolah seni dalam usaha melahirkan generasi baharu pemuzik, termasuk melalui sumbangan pelbagai peralatan untuk tujuan pendidikan.
“Selain itu, Ella pun ada terbabit dengan aktiviti menyantuni gelandangan yang memerlukan bantuan makanan. Banyak perkara seperti ini yang dia buat sebenarnya tapi tidak dihebahkan secara meluas,” ungkapnya.
Ella pula memberitahu, dirinya lebih selesa lakukan kerja amal secara senyap.
“Kalau tidak dihebahkan, saya rasa akan dapat lebih banyak pahala. Bahkan, mungkin juga mereka yang menerima bantuan itu akan berasa malu, jadi kita harus menjaga perasaan mereka juga.
“Kadang-kadang, kita pun rasanya tidak boleh berkongsi semua perkara yang dilalukan termasuk kerja kebajikan dibuat kepada pengetahuan umum kerana perlu menjaga privasi pihak lain itu,” jelas Ella.
Niat Baik Ella Diketahui Selepas Mendirikan Rumah Tangga
Suami Ella, Azhar juga memberitahu dirinya mengetahui kebaikan yang ada pada Ella selepas mendirikan rumah tangga.
“Saya tahu perkara ini (aktiviti kemanusiaan dilakukan Ella) selepas kami berkahwin. Naluri melakukan kebaikan itu sentiasa ada dalam dirinya. Manakala, saya pula menjadi orang yang memudahkan urusan.
“Saya turut membantu mengatur pertemuan, membuat panggilan dan sebagainya untuk sama-sama berbakti kepada golongan memerlukan dengan Ella. Namun, asasnya tetap datang daripada diri kita sendiri.
“Selain membantu individu sakit, pelajar dan orang kelainan upaya (OKU), Ella juga secara peribadi turut menolong rakan-rakan artis terutama mereka yang kesempitan hidup, termasuk senior yang pernah bersama dengannya sejak awal dalam dunia muzik,” luah Azhar.
Untuk pengetahui tidak lama lagi Ella akan mengadakan konsert yang berjudul Majlis Tertinggi RockQueen – Ella pada 14 Februari depan.
Konsert solo Ella mengetengahkan konsep berhibur sambil beramal itu turut menawarkan harga tiket serendah RM39.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!