Senangnya nak buat Coklat Peanut Butter Marble Bar yang dikongsikan oleh Cik CA ni. Hanya menggunakan 3 bahan utama iaitu biskut marie, dark coklat dan mentega je. Paling best, mak-mak tak perlu nak guna oven dan tak payah guna periuk kukus pun. Simpan dalam peti sejuk 2 jam dah boleh dimakan.Senang dan mudah sangat! Cuti hujung minggu ni, boleh lah buat untuk anak-anak nanti.
Berikut perkongsian resipi oleh Cik Ca, yang mak-mak boleh cuba;
“Tak perlu bakar tak perlu kukus coklat peanut butter marble bar ni.Lorek-lorek simpan dalam peti 2 jam dah boleh makan.Budak-budak suka ni.Comel je tengok.Resepi disediakan. Tak manis sebab guna dark coklat.Pilih yang kandungan koko tinggi.Kalau guna milk coklat,memang manis.”
Bahan-Bahan:
200 gram biskut marie cerah ( CA guna biskut jenis digestive dia mudah hancur)
120 gram peanut butter
70 gram unsalted pure butter ( kalau nak guna buttercup pun boleh terpulang )
Cara Membuat:
1.Hancurkan biskut ikutlah nak pakai pengisar atau manual.Lepas tu masukkan butter dengan peanut butter.Kisar bagi sebati.
IKLAN
2.Masukkan dalam bekas yang dah dilapik dengan baking paper.CA guna loyang 6 inci petak.Tekan tekan bagi padat dan ketepikan.
3.Double boil 200 gram dark coklat.Ratakan dalam bekas.Double boil 60 gram peanut butter dan letak atas permukaan coklat tadi.Lorekkan ikut suka.
IKLAN
2 jam dalam peti,keluarkan dan biarkan 10 minit suhu bilik dah boleh potong dah.Best.
IKLAN
CA guna dark coklat sebab suka rasa coklat.Boleh guna milk choclate dan sebagainya.Tak menyesal cuba.Memang sedap.
Selamat mencuba, boleh lah mak-mak buatkan untuk anak-anak hujung minggu ni.Mesti mereka suka!
Wow dah gaji, mesti mak-mak tak lepaskan peluang untuk shopping online. Sibuk kerja sekali pun, mesti akan luangkan masa untuk membeli-belah atas talian. Dari sebesar-besar barang, hinggalah sekecil barang rumah atau keperluan diri dibeli.
Urusan membeli-belah hari ini menjadi lebih mudah. Taip sahaja apa keperluan anda, pilih barang yang dikehendaki, buat pembayaran online dan tunggu beberapa hari atau minggu sampailah barang.
Namun berhati-hati yer mak-mak sekalian, jangan mudah terpedaya kerana terdapat scammer yang cuba mengambil kesempatan. Kadang-kadang caranya halus hingga buatkan kita tak sedar. Oleh itu sebelum shopping online, periksa dahulu akaun bank dan nombor telefon penjual di portal Jabatan Siasatan Jenayah Komersial atau Comercial Crime Investigation Department (CCID).
Check Dulu
Maklumat ini pasti sangat berguna untuk anda.
Menerusi portal Portal CCID orang awam boleh membuat semakan akaun bank dan nombor telefon terlebih dahulu sama ada akaun dan nombor telefon tersebut pernah dilaporkan terbabit dalam penipuan atau sebaliknya.
Jangan mudah terpedaya, pastikan anda menyemak terlebih dahulu urus niaga dalam talian sebelum wang anda ditipu.
Sila share kepada seluruh ahli keluarga, saudara mara dan rakan-rakan anda.
MW: Beringat sebelum terkena, tidak semua hatinya baik. Semoga perkongsian ini dapat memberi kesedaran kepada mak, ayah yang gemar shopping online. Tidak salah membeli-belah atas talian kerana banyak kelebihan. Cuma risau kadang-kadang ada segelintir manusia suka mengambil kesempatan. Jadi berhati-hatilah.
Susulan pertabalan pertabalan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah Shah , nama Duli Yang Teramat Mulia Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj,59 kian meniti di bibir rakyat jelata apabila baginda secara rasminya menjadi Raja Permaisuri Agong yang terbaru.
Kredit Foto: Portal Diraja Pahang
Peribadi Mulia Disenangi Rakyat
Memiliki seraut wajah manis penuh kemesraan dan kaya dengan sifat keibuan, kewibawaan Sultanah berjiwa rakyat ini cukup disenangi seluruh rakyat jelata khususnya di Negeri Pahang. Baginda Tuanku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, terkenal dengan sikap ramah apabila berada bersama rakyat jelata.
Baginda tuanku telah diputerikan pada Hari Jumaat, 5 Ogos 1960 Masihi, bersamaan dengan 11 Safar 1380 Hijrah, di Istana Bukit Stulang, Johor Bahru, Johor. Baginda merupakan Puteri yang ketiga kepada Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Iskandar Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Ismail, Sultan Johor.
Pendidikan awal Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Raja Permaisuri Agong bermula di Sekolah Taman Kanak-kanak Tunku Ampuan Mariam, Johor Bahru. Baginda seterusnya bersekolah di Sekolah Perempuan Rendah Sultan Ibrahim, Johor Bahru, dan meneruskan pendidikannya ke peringkat menengah di Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru.
Kredit Foto: Portal Diraja Pahang
Dikurniakan 4 Orang Putera & 2 Puteri
Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkahwin dengan Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Yang Dipertuan Agong Tengku Abdullah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah pada bulan Mac 1986. Baginda telah dikurniakan dengan 4 orang putera dan dua orang puteri:-
1.Yang Mulia Tengku Amir Nasser Ibni Tengku Mahkota Tengku Abdullah, SIMP.
2. Yang Amat Mulia Tengku Panglima Besar Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Tengku Mahkota Tengku Abdullah, SSAP.
3. Yang Mulia Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Tengku Mahkota Tengku Abdullah.
4. Yang Mulia Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah Ibni Tengku Mahkota Tengku Abdullah.
Mungkin ramai yang tidak tahu, di awal perkahwinan, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah pernah diuji mempunyai masalah untuk mendapatkan zuriat dan kerap kali mengalami keguguran. Namun, baginda berusaha dengan menggunakan kaedah In-Vitro dan berjaya hamil.
Hal ini telah memberikan inspirasi kepada Tengku Ampuan Pahang untuk mengasaskan Yayasan Fertaliti Tunku Azizah (TAFF) untuk membantu pasangan-pasangan yang ingin mendapatkan cahaya mata tetapi tidak berkemampuan untuk menjalankan rawatan tersebut.
TAFF mula dibangunkan pada Mac 2005 dan telah terbukti berjaya membantu ramai pasangan yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan cahaya mata. TAFF juga merupakan satu-satunya yayasan fertiliti di Malaysia yang membantu pasangan yang menginginkan cahaya mata.
Kredit Foto: Portal Diraja Pahang
“Air Tangan Tengku Puan Pahang”
Kegemaran baginda tuanku pada masa lapang ialah membaca, memasak, menjahit, bermain golf dan paling utama menjaga dan bermain-main dengan Paduka-paduka Anakanda serta berbakat dalam bidang penulisan.
Sebuah buku masakan hasil daripada baginda sendiri bertajuk “Air Tangan Tengku Puan Pahang” telah diterbitkan dan seterusnya dilancarkan pada Mac 2005 yang lalu. Sehingga kini penjualan buku tersebut masih lagi dijalankan dan hasilnya disalurkan terus ke Yayasan Fertaliti Tunku Azizah(TAFF).
Kredit Foto: Portal Diraja Pahang
Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Raja Permaisuri Agong merupakan penaung DiRaja Sahabat Asia Pasifik Persatuan Pandu Puteri Negeri Pahang dan Pengakap Puteri Sedunia serta merupakan Naib Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Baginda juga merupakan Pengerusi PERTAP, Pengerusi Pertubuhan Perkumpulan Perempuan Pahang(WI) serta Pengasas atau Presiden Seumur Hidup Yayasan Fertaliti Tunku Azizah(TAFF). Selain itu, Baginda juga merupakan Pemegang Amanah Yayasan Istana Abdulaziz(YIA) dan juga merupakan Penaung Diraja AP di Hong Kong.
Kami di Mingguan Wanita merafak sembah takzim setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Di-Pertuan Agong ke-16, Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Semoga perlantikan ini dapat lebih menyumbang jasa dan bakti buat negara dan rakyat. Daulat Tuanku!
Sambal Belacan bagaikan pembuka selera setiap kali makan nasi. Walaupun bahan-bahan yang digunakan simple je, tapi tak semua orang pandai nak buat sambal belacan ni. Ada caranya untuk jadikan sambal belacan ni sedap, wangi beraroma dan tahan lebih lama.
Boleh cuba petua dan tip yang dikongsikan oleh Nurulain Insyirah ini sebagai panduan;
Jom buat stok sambal belacan simpan dalam peti. Boleh makan dengan nasik panas-panas, ikan goreng+timun batang.
PETUA SAMBAL BELACAN
Tip 1
Bakar belacan sekejap supaya smbal kita lebih beraroma.
Tip 2
Guna asam jawa yang dibancuh dengan air suam.Petua supaya sambal belacan tahan lama.
Tip 3
Limau kasturi yang dikisar bersama kulit(buang biji) sambal lebih wangi dan sedap.
Petua 4
Tinggalkan beberapa biji cili api yang masih bertangkai, petua supaya tidak sakit perut makan sambal
Cara buat ikut urutan:
( kisar kasar bahan-bahan )
5 biji limau kasturi (buang biji)
50g belacan yg telah dibakar
3 biji cili merah+1biji cili hijau
5 biji cili padi merah
25 biji cili padi hijau
100ml air asam jawa pekat
Masukkan sedikit gula dan garam
Nak buat banyak untuk buat stok pandai-pandai la tambah bahan-bahan tu.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Wanita hari ini sangat hebat dan peka dalam bab menguruskan kewangan keluarga. Malah golongan hawa ini juga kebiasaannya sangat bijak dan memastikan tidak berbelanja...