Wanita ini diuji pemergian suami ketika anak-anak masih kecil dan perlukan kasih sayang seorang ayah. Kisah Azlina Mohamed pernah Mingguan Wanita paparkan tak lama dulu.
Kali ini beliau berkongsi bagaimana, berhadapan ujian Allah dengan rasa lapang, redha dan syukur. Moga anda yang sedang melaluinya dapat fahamkan 5 perkara ini, supaya kuat melangkah tempuhi ujian tuhan.
Ingat 5 Perkara Ketika Hadapi Ujian Tuhan
Sebenarnya setiap orang ada ujian masing-masing. Tak kira samada berat atau ringan. Mungkin bagi kita berat namun bagi yang menanggung terasa ianya ringan. Atau mungkin bagi kita nampak ringan tapi ianya berat dirasai oleh orang yang menanggung.
Ujian tanda Allah sayang. Tanda Dia nak kita sentiasa ingat Dia.
Sedikit dari saya,
Bila kita menghadapi ujian dalam kata lain- masalah, ingatlah beberapa perkara;
1) Berbaik Sangka Dan Dekatkan Diri Dengan Allah
Mengadu dan menangislah dengan Dia. Dia Maha Mendengar. Banyakkan membaca AlQuran dan terjemahan. Tak akan saja-saja Dia timpakan ujian untuk kita. Mesti ada hikmah dan kebaikan yang mungkin tidak kita ketahui. Dan manusia akan jadi hebat setelah diuji. Ibarat permata, jadi bernilai setelah diletakkan didalam tekanan yang kuat. Kan?
Allah nak kita jadi hebat. Jadi, berbaik sangkalah dengan Dia. Dia tak zalim. Dia Maha Penyayang. Sambil menguji, Dia akan hantarkan bantuan untuk kita. Percayalah…
Ads
2) Jangan Bersendirian; Cari Sahabat Positif
Ini sangat penting. Rata-rata yang menghantar pesanan peribadi di FB saya mengadu bahawa mereka menghadapi tekanan dan hampir melakukan perkara-perkara membahayakan diri disebabkan terlampau memendam perasaan dan tiada kawan berbual. Berkawanlah.
Carilah sahabat-sahabat yang positif. Sekali sekala mengadulah dan berceritalah kepada mereka supaya mereka dapat lontarkan kata-kata motivasi penguat buat diri kita.
Ingat, sekali sekala sahaja ya.. Bukan apa, Jika setiap hari dan setiap masa kita mengadu, kawan pun boleh jemu, boleh lari. Mereka pun ada kehidupan mereka, ada masalah mereka sendiri juga. Kita doa supaya mereka fahami kita, dan kita perlu juga fahami mereka. Sambil tu, cuba belajar untuk kawal emosi dan perasaan.
Hari-hari nak mengadu pada siapa? Mengadu pada Allah.:)
3) Banyakkan Membaca
Kadang-kadang kita perlukan motivasi dari luar tapi kita segan untuk bercerita pada orang lain tentang masalah kita kan? Bacalah buku-buku agama dan buku-buku motivasi. InsyaAllah sedikit sebanyak dapat kuatkan hati dan diri kita.
Ads
Bila saya sedih, saya akan baca artikel-artikel yang dapat motivasikan diri saya di internet. Sambil tambah ilmu, dapat saya kurangkan sedikit kesedihan saya.
4) Muhasabah Diri
Kadang-kadang Allah timpakan ujian atas kita disebabkan oleh dosa-dosa kita. Ambil sedikit masa, muhasabah diri kita. Mohonlah keampunan. Berdoalah supaya Dia ringankan bebanan yang kita hadapi. Berdoalah supaya Dia berikan kita kekuatan agar kita dapat harungi ujian yang Dia berikan.
5) Jadi Masyarakat Prihatin
Orang-orang yang menghadapi ujian berat, kebanyakkannya akan jadi sensitif dan “fragile”. Jadilah masyarakat yang peka dan prihatin. Jangan dihakimi mereka-mereka yang bersedih dan tertekan. Janganlah masalah dan perasaan mereka dibuat mainan dan bahan untuk diceritakan. Berilah kata-kata semangat dan sokongan buat mereka.
Hari ini mereka diuji, hari esok mungkin kita pula.
Ads
Saya juga mendapat sedikit kekuatan hasil sokongan keluarga, saudara mara, sahabat-sahabat dan orang sekeliling.
Last but not least, bila kita diuji, ingatlah bahawa ada insan lain yang menghadapi ujian yang lebih berat dari kita. Jangan mudah mengalah dan kuatkanlah hati.
Saya hanya insan lemah. Penulisan ini selain untuk pembaca, ianya untuk diri saya juga.
Memang ada benarnya, seorang wanita bergelar isteri itu memerlukan seseorang untuk dia berbual dan berkongsi rasa yang ada. Orang tersebut pastinya orang yang paling dekat dengannya iaitu suaminya sendiri. Penting bagi suami menjadi pendengar yang baik, mendengar segala luahan dan cerita yang isteri ingin kongsikan.
Isteri, dia perlukan seseorang untuk berbual.Untuk bercerita, mengadu, meluahkan dan berkongsi pandangan.
Bukan apa, dalam kepenatan dia menjalankan tugas sebagai seorang isteri, sebagai seorang ibu, sebagai seorang menantu, sebagai seorang pekerja, sebagai seorang peniaga, sebagai seorang anak, ada ketikanya dia rasa nak menangis, rasa sedih, rasa tertekan, rasa memberontak, rasa letih, rasa tak larat, rasa penat, rasa nak give up, rasa stress dan sebagainya.
Semua rasa ada…
Perlukan Pendengar Yang Baik
Dan dia perlukan seseorang untuk dia berkongsi rasa ini.Untuk dia bercerita tentang apa yang dilaluinya.Bagaimana keadaannya, apa yang ada dalam fikirannya. Dia tak mintak seseorang itu untuk faham dan terus selesaikan semua masalah-masalahnya.Dia cuma perlukan seorang pendengar yang baik sahaja.Supaya kurang sikit semak di dadanya, kusut di fikirannya dan beban di hatinya.
Seseorang tu bukanlah orang luar, bukanlah orang jauh, bukanlah orang yang takde pertalian dengan dirinya.Seseorang itu adalah orang yang paling dekat dengannya. Seseorang itu adalah orang yang ada pertalian dengannya. Seseorang itu adalah orang yang tinggal sekali dengannya. Hari-hari dia nampak, hari-hari dia jumpa.
Harap Suami Mendengar
Seseorang itu adalah suaminya. Inilah orang yang diharapkan seorang isteri untuk mendengar luahannya, ceritanya, isi hatinya, aduannya, masalahnya dan segala-galanya tentang apa saja yang dilalui dan di alaminya. Hari demi hari..
Tolong cari masa, bagi ada masa untuk isteri, dengar apa yang isteri nak kongsi. Dia mungkin perlukan dalam 10-30 minit ja sehari. Tak lama pun. Sebelum nak tido tu, cuba berbual, tanya dia, sembang-sembang dengan dia.Mesti ada benda yang dia nak cerita…DENGAR!
Orang perempuan ni, dia suka berfikir…benda yang tak sepatutnya dia fikir pun, dia akan fikir…dia banyak terbeban dengan benda yang bukan-bukan.Kurangkan bebanan tu dengan cara mendengar apa yang dia nak luahkan.Nampak KECIL, tapi itu dah mampu untuk menguatkan dirinya semula untuk menempuhi hari-hari yang mendatang.
Semoga perkongsian ini bermanfaat!
MW: Memang ada benarnya isteri perlukan seseorang untuk dia berbual, berkongsi rasa dengan orang yang paling dekat dengannya. Suami jadilah seorang pendengar yang setia.
Semua orang anak mak, tak kiralah suami atau isteri. Namun setelah mendirikan rumah apa kata cuba hidup dengan cara sendiri, berdikari dan jangan terlalu harapkan mak.
Sebaiknya bila sudah kahwin, cuba dapatkan pula pandangan isteri, cukuplah bergantung dengan mak selama ini. Bertindak matang kerana setelah bernikah, mak ayah sudah punyai keluarga sendiri.
Kita kan sudah ada isteri… Wanita kedua yang hadir dalam hidup kita selepas mak kita…
Takkan apa saja keputusan atau pilihan yang kita nak buat itu tak boleh tanya pada isteri kita?
Isteri tak tahu apa yang terbaikuntuk kita?
Isteri tak faham kita?
Pandangan Isteri, Cukuplah Bergantung Dengan Mak
Sekali-sekala, buatlah keputusan sendiri… Sendiri lebih tahu apa yang sendiri hendak… Sudah besar, sudah dewasa dan sudah matang…
Tunjukkan dekat mak yang kita pun tahu apa yang terbaik
Untuk kehidupan kita, rumah tangga kita… Kita boleh jaga kehidupan dan rumah tangga kita sendiri…
Bukan sikit-sikit mak, sikit-sikit mak…
MW: Jadilah suami yang matang, percayalah hubungan mak dan anak tidak akan terputus biar pun kita banyak membuat keputusan sendiri dalam rumah tangga yang telah dibina. Sebagai suami jadilah lelaki yang bijak untuk mengawal emosi sendiri, isteri dan juga mak.
Bila jadi mak-mak, tahap risaukan keselamatan dan keadaan anak adalah perkara biasa.Lebih-lebih lagi anak yang masih bayi, belum pandai bercakap mahupun mengadu dan hanya tahu menangis.Bukan apa, sementara anak-anak tidur, itulah waktunya mak-mak, kena cepat-cepat buat kerja, baik memasak, mengemas, mencuci, menyapu dan sebagainya.Tak keruan jiwa jadinya, bila buat kerja rumah, fikirkan keadaan anak dalam bilik yang sedang tidur. Dah terjaga ke? terjatuh ke? menangis ke.
Sebenarnya zaman teknologi sekarang ni, macam-macam aplikasi yang mak-mak boleh cuba. Menerusi perkongsian ibu muda Puan Nurul Wafa, dia kongsikan aplikasi #BabyCam yang digunakan untuk memantau pergerakan bayinya sewaktu sedang tidur didalam bilik.
Menariknya aplikasi ini boleh mengesan bayi telah terjaga, suara bayi menangis serta, boleh berkomunikasi terus dengan anak untuk menenangkan mereka.
Berikut perkongsian antara perkongsian tersebut;
“Simptom mak-mak bila buat kerja didapur terngiang-ngiang suara anak menangis. Bila berlari jenguk dalam bilik, elok je dia tengah tidur. Terpaksa lah mommy install apps #babycam ni. Kebetulan handphone pun memang ada 2.”
“Tak risau dah Afeeya jatuh katil ke, terjaga dari tidur ke sebab apps ni ada noise (bising) & cry recognition (menangis). Jadi boleh buat kerja dengan tenang di dapur dan juga di bilik air.
**2nd device yang mommy guna takde active simcard pun.Just connect dengan hotspot 1st device.
Syok tidur yee.1st device mommy letak kat katil untuk monitor Afeeya.
1st device setup as Baby Station. 2nd device setup as Parent Device.
Kena pair kedua-dua device tadi.
Now, Afeeya tengah tidur dengan lena nya.Mommy nak pergi makan dengan tenang.
Noise detected.
Biasa bila terjaga dari tidur Afeeya tak terus menangis. Dia akan panggil-panggil mommy dulu. Bila mommy tak muncul-muncul baru dia menangis.
Menangis dah dia.Sementara nak sampai ke bilik tu boleh on microphone untuk bagi dia dengar suara kita supaya dia lebih tenang.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Jadi buat mak-mak yang tiada pembantu serta risaukan keadaan anak kecil di rumah ketika ditinggalkan seketika sebab nak buat kerja-kerja rumah, boleh lah cuba aplikasi ini.Semoga ia membantu.
Wah enaknya, Ayam Rendang Terangkat, Rasa Melekat. Beberapa hari saja umat Islam akan menyambut Syawal. Istimewa hari ini, Mak Empal Masak Apa Hari Ini?...