Musim penyakit Inluenza ini sedikit membimbangkan mak ayah, terutama yang ada anak kecil, yang sakit, daya tahan penyakit lemah, orang tua malah ibu yang mengandung sekalipun.
Sehingga hari ini saja beberapa anak kecil sudah dijemput Ilahi, selepas beberapa hari diserang virus demam Influenza. Malah, bekalan vaksin influenza juga semakin terhad. Di Selangor saja jumlah pesakit yang dijangkiti Influenza semakin meningkat.
Jadinya mak ayah, selain ikhtiar jaga kesihatan diri, jaga kebersihan, ambil suntikan vaksin Influenza, sebaiknya mohonlah juga perlindungan daripadaNya.
Sebagaimana yang dikongsikan oleh Ustaz Farid Rashidi ini, ada doa yang boleh mak ayah baca malah hafaz untuk memohon padaNya agar dihindari dari bencana sebegini.
Doa Hindari Bencana, Wabak Influenza
Kata Ustaz, “Sekarang ni kan musim wabak Influenza. Bagi yang ada anak-anak, sudah tentu ibu bapa pakat risau.
Ads
Bukan saja wabak penyakit, juga memohon dihindarkan bala bencana lainnya juga.
Apa kata, mari kita sama-sama amalkan doa ini. Yang dah hafaz Alhamdulillah. Yang nak hafaz, silakan.”
Ads
.
Begini bunyi doanya: Allahumma inni a’uuzubika min jahdil bala’. Wa darkish shaqa’. Wa suu il qadha’. Wa shamaatatil a’da’.
Maksudnya:
“Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari bala atau bencana, kesukaran hidup, buruknya takdir serta hinaan atau cemuhan orang-orang yang memusuhi.”
[Sahih Bukhari]
Ads
Marilah berkongsi doa yang baik ini. Diizin share ya.
MW : Pendek saja doanya, semoga cepat lekat di hati mak ayah.
Selalunya suamilah paling happy bila tahu isteri mengandung lagi. Terbalik pula dengan Dr Say Shazril Shaharuddin ini. Bila mana isteri, Dr Azura Abas nyatakan hasrat mahu mengandung lagi, Dr Say Shazril pula yang berat hati.
Pengalaman menjaga anak sulungnya, Aezriel atau nama manjanya Ace masih terngiang-ngiang akan kesukarannya. Katanya, hingga sukar mencari ‘me time’. Sebab Dr Say ini bapa yang bertanggungjawab, maka itulah kebimbangan berputik di hatinya.
Bacalah luahan hati Dr Say Shazril ini,
Kepada yang baru follow saya, bini saya bersalin tahun lepas 5.5.2019 melalui pembedahan caesar akibat baby kami lemas (fetal distress). Ideally masa diperlukan untuk rahim betul-betul sembuh selepas pembedahan ialah 2 tahun kerana bimbang rahim pecah (uterine rupture) sewaktu contraction. Meaning bila Ace (anak pertama saya) cecah 2 tahun, baru saya & bini boleh kuah banjir (lepas dalam).
Bini saya ni pulak keras, tak cukup koyak dengan satu baby. Tak silap saya, habis pantang aritu dia terus request baby nombor 2. Memandangkan kami mencuba tuk baby pertama agak lama yakni 5 tahun baru dikurniakan rezeki.
Katanya kawan-kawan dia mostly anak 2/3 dah. Respon saya “What? I baru pas meroyan teman u 2 bulan berpantang, u nak tambah satu lagi?” Berjaya saya matikan hasrat bini.
Lepas die tengok Ace membesar dengan comelnya & jayanya. Ideologi degil dia kembali lagi. Kali ni lebih istiqamah. Katanya best kalau dapat baby girl bley dia nak dress up, make up bagai.
Baru-baru ni kami pergi berjumpa pakar sakit puan kami. Dan akibat kedegilan bini, saya tanya je direct “Dr Vignes, my wife wants a 2nd child so forcefully”.
Terduduk obstetrician kami dibuatnya kerana Ace baru 8 bulan, ade 1 tahun 4 bulan lagi baru afdal nak menimang. Tapi Dr Vignes rationale, beliau respon “Why r u so eager? Let d kid grow up 1st enjoying d warmth & love from both of u”.
Dalam hati saya “U’re my mannn Dr Vignes”. Tapi lepas tu dia tambah lagi “if u really want to, u may deliver in 2021 which means (sambil beliau bercongak-congak) by March 2020 u can kuah banjir” terduduk saya dibuatnya peeps.
Terus bini pandang saya dengan pandangan, “siap u ubby bulan 3 nanti”. Bukan saya tak suka Ace ada adik tapi banyak kena fikir oo dari sudut seorang suami & bapa. Dari segi kewangan sampai lah kepada tidur dan “me time” yang bakal memendek.
Ada ke new parents yang jarak umur anak agak dekat kat sini? Acano korang survive? Redah je ke atau terduduk dibuatnye ke? Tapi best gak kalau adik Ace ikut muke daddy sure Leng Zai or Leng Lui ahhh.
MW : Kepada Dr Say Shazril dan isteri, selamat bercuti-cutian di Krabi.
Telus atau simpan? Hendak kena buka rahsia atau hendak bercerita? Persoalannya, perlukah memberitahu pasangan tentang kisah silam kita?
Pakar Motivasi & Kaunselor Keluarga, Dr Robiah K Hamzah menjelaskan kekuatan sesebuah pasangan itu adalah bersandarkan kepada keyakinan, kepercayaan dan ketelusan.
“Tetapi perkataan telus dan tulus itu dua benda yang berbeza. Ada masa ada benda yang kita boleh cerita, boleh telus. Dan ada masanya kita kena close (simpan). Ertinya tidak semua benda yang kita kongsi itu hasilnya baik.
“Kadang-kadang kita kata kongsi itu baik, tetapi kalau hasilnya tidak baik, ia akan menjadi satu benda yang menjadi pekung yang agak sulit untuk diubat. Berhati-hati dan pilih-pilihlah yang mana hendak dikongsi dan yang mana hendak disimpan sebab menyimpan itu menjadi satu kekuatan untuk menjaga harmoninya hubungan.”
Jelas Dr Robiah lagi sewaktu menghuraikan topik Telus Atau Simpan di Mingguan Wanita Talkshow yang bersiaran dari pukul 12.00 hingga 1.00 tengah hari di saluran ASTRO Prima 105, kekuatan sebagai pasangan, mereka hendak tahu adakah masa silam itu menguntungkan atau tidak.
Sebagai contohnya, tanyalah pasangan, diri anda itu teman wanita yang ke berapa? Perlukah pasangan anda menjawab persoalan ini? Dan jika ada pergaduhan berlaku selepas jawapan diberi, bermakna anda sebagai isteri tidak tulus dan telus dengan pasangan anda.
“Oleh itu apabila kita mendapat pasangan, kita terima mereka dengan cantik di luar dan cantik di dalam. Tidak ada perasaan prasangka dan buruk sangka serta tidak mengaitkan lagi kisah silam. Kisah silam itu sudah lepas. Semalam sudah jadi kenangan.Esok belum datang lagi. Kita hanya punya hari ini. Kalau esok bergaduh, apa akan jadi.”
Pakar Motivasi & Kaunselor Keluarga, Dr Robiah K Hamzah menghuraikan topik Telus atau Simpan di Mingguan Wanita Talkshow di saluran ASTRO Prima 105.
“Perkara pertama, apa yang kitab oleh buat kalau kita ada banyak ‘sampah’ dengan pengalaman masa lalu, kita berdoa dengan Allah. Kalau inilah jodoh yang Kamu temukan sekarang, maka bantu aku supaya dia (bakal pasangan hidup) tidak Nampak semua sampah.
“Perkara kedua, kalau kita yakin itulah pasangan kita, kita minta dengan Allah simpan semua yang tidak cantik sebab Allah sahaja yang mampu tutup, Allah yang mampu ubah dan Allah yang mampu buka.
“Sebab itu juga bila kita kata menikah, kita menikah dengan nama Allah. Oleh itu jagalah hubungan itu dengan nama Allah. Serahkan pasangan pada Allah. Terima pasangan seadanya. Apa yang berlaku sebelum itu bukan hak aku.
“Secara fitrahnya kita tidak mahu terima buruk orang. Jadi secara realitinya jika anda sayangkan pasangan, sayanglah dia sebab apa yang dia ada. Bukan sayang dia sebab pengalaman lalu.”
Jika ini berlaku pada wanita, apa yang boleh dilakukan? Ini nasihat Dr Robiah.
“Yakin pasangan itu dengan ikhlas. Sebab itu kita perlu berterus-terang dengan pasangan. Pilihan itu di tangan kita, bukannya pasangan. Suami hendak bercerita atau tidak, itu pilihan dia. Tetapi bukan pilihan kita sebagai isteri.
“Oleh itu berfikirlah seratus kali sebelum bercakap sekali. Maknanya ingat hujung dahulu. Jika kita bercerita apa yang akan terjadi? Adakah kita anggap diri lebih baik atau lebih buruk jika bercerita? Kekuatan yang hendak dibangun bukanlah proses cerita itu tetapi kesan cerita itu. Sebab itu agama telah pesan, yang sudah tidak baik cerita kalau tidak ada untungnya.”
Pesan Dr Robiah lagi keharmonian dalam rumah tangga itu penting. Jangan percaya cakap orang luar mengenai pasangan anda.
“Jika kita percaya cakap orang daripada suami, bermakna kepercayaan kita terhadap suami itu telah pecah. Jika anda percaya pada orang luar daripada orang dalam rumah kita sendiri, bermakna anda telah menjadi isteri yang tidak baik.
“Apa yang tidak cantik tidak perlu cerita kerana hasilnya tidak cantik. Sebab itu keluarkan apa yang boleh eratkan lagi hubungan. Kita tidak mahu terima semua yang orang kata itu betul dan kita juga tidak boleh nafikan semua itu salah.Maka pengakuan pasangan itu penentu kepada cerita yang terbang ini.”
“ Bangun kekuatan supaya keluarga anda jadi bahagia. Nasihat saya kepada suami, pimpinlah keluarga anda untuk masuk syurga bukan masuk neraka. Maka suami mesti pegang tangan isteri dan anak-anak. Jika itu yang ada dalam kepala suami, semuanya akan menjadi baik.”
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Solat merupakan satu kewajipan dalam kehidupan. Amat penting setiap pasangan suami isteri agar menjaga solat setiap hari, jika ingin perkahwinan yang dibina berkat dan bahagia serta dimurahkan rezeki. Banyak kes perceraian yang berlaku dalam rumahtangga berpunca akibat tak jaga solat dan mengabaikan solat. Pasangan sering bergaduh, mudah ‘panas’ dan saling menegakkan ego masing-masing.
Ini kisah rumah tangga. Truly from my experience.
Kahwin umur 25 tahun. Masing-masing langsung tak matang. Hari-hari bergaduh. Bergaduh sebab family masing-masing . Yang isteri lebihkan keluarga dia. Yang suami lebihkan keluarga dia. Aku rase most of pasangan yang baru-baru kahwin mesti hadap perkara ni. Bende ni nampak simple je tapi kalau kita tak sedar tak mustahil akan membawa kepada perceraian dan kemusnahan hidup.
Aku dan isteri langsung tak warak. Awal perkahwinan selalu tinggal solat. Jahat kan? Aku lagho. Bini pun apatah lagi. Sedangkan keluarga kami, mak ayah kami bagi didikan agama cukup. Selalu pesan jangan tinggal solat. Solat tiang agama. Tapi degil.bongkak. Teruk sungguh perangai. Pernah kami suami isteri straight tak solat. Mengaji apatah lagi.Memang kelaut dalam. Dari sini lah sebenarnya punca utama kegagalan dalam kehidupan. Syukur kami sedar sebelum terlambat.
Awal kawin selalu bergaduh sampai nak bercerai berai. Pelik sangat bila fikir. Bergaduh bende kecik je tapi dia punya penyelesaian mesti nak kena libatkan mak ayah aku. Mak ayah mertua. Sampai hampir bercerai berai. Macam tak logik langsung. Rasa bodoh bila ingat balik. Macam-macam masalah timpa. Rasa susah nyee nak handle isteri degil. Keras kepala. Padahal diri sendiri pun sama. Degil keras kepala pada pencipta. Langsung tak nak sujud. Tunggang langgang rasa hidup. Lepas satu satu masalah datang. Yang paling pelik duit tak pernah nak cukup. Sampai masing-masing banyak bergantung harap kat mak ayah masing-masing.
Ada satu masa tu aku balik dari kerja setelah 2 bulan tak jumpa isteri. Makan hati woi, langsung tak contact isteri sepanjang kat laut. Rasa kosong sangat hidup. Bila balik. Jumpa isteri. Aku konon nak jadi suami yang cool rendahkan ego ajak isteri solat sama-sama. Nak tau tak apa reaksi isteri? Tak nak lah. Tiba-tiba je ajak solat siap jeling lagi kat aku.
Masa tu aku rasa tertampar gila. Rasa macam kena hempap balak. Selama ni kalau isteri melawan memang rasa bengang dan mula lah start berperang. Tapi time tu lain macam. Rasa macam sentap gilee. Sebab aku tau nape dia cakap camtu. Sebab dia tak yakin aku boleh jadi imam yang baik.
Dari situ. Aku slow-slow berubah. Jaga solat 5 waktu. Mengaji walaupun merangkak. Dan alhamdulillah. Cepatnya masa berlalu. Isteri jadi seorang yang sangat taat. Dengar kata aku. Apa-apa keputusan mesti dia dahulukan aku. Kalau dulu hampeh. Semua ikut kepala dia je..
Solat tak tinggal dah macam sebelum ni. Rasa beruntung sangat ada isteri macam ni. Sampai kan duit belanja mak ayah aku dan mak ayah dia pun, dia selalu ingat kat aku untuk bagi setiap bulan. Tu belum kira keperluan lain lagi. Memang langsung tak kontrol duit aku untuk diri dia sendiri je.
Paling aku bersyukur. Daripada takde pape sekarang aku dan isteri dah ada company sendiri yang makin hari makin berkembang walaupun hanya bermodal kan RM150 je awal permulaan. Dulu duit RM 1000 rasa macam dunia ini ana yang punya.. Tapi sekarang rasa mudahnya nak dapat rezeki. Semuanya Allah permudahkan.
Jaga solat. Jangan tinggal solat. Bahagiakan isteri. Semua beban hilang sekelip mata. Syukur ya Allah. Bukan nak riak. Tapi aku dambakan pahala kalau-kalau ada yang terdetik hati nak jaga solat asbab baca karangan aku ni. Percayalah. Bukan cerita kosong. Sebab hari ni. Aku sangat bersyukur dengan nikmat yang aku dan isteri terima. 2020 ni InshaAllah nak susun langkah bawak anak bini ke Mekah pulak.. Wish me luck. Sekian.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Ada benarnya ingin bahagia dalam kehidupan, dimurahkan rezeki dan hilang segala kesusahan jaga solat setiap hari. Sebagai suami, amat penting menjadi imam dan pemimpin dalam rumahtangga dalam membentuk keluarga.Semoga kita dan keturunan kita dikalangan mereka yang menjaga solat.