Cantik kediaman yang MW kongsikan ini. Pemiliknya banyak gunakan perabot terpakai saja. Dia dan suami cuma ambil masa sehari transform rumah sewanya jadi wow! Lepas postingnya jadi tular. Dia bantu pula ubah kediaman orang lain dengan kos paling bajet iaitu RM1000.
Itulah istimewanya cerita dekorasi rumah yang disewa keluarga kecil Siti Zakirah Ghazali atau lebih mesra dengan panggilan Mc’Yah ini.
Ibu anak tiga dari Besut Terengganu rupanya ada ‘tangan emas’. Lagi-lagi kalau dikaitkan dengan kelebihan mendeko kediaman. Sebabnya tak perlu keluar duit berpuluh-puluh ribu pun, kediamannya bertukar rupa menjadi cantik.
“Perabot semua terpakai, kecuali rak kasut dan meja makan saja saya beli di Ikea. Dekorasi rumah saya banyak yang campur-campur.
“Idea sepenuhnya dari saya. Tanpa sebarang google atau tiruvasi.” Tutur pengasas syarikat 9088 Legacy Sdn Bhd ini.
Ads
Cuma Satu Hari
Kerja-kerja dekorasi dilakukan sendiri olehnya dan suami. “Cuma cat saja minta bantuan team kerja suami. Ada 2 orang. Termasuk saya 4 orang.”
“Keseluruhannya siap dalam tempoh 24 jam saja. Cuma bilik lama sikit sebab vanity mirror suami DIY sendiri.
“Jadi enjak 3 ke 4 hari sementara tunggu vanity mirror siap.”
Tuturnya lagi ketika dihubungi, kerja-kerja mendekor bermula seawal 8 pagi dan selesai jam 2 pagi keesokan harinya. “Sebaik cat kering, terus tampal apa yang nak dideko.”
Ads
Mc’Yah mula mengias pada bahagian ruang tamu, ke ruang makan, ke ruang laundry. Seterusnya bilik dan akhir sekali luar rumah.
Jelas ibu 3 orang anak berusia 27 tahun ini, kos renovation keseluruhan sebanyak RM3,000.
Transform Rumah Orang Lain Bermodal RM1K
Sebaik selesai mengubah kediaman rumah sewa, Mc’Yah berkongsi kisah di grup dekorasi. Postnya menjadi tular dan ramai mula menghubunginya.
Ads
“Selepas post tu, ramai minta saya tolong design kan rumah mereka. Dengan kos yang memang bajet.”
“Inilah akhirnya saya bantu kakak ini transform rumah dia. Modalnya RM1K. Dia nak sebiji macam rumah saya dengan modal sebegitu. Saya buat semampunya untuk kakak tu.”
Yang paling menarik, Mc’Yah juga cuma perlukan sehari saja transform kediaman kakak yang dibantunya.
“Kebetulan kedai perabot terpakai dekat je dengan rumah dia. Saya belikan kat situ. Perabot lama saya cat putih untuk dia.
“Cuma saya tak boleh tukar banyak sangat dan letak banyak aksesori. Sebabnya dia memang tak ada bajet.” Dengan kreativiti yang ada, maka terhasillah kediaman cantik lagi selesa mata memandang.
Tahniah! buat pasangan pelakon Ezzaty Abdullah dan Azwan Kombos yang menerima cahayamata pertama baru-baru ini.Bukan mudah seorang isteri bertarung nyawa untuk melahirkan seorang anak buat suami. Perjuangan 28 jam di bilik bersalin, pastinya suatu pengalaman hebat dan akan menjadi kenangan manis buat pasangan ini.
Menerusi akaun Instagram, Ezzaty berterima kasih kepada ibunya dan juga rombongan Umrah yang berada di tanah suci kerana mengerjakan solat hajat bagi mempermudahkan proses bersalinnya.
Dia juga memberitahu selamat melahirkan seorang bayi perempuan dan kini dia dan bayi berada dalam keadaan sihat.
28 Jam Di Labor Room
Berkongsi mengenai proses kelahiran bayinya itu, Ezzaty memberitahu ia pengalaman yang sukar untuk dilupakan selepas bertarung nyawa selama 28 jam di dalam bilik bersalin. Bagaimanapun dia bersyukur semuanya selamat dan berharap puteri sulungnya itu dapat menceriakannya mereka sekeluarga.
“Terima kasih kepada semua rombongan jemaah umrah ibu dan bapa saya di Makkah buatkan solat hajat untuk saya. Alhamdulillah baby dan saya sihat. Terima kasih juga kepada followers yang sentiasa mendoakan & menasihati saya. Semua saya hargai sangat-sangat. Alhamdulillah syukur. Pengalaman di labor room selama 28 jam ni jadi satu kenangan dan pengajaran buat saya dan suami yang takkan kami lupakan. InsyaAllah dgn kehadiran puteri sulung kami ni akan menceriakan lagi keluarga kecil kami❤Sekali lagi terima kasih sangat semua.”
Lahir 6 Disember
Sementara itu, menerusi akaun Instagram Azwan Kombos dia menceritakan perjalanan sebelum bergelar seorang bapa.Dari seorang lelaki yang gemarkan muzik heavymetal, berusaha menjadi lelaki yang penyayang dan jatuh cinta dengan sesorang yang berbeza.
Kemudian kini, kelahiran anak perempuan seberat 2.9kg, miliki rambut yang lebat dan berkulit cerah.Dilahirkan secara normal pada 6 Disember pada pukul 10.27 malam, setelah 28 jam berada didalam bilik bersalin.Azwan juga rasa bersyukur proses kelahiran bayi mereka dan segalanya berjalan lancar.
“Once upon a time theres a boy who really love heavymetal music. Then he had grown up to be as charming as he can or at least he tried. Then he fall in love to someone who just out of his league. And now, theres a baby!! Weight about 2.9kg, massive hair with a fair skin. She was born normally on 6 of december at 10.27pm after struggling for 28hours in a labor room. Alhamdullilah. Everything went well with Allah’s will. And the boy who had grown up to be a daddy will love his daughter until more than the end of time. Ameen.”
Rata-rata pengikut IGnya juga mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut.
Kami daripada team Mingguan Wanita mengucapkan tahniah sekali lagi diatas kelahiran cahayamata ini. Selamat berpantang buat Ezzaty dan semoga bayi menjadi anak yang solehah, penyejuk hati ibu dan ayah.
Kerana lagu Dawai, saya boleh berada di Malaysia. Penangan lagu Dawai sememangnya membawa tuah buat penyanyinya, Fadhilah Intan. Penyanyi yang berasal dari Indonesia itu mengakui dirinya lebih dikenali dan mendapat perhatian peminat di Malaysia sejak lagu Dawai mula dilancarkan pada Ogos tahun lalu.
Kerana lagu Dawai
Lagu runut bunyi filem Air Mata Di Ujung Sajadah itu telah memberi impak positif terhadap karier nyanyian Fadhilah Intan, 25 sehingga mampu meraih populariti di negara ini.
“Saya bersetuju kerana lagu Dawai, saya boleh berada di Malaysia. Sebenarnya selepas lagu Dawai menjadi popular, perubahan ketara itu banyak berlaku di Malaysia. Berbeza di Indonesia, sebelum lagu ini popular, ramai orang minta bergambar dengan pelakon filem Air Mata Di Ujung Sajadah sahaja.
“Saya sebagai penyanyi runut bunyi filem itu tiada yang minta bergambar. Kalau di Malaysia orang selalu sokong saya.
Kerana lagu Dawai, saya boleh berada di Malaysia
“Walaupun kadang-kadang ada yang terlupa nama, tapi mereka akan panggil saya ‘Dawai’, saya gembira. Alhamdulillah sekarang sudah lebih ramai yang mengenali saya,” katanya ditemui pada sidang media Konsert Wali ‘Cari Jodoh’ & ‘Dawai’ In Penang di Gula Cakery, KL East Mall, di sini, semalam.
Penyanyi berasal dari Surabaya, Indonesia itu berkata, sebagai langkah terus mengukuhkan nama dalam industri muzik, Fadhilah bakal melancarkan dua single baharu tidak lama lagi.
“Saya sudah ada dua single baharu dan baru sahaja selesai rakaman beberapa hari lalu. Mungkin akan dilancarkan pada Februari ini,” katanya.
Fadhilah Intan kongsi rasa teruja diterima baik di Malaysia
Berita baik buat peminat penyanyi berusia 25 tahun ini. Fadhilah diundang untuk menjayakan Konsert Wali Cari Jodoh & Dawai In Penang anjuran Orange International bersama kumpulan Wali Band, Khai Bahar dan Saixse di Spice Arena, Pulau Pinang pada 3 Februari depan.
“Saya anggap ini kesempatan baik dan indah apabila dapat membuat persembahan di Malaysia. Sebelum ini, saya adalah pencipta kandungan di media sosial, tapi sekarang sudah lebih dikenali sebagai penyanyi,” katanya seraya mengakhiri perbualan.
Pantang ajal sebelum maut, begitulah hakitatnya. Ingatkan sudah meninggal, selepas enam jam dalam peti sejuk mayat, bayi pramtang hidup semula. Bayi ajaib dan kuat semangatnya.
Siapa sangka mayat bayi yang sepatutnya menjalani upacara pengebumian tidak meninggal bila dia mula bergerak bila mahu diserahkan kepada ibu bapanya di Mexico.
Bayi Hidup Semula Selepas Enam Jam
PUEBLA – Seorang bayi pramatang yang disangkakan sudah mati dan dimasukkan ke dalam peti sejuk mayat selama enam jam di sebuah hospital La Margarita di bandar Puebla, Mexico didapati hidup semula semalam.
Pekerja rumah mayat berkata, mereka menyedari bayi lelaki itu mula bergerak dan menangis semasa hendak menyerahkan kepada ibu bapanya untuk upacara pengebumian.
Rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan detik-detik ayah bayi itu melihat tangisan anaknya dan berkata ‘teruskan berjuang’ beberapa kali.
Bayi yang belum diberi nama dilahirkan jam 4.29 pagi (waktu tempatan) Rabu lalu dan difahamkan dia diselamatkan kira-kira jam 10 pagi iaitu kira-kira enam jam dia diletakkan dalam peti sejuk mayat.
Pasukan perubatan memberitahu media tempatan bahawa bayi itu masih hidup tetapi dia diletakkan di bawah pemerhatian rapi di unit neonatal.
Sementara itu, pihak hospital akan menyiasat punca sebenar bayi yang disangkakan mati diletakkan dalam peti sejuk mayat itu. – Agensi
MW: Semoga bayi ini cepat sihat dan mampu menjalani kehidupan normal seperti bayi-bayi lain.
RM175 sebulan belanja barang basah, isteri kongsi tip jimat makan sekeluarga. Di kala ramai yang mengeluh harga barang dapur naik melambung, seorang isteri, Nabila ...