Taugeh memang sedap dicampur dalam mee goreng, buat masak lemak putih atau ditumis begitu sahaja. Sempena Perintah Kawalan Pergerakan ni, banyak masa di rumah boleh buat aktiviti tanam taugeh sendiri dengan anak-anak.
Caranya mudah je, tiga hari semai dah boleh tuai hasilnya. Malah taugehnya juga rangup,segar, manis, serta tahan lebih lama. Jimat lah sikit bahan dapur. Paling penting bebas bahan pengawet serta baja kimia.
Boleh ikut cara yang dikongsikan oleh Puan Jun Din ini sebagai panduan;
“Jomm buat taugeh sendiri, hari ke 3 dah boleh tuai hasil.”
Ads
Bahan-Bahan:
Kacang Hijau
Penapis
tuala basah
Penapis
Tong/ Bekas 4 segi
Cara Membuat:
1. Rendam kacang hijau sampai kembang.
2. Letak penapis, letak tuala basah dan tabur kacang hijau.
3. Ulang lagi langkahnya. Saya buat 2 lapis je. Masukan penapis ke dalam tong.
4. Akhir sekali, tutup dengan tuala basah dan siram.
5. Saya bubuh dalam tong 4 segi. Tong hitam lebih baik.
6. Tutup tong, simpan tempat gelap.Setiap 6 ke 7 jam siram.
7. Setiap hari buang air yang tertakung.
8. Hari ke 3 dah boleh tuai.
MW:Semoga Bermanfaat! Jadi buat mak-mak, bolehlah cuba tanam taugeh sendiri di rumah ikut cara yang diajar ini.Mudah! 3 hari dah boleh tuai hasilnya, jimatlah sikit duit belanja dapur nanti.
Tempe mempunyai banyak khasiatnya, jadi tidak hairanlah ramai yang sukakannya. Tempe goreng cicah dengan sambal kicap pun dah mampu untuk membuka selera. Namun walaupun sekadar tempe goreng, ada caranya untuk pastikan ia garing di luar dan lembut macam kacang rebus di dalam. Bukan apa, ada kalanya bila kita goreng tempe dan ia terlalu garing, tempe tersebut jadi keras.
Boleh ikut tip mudah goreng tempe seperti yang dikongsikan oleh Puan Norizam Salinaini.
Siapa peminat tempe!
Tip Goreng tempe dalam lembut.
Kalau tempe nak sedap. Goreng tak nak keras.
Cara-Caranya:
1.Rendam air garam dan kunyit serbuk. Garam tak perlu banyak, secubit dah cukup untuk naikkan rasa lemak dia.
2.Rendam 30 minit atau 1 jam boleh je.
3.Nanti goreng macam biasa. Dalam dia lembut, sedap sangat macam kacang rebus. Luar garing dalam lembut.
Mingguan Wanita: Boleh cuba tip yang dikongsikan ini. Pastikan rendam dulu tempe sebelum goreng, barulah luarnya garing dan dalamnya pula lembut macam kacang rebus!
Harga bawang semakin mahal ni, memang kena berjimat dalam menggunakannya. Terutamanya jika mak-mak jenis yang selalu masak, masak hari-hari di rumah boleh ikut cara yang dikongsikan ini. Boleh kawal banyak mana bawang yang diperlukan, malah memudahkan dan menjimatkan masa memasak. Jadi tak perlulah nak kupas kulit bawang hari-hari, kisar je semua dengan minyak, boleh tahan 2 minggu dan tak mudah rosak mahupun berkulat.
“Cara menjimatkan penggunaan bawang yang kian mahal harganya, blend kasar siap-siap nak masak tinggal guna je. 1 blend tu boleh dapat sebekas penuh ni. Ni dah dekat 2 minggu kot hari-hari guna.”
Kredit Gambar : Shanishaiza Sabdin
Bahan Diperlukan:
3 labu bawang putih
3 biji bawang besar
minyak masak agak-agak
Cara Membuat:
Kisar kasar bawang putih dan bawang besar dengan minyak masak.
Info Ekstra!
*Boleh adjust sukatan dia kalau rasa tak cukup.
* Campur minyak sampai bawang tenggelam. Agak-agak blender tu boleh pusing.Kalau tak boleh pusing tambah air sikit-sikit.
*Bila nak guna waktu masak jangan letak minyak banyak sangat dalam kuali sebab kita dah letak minyak waktu blender benda ni kan lepas tu sudu yang nak guna ambil bawang ni seeloknya kering.
*Cara begini jimat bekas dan ruang boleh tahan 2 minggu setakat ni.
*Zaman-zaman gawat ni isteri-isteri kena pandai berjimat cermat kan. Kalau buat camni in shaa allah kurang la beli bawang dan menjimatkan duit poket suami anda.
MW: Semoga perkongsian tip dapur ini bermanfaat. Bila buat macam ni, bolehlah berjimat sebab kita boleh kawal banyak mana bawang yang di perlukan dan paling penting memudahkan waktu memasak.
Sedapnya telur masin bila dinikmati dengan sambal belacan dan ulam-ulaman. Mudah je sebenarnya mak-mak nak buat sendiri telur masin di rumah. Sedia maklum, telur masin ni boleh tahan mahal juga harganya bila di beli di kedai. Lebih jimat dan puas hati bila kita buat sendiri. Malah tak perlu ragu-ragu dengan tahap kebersihan telur tu nanti.
Berikut perkongsian daripada Raja Amanina sebagai panduan;
“Telur masin ni nina jeruk sendiri je.. Dah lama tak beli yang siap jeruk.. Alhamdullilah cantik kejadiannya..Air garam tu nina masak hingga betul-betul mendidih (Orang kelantan panggil hingga naik bunga garam)”.
Bahan-Bahan:
50 biji Telur Itik (*cuci bersih dan jemur hingga betul-betul kering)
500gram garam kasar
1.5liter air
2 helai daun pandan
Bekas berpenutup
Cara Membuat:
Masak air, garam dan daun pandan hingga betul-betul mendidih dan sejukkan(pastikan betul-betul sejuk iya).
2. Masukkan telur itik ke dalam bekas dan tuangkan air garam yang dimasak.
3. Tutup kemas-kemas dan jeruk lebih kurang 2 minggu (14-15hari).
4. Setelah 2 minggu boleh try rebus dulu.. Kalau belum cukup masin boleh tambah 3,4 hari lagi.
5. Kalau dah cukup masin boleh toskan air garam.
Siap, Selamat Mencuba!
MW: Mak-mak bolehlah cuba buat sendiri telur masin ini sendiri di rumah. Lebih jimat, puas hati dan tak perlu ragu-ragu dah dengan kebersihan telur.
RM175 sebulan belanja barang basah, isteri kongsi tip jimat makan sekeluarga. Di kala ramai yang mengeluh harga barang dapur naik melambung, seorang isteri, Nabila ...