Tutuplah Pintu Tandas Dalam Bilik Tidur, Selain Patuh Syariah Ada Sebabnya

Sekarang ini, nak jumpa tandas yang dibina di luar kediaman sangat rendah peratusannya. Rata-rata kediaman sekarang, binaan tandas kalau tak dibuat dalam rumah, disekalikan pula tandas dalam bilik tidur.

Rupanya ada sebab kenapa tandas sebaiknya dibina tidak bercantum dengan bilik tidur. Dan sekiranya tandas siap dibina dalam bilik tidur atau dalam rumah, ada adab bagaimana memastikan ianya patuh syariah.

Perekabentuk, penulis dan pengkarya kediaman (rumah islamik), Khairunnisa Hamzah berkongsi cara menjadikan tandas dalam bilik tidur mak ayah patuh syariah. Seterusnya, melahirkan sebuah keluarga yang tenang lagi harmoni.

 

Tutuplah Pintu Tandas Dalam Bilik Tidur, Selain Patuh Syariah Ada Sebabnya

 

Tandas Dalam Bilik Tidur Tidak Patuh Syariah?

Sebenarnya memang kurang elok tandas berada dalam rumah. Kerana tandas adalah tempat tinggal jin dan syaitan. Apatah lagi dalam bilik tidur.

Apabila Nabi SAW ingin memasuki tandas pula, baginda bersabda: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada syaitan lelaki dan syaitan wanita”.Riwayat al-Bukhari, no. Hadith 139.

Bayangkan rumah sekarang banyak tandas bersatu dengan bilik tidur. Tatkala pintu tandas terbuka, maka jin dan syaitan boleh terus masuk ke dalam bilik-bilik tidur kita. Buka pintu tandas terus mengadap katil beradu. Mana tidaknya selalu suami isteri bergaduh di dalam bilik tidur sendiri!

Pernah saya menghadiri satu majlis perkhawinan. Kemudian saya masuk ke dalam bilik master tuan rumah untuk menumpang tandas. Di bilik tersebut ada seorang makcik yang sudah lanjut usia. Dia sedang berehat di katil dalam bilik tersebut.

IKLAN

Pintu Tandas Dalam Bilik Air Kena Tutup Cepat-cepat

Sebaik saya keluar dari tandas, makcik ini bersuara : “Tutup pintu bilik air itu cepat-cepat

Dan setiap kali orang masuk ke tandas, makcik ini akan bersuara “Tutup pintu tu! Kenapa dibiarkan terbuka. Syaitan masuk bilik ni nanti

Kesian makcik ini yang dalam keadaan penat dan lemah, terpaksa baring di katil mengadap pintu tandas.

Adakah benar terbukanya pintu tandas itu membenarkan jin dan syaitan masuk ke ruang dalam rumah kita?

Ya, benar. Namun ada caranya untuk menghalang mereka terus masuk mencemari kita sekeluarga.

Kenapa Pintu Tandas Kena Ditutup Dengan Menyebut Nama Allah

Rasullullah ada memberitahu kita bahawa Jin tidak boleh membuka pintu-pintu yang ditutup dengan menyebut nama Allah.

1) “Tutuplah pintu-pintu serta tutuplah bekas makanan dan minum kalian.”
(HR. Bukhori 5624)
2) “Apabila kegelapan malam menjelma atau apabila sudah lewat petang, maka tahanlah anak-anak kamu. Ini kerana, pada waktu itu syaitan berkeliaran. Apabila telah berlalu beberapa ketika daripada malam, biarkanlah mereka dan tutuplah pintu-pintu serta sebutlah nama Allah kerana syaitan tidak akan membuka pintu yang tertutup.” Riwayat al-Bukhari (3304) dan Muslim (2012)

Maka jika benar tandas ada dalam bilik tidur dan di dalam rumahmu, sentiasalah tutup pintu dengan menyebut nama Allah swt.

Orang tua kita dahulu sudah lebih tahu. Sebab itu rumah orang dulu-dulu tandas diasingkan dari rumah ibu. Rumahtangga mereka pun aman damai selalu. Maghrib saja semua tutup tingkap dan pintu.

Solusi Untuk Tandas Yang Dibina Dalam Bilik, Rumah

Tempoh hari dokter O&G saya sempat bertanya masa saya sedang buat checkup dengannya selepas tahu saya terlambat sebab menghadirkan diri ke konti radio untuk kupas topik rumah patuh syariah. Tanyanya : “I tengah hendak renovate rumah. I nak tanya ni, betul ke kita tidak boleh buat tandas dalam bilik?”

Lalu saya kongsikan kisah bahana tandas dalam bilik seperti di atas.

Jadi, macam mana kita nak design tandas dalam bilik? Sebab i rasa perlu tandas dalam bilik atas faktor mudah penjagaan aurat“.

Boleh. Kena kreatif sikitlah dokter. Kalau baru nak bina boleh kita siap rancang reka kedudukan bilik air tersebut. Mungkin ada tembok pemisah bilik dan bilik air macam di tandas r&r tu. Nak masuk bilik air kena pusing tembok tu dulu. Sebelum nak ke bilik air tu adalah taman mini ke

Seronok dokter bila kita bagi idea.

Hendak design rumah ini lebih seronok dan selesa bila kita tahu sunnah dan makna disebaliknya.

MW : Lepas ini amalkan baca doa sebelum dan selepas masuk tandas, dan pastikan tutup pintu tandas dalam rumah tu.

 

Tutuplah Pintu Tandas Dalam Bilik Tidur, Selain Patuh Syariah Ada Sebabnya

 

Baca sini :

Sumber/Foto : Khairunnisa Hamzah, Senibina kehidupan di rumah