13 Tahun Tak Ada Anak, Tapi Wanita Ini Tak Pernah Sentap Dengan Soalan 'Bila Nak Mengandung?'

Kau bila nak mengandung?”

Kenapa masih tak mengandung lagi ni?”

Agak-agak bila nak mengandung?”

Semua kata-kata ini begitu menghiris hati wanita yang sudah bertahun berusaha tapi belum dikurniakan cahaya mata. Tak faham-faham lagikah mereka ni, soal rezeki anak bukan kita yang tentukan. Hendak dimarah, kadang yang bertanya saudara mara atau kawan sendiri. Sudahnya, kitalah yang makan hati. Langsung sentap dan elak pergi ke mana-mana majlis yang melibatkan orang ramai.

Sebenarnya tak perlu pun sampai nak jadi anti sosial. Puan Diyana Tahir, penulis, coach dan pengasas eHati ini rupanya sudah diuji dengan ketiadaan zuriat selama 13 tahun lamanya. Ini pelajaran hati bagaimana Puan Diyana akhirnya memilih ikhlas menghadapi ujian ‘ketiadaan zuriat dalam perkahwinan’.

Ambil 2 Sudut Pandangan

“Sudah 13 tahun saya berkahwin, tetapi masih belum ada anak. Saya kongsikan pengalaman bagaimana saya menghadapi saat-saat tiada zuriat. Saya ambil 2 sudut pandangan bagi membantu saya rasa bebas daripada perasaan sedih, marah dan sebagainya.

IKLAN

“Apa saja yang berlaku dalam hidup, adalah realiti yang tidak boleh diubah. Sudah bermacam-macam cara dicuba, rezekinya tetap tiada. Kata-kata orang juga tidak boleh anda ubah. Yang boleh diubah adalah sudut pandangan kita.

“Ketika saya mendapat pertanyaan daripada teman mahupun saudara mara, saya tidak melihat kepada apa yang ditanya. Sebaliknya, kenapa mereka bertanya. Saya pandang positif niat mereka bertanya.

“Sebenarnya orang-orang begini sudah lama tak berjumpa dengan kita lalu mereka hanya bertanya khabar. Mereka pun tidak maksudkannya. Ia sebagai pembuka bicara menandakan keprihatinan malah mengisi perbualan.

IKLAN

“Cuma barangkali mereka tidak sedar, soalan-soalan sebegitu boleh mengecilkan hati orang lain. Saya tidak ambil pertanyaan sebegitu sebagai peribadi apatah lagi penghinaan. Apa yang boleh dibalas dengan pertanyaan begitu?

‘Terima kasihlah bertanya, saya masih berusaha. Doakanlah saya, sebab doa boleh mengubah nasib. Mana tahu hati awak yang baik ini doanya makbul.”

“Sudut pandangan kedua adalah bagaimana saya belajar menjadi ikhlas dan mensyukuri ketiadaan zuriat. Analoginya begini, katakan hidung anda memang tidak mancung. Apabila orang perkatakan hal itu, anda tiada masalah menerimanya. Anda menerima keadaan itu dan mensyukurinya.

IKLAN

“Secara psikologi, apabila anda sedih atau kecewa bermakna anda belum menerima hal itu (ketiadaan zuriat). Perlunya melihat hikmah di sebalik ketiadaan zuriat. Jangan menangisi hal-hal yang tiada. Terimalah realiti takdir, biar dikata orang ia takkan menjentik hati anda. Kesakitan akan datang apabila anda belum redha dan belum ikhlas menerima takdir Ilahi.

Sebenarnya Saya Dah ‘Complete The Lesson’

“Saya kongsikan bagaimana saya boleh menukar sudut pandangan iaitu menerima takdir tiada zuriat. Sejujurnya saya jarang ditanya soalan begini. Kalau ditanya, ia tak mengganggu saya sebab hidup ini sangat misteri. Bila tak boleh mengandung kami terima, jadi Allah tak datangkan ujian soalan-soalan yang begini.

“Bila saya reflek balik dari ilmu psikologi yang saya belajar, kita akan sentap atau sedih pada benda yang kita tak boleh terima. Secara spiritualnya apabila kita dah terima, bermakna kita dah complete the lesson. Sebab itu, Allah tak datangkan orang menguji kita.

“Sebenarnya yang datang untuk sakiti hati kita adalah guru simbolik yang sedang menguji keikhlasan kita, Adakah kita dah terima takdir yang Allah beri kat kita. Selagi belum terima, selagi itulah Allah hantar sampai akhirnya kita complete. Bukan terima sebab terpaksa, sebaliknya terima dengan penuh syukur.”

via Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI