Pernah tak mak-mak yang pernah terbuat ini, ‘tidur semula selepas Subuh’. Haa.. rupanya perlakuan itu jadi satu tanda yang kita ini hamba yang sombong dengan Allah. Perkongsian Yatt Hamzah, 38 ini ringkas tapi penuh makna.
Yatt Hamzah yang ketika ini sedang sarat hamil akui yang kehamilannya kali ini sudah overdue. MW doakan Yatt dipermudahkan bersalin anak ketiganya ini dengan mudah.
Ustaz, macam mana nak buat supaya tak tidur lepas subuh?
“Tak pernah wujud istilah tidur lepas subuh”. Oh, jadi ustaz, ape hukum tidur lepas subuh? “Kau nak aku jawab dalam mazhab kau atau mazhab aku?
Aku bisik dalam hati ‘Ada banyak mazhab ke dia ni?’. Jangan kau nak menyatakan perkara yang kau tak boleh sorokkan dengan aku.
Dia kata, “Kalau dengan cara hidup kau, amalan kau, mazhab kau, kau teruskanlah tidur lepas subuh dan jadilah kau seperti anjing mati.
Aku nak menangis.
Ads
Orang Macam Ini Sombong Dengan Allah
“Tapi kalau dalam mazhab aku, cara aku, amalan yang aku tahu, orang yang macam ini dia jatuh KUFUR!”
Aku tersentak.
“Kenapa ustaz?” Dia menjawab, “Orang yang macam ini SOMBONG dengan Allah. Dan Dia berlagak depan Allah! Malah Dia menolak pemberian Allah! Bagaimana dia boleh tidur sedangkan Allah menurunkan rezekinya, rahmatnya setiap pagi selepas terbit fajar, tapi dia boleh tidur.
“Umpama macam kalau kau seorang jutawan, bawa duit berjuta-juta berjumpa dengan seorang miskin papa kedana setiap hari. Tetapi apa yang dilakukan oleh fakir tadi kepada kau? Dia tidur dan tak mempedulikan langsung duit kau sedangkan dia miskin.
“Jadi apa yang ada pada fikiran kau? Mesti kau akan kata, “Dia ni dah lah miskin nak mampus, sombong pulak tu”.
Ads
Aku tersentak.
Bertaubat Dulu Barulah Solat Dhuha
Dia berkata lagi, “Orang yang tidur lepas subuh dan lepas itu bangun, ada hati lagi nak Dhuha, Allahuakbar.”
“Orang macam ini lagi tak malu depan Allah. Tadi dia tolak pemberian Allah. Sekarang mahu tarik semula rezeki dan rahmat Allah. Sesungguhnya manusia itu jahil. Sepatutnya orang ini perlu bertaubat dulu sebelum nak solat Dhuha”.
Allahuakbar, bila duduk dengan orang yang setiap masa takutkan Allah, baru sedar macam mana amalan kita selama ni. Betapa hinanya fikiran aku selama ini. Jauh beza nak banding amalan kita yang tak tahu Allah terima ke tak. Tapi hidup setiap hari macam tak rasa banyak dosa. Allahhh…
Kita ni banyak dosa, bukan setakat banyak dosa bahkan bermandikan dosa.
Dia kata lagi, Orang yang riak kalau bertaubat Allah ampunkan. Kalau orang yang sombong apa kau rasa Allah nak ampunkan sedangkan itu adalah sifat iblis?
Ads
Ini Pula Doa Untuk Ibu Hamil Yang Overdue
Ibu hamil yang sedang sarat, amalkanlah surah Al Insyiqaq, ayat 1 hingga 5. Surah yang Yatt Hamzah kongsikan ini katanya, “khusus untuk ibu ibu hamil yang dah sarat terutama kategori macam MakYong overdue ini.”
Moga Allah makbulkan dan permudahkan kelahiran anak-anak syurga ini.
Ini Terjemahannya:
1. Idzassamaa unShaqqat – Apabila langit terbelah. 2. Wa azinat lirabbiha wahuqqat – Dan patuh kepada tuhannya, dan sudah semestinya patuh. 3. Waidzal ardhu muddat – Dan apabila bumi diratakan. 4. Wa Alqat Maafiha watahollat – Dan memuntahkan apa yang ada di dalamnya dan menjadi kosong. 5. Wa azinat lirabbiha wahuqqat – Dan patuh kepada tuhannya, dan sudah semestinya patuh.
Resepi pancake pisang ini mudah sungguh nak buat. Sebabnya pancake 3 bahan ini tak menggunakan tepung. Cuma gunakan pisang, telur dan madu. Sesuai untuk mak-mak yang sedang dalam usaha nak turunkan berat badan.
Hidangan sarapan mudah ini dikongsikan oleh Yanie Rosdi. Katanya waktu cuti sekolah yang lalu, dia mencuba resepi ini dan dihidangkan untuk anak-anak. Nak elakkan melekat, mak-mak kenalah masak dengan api perlahan guna kuali non stick ya.
“Anak-anak pasti sukakan pancake pisang ini. Mak-mak yang tengah diet pun boleh juga layan sebab hanya guna pisang dan telur sahaja.”
Bahan Pancake Pisang Tanpa Tepung
3 biji pisang 2 biji telur Satu sudu madu
Ini Cara Buatnya
Sediakan 3 biji pisang, 2 biji telur dan satu sudu madu.
Lenyek pisang bersama telur sehingga sebati @ boleh juga gunakan blender untuk hancurkan bahan tadi.
Masakkan dengan non-stick pan dan guna api perlahan sahaja.
Setelah siap boleh curahkan satu sudu madu. Sesuai juga dihidangkan bersama ais krim.
Dua beradik bergaduh di wad ketika ayah nazak, sabit kesalahan boleh di penjara 6 bulan. Tindakan dua beradik bergaduh di wad di hadapan ayah yang sedang nazak memakan diri apabila didakwa di Mahkamah Majistret hari ini. Keduanya dituduh melakukan gaduh gempar di dalam wad Hospital Melaka ketika menjaga bapa mereka yang nazak, Januari lalu.
Tertuduh, Normala Othman, 47 dan Julaiha Othman, 45, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Uthman Abd Ghani.
Dua Beradik Bergaduh Di Wad Ketika Ayah Nazak
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh bersama-sama telah melakukan gaduh gempar dengan melakukan pergaduhan di tempat awam.
Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 2.30 petang di Wad 42, Katil 2A Hospital Melaka dalam daerah Melaka Tengah, pada 19 Januari 2025.
Memetik laporan Kosmo Online, sabit kesalahan kedua-kedua tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan atau dengan denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan.
Difahamkan, pergaduhan itu berpunca daripada perselisihan faham antara dua beradik terbabit berhubung hal persiapan bagi lokasi pengebumian bapa mereka, yang kemudiannya disahkan meninggal dunia pada keesokkan harinya.
Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Nabihah Sofian mencadangkan jaminan sebanyak RM6,000 dikenakan bagi setiap tertuduh.
Peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Muhammad Mawardi Zainudin yang mewakili kedua-dua tertuduh bagaimanapun merayu jaminan rendah diberikan dengan alasan mereka masing-masing menjaga ibu yang sakit, anak orang kurang upaya mental dan menanggung anak-anak yang masih kecil.
Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM800 setiap seorang dan menetapkan tarikh 3 Jun depan bagi serahan dokumen dan lantikan peguam.
TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-
“Biarlah hukuman mati itu dikekalkan. Tak ada kekhilafan dalam hukuman sebelum ini. 8 tahun kami sekeluarga menderita menantikan keenam-enam tertuduh melalui detik itu.
Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
11 tahun tempoh perkenalan dan 3 tahun tempoh menyimpan duit kahwin dalam menghalalkan seorang wanita untuk dijadikan isteri, bukan satu tempoh yang sekejap.Kepuasan pastinya dapat dirasai apabila gigih berusaha sendiri, tanpa mengharapkan bantuan kewangan daripada kedua mak ayah untuk mengadakan majlis perkahwinan mahupun belanja urusan hantaran ini.
Pecah Tabung Buluh “Lemang Duit”
Dalam satu perkongsian yang sedang viral di TikTok ‘Paansam’, lelaki ini dan beberapa orang ahli keluarga sedang mengira selonggok timbunan wang kertas nilai RM20, RM10 dan RM5.
Lelaki ini juga berkongsi detik memecahkan sebanyak 5 buah tabung daripada batang buluh yang dinamakan “Tabung Nak Kawen” setelah berusaha gigih selama 3 tahun untuk menyimpan duit di dalamnya.
Alhamdulillah, penantian selama 11 tahun berkenalan dengan pasangan hati, akhirnya pasangan ini berjaya diijabkabulkan baru-baru ini.Tahniah!
Rezeki Selepas Kahwin
Sementara itu, Paan juga menambah berkat rezeki selepas kahwin juga melimpah ruah. Tawaran kerja sebagai Deejay di kenduri majlis perkahwinan juga penuh.
Ramai yang berkongsi rasa terharu dengan kegigihan dan kesabaran lelaki ini dalam mengumpul duit untuk belanja kahwin, malah turut mendoakan kebahagiaan pasangan ini.
Kegigihan dan kesabaran lelaki ini dalam mengumpul duit demi tujuan menghalalkan pernikahan dengan pasangan tercinta wajar dijadikan inspirasi buat anak muda lain. Selamat Pengantin Baru diucapkan, semoga perkahwinan yang dibina kekal bahagia hingga ke syurga hendaknya.
Sindiket persundalan tumpas, ibu ayam didakwa, dua pelajar tingkatan 2 terbabit. Polis berjaya mematahkan kegiatan sindiket pemerdagangan manusia yang memperdaya pelajar sekolah menengah untuk dijadikan mangsa seks, menerusi beberapa operasi khas yang dijalankan dari 24 hingga 29 Julai lalu.