Selalu kita dengar, bila bercinta ‘kentut’ pun bau wangi. Apa yang pasangan lakukan tetap menarik hati dan tak ada yang tak suka. Semuanya baik, cantik dan elok-elok belaka.
Bila sudah berumahtangga, awalnya masih lagi dalam mood ‘honeymoon’ dan sedikit demi sedikit sudah kenal hati budi masing-masing. Barulah tahu ‘warna’ sebenar pasangan.
Bila dah berkahwin bertahun-tahun, berpuluh tahun sekali pun, kalau ada perasaan sayang dan cinta, tidak sesekali pasangan akan cari lain. Tahu pengorbanan, susah senang pasangan.
Namun, bila tak suka, dari sedikit pun bole jadi banyak. Mulalah cari lain, curang dan alasan untuk memulakan bibit-bibit pergaduhan. Usah pertaruhkan perkahwinan dengan hanya untuk suka-suka.
Jangna hanya sebab tak suka, sanggup menduakan pasangan dan rasa orang lain lagi memahami. Kahwin bukan untuk suka-suka. Inilah antara perkongsian daripada Fadzli Aziz tentang yang dikatakan dengan rumahtangga bukan untuk suka-suka.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Jangan Sibuk ‘Judge’ Urusan Rumahtangga Orang, Buat Yang Termampu, Bahagialah Cara Kita
Suami Tak Perlu Malu Baring Atas Riba Isteri, Inilah SUNNAH, Kemesraan Dalam Rumahtangga
Info Lebih Menarik DI SINI
Tak Suka Cari Lain, Bukan Jalan Penyelesaian
Kahwin ni memang suka kan…
Waktu suka, kita bahagia.
Kahwin pula dengan orang kita suka. Jadi bertambah suka.
Pasangan kita buat benda yang kita suka, maka kita makin suka.
Tetapi apabila pasangan kita buat benda kita tak suka, kita pun jadi makin tak suka.
Apabila perkara yang kita tak suka lebih banyak daripada perkara kita suka, makin hilang perasaan suka.
Bila dah tak suka, semua perkara yang dibuat pasangan kita, kita tak suka.
Walaupun perkara yang dibuat tu adalah perkara yang pernah kita suka.
Akhirnya tiada lagi suka. Masa ni kita lebih mudah untuk suka pada orang lain.
Walaupun orang yang kita suka itu sebenarnya jauh lebih teruk dari pasangan kita. Cuma kita tak akan sedar kerana hati sedang suka. Kelemahannya kita tak nampak selagi tidak tinggal bersama.
Bila dah tak suka, suka-suka tukar pasangan. Maka huru-haralah rumahtangga. Hanya kerana hilangnya suka.
Suka-suka je curang hanya kerana hilangnya suka pada pasangan halalnya.
Suka-suka je cerai hanya kerana pudarnya suka pada pasangan..
Bukan Untuk Suka-suka
Rumahtangga memang suka, tapi bukan untuk suka-suka.
Suka atau tak, tetap ada tanggungjawab yang Allah akan tanya.
Bimbanglah kita kalau-kalau kita masuk neraka hanya kerana hilangnya suka, tanggungjawab entah ke mana.
Jalankanlah tanggungjawab dalam rumahtangga walau tiada lagi suka.
Carilah kembali suka dalam rumahtangga kerana ianya pernah muncul dalam rumahtangga kita.
Tidak mustahil ia akan muncul kembali apabila kita mengambil keputusan untuk mencari suka dalam rumahtangga.
Cuma hanya kita yang culas dalam menjaga dan mengekalkannya.
Rumahtangga bukan SUKA-SUKA.
Mingguan Wanita : Sentiasalah berusaha untuk mejadikan rumahtangga bahagia selamanya. Insya Allah.
Sumber: Fadzli Aziz
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI