
Isi Kandungan
ToggleKalau mak-mak ada table top dekat rumah tapi masih tiada pintu kabinet dan melopong terbuka je, boleh buat idea macam ni. Bolehlah tutup table top kat dapur tu. Lekatkan dengan Velcro Tape, bila kotor boleh tanggalkan kain dan terus basuh. Cukup senang, nampak kemas dan paling penting jimat bajet.
Boleh rujuk perkongsian Puan Faten Qalbi’m ini
“Cuma nak share untuk yang takde idea nak tutup table top bagi yang takde kabinet. Buat macam ni senang kalau kotor boleh tanggalkan kain dan basuh.”
Saya guna
1.Kain langsir (ikut ukuran table top)
*yang ni ayah saya jahit simple-simple je.
2. Velcro tape (kedai jual alat jahit atau barang-barang pengantin ada).Beli Di Sini
3. Gam dunlop dan berus (Mr diy)
*saya beli tin kecil alhamdulillah cukup
Caranya:
1.Velcro tape ni lekat dekat table top dengan gam dunlop, saya sapu malam pagi esok baru pasang langsir. Kena keringkan gam dulu. Ni saiz S.
2.Velcro yang ni jahit sekali dengan langsir.
3.Gam dah kering boleh la lekatkan langsir.
MW: Cukup mudah dan jimat bajet. Boleh buat sendiri je untuk tutup table top dekat rumah tu. Barulah nampak kemas dan senang nak cuci nanti.
Sumber: Faten Qalbi’m
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Doktor Pesan Cara Berjimat Guna Minyak Masak Tapi Jangan Campur Dengan Minyak Lama

Isi Kandungan
ToggleSetiap kali menggoreng atau masak kari, tentulah mak-mak akan guna minyak masak. Inilah barangan dapur yang wajib mak-mak guna setiap kali memasak.
Namun, dikatakan tak lama lagi, harga minyak masak akan naik harga. Ini belum lagi barangan dapur lain. Jadi, dah tentu ada yang berkira-kira untuk membelinya.
Tak mustahil ada yang beralih arah dengan menggunakan ‘air fryer’ sebab ia tidak guna minyak masak. Walau bagaimanapun, tak semua rumah memiliki produk ini. Akhir sekali, mak-mak kena juga beli minyak masak.
Jadi, bagaimana nak pastikan langkah penjimatan dalam guna minyak masak ini. Ikuti penjelasan Doktor Kamarul Ariffin Nor Sadan ini.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Tak Perlu Beza Minyak Masak PAKET Atau BOTOL, Pentingnya Elak Guna Berulang Kali
Minyak Masak Untuk Sekali Pakai, Jangan Sayang Nak Buang, Elak Undang Penyakit
Info Lebih Menarik DI SINI
Guna Minyak Masak Cara Jimat
Harga barangan dapur dah semakin meningkat, Harga barangan dapur dah semakin meningkat, termasuk harga minyak masak. Jadi apakah yang boleh dilakukan sebagai langkah penjimatan?
1. Tukar menu gorengan kepada menu rebusan, singgang, renehan, atau stim. Selain lebih menjimatkan, ia juga lebih sihat.
2. Bakar atau panggang sebagai alternatif goreng. Ia gunakan minyak yang sedikit, tetapi masih boleh hasilkan makanan yang sedap.
3. Gunakan kuali kalis lekat (non-stick), untuk membolehkan anda membuat gorengan guna minyak yang sedikit (pan fry) tanpa lekat.
4. Boleh pertimbangkan untuk dapatkan “air fryer”. Harganya kini bermula sekitar RM150. Ini perlukan sedikit modal.
Boleh cari air fryer, AF Khind ini. Kalau guna kod promo MWGSP5 boleh dapat diskaun sebanyak RM5.
5. Jika “deep dry” makanan bersalut tepung, pastikan suhu minyak 180-190°C sebelum menggoreng untuk elak tepung menyerap minyak.
6. Jangan goreng makanan terlalu banyak dalam satu masa. Lebih banyak hendak digoreng serentak, lebih banyak minyak diperlukan.
Jangan Campur Minyak Baru Kepada Minyak Lama
7. Elak panaskan minyak sehingga terlalu panas kerana boleh merosakkan minyak dan menjadi ia tidak selamat untuk diulang guna.
8. Tak usah campurkan minyak baru kepada minyak lama. Ia akan mencemarkan minyak baru, dan memendekkan hayat selamatnya.
9. Tapis, sejukkan, dan simpan minyak yang hendak diulang guna di dalam bekas kedap udara. Pastikan tiada bahan terampai.
10. Menjual semula minyak masak terpakai untuk diproses menjadi biodiesel. Harga minyak masak terpakai adalah sekitar RM2-3/kg.
Dalam kita berjimat cermat dalam penggunaan minyak, kita masih perlu utamakan kesihatan. Elakkan terlalu banyak ulang guna minyak gorengan.
Apakah tanda-tanda minyak masak sudah tidak boleh digunakan lagi untuk ulang goreng?
Warna bertukar perang pekat.
Minyak menjadi lebih likat.
Minyak berbau tengik.
Banyak asap terhasil ketika dipanaskan.
Warna makanan yang digoreng terlalu gelap.
Rasa makanan yang digoreng tidak sedap.
Semoga bermanfaat!
Mingguan Wanita : Harga minyak pun boleh tahan juga, itu yang kena berjimat cermat. Tapi jangan sampai berulang kali guna minyak yang dah dipakai. Mak-mak kena perhatikan sebab boleh bahayakan kesihatan pula.
Sumber: Kamarul Ariffin Nor Sadan
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Usia 60 Tahun Namun Kakak Ella, Jojie Nampak Muda & Bertenaga, Rupanya Amal Pemakanan Sunnah Sejak Kecil

Isi Kandungan
ToggleUsia 60 tahun namun kakak Ella, Jojie nampak muda & bertenaga. Kakak kepada ratu rock negara Ella iaitu Rozita Aminuddin atau lebih mesra dikenali sebagai Jojie memberitahu rahsianya kekal awet muda dan bertenaga kerana mengamalkan pemakanan sunnah sejak kecil.
Usia 60 Tahun Namun Kakak Ella, Jojie Tampak Awet Muda
Ketika ditemubual baru-baru ini, Jojie berkata rahsia awet muda dan bertenaganya selama ini adalah menerusi amalan pemakanan sunnah sejak kecil.
“Ayah saya berketurunan Arab, jadi sejak kecil memang kami sudah disuruh makan makanan sunnah seperti kurma dan saffron.
“Sehari saya akan makan sebanyak 7 biji kurma. Pada usia sebegini memang bagus amalkan pemakanan begini. Kawan-kawan yang seusia saya ramai yang sakit. Ada yang sihat lepas makan makanan sunnah. Alhamdulillah setakat ini saya tidak ada sebarang penyakit mungkin disebabkan pemakanan sunnah yang saya amalkan dan juga aktiviti kecerdasan.,” itulah antara perkongsian Jojie yang juga pengurus kepada adiknya Ella.
Sejak 35 tahun lalu, Jojie sering disamping adiknya yang telah mencipta nama dalam industri hiburan. Kedua beradik ini tetap bertenaga, muda, dan ceria sepanjang perjalanan karier seni.
Selain dikenali sebagai seorang pengurus artis yang berbakat, Jojie yang juga kakak kepada penyanyi rock legenda Ella kini berjaya mengembangkan sayapnya ke dalam dunia perniagaan kosmetik dan kesihatan.
Curi Perhatian Ramai
Walaupun telah lama dalam industri hiburan, keunikan Jojie yang sentiasa tampak muda dan bertenaga mencuri perhatian ramai. Ramai yang tertanya-tanya rahsia awet mudanya, dan atas permintaan ramai, Jojie mengambil langkah untuk berkongsi rahsianya melalui produk kesihatan yang diberi nama SEMANIS by Jojie Beauty.
Pada tahun 2015, Jojie mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Syahrizal Haji Ismail, dan dikurniakan seorang anak gadis, Yang Maryam Syahrizal, yang kini berusia 8 tahun.
SEMANIS adalah minuman kesihatan yang mengandungi campuran Vitamin C, ekstrak Blueberi, Torula Yeast Extract, ekstrak Kulat Putih, Habatussauda, Halia, dan bahan-bahan berkualiti tinggi lain. Produk ini adalah hasil inspirasi Jojie sendiri yang ingin berkongsi kebaikan dan rahsia kesihatan kulit serta tenaga yang dimilikinya selama ini. Proses penghasilan SEMANIS bukanlah satu perjalanan mudah. Jojie dan pasukan R&D (Research & Development) telah menghadapi pelbagai cabaran dalam menghasilkan formula yang tepat untuk memenuhi keperluan pasaran.
Setelah melalui tempoh yang agak lama, akhirnya SEMANIS diluluskan formula dan pengujiannya, termasuk ujian logam berat dan ujian mikrobiologi, untuk memastikan produk ini selamat digunakan tanpa sebarang pencemaran.
Hasilnya, SEMANIS kini dapat memberi manfaat kepada mereka yang ingin menjaga kesihatan kulit dan meningkatkan tenaga tubuh badan dalam kehidupan yang serba sibuk.
Inspirasi Ramai Wanita
Kisah kejayaan Jojie ini bukan sahaja menarik perhatian, tetapi juga memberi inspirasi kepada ramai orang, terutamanya wanita, bahawa perubahan dari dunia hiburan ke dunia perniagaan adalah sesuatu yang mungkin dicapai dengan tekad dan usaha yang tidak kenal lelah.
Dengan segala pencapaian ini, Jojie bukan hanya sekadar seorang artis, tetapi kini menjadi usahawan yang memberi inspirasi kepada ramai dengan keberaniannya untuk meneroka dunia perniagaan yang baru.
Baca Disini : Pernah alami masalah berat badan, emosi terganggu, Ella nasihat wanita jalani rawatan hormon
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Begini Caranya Pokok KEMBOJA CINA Banyak Tunas, Berbunga Lebat Merimbun!

Pokok bunga Kemboja Cina atau nama saintifiknya Adenium memang sangat cantik dijadikan pokok hiasan di halaman rumah dan mempunyai pelbagai warna.Jika pokok adenium ini sudah jarang-jarang berbunga ada cara mudah untuk membuatkan ia banyak tunas dan kembali berbunga lebat serta merimbun.
Boleh ikut tip ringkas yang dikongsikan oleh Irfan Hulya ini supaya pokok Adenium atau Kemboja Cina berbunga lebat.
1. Potong dahan adenium yang sudah jarang berbunga.
2. Cucuk dahan tersebut dengan pencungkil gigi atau lidi supaya dahan-dahan tersebut dapat menghasilkan tunas-tunas yang lebih banyak.
3. Satu dahan biasanya boleh tumbuh 5 atau 6 tunas bahkan pokok saya ni kebanyakkan tumbuh sehingga 7 tunas baru kerana dahannya agak besar.
4. Siram bahagian akar pada waktu pagi dan petang agar subur dan cepat bertunas.Letak di tempat yang kena panas matahari dan hujan.
5. Dalam masa 3 minggu daun mulai bertunas dan mengeluarkan putik bunga.
Baca Lagi Di Sini:
Mudahnya Buat Baja Ikan, Suburkan Pokok Bunga, Sayuran Dan Tanaman Berbuah
Cara Baja Pokok Bunga Kertas Dalam Pasu, Baru Meriah Merimbun
Mingguan Wanita: Menarik teknik yang dikongsikan ini. Jadi kalau ada pokok kemboja cina ini di rumah, boleh ikut teknik yang dikongsikan supaya ia berbunga lebat merimbun.
Sumber: Irfan Hulya
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI