
Usia anak sulung 10 bulan, Tasha Shilla kini hamil anak kedua. Tahniah diucapkan buat pelakon cantik Tasha Shilla yang telah berkongsi khabar gembira tentang kehamilan keduanya.
Berkongsi kisah tersebut menerusi akaun Instagram, Tasha juga dihujani ucapan tahniah malah ada yang mendoakan semoga Tasha dan suami menimang bayi perempuan.

“Alhamdulillah semoga dapat baby girl. Amin… sepasang” komen dilah312.


Usia Anak Sulung 10 Bulan
Anak sulung pasangan ini Raess Zander kini sudah berusia 10 bulan. Akui Tasha berita gembira tentang kehamilan tersebut sangat membahagiakan. Malah mereka sekeluarga juga berasa sangat bersyukur.

“Assalamualaikum. Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT. Khabar gembira buat kami sekeluarga ialah kehamilan yang kedua buat saya.
“Saya harap kalian doakan semoga semua berjalan dengan lancar dan baik InsyaAllah.
“Saya dan keluarga juga turut mendoakan pada pasangan yang masih menanti, semoga pada masa yang akan datang dihadiahkan amanah Allah SWT,” kongsinya menerusi akaun Instagram.
Tasha dan suami, Muhammad Atiq Idris mendirikan rumah tangga pada Februari 2020.
Menarik Disini : “Raees Zander, Semoga Menjadi Anak Soleh, Penyejuk Mata Hati Ibu Ayah” Tasha Shilla
12 Ramadan, Alhamdulillah Pelakon Tasha Shilla Selamat Bersalin Anak Lelaki
Dibanjiri Ucapan Tahniah
Rata-rata peminat dan rakan-rakan artis turut memberikan ucapan tahniah kepada kehamilan buat kali kedua pelakon itu.

Mingguan Wanita: Tahniah Tasha dan suami!
Sumber / Sumber Foto : Instagram Tasha Shilla
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Wanita 50-an Pakai Susuk Di Kening Dan Kemaluan Kerana Takut Suami Cari Lain

TULAR – Sebuah video memaparkan pengakuan seorang wanita yang menyesali perbuatan syiriknya selepas bertindak memakai susuk di kening dan kemaluan kini tular di media sosial.
Takut Suami Cari Wanita Lain, Pakai Susuk di Kening dan Kemaluan
Wanita berusia 50-an itu mendakwa memakai susuk pada bahagian kening dan kemaluan kerana bimbang suaminya mencari wanita lain. Tindakannya itu berpunca daripada perasaan takut kehilangan kasih sayang suami serta keinginan untuk sentiasa kelihatan menarik di hadapan suaminya.
Menurutnya, keputusan untuk memakai susuk di kening dan kemaluan dibuat selepas terpengaruh dengan bisikan halus serta pujukan individu tertentu yang menawarkan khidmat tersebut.

“Saya terlalu menyesal memakai daripada awal. Pakai pun sebab suami,” katanya dalam video yang kini tular.
Menyesal Selepas Menanggung Balasan
@faridzuan_jamaludin Memakai Susuk di kening dan kemaluan, ketika lewat usia 50an, takut suami cari wanita lain Dan suami setia sehingga meninggal tetapi akhirnya diri sendiri yang merana akibatnya. #faridzuanjamaludin #susuk #saka #fyp #malaysia ♬ original sound – Faridzuan Jamaludin
Wanita itu mengakui bahawa selepas memakai susuk berkenaan, suaminya menjadi lebih setia dan tidak pernah mencari wanita lain hingga ke akhir hayatnya. Namun, dia mendedahkan bahawa dirinya terpaksa menanggung derita dan kesusahan akibat perbuatan syirik tersebut.
“Orang yang pakaikan saya cakap tiada pantang larang dan harga untuk satu itu RM20. Katanya susuk di kemaluan untuk sentiasa kelihatan muda,” tambahnya lagi.
Susuk Dikenali Sebagai Amalan Syirik Dalam Islam
Dalam Islam, pemakaian susuk termasuk dalam perbuatan syirik kerana melibatkan kepercayaan kepada kuasa selain Allah. Ramai pengguna media sosial menzahirkan rasa simpati terhadap wanita tersebut, namun dalam masa sama menasihati orang ramai agar menjauhi amalan seperti memakai susuk di kening dan kemaluan demi menjaga akidah.
Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi dengan ramai yang memuji keberanian wanita berkenaan tampil menyesali perbuatannya serta berkongsi kisah sebagai pengajaran kepada orang lain.
Sumber: TikTok
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

Biar Si Kecil Jadi Tumpuan
Tengok anak sendiri cantik bergaya, siapa tak cair? Kurung lembut & selesa ni buat si kecil nampak manis macam bidadari kecil,sesuai untuk majlis, raya atau kenduri.

Biar Si Kecil Jadi Tumpuan
Tengok anak sendiri cantik bergaya, siapa tak cair? Kurung lembut & selesa ni buat si kecil nampak manis macam bidadari kecil,sesuai untuk majlis, raya atau kenduri.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
‘Cium & Teman Anak Sebelum Tidur’ Ini Antara Petua Jaga 3 Hero, Rumah Teratur, Balik Kerja Sempat Lagi Masak 3 Lauk

Wanita ini, Basyirah Ahmad menyatakan kekagumannya terhadap adiknya dan pasangannya yang masih muda. Adiknya berjaya urus rumah tangga dengan teratur. Walau jaga 3 hero, rumah tetap kemas malah balik kerja sempat lagi masak 3 ke 4 jenis lauk untuk keluarga.
Anak-anaknya pun mendengar kata. Haa.. apalah agaknya rahsia si adik ini ya? “Saya memang sangat adore dengan adik saya yang sorang ni. Pasangan muda. Dua dua bekerja. Orang kita, suka cari rumah jauh jauh dari tempat kerja. Dia pun sama.”
Maksudnya tipikal family macam kita. Balik kerja penat. Kemudian kena kelam kabut tangan macam sotong uruskan rumahtangga.
“Tapi saya sangat terkesan dengan anak anaknya. Jarak umur anak anaknya boleh dikira agak dekat.”
Semua hero boboyboi kuasa 3 kata orang. Yang sulong baru nak masuk 3 tahun. Selalu kalau yang ada anak kecil, memang susah nak buat kerja. Yang sana meraung, yang sebelah sini pulak buat okestra lepas kena usik.
Belum campur dengan rumah bersepah dengan mainan, dengan bantal tilam penuh peta yang bersidai depan TV. Kain baju macam gunung.
Seram!
Tapi dia ni rilek ja. Balik rumah boleh bantai masak 3-4 menu. Siap bergulai bagai. Rumah kemas tersusun. Lantai rumah tu kira boleh buat golek golek lah. Anak anak pun sangat jarang cranky. Tak adalah 24 jam asyik bergayut kat kaki dan buat muka kucing comel untuk mintak perhatian.
Satu hari, saya saja bertanya sekadar nak sembang sembang. Minta petua. Macam mana dia uruskan anak anak kecil dia.
“Saya share petuanya kat sini. Harap harap boleh membantu mak mak kat luar sana yang kadang kadang kejung rambut jugak bergelut dengan urusan anak dan rumah tangga.”
5 Petua Urus 3 Hero BoboyBoi Kuasa 3
PERTAMA : MAK JANGAN TERJEBAK SEKALI BILA ANAK MENGAMUK
Kita paling kelam kabut kalau anak tantrum. Nak nak lagi kalau dah sampai guling guling hentak kaki dengan menangis volume tinggi. Emosi kita pun macam melayang sekali.
Kata dia, kalau tantrum, selalunya dia buat tak reti ja. Bila dah penat dan tekak pun dah sakit, masa tu tau lah diaorang diam.
Nanti bila dah ok, Baru dia cakap ngan anak. Bila time tu jugak nak pujuk, memang tak jalan. Silap silap lagi tinggi volume dia.
Jangan pukul.
Bila dia dah tenang nanti, hug dia kuat kuat. Buat sepakatan untuk selesaikan apa yang dia marah tadi.
KEDUA : JAGA MASA TIDUR UNTUK ELAK ANAK MERAGAM TAK TENTU PASAL
Waktu maghrib ja, biasakan anak anak dengan khidmat diri (mandi, pakai baju tido). Kalau diaorang keluar, seboleh bolehnya dia akan balik sebelum Maghrib supaya tak kacau jadual.
Lagi satu, bila kita arahkan budak budak masuk tidur, jangan pula kita dok depan TV layan drama.
Temankanlah anak anak tidur. Bercerita sekejap. Jangan lupa cium anak anak. Masa nilah nak tunjuk yang kita sayang dan hargai diaorang.
KETIGA : BAGI ANAK MAIN SELAGI TAK MENDATANGKAN CEDERA PARAH
Sikit-sikit luka tu bak kata dia itu biasa. Tambah tambah anak lelaki. Masa main, biar ja rumah berkecah. Mak jangan sibuk nak marah marah.
Bagi timing sampai pukul berapa boleh main. Lepas main, ajar anak anak minta suruh kemas mainan masing masing. Kalau anak yang besar dah terbiasa buat, senang. Nanti dia yang tolong bising dekat adik adik.
Boleh buat cabaran, siapa siap kemas dulu dia menang. Budak budak kan memang suka berlumba.
Dah siap kemas, puji. Jangan sibuk komplen anak simpan mainan tak ikut nombor siri!
KEEMPAT : ACTION FIRST DARI MEMBEBEL
Hati kena kental. Kalau salah rotan ja sekali. Tapi kena sakit sampai menangis.
Kalau tak menangis anak akan pendam. So anak akan berdendam dengan parent.
Lepas rotan, biar anak relax dulu. Ambil segelas air baca la al-Fatihah or any surah bagi anak tenang. Dan masa tu juga main dengan dia. Bagi dia makan. Lepas tu slow talk.
Masa ni bagitau anak apa yang dia buat tu salah. Dan jangan ulangi.
So anak akan ingat sampai bila bila.
Esok esok jeling sikit pun, anak dah faham parent marah kalau buat perkara tu.
Tapi jangan sikit-sikit nak pukul. Nanti jadi kebal pula
Contoh lain.
Bila anak cakap words yang tak elok.
Warning dulu.Tapi kalau tak lut ambil ja cili api, tonyoh kat mulut dia. Confirm insaf.
Saya tanya, pernah ke tonyoh?
Dia bantai gelak.
Dia kata setakat ni belum kena lagi. Tapi sepuk dekat mulut anak tu pernah la.
Masa tu anak dah belajar sebut words yang tak baik. Terikut ikut dari budak lain. Budak budak ni macam span. Semua dia serap.
Cakap bodoh, b***.
Terus secara spontan mak ni sepuk anak dia. Berdarah pula masa tu. Gelabah juga. Terus lari masuk bilik tinggal bagi ayah budak budak tu yang handle.
Hakikat nya mak mana sanggup tengok anak sakit. Tapi demi mendidik akhlak, kena sanggup.
Kalau tak boleh tahan nak marah sangat, mak masuk la dalam bilik bagi cool. Pastu baru datang kat anak semula.
Masing masing dah tenang, baru boleh cakap elok elok.
KELIMA : MAK MAK KENA TAU JUGA JADI TOK MOH
Ada juga time bila anak anak menangis tak tahu punca. Kadang kadang pukul 3-4 pagi terjaga. Pujuk tak kena, tukar pampers pun tak jadi juga. Perut pun elok tak ada kembung segala.
Kalau macam ni, biasa dia akan ambil bawang putih. Jadi tok bomoh kejap.
Yang ni simple. Potong ja bawang putih tu, terus calit kat semua sendi anak anak.
Maklumlah, kita berkongsi bumi ni dengan mahkluk lain. Kadang kadang nak juga diaorang menyakat. Sapu sapu sikit, bacakan ayat Kursi, Insyaa Allah yang duk menyakat tadi tahu la dia nak lari.
Pesan dia lagi dengan rendah diri.
“Tapi kak, kami pun masih belajar parenting. So kami pun masih mengexperimentkan anak anak ikut cara orang tua dulu dulu.
Yang baik kami ikut, tak baik kami letak tepi.
“Jadi mak ayah ni, mana ada yang sempurna. Kalau tengok anak orang tu buat perangai sikit, rumah pula berkecah macam baru lepas perang, jangan cepat cepat jatuh hukum. Kita tak tau, mungkin dia dah struggle setengah mati nak jadi mak ayah mithali”.
Sumber/Foto : Basyirah Ahmad
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Lelaki Ini Kongsi 6 Tips Mudah Para Suami Boleh Hiburkan & Bahagiakan Hati Seorang Isteri

Tak susah sebenarnya, para suami nak hiburkan dan bahagiakan hati isteri yang dah bertungkus lumus berkhidmat untuk keluarga. Isteri tak mengharapkan wang berjuta dan harta benda, cukup bagi dirinya memiliki suami yang memahami dan menghargai pengorbanan yang telah dilakukan.
Pasti bahagia rasa hati seorang isteri apabila membaca coretan yang dikongsikan oleh Abu Hurairah Asifa ini. Inilah sebenarnya antara tip mudah yang para suami boleh lakukan bagi menghiburkan dan membahagiakan hati para isteri.
Jemput baca perkongsian yang beliau kongsikan;
Bila hantar isteri setiap pagi ke tempat kerja, kadang rasa kesian sangat.Sepatutnya, bukan dia yang memikul tanggungjawab dan mencari rezeki ni.Tapi, isteri tetap mahu membantu meringankan beban dalam setiap usaha dan kerja hari-hari.
Kadang, melihat para isteri yang bekerja ni, yang sedari awal pagi bangun dan siapkan anak-anak, pastikan sarapan suami walau secawan kopi, petang pula berlari berhimpit dalam lrt, meredah hujan dan panas lagi,
Betapa kuatnya wanita hari ini hidup dan terus hidup lagi.
Maka, sebagai suami, ada cara untuk kita bantu dan hiburkan para isteri. Yang membuatkan mereka akan terus hidup dan akan membahagiakan diri serta anak-anak kita nanti.

Ini tipsnya.
1. Kadang kita takde duit minyak pergi kerja. Isteri faham tu. Dia akan tanya dan kadang akan hulurkan RM50 untuk kita.Ucapkan terima kasih dan bila kita ada lebihan rezeki, pulangkan semula duit isteri tu. Walau mereka tak minta, tapi moga dengan kita beri, rezeki kita akan berkat kembali.
2. Tengah sibuk, tengah serabut, tengah kelam kelibut, jangan minta isteri melayani kita. Buatkan air, tolong urutkan badan, tolong gembirakan, tolong puaskan kita. Tengok isteri penat baru balik kerja, anak tiba-tiba nak susu, kita bangunlah buatkan. Sibuk pagi-pagi, kita tolong isteri siapkan baju anak-anak ke taska dan sekolah.
3. Isteri kalau penat, semua benda dia nak marah. Semua benda dia nak baling. Semua benda dia nak hangin. Cara bantu mereka adalah dengan sabar. Diam je. Pergilah siram bunga ke, betulkan meja makan ke, suap anak biskut ke. Tapi kalau dia rimas dan suruh kita berhenti buat apa-apa, bertukarlah jadi tiang. Yang kekal tegak berdiri.
4. Kalau isteri tunjuk bil, bagitahu perbelanjaan dan kewangan, itu yang paling isteri risau dan pening. Kalau kita tak mampu bantu, kita dengar dan bagi idea dan ingatkan isteri, tentang rezeki yang Allah nak beri. Kuatkan keyakinan dia. Ajak isteri berusaha lagi dan kita akan terus kuat untuk rumahtangga ini.
5. Hiburan isteri, satu sahaja dalam hidup ni. Suami! Ya! Suami adalah hiburan utama pada isteri. Kita kalau tidak menjadi sumber hiburan isteri, maka isteri akan mencari hiburan yang lain. Maka, hiburkanlah isteri. Jadilah seorang penyanyi. Seorang pelawak. Seorang penyair. Seorang penjual shawl.
6. Kalau isteri penat, peluklah dia. Letakkan bahu supaya dia boleh bersandar. Doakan isteri kita. Selawat dan ciumlah dahinya. Kita pun bukan suami romantik sangat, tapi apa yang kita buat ni, demi amanah yang Allah beri.
Hari ni,kita sebagai suami dan isteri, bukan lagi pasangan yang biasa.Kita di uji dan di sakiti hari-hari. Dengan tekanan dan sara hidup yang gila, dengan ujian di tempat kerja, soal anak yang hari-hari menambah sakit kepala, dan soal pasangan kita yang berubah dan menyakiti hati dengan sikapnya.
Jadi, apakah jalan keluarnya?
Apa sikap dan cara kita mendepaninya?
Hanya dengan kembali menjadi hamba. Hamba yang banyak memberi dari meminta. Yang terus berjuang dari mengeluarkan pedang dan ajak berperang.
Rumahtangga itu tempat untuk kita mengusahakan bahagia.
Panggillah Allah membela rumahtangga kita.
Panggillah Rasulullah memberkati rumahtangga kita.
Ingatlah, dosa kita, yang menjarakkan kita.
Dosa itu, lebih besar dari salah dan silap pasangan kita.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.Para suami boleh lah amalkan tip yang dikongsikan ini demi bahagiakan para suri hati.
Sumber: Abu Hurairah Asifa
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!

