Admin tidak dapat membayangkan bagaimana perasaan ibu bapa tiga belas remaja lelaki yang didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun di Kolej Vokasional di sini, bulan lalu.
Perselisihan faham kerana wang berjumlah RM35 dan RM50 hilang dipercayai punca seorang pelajar mati dipukul oleh rakan penghuni asrama kolej vokasional.
Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Kesemua remaja yang berusia antara 16 hingga 19 tahun itu dituduh bersama-sama membunuh Mohammad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan di Bilik Asrama 7 Resak dan 5 Belian, Kolej Vokasional Lahad Datu pada 21 Mac dan 22 Mac lalu kira-kira 9 malam hingga 7.38 pagi.
Pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu dalam program Bioteknologi itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Hospital Lahad Datu yang hadir untuk memberikan rawatan kecemasan.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun namun tidak melebihi 40 tahun dan tidak lebih 12 sebatan.
Prosiding secara tertutup berlangsung di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani pada 9 pagi dan hanya keluarga tertuduh dibenarkan berada di bilik bicara kerana membabitkan kes juvana.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ng Juhn Tao sementara dua tertuduh diwakili peguam Amirul Amin Rashid serta Kamarudin Mohmad Chinki manakala 11 tertuduh lain tidak diwakili peguam.
Mahkamah menetapkan 16 Mei ini sebagai sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia serta bedah siasat diserahkan.
Terdahulu media melaporkan seorang pelajar lelaki ditemui mati di bilik asrama, dipercayai dibelasah rakan di sebuah Kolej Vokasional di sini.
Tidak Sedarkan Diri
Muhd Nazmie Aizat ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh warden asrama yang bertugas, pada jam 6.50 pagi.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dr Rohan Shah Ahmad, berkata pihaknya menerima laporan yang dibuat oleh pengarah kolej berkenaan.
Katanya, mangsa merupakan penghuni asrama kolej berkenaan ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Hospital Lahad Datu yang hadir untuk memberikan rawatan kecemasan.
Follow Mingguan Wanita di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
8 Tanda Wanita Sedang Subur, Penting Untuk Rancang Kehamilan Mahupun Jarakkan Anak
Sebenarnya ada 8 tanda yang boleh dirasai oleh wanita secara fizikal bila tibanya waktu subur.Waktu subur atau tempoh ovulasi merupakan proses ketika sel telur (ovum) dikeluarkan dari folikel yang sudah matang ke tiub falopio untuk disenyawakan. Berbanding sperma yang dapat bertahan selama 7 hari dalam vagina, sel telur hanya dapat bertahan paling lama 24 jam setelah dikeluarkan.
Seorang wanita dikatakan memiliki masa subur sekitar 6 hari dalam 1 bulan. Dalam 6 hari ini, terdapat 1-2 hari yang dikatakan waktu yang ‘paling subur’.
Pada waktu ini, jika wanita merancang untuk hamil ia adalah masa yang tepat untuk melakukan hubungan intim bersama suami. Sebaliknya, elakkan ‘bersama’ suami pada waktu subur ini jika berhasrat untuk menjarakkan kehamilan secara semulajadi.
Biasanya, wanita dalam keadaan subur apabila mengalami tanda-tanda berikut;
1. Suhu Tubuh Meningkat
Proses ovulasi dapat meningkatkan suhu basal tubuh.
Jadi,perlu tahu suhu tubuh badan pada hari-hari biasa supaya dapat membandingkannya pada hari subur. Gunakan carta untuk mencatat suhu badan setiap hari.
Oleh kerana perbezaannya tidak begitu banyak, pastikan menggunakan termometer yang tepat & stabil bacaannya.Setelah 2-3 hari tubuh mengalami proses ovulasi, hormon akan meningkatkan suhu tubuh kira-kira 0.1-0.3 darjah Celcius.
2. Keputihan
Tanda subur wanita juga boleh dilihat apabila berlakunya keputihan berupa lendir pada serviks (pangkal rahim).Tekstur dan warna keputihan yang hadir sebagai tanda subur wanita adalah berbeza daripada keputihan yang berlaku pada hari-hari biasa.
Ini kerana, menjelang ovulasi lendir akan menjadi lebih cair dan kelihatan agak jernih.
3. Merasa Lebih Ghairah
Salah satu tanda subur wanita juga dapat dirasakan melalui peningkatan nafsu syahwat atau ‘libido’.Secara semula jadi, wanita juga akan merasa lebih menarik dan terlihat lebih menarik bagi pasangan anda.
4. ‘Cramp’ Perut
Rasa sakit seperti kejang atau ‘cramp’ pada bahagian perut bukan saja berlaku ketika datang haid.Pada waktu subur juga wanita boleh mengalaminya.
5. Posisi Serviks (Pangkal Rahim) Tinggi & Lembut
Tanda subur wanita atau masa ovulasi dapat dikenalpasti dengan mengamati perubahan pada bahagian serviks.
Semasa dalam tempoh kurang subur, serviks berada dalam keadaan tertutup, kering, terasa agak kesat, dan berada pada posisi rendah (senang dirasa).
Apabila menghampiri waktu ovulasi, serviks akan terasa lembut, sedikit terbuka, lembap dan pada posisi tinggi (sulit dijangkau).
Waktu terbaik untuk memeriksa serviks ini adalah di malam hari. Pastikan tangan anda bersih sebelum memeriksa serviks.
6. Payudara Bengkak & Ngilu
Akibat peningkatan hormon, payudara anda akan terasa sedikit bengkak dan ngilu ketika ovulasi.Namun terdapat juga wanita yang bukan hanya merasakan bengkak pada payudara, tetapi juga pada bahagian lain tubuh.
7. Deria Rasa & Bau Lebih Tajam
Selain tanda-tanda di atas, ada juga wanita yang mendakwa mereka biasanya akan dapat menghidu dan merasa makanan dengan lebih baik pada waktu subur. Oleh itu, wanita juga kebiasaannya akan menjadi lebih berselera ketika proses ovulasi.
8. Tompokan Darah
Berbeza daripada haid, timbulnya tompokan darah yang sedikit ini adalah akibat kadar penurunan estrogen yang mendadak sebelum berlakunya ovulasi.
Oleh itu, paras progesteron akan turut menurun dan berlaku luruhan endometrium secara tiba-tiba yang menyebabkan adanya tompokan darah tersebut.
Dengan mengetahui beberapa tanda di atas, diharap ia dapat membantu ibu bapa yang sedang dalam proses mencuba untuk mendapatkan cahaya mata serta menjarakkan kehamilan dengan lebih tepat
Sebagai tambahan, kemungkinan untuk terjadinya ovulasi adalah sangat rendah dalam 6 minggu pertama selepas bersalin.Namun, ia masih boleh berlaku bergantung kepada kesediaan tubuh badan anda.
Semoga bermanfaat!
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Dengar Bisikan, Berkali Cuba Bunuh Diri..’ Akhirnya Inilah Yang Keluarkan Dari Depresi
Orang yang alami depresi bukanlah bermakna dirinya tidak beriman, tidak solat apatah lagi tidak ingat tuhan. Malah mereka tak tinggal solat 5 waktu, namun depresi tetap mendekat. Kerana depresi itu sejenis penyakit.
Yang dirawat bukan sekadar dengan solat semata-mata. Wanita ini, Syahirah Omar berkongsi kisah hidupnya yang tragis. Pernah lakukan cubaan membunuh diri berkali-kali malah mahu bunuh pula orang lain. Mendengar bisikan suara malah ambil ubatan psikiatrik.
Tapi depresi tetap menghantuinya. Akhirnya dia lakukan 10 amalan ini untuknya berdamai dengan ujian hidup yang Allah berikan kepadanya. Biar pun getir, dia ikut sampai sedikit demi sedikit depresi dapat diatasi.
Bagaimana Aku Keluar Dari Depresi?
Berdasarkan kajian beban panyakit yang dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kemurungan dijangka menjadi penyakit kedua teratas menjelang 2020 selepas penyakit jantung di seluruh dunia. Ini bermakna semakin ramai masyarakat dunia yang berpotensi untuk membunuh diri.
Terlalu banyak faktor yang kita boleh senaraikan, ada yang dari kecil, ada tekanan bila dewasa. Allah beri ujian semuanya tak sama. Disebabkan segala jenis tekanan ni, hormon serotonin, dopamin dan norepinefrin yang bertanggungjawab dalam mengawal perasaan di otak mula tidak seimbang. Maka jadilah kemurungan.
Perkongsian ini sangat panjang. Tapi InsyaAllah berbaloi kau baca dan hadam. Kau share dulu, kau cubalah baca bila dah bertenang ok? Cuba baca setiap baris ayat tau.
Aku didiagnos MDD dan Anxiety disorder pada tahun 2017. Ada beberapa jenis ubat psikiatrik berikan antaranya ubat antikemurungan, ubat tidur, ubat mengawal anxiety. Ubat yang diberikan memang bergantung kepada tahap pesakit. Macam kes aku, aku memang dah tahap berkali-kali cuba membunuh diri dan orang lain. Aku dah di tahap psikosis( aku dah mula dengar bisikkan di telinga untuk bertindak luar kawalan).
Jadi, dengan makan ubat, InsyaAllah hormon “perasaan” yang kurang tadi mula seimbang.
Ok begini,
Untuk kes aku, aku berhenti makan ubat pada bulan ke 2 kerana aku perlu uruskan anak-anak aku yang masih kecil. Tak semua orang ada “support system” yang bagus. Terlalu banyak kesan sampingan untuk aku sehingga aku sangat numb dan kurang respon pada sekeliling. Jadi jangan salah faham ya, aku tidak menolak perubatan modern, cuma dalam situasi aku, aku rasa aku tak mampu teruskan dan aku mula mencari rawatan alternatif yang lain.
10 Hal Ini Buat Aku Keluar Dari Depresi
Ada pelbagai kaedah sebenarnya untuk pulih, cuma aku nak kongsikan dengan semua bagaimana aku keluar dari dunia yang “sangat gelap”. Aku sangat faham ujian kita semua tidak sama, tetapi kau cubalah jika kau mahu. Aku tak paksa. Sebagai seorang muslim yang jahil, ini yang aku buat untuk aku sihat semula, aku mula berdamai dengan ujian aku ni.
1. FAHAMI UJIAN INI KIRIMAN ALLAH
Dulu, aku mula mencari manusia setiap kali aku murung. Setiap kali aku tertekan aku akan cari siapa saja untuk aku luah masalah aku. Dan aku ada satu perangai yang aku nak orang tenangkan aku dengan beri kata-kata semangat janji bukan perkataan SABAR.
Aku nak orang cakap kepada aku ” kuatkan semangat”, ” kami semua sayangkan kau,” dan banyak lagi.
Lama aku sakit. Tetapi aku lupa sakit ini kiriman tuhan buat aku. Kau sakit, dia sakit, aku sakit semuanya dari Allah. Sedangkan Allah yang ciptakan seluruh alam, inikan pula sakit kau sebesar zarah. Maka aku kena faham sakit ini Allah yang beri. Sakit ni HADIAH sebenarnya buat aku.
2. MENCARI ALLAH YANG LAMA HILANG
Bila kita sakit, kita bermasalah, kita rasa kitalah yang kena selesaikan semua ni. Akhirnya kau terus “blank” tak tahu dari mana kau harus mulakan.
Kau rujuk surah Al baqarah ayat 156.
“(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”
Bila kita ada masalah, pulangkan semula pada Pencipta kita.
Allah sentiasa ada dengan aku. Cuma aku yang terleka dengan dunia. Waktu aku depresi sangat pantang bila orang kata aku tiada iman. Aku sangat pantang orang kata aku tidak solat dan kurang baca Al quran sedangkan aku buat semuanya. Zikir semua sentiasa di bibir. Tetapi, aku silap. Ibadah ini semua bukan sekadar menggerakkan anggota badan. Bagaimana kau nak solat sedangkan otak kau pun tak boleh fokus? Allahuakbar. Perbaiki solat. Fahami setiap makna bacaan solat. Dengan “Bismillah” pun sebenarnya kau boleh rasa Allah bersama kau waktu solat. Tapi, jika kau tak faham makna, kau tak rasa solat ini hadiah Allah buat kau, kau takkan rasa ini solution Allah beri.
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan sesungguhya hal itu sangat berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu’ , (iaitu) orang-orang yang menyakini, bahawa mereka akan menemui Rabb mereka dan bahawa mereka akan kembali kepada-Nya” (Al-Baqarah 2:45-46)
Mulakan solat di awal waktu. Solat malam, kau taubatlah dulu semua dosa kau yang lepas. Bukan apa, aku risau kalau Allah hijabkan doa kau kalau tak cut off dengan taubat.
Allahuakbar
Kemudian aku mula fahami Al quran. Membaca Al quran dan memahami Al quran dua perkara yang berbeza. Bukan sekadar membaca tafsir. Kau akan sesat jika tidak berguru. Bertadabbur ini sangat indah. Kau tahu, syaitan benci sangat kat kau bila kau mula fahami Kitab Allah ni? Minta la semoga Allah mudahkan untuk kau mencari Ilmu.
Jadi, bukan kita tiada iman, tetapi top up la iman yang sedia ada.
3. SABAR ( walaupun kau benci sangat bila orang suruh sabar)
surah Al Baqarah ayat 155-156 ( 2:155-156)
“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:”
Kau lihat dalam ayat ni. Cuba letak diri kau dalam ayat ni. Kalau kaji ayat ni, sesungguhnya ujian orang depresi, anxiety ni begitu lah. Takut, cemas, rasa kekurangan di jiwa. Kan?
Kan Allah dah kata kau MESTI sabar? Sebab bila kau mula sabar, solat, Allah pasti beri kau jalan keluar. Kita asyik minta pada manusia untuk faham kita. Allah saja yang terlalu faham kita sebenarnya.
4. KAU LIHAT NIKMAT KAU ADA
Aku malas nak tulis syukur. Bukan kau tak bersyukur. tetapi kau dalam keadaan sakit begini, kau tak perasan pun apa yang ada disekeliling kau.
“Maka ingatlah kamu kepada-Ku, niscaya Aku ingat pula kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari nikmat-Ku. – (Q.S Al-Baqarah: 152)”
Cuba kau fikir eh, kadang-kadang kau terlupa pun sebenarnya nak cakap terima kasih pada Allah sebab kau masih lagi bernafas. Paru-paru kau masih berfungsi dengan baik. Kemudian kau tengok pula di sekeliling kau, Subhanallah, anak-anak yang sangat comel. Orang lain bertahun kahwin tak ada anak. Anak kau aktif, anak orang lain terlantar tak mampu gerakkan badan , semuanya perlukan bantuan orang sekeliling. Allahuakbar.
Tapi untuk kau nak nampak lebih jelas, kau perlu berjumpa dengan orang yang jauh lebih susah. Contoh yang paling senang, kau beli air mineral, letak dalam kereta, pergi pusing-pusing , kau akan jumpa orang yang sedang sapu sampah, kutip sampah, pakcik pakcik potong rumput, kau berilah mereka air. Minta la mereka doakan kau. Sedekah ni salah satu bentuk penyembuhan tau. Kenapa kena keluar? supaya kau jelas lihat depan mata kau dari orang ceramah berbuih mulut untuk kau sentiasa bersyukur. Lain sungguh perasaan tu bila diri sendiri tengok orang susah nak cari sesuap nasi.
Kita lapar-lapar boleh pergi dapur, masak nasi , goreng telur tuang kicap.
Orang lain ada yang cari sisa makanan kat tong sampah. Allahuakbar, terlalu banyak nikmat allah beri kan?
Jadilah manusia yang sentiasa mensyukuri nikmat dan memberi manfaat.
5. EGO
Aku tak tahulah tapi kau fikir la sendiri kau ada atau tidak. Kita ni selalu agak keras kepala. Bila apa yang kita mahukan, impikan, rasa, tak jadi seindah yang kita tetapkan, kita mula marah. Emosi kita ni turun naik tak tentu hala. Nak buang ego ni, senang saja.
Minta maaf dengan siapa saja yang kita dah lukakan. Kau tahu, kalau dengan makhluk pun kita tak berdamai, bagaimana Allah nak terima maaf ( taubat ) kita?
6. DENDAM ITU MEMBUNUH JIWA
Ada yang sangat sakit di dalam hati. Maafkan sekadar dimulut tetapi bukan di hati. Kerap kali kita imbas semula peristiwa yang sangat menyakitkan. Ini aku tak boleh tolong. Nak jadi orang yang tenang memang kena memaafkan. Setiap manusia yang Allah hadirkan dalam hidup ni memang tak ada yang kebetulan. Samaada nak menguji keimanan, atau nak mengukur tahap keimanan kau. Kau buatlah yang satu ni, bukan untuk orang lain, untuk kau bahagia. Allah pun akan ampunkan kau jika kau taubat nasuha kan?
7. CARI ILMU
Nak sihat ni kau tak boleh statik begitu saja meratap sedih berkurung di dalam bilik. Kau hanya melayan emosi sedih dan siap top up lagi rasa sedih yang sedia ada. Akhirnya? Kau makin lemah, dan sangat lemah.
Antara perkara yang kau boleh buat, cuba cari ilmu bagaimana nak uruskan emosi. Banyakkan membaca, pergilah kelas yang membantu untuk kau urus emosi. Kalau anxiety, kau belajar bagaimana nak kawal pernafasan, bagaimana untuk kau tak panik bila ada yang ” triggered”
Kemudian, seperti yang aku kata tadi, pergilah ke kelas tadabbur, kelas memahami makna solat ke, kelas perbaiki solat ke. Kalau tak dapat ke majlis ilmu ni, aku layan di youtube. Terlalu banyak perkongsian ilmu di situ. Kau kena cari. Aku pun agak terbatas dulu nak ke sana ke sini sebab bila komitmen sebagai ibu ni banyak pergerakkan aku yang terbatas.
8. JAGA PEMAKANAN
Ada yang hilang selera makan. Tapi aku sebaliknya. Berat aku naik sangat banyak sebab jadual makan aku tidak teratur. Bila susah tidur, aku mula makan makanan manis lah, nasi telur mata sambal belacan lah, selera aku seperti ada saka di waktu malam.
Jadi, perbaiki la cara kita makan. Ikutlah semua yang Rasulallah ajarkan. Kau jangan skip breakfast. Kau kena jaga portion makan. Suku suku separuh tu sangat bagus kau kena la disiplin sikit. Kalau tak jaga makan ni penyakit lain pulak datang nanti.
Sudahlah depresi sebeban, gastrik la gerd la sesak nafas la, lemah badan la..hmmmmm.
9. HIDUP MESTI ADA MATLAMAT & PERANCANGAN
Ini sangat penting. Kau tahu, bila kau tak nampak matlamat hidup kau, sebab tu kau tak ada apa yang nak dikejar. Sudahlah perasaan keinginan suam suam kuku, perancangan pulak tak ada!
“matlamat aku nak masuk syurga firdaus!”
Dengar macam nak gelak. Tetapi, kalau kau impikan syurga, jadilah hamba Allah yang ikut apa Allah minta. Rancang kehidupan kau dengan sangat teliti. contohnya;
5.15 pagi- tahajjud ( solat taubat solat hajat)
5.50 pagi- solat sunat subuh, solat subuh
6.30 pagi- Alquran 3 mukasurat.
7.00 pagi- morning walk sambil sedekah air mineral pada yang memerlukan.
Kau sambung la sampai habis.
Kalau kau bangun awal, kau pasti akan tidur awal.
kalau kau bangun lewat, kemudian kerap tidur siang sebab tiada perancangan, kau pasti jadi burung hantu waktu malam nanti.
Sayangi diri sendiri. Jangan kau zalimi diri diri dengan perkara sia-sia!
10. BERGERAK!
Aku ni bukan la sihat 100%. Kau tahu manusia ni akan sentiasa Allah uji. Jadi bila ada perkara tak best yang berlaku, bezanya waktu dulu dengan sekarang, aku dah tahu bagaimana nak uruskan emosi. Kita pasti akan jatuh terduduk berkali-kali, tetapi bagaimana kita bangkit tu yang penting kan?
Kalau aku mula rasa down, rasa sangat bodoh, dan lain lain yang menjengkelkan tu, aku akan bangun, dan bergerak.
Jangan kau duduk statik. Bergerak supaya kau tak “drag” emosi kau yang menyedihkan tu. Buatlah apa yang kau suka. Kalau aku, aku akan ke dapur. Buka peti ais terus aku kemas peti ais. Kemudian aku terus potong cili kering, aku masak non stop. Itu aku. kau mungkin suka basuh tandas, atau mungkin suka ambil angin kat luar rumah.
Dan bila kau mula tenang, kau akan bahagia. Tenang dan bahagia ni di hati. Ada duit 20 juta pun kau tak mampu beli tenang ni kan? Ini semua kerja Allah.
Aku doakan kau, aku, dan semua orang sentiasa dalam rahmat Allah dan diberi kesembuhan. Depresi ini “Hadiah Allah” kirimkan buat kita. Biarpun ujian kita berbeza, tetapi aku sangat yakin Tuhan kau, aku, adalah Tuhan yang sama. Kuatkan semangat, hanya kau saja mampu ubah diri kau dengan Izin Allah. Aku, hanya mampu bantu cara begini, selebihnya kau yang perlu sendiri.
Cukuplah 10 dulu aku kongsikan. Kau berjaya baca sampai habis? Kau memang hebat!
Aku izinkan share jika kau rasa ini sangat bermanfaat. kau tekan je button share tu ok.
Salam sayang,
Sumber/Foto : Syahirah Omar
Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Malangnya Nasib Wanita, Mahkamah Pakistan Bebaskan Perogol Selepas Kahwini Mangsa
Malangnya nasib wanita, Mahkamah Pakistan bebaskan perogol selepas kahwini mangsa. Kes rogol agak sukar untuk didakwa di Pakistan, di mana wanita sering dianggap sebagai warganegara kelas kedua.
Begitulah yang berlaku di Peshawar apabila Mahkamah Pakistan membebaskan seorang perogol selepas dia mengahwini mangsanya dalam satu penyelesaian yang diurus oleh majlis orang tua, kata peguamnya.
Malangnya Nasib Wanita, Mahkamah Pakistan Bebaskan Perogol
Seperti mana yang dipetik menerusi laporan AFP, keputusan tersebut juga telah menimbulkan kemarahan aktivis hak asasi manusia, yang mengatakan ia menghalalkan keganasan seksual terhadap wanita di negara di mana majoriti kes rogol tidak dilaporkan.
Sebelum ini seorang lelaki, Dawlat Khan, 25, dijatuhi hukuman penjara seumur hidup pada Mei oleh Mahkamah Rendah di daerah Buner di wilayah Khyber Pakhtunkhwa kerana merogol seorang wanita pekak.
Dawlat dibebaskan dari penjara baru-baru ini selepas Mahkamah Tinggi Peshawar menerima penyelesaian di luar mahkamah yang dipersetujui oleh keluarga mangsa rogol.
Menurut peguam Khan, Amjad Ali;
“Perogol dan mangsa adalah daripada keluarga besar yang sama.
“Kedua-dua keluarga telah berbaik semula selepas persetujuan dicapai dengan bantuan jirga (majlis tradisional) tempatan,” katanya seperti mana dilaporkan AFP.
Sebelum ini, Khan ditahan selepas mangsa yang belum berkahwin melahirkan bayi awal tahun ini, dan ujian paterniti membuktikan dia adalah bapa kandung bayi berkenaan itu.
Wanita Dianggap Warganegara Kelas Kedua
Hakikatnya, kes rogol sukar untuk didakwa di Pakistan malah wanita juga sering dianggap sebagai warganegara kelas kedua.
Menurut Sel Bantuan Guaman Asma Jahangir — kumpulan yang menyediakan bantuan guaman kepada wanita — kadar sabitan adalah lebih rendah daripada tiga peratus kes yang dibawa ke perbicaraan.
Beberapa kes dilaporkan kerana stigma sosial yang berkaitan, manakala kelengahan semasa penyiasatan, amalan pendakwaan yang buruk, dan penyelesaian di luar mahkamah juga menyumbang kepada kadar sabitan yang teruk.
“Ini secara tidak langsung menunjukkan kelulusan mahkamah terhadap rogol dan bantuan kepada perogol dan mentaliti rogol.
“Ia bertentangan dengan prinsip asas keadilan dan undang-undang negara yang tidak mengiktiraf pengaturan sedemikian,” kata Imaan Zainab Mazari-Hazir pula yang juga seorang peguam dan aktivis hak asasi manusia mengenai keputusan Mahkamah Peshawar.
Menurut Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Pakistan di Twitter, rogol adalah kesalahan yang tidak boleh dikompaun yang tidak boleh diselesaikan melalui perkahwinan ‘kompromi’ yang lemah.
Untuk pengetahuan, di luar bandar Pakistan, majlis kampung yang dikenali sebagai jirgas atau panchayat terdiri daripada orang tua tempatan yang memintas sistem keadilan, walaupun keputusan mereka tidak mempunyai nilai undang-undang.
Baca Sini : ‘Budak 14Tahun DiRogol Penceramah Bebas.” Manusia Jenis Apa, Sanggup Ambil Kesempatan Atas Kanak-Kanak
Baca Disini : Digelar Switzerland Of Pakistan, SWAT Lokasi Pelancongan Cantik Di Dunia Musnah Dalam Banjir Besar
Sumber : AFP . Harian Metro
Sumber Foto : CANVA
Rajinnya Datuk Sheila Majid Berolahraga Untuk Pastikan Badannya Sentiasa ‘Fit’
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI