DIY Bunga Manggar Gula Gula, 2 Minggu Dah Boleh Dapat 2 Pohon

Cuti sekolah ini ada bakal pengantin yang nak naik pelamin? Kali ini Mingguan Wanita nak kongsi cara buat bunga manggar gula-gula. Rumah pengantin yang tak ada bunga manggar ini kan macam hilang serinya. Lagilah proses nak buat bunga manggar ini paling seronok bila dapat dikerjakan dengan adik-beradik atau geng rewang. Barulah kenduri kahwin tu meriah suasana.

Sebenarnya bila dah tahu nak buat bunga manggar gula-gula ini, mak-mak yang nak buat bisnes pun boleh. Inilah yang terjadi pada Puan Yusliza Ahjam pemilik tangan seni yang menghasilkan manggar gula-gula. Asalnya cuma suka-suka, sekarang dah jadi satu pendapatan tambahan untuk beliau.

Dulu bunga manggar ini dibuat dari kertas lembut berwarna. Semakin lama, konsepnya diperkemaskan kepada kertas berkilat yang menarik perhatian.”

Terkini ia diperbaharui lagi dengan bunga manggar gula-gula. Ia bukan sekadar cantik malah boleh jadi hadiah unik yang comel untuk tetamu-tetamu si kecil.”

Beliau telah mengusahakan bunga manggar gula-gula ini sejak tahun 2010. Pertama kali menatapnya ketika di Johor. Langsung terpikat dan dibawa pulang ke rumah.

IKLAN

Mula-mula tu try and error. Bila dan berjaya hadiahkan pada anak-anak buah dan sepupu yang nak jadi raja sehari. Lama kelamaan, kawan-kawan terpikat dan buatkan untuk mereka. Nak dapatkan dua pohon tu kena ambil masa seminggu.

Bahan-bahan Bunga Manggar Gula Gula

Kertas crepe
Dawai paling halus
Pelilit
Lidi
Gula-gula

Tutorial DIY Bunga Manggar Gula Gula

IKLAN

1. Potong kertas crepe bentuk segi empat tepat

2. Lentikkan 1 bahagian gunakan lidi sate

IKLAN

3. Simpulkan jadi bentuk bunga dan ikat dengan dawai. Lepas itu, lilitkan bunga pada lidi gunakan pelilit.

4. Selang selikan dengan gula-gula.

Selamat mencuba!

Sumber/Foto : Yusliza Ahjam

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI