Usik mengusik dan senda gurau didalam perkahwinan menambah lagi kemanisan serta kemesraan dalam hubungan suami isteri. Perkara ini tidak terkecuali dilakukan oleh pasangan selebriti Zamarul Hisyam dan Diana Rafar.
Gelagat pelakon Zamarul Hisham mengusik isterinya, Diana Rafar yang memakai telekung untuk menunaikan solat berjaya mencuit hati pengikut akaun beliau dan peminatnya.
Zamarul berkongsi video pendek berdurasi 41 saat itu menerusi akaun Instagram (IG)nya semalam mendapat tontonan hampir 213 ribu.
“Selalu dia kacau. Sekarang dia pula kena. Apa salahnya ambil wuduk banyak kali. Bagus biar diri kita sentiasa dengan air wuduk.
Ads
“Nak gurau dengan siapa lagi. Ini je la intan payung yang ada. Lain la kalau dia izinkan satu lagi. Ooppppsss,” tulisnya.
Video tersebut merakamkan Diana cuba mengelak daripada bersentuhan dan bersalaman dengan suaminya kerana tidak mahu air wudhunya batal. Diana telah menekup mukanya dengan kain telekung manakala Zamarul pula cuba menyentuh wajahnya.
Bagaimanapun, Diana terpaksa mengambil kembali air wudhu kerana Zamarul telah memegang tangannya.
Ads
Diana secara spontan terus berkata “Alaaaa dah batal,”.
Pasangan bahagia ini dikurniakan dua orang anak, Kashfi Haikal 8 tahun dan Kayla Resha, 6 bulan.Meskipun perkahwinan mereka pernah dilandai badai satu ketika dahulu, pasangan ini belajar daripada kesilapan dan memperbaiki hubungan mereka. Mingguan Wanita ucapkan semoga rumahtangga pasangan ini berkekalan bahagia hingga ke syurga. Rajin-rajinlah usik pasangan kita selalu iya.
Masih ingat dengan tragedi yang menimpa seorang pelajar perempuan yang hilang kedua-dua kaki akibat digilis lori dalam kemalangan di Sungai Besar, Sabak Bernam, kira-kira dua tahun lalu. Bukan mudah untuk kembali bangkit apabila diuji dengan dugaan yang hebat. Penah sihat sempurna fizikal dan kini berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) ternyata semangat luar biasa remaja ini wajar dijadikan sumber inspirasi.
Bangkit daripada episod hitam, perkembangan terkini remaja perempuan ini telah menjadi seorang atlet paralimpik yang berjaya. Aktif melibatkan diri dalam sukan angkat berat, Siti Nuraisyah Sahrin, 15, berjaya membuktikan beliau mampu berjaya meskipun kini berstatus orang kurang upaya (OKU).
Lebih membanggakan, penglibatan aisyah sejak 2016 itu membawa kejayaan dengan meraih tiga pingat perak dan satu gangsa dalam Kejohanan Powerlifting Sirkit Akhir Kebangsaan 2016, 2017 dan suku pertama 2018.Bukan itu sahaja, Aisyah yang lebih mesra dengan panggilan Ecah merupakan wakil tunggal Selangor dan peserta termuda dalam pertandingan itu.
Siapa sangka selepas tragedi yang menimpanya pada 18 Januari 2016, mengubah kehidupannya apabila menjadi atlet sukan yang mengharumkan nama negara.
Ecah memberitahu kehidupannya berubah berkat sokongan keluarga, rakan-rakan dan guru sekolah.
“Ibu bapa, kawan-kawan dan cikgu sekolah banyak bagi kata-kata semangat. Mereka selalu nasihatkan saya jangan sesekali putus asa,” katanya.
Ecah berkata, dia tidak mahu tragedi yang menimpa dirinya mendatangkan kesedihan kepada orang ramai.
“Ketika kejadian, saya sedar kaki tiada dan tidak pernah rasa trauma hingga sekarang,” katanya.
Bapa tirinya, Roslan Sardi berkata, dia kagum dengan semangat luar biasa Ecah yang tidak pernah berasa sedih dengan tragedi menimpanya.
“Saya bersyukur ALLAH kurniakan Ecah kekuatan dimana dia boleh hadapi musibah ini dengan tenang dan dapat terima kekurangan diri.
“Ecah cepat pulih, kalau orang lain dah meraung tapi Ecah tak menitiskan air mata langsung..memang dia seorang yang kuat,” katanya.
Mengakhiri temubual itu, Roslan menasihatkan ibu bapa yang mempunyai anak OKU agar tidak malu sebaliknya menonjolkan anak untuk masa depan yang cerah.
“Jangan anggap anak ini memalukan keluarga kerana mereka sebenarnya boleh berjaya. Jadi, kita perlu bawa dia ke depan dan jangan berasa malu.
“Beri anak ini semangat dan harapan agar dia boleh maju dan menjadi seorang yang berjaya,” katanya.
Tabahnya remaja ini, ternyata punyai semangat yang luar biasa meskipun pernah diuji dengan dugaan yang hebat.Buat wanita lain yang pernah menghadapi ujian, jangan sesekali bersedih dan berputus asa. Lupakan episod duka, Teruslah bangkit mengejar impian dan cita-cita.
Ikan bilis goreng dah biasa dengarkan, ayam goreng kunyit waima udang goreng kunyit pun selalu sangat orang kita makan. Tapi anak ikan haruan goreng kunyit ini tak ramai yang tahu melainkan anak-anak yang membesar dari sawah bendang.
Lauk ini memang simple lagi menyelerakan yang amat-amat. Sebabnya makanan sebegini mengembalikan nostalgia. Mengimbau kembali kisah waktu kecil yang mana mak-mak akan bawa anak-anak menangguk anak ikan haruan di bendang.
Demikianlah yang dituturkan Puan Norahalina Lina yang menetap di Sungai Besar dalam Grup Masak Apa Hari Ini (MAHN)
“Teringat dulu masa kecil. Mak kita suka bawa kita pergi ke bendang untuk menangguk anak ikan haruan ni. Basuh bersih-bersih. Letak garam dan kunyit, goreng. Makan dengan nasi panas-panas. Sedap.”
Dekat sawah padilah tempat anak ikan haruan paling suka berhabitat. Tak pun dekat parit kecik di sawah. Ikan haruan suka bawa anak-anaknya di situ.
Rasanya: Macam ikan biliskah? Lain Sikit. Anak ikan ini lagi sedap daripada ikan bilis. Ambil nasi panas-panas dan anak ikan goreng tu gaul dan makan macam tu je.
Komen lain dari geng MAHI cara lain nak masak anak ikan haruan yang ‘rare’ ini
Peram dengan asam keping dan garam buat umpan pancing ikan puyu di bendang.
Seronoknya bila anak-anak bijak matematik. Sebab itulah antara subjek sukar dikuasai anak-anak kecil kita. Berbeza dengan anak sekolah usia 10 tahun ini, Khalysh Najlaa Binti Ahmad Lotfi yang hafal sifir 2,4,6,8 dengan formula kotak ajaib.
Video perkongsian sifirnya itu telah ditonton lebih sejuta viewer. Mingguan Wanita menghubungi ibunya, Sarah Rahim untuk bertanyakan lanjut tentang Khalysh yang dipanggil Kakak ini. Mahu tahu tip dari ibu bagaimana dia mendidik kakak sehingga bijak menghafal sifir.
Satu hal yang menarik tentang Kakak ini, kata ibunya anaknya itu memang TIDUR AWAL. Sebaik masuk saja 9.30, kakak dah tak boleh fokus apa dah. Haa.. nak tahu lanjut macam mana kakak boleh bijak sifir walaupun tak dihantar ke kelas tuisyen, baca kisah kakak selanjutnya.
“Semua mak mesti nak anak-anak dia boleh menguasai matematik kan? Saya pun macam tu juga. Lebih-lebih lagi bila saya sendiri kecil-kecil dulu tak minat langsung matematik.
“Sampai lah ke peringkat menengah saya masih tak sukakan matematik. Dan rasa stress setiap kali time waktu mata pelajaran matematik.
Saya tak nak anak-anak saya seperti saya. Dari kecil saya sedaya upaya membiasakan mereka bermain dengan nombor.
Game simple-simple yang seronok. Contohnya baca plat no. kereta. Baca menu harga makanan.
Biasakan seronok bermain dengan nombor.
Masa anak mula belajar sifir darjah 2 dulu nampak dia stress menghafal dan untuk faham sifir pada masa yang sama.
Pada masa yang saya mencari-mencari alternatif untuk merangsang otak anak. Saya jumpa kaedah hafalan Al-Quran yang mengaktifkan otak kanan dan kiri.
Walaupun tak ada kena mengena dengan matematik secara langsung tapi saya yakin jika anak saya di ajar untuk aktifkan penggunaan otak beliau. Apa saja proses pembelajaran akan jadi lebih mudah.
Beliau mula mengikuti dan dapat rentak menghafal Al-Quran serta pada masa yang sama saya mula nampak peningkatan dalam pelajaran matematiknya.
Lebih cepat tangkap dari sebelumnya. Bila cepat tangkap dia lebih seronok nak belajar lagi.
Tentang rutin anak-anak belajar. Oleh kerana saya bekerja, waktu agak terhad. Waktu yang ada hanyalah selepas makan malam.
Waktu yang terhad inilah digunakan sebaiknya untuk siapkan homework dan ulangkaji sedikit. Mereka akan masuk tidur setiap hari dalam lingkungan jam 9.30 ke 10.00 malam.
“Kami suami isteri sangat strict tentang waktu tidur. Kerana kami nak pastikan yang otak anak-anak mesti cukup rehat. Bangun pagi fresh dan sentiasa bersedia untuk belajar setiap hari.”
“Kakak tak pernah ke tiusyen. Disebabkan faktor masa yang suntuk dan kakak dah biasa tidur awal. Lebih dari 9.30 kakak dah tak boleh fokus apa-apa dah.
“Kat mana-mana pun dia boleh tidur selamba. Sejak umur dia 2 tahun lebih dah dibiasakan tidur awal. Masa itu baru dapat adik si kembar. Jadi nak tak nak terpaksa tidurkan semua awal-awal. Supaya mak boleh siapkan kerja-kerja rumah.”
Kakak anak sulung, jadi dari kecil lagi kakak kurang didedahkan dengan gajet berbanding adik-adiknya. Kakak banyak bermain dengan kertas dan pensel, menulis serta melukis.
“Rasanya itulah rutin biasa yang kami suami isteri yang sibuk bekerja ini amalkan untuk bantu anak-anak dalam pelajaran.
“Dari kecil lagi minat dipupuk perlahan-lahan. Sekarang ini bila soalan matematik semakin sukar, kakak memang selalu buat latih tubi. Practise makes perfect.
“Sifir kotak-kotak itu dia belajar dari cikgunya dan dia ajar semula pada saya.
“Terimalah hakikat di abad ini, yang skill sifir anak-anak kau lagi terre (handal) dari kau.”
Mula-mula buat kotak macam ni. Masukkan nombor-nombor seperti berikut. Jangan tanya kenapa susun macam tu, nak pandai kan? Mak pun tak tau, mak ikut jer kah kah kah. Ini kotak formula ajaib namanya, khas untuk sifir 2,4,6,8.
Dah siap kotak formula ajaib? Haaa masa ni la nak tunjuk terre. Kalian tengok video kat atas tu, kakak ajar step by step. Sifir 2,4,6,8 sampai sifir 9 kakak share. Kakak cuba share dengan cara yang paling mudah faham.
Tak pandai hafal sifir pun boleh buat. Senang kacang yakmat. Ikut logik thinking dan common sense saja. Kurang sikit stress nak hafal sifir ala-ala Siti Sifir tu. Lama-lama dah biasa dan faham otomatik akan melekat dalam kepala kan kan kan.
p/s : Kat sifir 8 tu kakak tersilap tulis, mohon betulkan yer.
Kata Kakak, cikgu ajar bahagi pakai teknik pagar-pagar. Ibu ingat nak tolong ajarkan, tapi ibu tengok pun dah tekebil-kebil. Ok tak pe, ibu percaya kat kakak. Nanti kakaklah yang ajar ibu yer. Hari ni rehat dulu. Hehehe.
Macam-macam kaedah unik cikgu-cikgu zaman sekarang ni ajar kan? Kudos buat cikgu-cikgu yang sentiasa berusaha keras sedaya upaya dalam memupuk minat anak-anak murid belajar matematik dengan teknik-teknik yang menyeronokkan.
Zaman ibu dulu, baru nampak bumbung kereta cikgu matematik, ibu dah ketaq lutut yakmat. Kah kah kah. Aduh! Terasa perut dipiat-piat. Lepas kena piat terus jadi pandai. Hehehe. Terima kasih cikgu.
Bila kakak suka matematik, semestinya Ibu lagilah suka, kan?
Ribuan terima kasih di atas ucapan dan teguran membina dari uncle-uncle dan aunty-aunty semua. Kakak perasan memang ada sedikit kesilapan teknikal masa buat sifir 8 tu. Semua tu buat kakak lagi bersemangat nak belajar dengan lebih gigih lagi dan lebih berhati-hati dalam pengiraan.
Doakan kakak dapat pergi sekolah dengan gembira esok yer. Terima kasih semua.
Tak sedar berlaku dalam diam, niat nak bahagiakan anak tetapi sebaliknya pula yang berlaku. Ini satu 'penyakit' senyap dalam kalangan mak ayah berkerjaya zaman sekarang yang kita jarang nak mengaku.