• 2.8K
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    2.8K
    Shares

Pengalaman bertembung makhluk pelik mentadak serupa manusia, yang dilalui Anna Cottage ketika membersihkan laman depan rumahnya benar-benar memberi kejutan. Kejadian berlaku pada 20 Mac lalu dicatatkan dalam status facebooknya. Dua hari selepas itu barulah dia mendapat jawapannya.

Tak tahu nak kata apa. Dan apa petanda yang nak ditunjukkan. Pada mulanya dah nak masuk rumah. Hari dah mula panas, kepala pula rasa pening nak muntah.

Bila terpandangkan rumpur dalam pasu kertas, mulalah duduk dan cabut-cabut rumput dalam pasu. Ambil pula gunting, guntinglah pucuk yang dah gugur bunga.

Tiba-tiba terselak dahan bunga kertas. Terkejut nampak seperti mentadak tapi macam bentuk manusia. Badannya.. matanya besar. Pandang ke arah ku.”

Hatinya tertanya-tanya, makhluk apakah itu? Tak pernah seumur hidupnya melihat makhluk sedemikian. Badan Anna menggigil sejuk.

Tengok je menatang tu, kuatkan diri nak tahu apa bendanya. Kuis dengan gunting. Tiba-tiba tangannya menahan gunting tu seolah-olah dia takut kita nak bunuh dia.

Matanya berkedip memandangku. Dia bergerak seperti manusia panjat pokok.”

Ya Allah! Apa benda ini?” Ana menjerit cepat-cepat panggil anak kecilnya, Danish.

 

"Mentadak Itu Serupa Manusia, Matanya Berkedip Memandangku” Terkejut Wanita Ini Jumpa ‘Pari Pari' Ketika Bersih Laman

Terkejut Sampai Terjelepuk Depan Pergola

Minta ambilkan handphone untuk dia merakamnya. Tapi makhluk itu terus terbang ke pokok kertas besar depan pergola.

Aku kuatkan diri bangun ikut tapi cari-cari makhluk itu dah tak ada. Tak nampak dah dia terbang ke mana.

Gegar-gegar dahan dah tak ada.

Aku hairan terus terjelepuk depan pergola.

Sejuk macam air batu badanku. Rasa tak berdarah. Dalam fikiranku, apakah bendanya itu. Rupa bentuk macam manusia. Cara memanjat macam manusia.”

Kalian mungkin tak percaya. Tapi itulah kejadian pagi ini yang menjadi pertanyaanku. Makhluk apa itu dan apa yang Allah nak tunjukkan padaku.”

Tubuhku masih menggigil lagi ketika ini.

Jantungku laju seperti baru lepas berlari

 

Selepas 2 Hari Temui Jawapan Makhluk Mentadak Serupa Manusia

Persoalan yang bermain-main di fikiran Anna akhirnya terjawab apabila anak buahnya menunjukkan gambar yang digoogle di Internet. Seperti yang disahkan, itulah rupa makhluk yang dilihatnya ada di laman garden rumahnya.

Akhirnya terjawab sudah. Memang benak makhluk Allah ini wujud rupanya.”

Hari ini ada kelas di rumah awah ibu. Seperti biasa setiap hujung minggu, kami ada kelas untuk famili. Habis je kelas, anak buah ku tanya.

Acik benda apa yang acik nampak hari tu?

Aku pun ceritalah apa yang aku nampak dan gambarkan apa yang ku lihat.

Ooo.. Acik benda itu memang ada kat oversea. Dia macam pari pari.”

Aku kata tak. Dia bentuk rupa badan macam manusia, kepak macam mentadak.

 

"Mentadak Itu Serupa Manusia, Matanya Berkedip Memandangku” Terkejut Wanita Ini Jumpa ‘Pari Pari' Ketika Bersih Laman

Ya.. Rupanya Sama

Ya cik! Ada kat sana. Ada wujud kehidupan tu. Nanti orang google. Macam ini kan?” terperanjat aku melihat gambar tu.

Ya Allah.. ya lah sama sebijik macam yang Acik nampak tu. Cuma kepaknya macam mentadak, mata besar tapi memang sama bentuk badan dengan muka dia,”

Sejuk seluruh tubuhku. “Betul-betul ada.. rupanya ya. Acik ingat ada benda yang tak baik nak jadi kat Acik or petanda apa la nak dibagitau kat Acik

Memang terkejut betul aku bila melihat apa yang aku alami benar-benar wujud.”

Buat sahabat semua, inilah rupa benda yang aku lihat dipokok bungaku kejadi pada pagi Selasa lalu. Cuma beza kepaknya seperti mentadak dan matanya besar terjojol

Semoga apa yang berlaku hanya untuk pengetahuanku tentang adanya kehidupan lain di muka bumi ini.

Sumber/Foto : Anna Cottage

Jangan Lupa Komen

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
KORPORAT   |   POLISI DATA PERIBADI  |  PENAFIAN   |   LANGGANAN   |   PENGIKLANAN   |   KERJAYA   |    HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error:
" "