Mudah rupanya nak buat seluar kecil, boxer atau panties untuk anak-anak. Bila buat sendiri boleh pilih jenis kain yang selesa dan pelbagai jenis corak yang lebih menarik berbanding beli di pasaran. Malah lebih jimat dan berbaloi.
Bagi mak-mak yang ada mesin jahit di rumah, boleh cuba buat sendiri seluar kecik ni untuk anak. Ikut pola dan tutorial mudah yang dikongsikan oleh Tukang Jahit Puan Asfaniza Nieza ini sebagai rujukan.
“Suka dak tengok comel-comel ni. Dapat buat sendiri seluar kecik anak. Senang juga rupanya.Seronok pulak buat.Meh la buat sendiri siapa nak buat sis kongsi pola yang ni saiz 7-8 tahun lah.”
Ok pada yang bertanya macamana nak sambung boxer (girls), boleh tengok di dalam ni ada cara macam mana sis jahit. Mudah sangat. Bole try buat untuk anak sendiri.
Bahan Di Perlukan:
Guna kain knit cotton , cotton lycra , knit jersey, dan seangkatan dengan kain tshirt.
Getah panties atau getah foe
Pola:
Cara Membuat:
1.Potong 2 keping ikut pola dan 2 keping yang kepingan kecil.
Menjadi seorang wartawan membuka banyak ruang untuk aku menyelami masalah dan bertemu dengan orang yang pelbagai ragam. Hari ini kita berjumpa dengan ahli profesional, esok barangkali jumpa seorang usahawan berjaya yang pendapatannya mencecah jutaan ringgit. Lusa pula mungkin kita jumpa seorang kakak yang kehilangan suami atau anak-anak.
Setiap orang memiliki sisi hidup yang berbeza. Tidak kurang juga daripada pengalaman-pengalaman orang lain yang ditimpa kegagalan dan kejatuhan membuatkan kita tersedar dari lena yang panjang. Malah dalam diam membuatkan kita bersyukur kepada Allah bahawa hidup kita jauh lebih baiki darinya.
Kadang-kadang apabila berpeluang menyelami hati sang ibu yang anaknya sakit, terasa betapa besarnya ujian yang perlu dia lalui. Tabahnya hati dia mampu menjaga anak dan menemani anaknya sepanjang masa tanpa mengenal erti penat.
Padahal aku yang mendengar rintihan dia terasa ingin banjir air mata, sebaliknya dia hanya terus berdoa agar anaknya kembali sembuh dan lincah seperti sediakala. Pernah juga usai interview ibu tunggal, kami jadi rapat dan aku menjadi tempat dirinya meluahkan perasaan apabila ada insan-insan di sekelilingnya melontar kata-kata kejian.
Dari mereka aku pelajari banyak perkara,
Kenal hidup dan kenal tingkah laku masyarakat kita yang makin nazak. Kadang-kadang orang di luar sana hanya melihat luaran seterusnya membuat andaian sendiri tanpa usul periksa.
Bagi anda mungkin kata-kata anda tidak memberi makna padanya, tetapi tahukah anda setiap butir kata yang negatif pasti membuatkan orang yang dirudung masalah bertambah runsing seterusnya hilang arah dalam hidup. Orang yang kuat pegangan agamanya mungkin memilih Allah menjadi tempat pengadu terbaik.
Oleh itu, setiap kali anda melihat golongan ibu tunggal, anak syurga atau mereka yang ditimpa kesusahan janganlah bebani mereka. Jika tidak mahu membantu sekali pun, tutup mulut anda dari berkata sesuatu ayng menyakitkan hati.
Siapa kita untuk menghukum dia, jangan ditambah masalah dengan mengatakan itu karma atau balasan Allah. Harus diingat kita adalah milik Allah, hari ini mungkin hari dia, mungkin esok lusa di saat kita alpa dan lupakan Tuhan, kita pula diuji.
Oleh itu, hiduplah berkelana di bumi Tuhan tanpa menyakiti hati orang lain. Sesungguhnya jika kita menjaga batas-batas diri dan berakhlak mulia, sudah pasti ramai akan menghormati kita.
PEACE NO WAR.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tak senang tapi ini antara cabaran Mama menyusukan bayi yang kadang orang lain tak lalui dan rasa. Aku bukanlah Mama yang betul-betul 100 peratus beri breasfeeding (BF) pada semua anak. Sebaik je masuk kerja selepas cuti bersalin dua bulan, terus anak minum susu formula (FM). Tapi itu hanya bila dihantar ke rumah pengasuh dan bekalan stok susu tetap diberikan setiap hari sebab pam susu di pejabat. Bila balik ke rumah dan cuti hujung minggu memang susu formula tak ada langsung dalam simpanan.
Di rumah pengasuh pula, satu lagi masalah bila anak tak nak menyusu guna susu botol. Jenuh pengasuh suakan puting susu ke mulut, hanya digigitnya puting susu dengan gusi sahaja. Minum pun bila dia betul-betul dahaga.
Waktu petang, masa untuk ambil anak di rumah pengasuh. Tak sabar nak jumpa si kecik nie. Dari jauh, dia dok perhati je mamanya. Mungkin minta diambilkan. Hilang penat bila tengok wajah anak. Masuk aje dalam kereta, anak mula merengek-rengek. Apalagi, mesti dah tak sabar untuk BF, walhal di rumah pengasuh baru aje lepas minum susu. Dok dalam kereta susukan anak, sudah tentu makan masa lebih 15 minit supaya dia betul-betul kenyang, tidak meragam dan memudahkan kita untuk memandu kereta dengan tenang sampai ke rumah.
Rasanya semua ibu mesti lalui benda yang sama seperti aku. Atau mungkin juga tidak pernah alami seperti yang aku ini. Tapi itulah hakikatnya, bila mama bekerja dan anak-anak perlu di hantar ke rumah pengasuh atau taska.
Anak menangis semasa bawa kereta ke pejabat? Itu sudah perkara biasa bagi aku. Padahal sebelum ke tempat kerja, bagi dia BF kenyang-kenyang. Anak lelaki, mesti kuat menyusu. Bukan dia seorang, abang-abangnya pun sama., setiap kali dalam kereta mesti menangis nak menyusu.
Jalan terbaik, aku sanggup berhenti mana-mana tempat untuk memberi laluan pada si kecil ini. Mujur anak-anak yang lain sudah faham sebab apa mamanya berhenti di tempat letak kereta.
Pernah juga, dalam perjalanan ke tempat kerja waktu pagi. Si kecil menangis, nak menyusu dan sudah tentu dalam masa yang sama nak tidur. Jika berhenti, makan masa lama pula untuk susukan dia.
Biasa kita tengok bila lampu isyarat merah atau abang polis trafik sedang bertugas, orang perempuan mula keluarkan alat mekap, betulkan tudung dan sebagainya. Inilah masa yang diambil oleh mereka bila dalam kesesakan lalu lintas. Lain pula dengan aku, susukan si kecil sekadar untuk hilangkan dahaga dan tidak meragam semasa kita memandu.
Rasanya, demi anak-anak, ibu sanggup buat apa sahaja. Biarlah orang lain cakap apa sebab mereka tidak alami apa yang kita lalu ini. Bab menyusu dalam kereta sudah settle, belum lagi dengar hiruk pikuk anak gaduh sesama mereka dalam kereta. Haru biru di buatnya. Sabarlah mama….
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Rawat si bulus. Kalau tuan kucing ada lebih dari seekor, mesti ada yang bergaduh dan tak kurang sampai luka-luka dek cakaran satu sama lain. Satu hal pula nak rawat.
Jalan mudah dan senang, bawa ke klinik veterinar untuk rawat si bulus. Tapi tak semestinya untuk merawat luka, rutin penjagaan si bulus pun perlu diambil kira juga.
Bagi tuan kucing yang nampak luka pada badan si bulus, jangan terburu-buru untuk bawa ke klinik. Boleh rawat luka si bulus dengan cara membuat sendiri ubat sapu. Jimat pun jimat dan paling penting luka cepat sembuh.
Inilah yang dikongsikan oleh Suhaili Baharudin untuk buat sendiri ubat sapu.
Kalau guna krim sapu dari farmasi atau klinik, risau kalau kucing ni terjilat. Jadi, saya sedikan resipi ubat sapu untuk panduan mak-mak si bulus.
.
Hanya gunakan kunyit dan minyak kelapa saja. Kunyit adalah antifungal, antibakteria dan antiviral. Begitu juga dengan minyak kelapa. Terlalu banyak khasiat 2 bahan ini untuk kita dan si comel.
Yang penting ia selamat dan non toxic. Luka pun cepat baik!
Bahan: Kunyit Minyak kelapa
Caranya:
Basuh kunyit bersih-bersih kemudian keringkan. Tak perlu terlalu kering sebab nanti boleh lap dengan tisu dapur saja.
Hiris nipis kunyit tadi dan masukkan ke dalam botol. Selepas itu, tuang minyak kelapa tadi. Tak perlu sukatan yang tepat tapi agak-agak sajaka untuk kunyit dan minyak itu.
.
Kemudian, tutup kemas dan siap. Simpan dan biarkan selama 2 minggu. Dalam tempoh itu, minyak akan menyerap pada semua zat kunyit tadi.
Selepas dua minggu, warna sudah bertukar. Kunyit menjadi semakin gelap dan minyak semakin kuning. Penuh khasiat dalamnya. Terus sapukan pada luka si comel yang buas tadi. Dia menjilat? Tak ada masalah pun.
.
Tengok warna minyak dah kuning. Luka kucing-kucing kita akan cepat sembuh dan mana-mana yang terkoyak tu akan cepat kering. Natural remedy tanpa bahan sintetik.
.
Tip: Berapa lama minyak ini bertahan?
Jawapan: Selagi tidak ada bau hapak. Kalau ada bau hapak, maksudnya dah ‘tamat tempoh’ dan bolehlah di buang. Jangan guna. Kalau boleh, buatlah dalam kuantiti yang sedikit supaya tidak membazir.
Mingguan Wanita : Nanti mak-mak si bulus bolehlah buat untuk kecing kesayangan. Tak perlu nak bawa ke klinik dah.
Janna Nick pilih kediaman idaman suami. Seperti yang diketahui umum, kini pasangan selebriti popular Janna Nick dan suaminya Dini Schatzmann berhijrah sementara di London.London...