anak rapat-rapat

Waktu menunggu makanan sampai di sebuah restoran, tiba-tiba pelayan tanya kami, “Kembar ke nie?” Terus saya cakap, “Taklah, ini abang dan ini adiknya,” sambil menunjuk ke arah mereka.

Begitulah setiap kali bila keluar dan menyinggahi mana-mana tempat, mesti ada yang bertanyakan pasal diorang. Hakikatnya, beza antara adik dan abang adalah dua tahun. Mungkin juga sebab abang lahir pada bulan Disember 2015 dan adik pula lahir pada Mei 2017. Kiranya setahun lebih dah dipanggil abang. Walaupun jaraknya dua tahun, tapi bila dari segi fizikal beratnya dah hampir sama. Apa tidaknya, adik berat hampir 10 kg dan abangnya, 11 kg.

Sukar Untuk Jaga

Tidak dinafikan, pada awal kelahiran adiknya, agak kekok dan tak menang tangan sebab tak tahu mana satu yang ingin didahulukan. Sebab itulah, bila ada mak-mak yang mengandung dan lahirkan anak jarak ‘rapat-rapat’ orang sekeliling lihat dan akan cakap ‘kesian’. Katanya, abang tak sempat nak dapat kasih sayang secukupnya, tup-tup dah dapat adik.

IKLAN

Kalut memang kalut, itu hanyalah permulaan sahaja. Bila sudah lalui, semuanya akan jadi sebati dan pandailah mak-mak handle kan.

Jimat

Tanyalah mak-mak di luar sana, untungnya anak dekat-dekat sebab apa? Sebab bila mereka sama jantina, baju abangnya tak perlu disimpan lama untuk dipakaikan pada adik (recyle balik). Kadang-kadang, bila dah hampir sama besar, mak pun tak perasan pakaian ini sebenarnya adik punya atau abang punya. Nak tak nak pakai ajelah.

IKLAN

Lebih Berdikari

Bila dah ada adik, abang lebih banyak berdikari. Kadang-kadang, kita boleh tengok abang akan buat hal dia sendiri. Ada pun dia meragam bila dia diusik, mahu susu ataupun nak tidur. Selebihnya, dia akan buat main dan buat hal sendiri.

IKLAN

Teman Sepermainan

Memandangkan adik masih lagi kecil, masih belum nampak untuk mereka berdua main bersama. Tunggu bila adiknya sudah dapat kaki. Harap2 mereka dapat main bersama. Buat masa sekarang, mungkin abang lebih suka membuli adik. Maklum sahaja, adik masih kecil dan tak pandai lagi nak melawan. Walau pun kadang-kadang adik akan bunyikan suara bila barang yang dipegang di ambil orang.

Buat mak-mak di luar sana, usah mengeluh bila anak lahir rapat-rapat. Terimalah seadanya. Percayalah! Semua itu dah dinamakan rezeki. Allah berikan rezeki dengan jarak anak yang dekat sebab dia tahu, kita boleh laluinya dan menjaga amanah yang diberikan kepada kita.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI