Tiga belas KV Lahad Datu didapati bersalah bunuh rakan, tuduhan curi RM85 jadi punca pergaduhan. Berpunca dari tuduhan mencuri RM85 duit rakan seasrama ketika bersekolah di Kolej Vokasional Lahad Datu membawa kepada kematian Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan Mac tahun lalu.
Dikatakan perselisihan faham terjadi apabila dua remaja kehilangan duit RM50 serta RM35 dan mangsa kemudian dituduh sebagai pencuri seterusnya mengakibatkan perselisihan faham itu yang membawa kepada kematiannya selepas dibelasah teruk.
Ketika itu dilaporkan arwah Nazmie Aizzat ditemukan meninggal dunia dalam keadaan terbaring di atas lantai bilik asrama di Kolej Vokasional pada 6.50 pagi dengan kesan kecederaan serta lebam di beberapa bahagian badan selepas dipukul.
Hari ini, Hakim Mahkamah Tinggi Tawau, Datuk Duncan Sikodol ketika membacakan keputusan memutuskan 13 tertuduh didapati bersalah mengikut Seksyen 302 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Ads
Mereka dituduh bersama-sama membunuh Mohamad Nazmie Aizzat, 17, di bilik asrama kolej berkenaan pada jam 9 malam 21 Mac hingga 7.38 pagi 22 Mac tahun lalu.
Beliau berkata, berdasarkan penilaian keseluruhan bukti, mahkamah berpuas hati bahawa 13 tertuduh bertindak secara bersama dengan niat bersama hingga menyebabkan kematian mangsa.
Katanya, pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.
“Pembelaan tertuduh sama ada berupa penafian total, alibi, pengakuan separa atau menuding kepada pelajar lain didapati bercanggah dengan bukti saksi bebas serta tidak munasabah.
Ads
“Hujahan pembelaan bahawa tertuduh hanya mahu memberi pengajaran (teach a lesson) kepada mangsa adalah tidak berasas kerana kecederaan yang dialami terbukti cukup parah dan secara semula jadi membawa maut.
“Isunya bukan sama ada tertuduh berniat untuk membunuh, sebaliknya sama ada kecederaan yang disengajakan itu sudah memadai dalam keadaan biasa untuk menyebabkan kematian.
“Bukti perubatan jelas menunjukkan ia memang membawa maut,” katanya.
Ads
Duncan berkata, alasan provokasi juga tidak terpakai kerana apa yang berlaku bukan reaksi spontan, sebaliknya serangan berlarutan dan berulang kali.
Beliau turut menolak hujah bahawa mangsa mungkin terselamat sekiranya menerima rawatan segera kerana keterangan pakar hanya menyebut ia satu kemungkinan, bukan kepastian.
Sehubungan itu, mahkamah menetapkan 28 Ogos ini untuk prosiding hukuman sementara menunggu laporan akhlak daripada Pegawai Kebajikan Masyarakat mengikut peruntukan Seksyen 90(12) Akta Kanak-Kanak 2001.
Pada 15 April lalu, pasukan pembelaan menutup kes selepas memanggil 18 saksi pada perbicaraan peringkat bela diri dengan semua 13 remaja terbabit memberi keterangan bersumpah dari kandang saksi.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara 30 hingga 40 tahun serta tidak lebih 12 sebatan, jika sabit kesalahan.
Lapan daripada 13 tertuduh diwakili peguam, Kamarudin Mohmad Chinki, Datuk Ram Singh serta Chen Wen Jye, manakala lima tertuduh lagi diwakili peguam Abdul Ghani Zelika dan peguam lantikan, Vivien Thien, Jhasseny P Kang, Kusni Ambotuwo serta Mohamed Zairi Zainal Abidin.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Menitis air mata kak long ganti mak sarung cincin tunang bakal adik ipar. Allahu hidup ini perlu diteruskan walaupun sudah tiada ibu dan ayah disisi. Apatah lagi sebagai anak sulung tanggungjawab sangat besar dan ibarat pengganti orang tua.
Adik-adik perlu dijaga walau diri sendiri sebak namun semuanya perlu diharungi dengan tabah.
Luahan dari Nuraqila Syamila Ismail, 28 menerusi video yang dikongsikan menerusi aplikasi Tik Tok menusuk kalbu dan mendapat perhatian warganet.
“Impian setiap seorang anak mahukan Ayah & Ibunya ada disisi untuk hari yang penting dalam hidup mereka. Siapa anak sulung & anak pertama sila angkat tangan.”
Akui Aqila niatnya hanya mahu berkongsi kenangan namun tidak menyangka ramai yang bersimpati.
“Niat saya cuma mahu berkongsi kenangan dan tak sangka ramai yang balas dengan sokongan, malah ada juga yang berkongsi cerita mereka.
“Sekarang hanya tinggal kami tiga beradik tetapi saya akan cuba memberikan majlis yang terbaik untuk adik nanti dengan bantuan ahli keluarga lain,” ujarnya seperti mana dipetik menerusi Harian Metro.
Terkenangkan Arwah Ibu
Jauh di sudut hati, anak sulung ini terpaksa mengambil tugas arwah ibunya untuk menyarung cincin pertunangan buat satu-satunya adik lelaki. Sememangnya dia terkenangkan Allahyarham ibunya, Khalidah Za’aba ketika menyarung cincin di jari tunang adik lelakinya, Muhammad Azhad, 25.
Selepas arwah ibu meninggal dunia kerana tekanan darah rendah pada 2014. Ayahnya Allahyarham Ismail Abd Mutalib pula meninggal dunia kerana serangan jantung, April tahun lalu.
“Saya sebak sangat apabila adik lelaki mesej adik bongsu (Nuralya Syamila, 23) beritahu dia sedih kerana ayah dan umi tiada bersama ketika dalam perjalanan ke rumah tunangnya.
“Kami menangis mengenangkan ‘syurga’ kami tiada pada majlis itu terutama arwah ayah yang pernah cakap sebelum ini mahu (melihat) adik lelaki berkahwin.
“Malah, ayah juga sudah mengenali tunang adik sebelum ini tetapi ketika itu mereka hanya rakan sekelas sahaja,” kata Aqila yang turut memberitahu majlis pertunangan adik keduanya itu dijalankan serentak dengan majlis merisik di rumah tunangan adiknya di Bachang, Melaka pada 29 Oktober lalu.
Rombongan meminang diketuai bapa saudara bersama ahli keluarga lain dan cincin merisik disarungkan ibu saudara mereka.
“Jujur, Hati Kakak Jadi Tisu, Sebak” Netizen
Menerusi ruangan komen, ramai yang berasa sebak dengan situasi yang dilalui Aqila.
Mingguan Wanita : Allahu sayunya, memang terasa bila di hari bahagia orang tersayang sudah tidak ada.
Dunia kagumi Kapten Mehmed Kucuktikin, kapal Mikeno dinaiki Ardell ditahan hanya 9 batu nautika dari G4za. Kapal kecil Mikeno menjadi tumpuan dunia selepas dikatakan berjaya menghampiri pantai Gaza pada berjarak 9 batu nautika sebelum ditahan oleh tentera laut Israel semalam.
Kisah ini mengangkat nama mengangkat nama Kapten Mehmet Kucuktikin dari Turkiye sebagai simbol kejayaan peribadi buat dirinya dan ketabahan apabila beliau dikatakan mengemudi bot dengan penuh strategi merentas Laut Mediterranean sebelum berdepan berdepan armada moden Israel yang lengkap dengan senjata berat dan radar canggih.
Dikatakan Kapten Mehmed belayar dengan penuh strategi. Dirinya menggunakan taktik navigasi zig-zag untuk mengelak radar pengesan. Dikatakan beliau memperlahankan serta mempercepatkan haluan agar kapal sukar dipintas walau menyedari peluang untuk melepaskan diri amat tipis.
Lebih simbolik, kru sempat menghantar mesej radio terakhir, “We see land”, menandakan mereka sudah nampak pantai Gaza sebelum ditahan. Mesej ini kini dianggap detik bersejarah, ibarat kemenangan moral yang menandakan blokade Israel tidak mampu memadamkan tekad kemanusiaan.
Ardell Aryana Turut Di Atas Kapal
Antara penumpang Mikeno ialah aktivis, Ardell Aryana yang dilaporkan tidak dapat dijejaki semalam selama lebih 20 jam sehingga mendatangkan kerisauan kepada ramai pengikutnya.
Ardell Aryana atau nama Nurul Hidayah Mohd Amin dilaporkan hilang jejak seketika di saat rakan-rakan aktivis dari Malaysia mula ditahan satu persatu dalam bot dinaiki mereka dalam misi Global Sumud Flotilla ini.
Demi mengabaikan kenangan pernah berada dalam satu kapal bersama-sama, dikatakan semua krew yang menaiki Mikeno sempat mengabaikan kenangan sehari sebelum ditahan secara tidak sah oleh Zionis di perairan antarabangsa.
Krew MIkeno sempat mengabaikan kenangan bersama sehari sebelum kapal ditahan zionis.
Misi Mikeno kini disamakan dengan flotilla Mavi Marmara pada tahun 2010. Namun, Kapten Mehmed dikatakan mencatat sejarah kerana berjaya membawa kapalnya lebih hampir ke Gaza berbanding mana-mana percubaan dalam lebih satu dekad.
Walaupun Zionis menafikan ada kapal yang berjaya menembusi blokade, dunia tetap memuji keberanian Mehmed dan aktivis antarabangsa termasuk Ardell yang mempertaruhkan nyawa demi membawa solidariti kepada Pal4stin.
Di saat sama ada benar atau tidak Mikeno menghampiri pantai G4za dalam jarak 9 batu nautika, Ketua Pengarah SNCC, Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby ketika diminta mengulas dakwaaan itu kerana Mikeno dikatakan berada paling hadapan dalam flotila dan berdekatan perairan wilayah itu, Sani Araby berkata, pihaknya menolak spekulasi berkenaan berdasarkan maklumat dan pola tindakan yang pernah berlaku sebelum ini.
Dalam pada itu, difahamkan kesemua 23 sukarelawan Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) telah dipindahkan ke darat dalam masa terdekat untuk tujuan soal siasat dan tahanan sementara oleh Israel. Teruskan berdoa buat G4za dan dipermudahkan urusan aktivis-aktivis yang kini dibawa ke penjara kejam Israel.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Dulu masa kita kecik-kecik, memang akan ada gelaran manja untuk abang, adik ataupun kakak. Mula-mula tu memang saja panggil sebab geram-geram manja. Lama-lama nama itu melekat terus. Lucu cerita pelakon Ummi Nazeera ini yang memberikan panggilan manja ‘Gemok’ dekat abangnya, Nazreem Musa.
“I think abang Nazreem started calling me ‘gemok’ first” tulisnya dalam instagram miliknya. Tapi jangan anda salah faham pula ya.
Panggilan ‘Gemok’ yang bermain-main di bibir Ummi mahupun abangnya adalah panggilan manja untuk kedua-dua beradik ini.
Setelah sekian lama akhirnya gelaran itu ditukar kepada Mokkie. Kata Ummi lagi dalam keluarga mereka, Abang Nazreemnya itu lebih dikenali sebagai Mokkie.
Ibu mereka, Datuk Maziah Musa pula memanggil ‘Abang’. Dan memanggil Ummi sebagai Adik. Ummi dan abangnya masing-masing menggunakan panggilan manja ‘Mokkie/Mochie’ antara satu sama lain. Yang mana panggilan itu berasal dari perkataan ‘Gemok’
Ini Kisah Gelaran Manja ‘Gemok’
Kata Ummi sebelum dia mencecah usia 11 tahun, tubuhnya memang montel ‘chubby’. Masa itu, nasi memang jadi makanan kegemarannya (lauk pauk Melayu terutamanya). Yang lucunya, sekarang ini seleranya dah bertukar kepada roti pula.
Mungkin itulah sebabnya abang Nazreem nya itu mula memanggilnya ‘Gemok’. Sebagai balasan, dia pun memanggil abang dengan panggilan yang sama ‘Gemok’.
Bertahun-tahun nama ‘Gemok’ melekat dekat dua beradik ini. Sampailah satu hari, ibu mereka bertanya, “Kenapa panggil ‘Gemok’? Itu doa tau.”
Dan teguran ibu benar-benar menyentak kedua-duanya. Apa yang ibu beritahu buat Ummi terfikirkan akan dirinya. Patutlah susah nak kurus.
“Is that why it’s so hard for me to stay in shape?’
Dari situlah abang Nazreem cadangkan tukar nama panggilan masing-masing kepada ‘Mokkie/Mochie’.
Lagipun, nama itu sedikit memalukan dan mungkin kedengaran buruk apabila orang luar dengar panggilan ‘Gemok’ untuk adik-beradik.
“Here , seen.. the male mokkie double checking I look presentable on my big day . He was the executor of everything . My life made easier every time when he is around . Thanks to mama for raising you to be the best brother / friend anybody could ever ask for.”
Sememangnya bertuah sungguh Ummi kerana mempunyai abang yang arif tenting penampilan diri. Bak kata Ummi, itu memudahkan dirinya dan betapa bersyukurnya dia kerana ibunya telah membesarkan seorang abang malah kawan yang baik untuknya.
PS : “This is my something sweet for you .. if I ever forget to thank you.” akhiri Ummi Nazeera.