Ada penggemar paru goreng rempah? Selalu kalau mak-mak beli di kedai, jarang sangat nak jumpa yang lembut dan rangup. Kebanyakannya keras liat sampai rasa nak tercabut gigi memakannya.
Rupanya ada rahsia nak bagi paru goreng rempah tu tak liat dan keras. Ada 4 langkah yang mak-mak nak kena buat sebelum mulakan proses menggoreng paru.
Pengalaman bertembung makhluk pelik mentadak serupa manusia, yang dilalui Anna Cottageketika membersihkan laman depan rumahnya benar-benar memberi kejutan. Kejadian berlaku pada 20 Mac lalu dicatatkan dalam status facebooknya. Dua hari selepas itu barulah dia mendapat jawapannya.
“Tak tahu nak kata apa. Dan apa petanda yang nak ditunjukkan. Pada mulanya dah nak masuk rumah. Hari dah mula panas, kepala pula rasa pening nak muntah.
“Bila terpandangkan rumpur dalam pasu kertas, mulalah duduk dan cabut-cabut rumput dalam pasu. Ambil pula gunting, guntinglah pucuk yang dah gugur bunga.
“Tiba-tiba terselak dahan bunga kertas. Terkejut nampak seperti mentadak tapi macam bentuk manusia. Badannya.. matanya besar. Pandang ke arah ku.”
Hatinya tertanya-tanya, makhluk apakah itu? Tak pernah seumur hidupnya melihat makhluk sedemikian. Badan Anna menggigil sejuk.
“Tengok je menatang tu, kuatkan diri nak tahu apa bendanya. Kuis dengan gunting. Tiba-tiba tangannya menahan gunting tu seolah-olah dia takut kita nak bunuh dia.
“Matanya berkedip memandangku. Dia bergerak seperti manusia panjat pokok.”
“Ya Allah! Apa benda ini?” Ana menjerit cepat-cepat panggil anak kecilnya, Danish.
Minta ambilkan handphone untuk dia merakamnya. Tapi makhluk itu terus terbang ke pokok kertas besar depan pergola.
Aku kuatkan diri bangun ikut tapi cari-cari makhluk itu dah tak ada. Tak nampak dah dia terbang ke mana.
Gegar-gegar dahan dah tak ada.
Aku hairan terus terjelepuk depan pergola.
“Sejuk macam air batu badanku. Rasa tak berdarah. Dalam fikiranku, apakah bendanya itu. Rupa bentuk macam manusia. Cara memanjat macam manusia.”
“Kalian mungkin tak percaya. Tapi itulah kejadian pagi ini yang menjadi pertanyaanku. Makhluk apa itu dan apa yang Allah nak tunjukkan padaku.”
Tubuhku masih menggigil lagi ketika ini.
Jantungku laju seperti baru lepas berlari
Persoalan yang bermain-main di fikiran Anna akhirnya terjawab apabila anak buahnya menunjukkan gambar yang digoogle di Internet. Seperti yang disahkan, itulah rupa makhluk yang dilihatnya ada di laman garden rumahnya.
“Akhirnya terjawab sudah. Memang benak makhluk Allah ini wujud rupanya.”
Hari ini ada kelas di rumah awah ibu. Seperti biasa setiap hujung minggu, kami ada kelas untuk famili. Habis je kelas, anak buah ku tanya.
“Acik benda apa yang acik nampak hari tu?
Aku pun ceritalah apa yang aku nampak dan gambarkan apa yang ku lihat.
“Ooo.. Acik benda itu memang ada kat oversea. Dia macam pari pari.”
Aku kata tak. Dia bentuk rupa badan macam manusia, kepak macam mentadak.
“Ya cik! Ada kat sana. Ada wujud kehidupan tu. Nanti orang google. Macam ini kan?” terperanjat aku melihat gambar tu.
“Ya Allah.. ya lah sama sebijik macam yang Acik nampak tu. Cuma kepaknya macam mentadak, mata besar tapi memang sama bentuk badan dengan muka dia,”
Sejuk seluruh tubuhku. “Betul-betul ada.. rupanya ya. Acik ingat ada benda yang tak baik nak jadi kat Acik or petanda apa la nak dibagitau kat Acik”
“Memang terkejut betul aku bila melihat apa yang aku alami benar-benar wujud.”
Buat sahabat semua, inilah rupa benda yang aku lihat dipokok bungaku kejadi pada pagi Selasa lalu. Cuma beza kepaknya seperti mentadak dan matanya besar terjojol
Semoga apa yang berlaku hanya untuk pengetahuanku tentang adanya kehidupan lain di muka bumi ini.
Usik mengusik dan senda gurau didalam perkahwinan menambah lagi kemanisan serta kemesraan dalam hubungan suami isteri. Perkara ini tidak terkecuali dilakukan oleh pasangan selebriti Zamarul Hisyam dan Diana Rafar.
Gelagat pelakon Zamarul Hisham mengusik isterinya, Diana Rafar yang memakai telekung untuk menunaikan solat berjaya mencuit hati pengikut akaun beliau dan peminatnya.
Zamarul berkongsi video pendek berdurasi 41 saat itu menerusi akaun Instagram (IG)nya semalam mendapat tontonan hampir 213 ribu.
“Selalu dia kacau. Sekarang dia pula kena. Apa salahnya ambil wuduk banyak kali. Bagus biar diri kita sentiasa dengan air wuduk.
“Nak gurau dengan siapa lagi. Ini je la intan payung yang ada. Lain la kalau dia izinkan satu lagi. Ooppppsss,” tulisnya.
Video tersebut merakamkan Diana cuba mengelak daripada bersentuhan dan bersalaman dengan suaminya kerana tidak mahu air wudhunya batal. Diana telah menekup mukanya dengan kain telekung manakala Zamarul pula cuba menyentuh wajahnya.
Bagaimanapun, Diana terpaksa mengambil kembali air wudhu kerana Zamarul telah memegang tangannya.
Diana secara spontan terus berkata “Alaaaa dah batal,”.
Pasangan bahagia ini dikurniakan dua orang anak, Kashfi Haikal 8 tahun dan Kayla Resha, 6 bulan.Meskipun perkahwinan mereka pernah dilandai badai satu ketika dahulu, pasangan ini belajar daripada kesilapan dan memperbaiki hubungan mereka. Mingguan Wanita ucapkan semoga rumahtangga pasangan ini berkekalan bahagia hingga ke syurga. Rajin-rajinlah usik pasangan kita selalu iya.
Wanita hebat…itu gambaran sesuai bagi kegigihan seorang wanita Afghanistan yang menduduki peperiksaan menjawab soalan sambil memangku bayi diribanya.
Jahan Taab, 25, dilaporkan mengambil peperiksaan Kankor, iaitu peperiksaan kemasukan kursus sains sosial di Insititut Pengajian Tinggi Nasirkhosraw di bandar Nilli.
Menurut seorang pensyarah di universiti yang memantau ujian itu, Yahya Erfan, Taab bangkit dari meja ketika bayinya yang berumur dua bulan itu mula menangis, beliau kemudian duduk bersila untuk mendodoikannya sambil terus menjawab peperiksaan.
Erfan sempat mengambil foto wanita tersebut dan dimuatnaik ke akaun Facebook. Walaupun gambar itu kini telah dipadam, foto tersebut menjadi tular dan dikongsikan ribuan netizen di Twitter.
“Wanita itu mempunyai tiga anak, sanggup berjalan lebih enam jam untuk sampai ke bandar Nilli.”
“Sungguh luar biasa dan semua rakan sekelasnya amat kagum dengannya,” kata Erfan kepada CNN.
Walaupun Taab telah lulus ujian kemasukan universiti dan mahu memasuki Fakulti Sains Sosial namun beliau bimbang tidak mampu membayar yuran pengajian.Taab berkahwin dengan seorang petani dan berasal dari keluarga miskin.
Oleh yang demikian, Persatuan Belia Afghan telah melancarkan kempen ‘GoFundMe’ sebagai satu inisiatif untuk membiayai pengajian Taab.
“Tujuan kempen ini adalah untuk membuktikan tiada apa yang boleh menghalang seorang wanita yang begitu berusaha untuk mengambil peperiksaan dengan anak berusia 2 bulan,”ujar Shokryah Mohammadi kepada CNN.
Opah Strawberi tampil memohon maaf selepas tular isu membalas komen netizen dengan perkataan kasar. Usahawan terkenal itu mengakui kesilapan dan berjanji lebih berhati-hati dalam komunikasi selepas ini.