Nak sambal sedap dan bau wangi? Rahsianya terletak pada cara masakan. Minggu ini, saya kongsikan resipi arwah mak saya, Ramlah Binti Zainal. Caranya, tumis serai dulu sebelum masukkan cili kering yang dikisar bersama halia dan bawang.
Cara arwah mak, gunakan lebihan minyak yang digunakan menggoreng ayam. Dua atau tiga batang serai diketuk, kemudian ditumis sehingga naik bau. Kemudian baru masukkan bahan kisar. Serai yang ditumis akan menyebabkan bau sambal wangi dan sangat menyelerakan.
Tunggu Serai Naik Bau Dan Cili PECAH MINYAK
Satu lagi rahsia kalau nak sambal sedap, rebus cili kering sehingga lembut. Kemudian, buang biji cili dan tapis. Selepas itu, barulah kisar bersama bahan lain. Tumis cili sampai betul-betul masak. Nak tahu cili dah masak senang je, tunggu sehingga pecah minyak.
Kalau cili tak masak, bau sambal tak sedap dan boleh menyebabkan sakit perut. Kalau masak sambal, api kena sederhana. Jangan guna api kuat nanti sambal hangit dan pahit. Buat sambal ayam, digalakkan letak halia sebab boleh hilangkan bau hanyir ayam. Itulah petua orang dulu-dulu yang diamalkan arwah mak saya.
TUTUP KUALI Agar Ayam Lembut Dan Sebati Dengan Kuah
Bila sambal dah masak elok, masukkan ayam yang telah digoreng. Gaul dan tutup kuali dengan penutup. Tujuannya nak bagi ayam lembut dan mesra atau sebati dengan kuah. Kalau nak sedap lagi, boleh hiris bawang besar dan taburkan dalam sambal. Sekejap je tau, bagi bawang layu dalam sambal lepas tu angkat lauk ini.
Resipi yang sama ini boleh diguna untuk buat sambal ikan atau sambal hati dan pedal. Caranya semua sama, cuma gantikan dengan ikan goreng, atau hati dan pedal goreng. Mudah kan, satu resipi boleh buat dua tiga menu. Kalau tengahari dah makan sambal ayam, malam boleh gantikan dengan ikan goreng pula. Selamat mencuba!
Resipi Sambal Ayam Serai
Bahan-bahan:
10 ketul ayam}dibersihkan dan dilumur dengan kunyit dan garam
Ads
15-20 tangkai cili kering}dikisar
2 ulas bawang putih}dikisar
1 labu bawang besar}dikisar
1 ici halia}dikisar
2 batang serai}diketuk
Minyak secukupnya
Ads
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air asam jawa
Cara membuat:
1-Goreng ayam seketika, jangan sampai garing. Ketepikan.
2-Panaskan minyak, tumis serai sehingga naik bau.
Ads
3- Masukkan bahan kisar sehingga pecah minyak.
3-Masukkan air asam jawa, kacau sebati.
4-Masukkan garam dan gula secukup rasa. Tunggu sehingga sambal pecah minyak.
5-Masukkan ayam, perlahankan api dan tutup kuali agar ayam lembut.
6-Hidangkan bersama nasi dan lauk lain.
Petua Dapur
Kalau nak kurangkan kepedasan sambal, boleh tambahkan bawang besar jadi dua labu.
Basuh ayam dengan tepung gandum atau tepung jagung untuk hilangkan bau hanyir.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kek pisang antara menu minum petang kegemaran ramai. Nak buat pun mudah. Jika nak buat kelainan boleh cuba buat sendiri kek pisang bercheese ini. Memang luarbiasa sedapnya, malah gebu dan lembut sangat hasil kejadiannnya.
Mak-mak boleh kek pisang bercheese seperti yang dikongsikan oleh Puan Iedaa Jahaya ini.
Lepas masak untuk lunch buat ni pulak untuk makan petang. Kek pisang bercheese..lahai nampak gaya tak sampai petang daa. Sedap,lembut sangat. Kenyang makan ni dulu.
1. Kacau bahan-bahan untuk adunan cheese guna whisk sehingga lembut dan sebati.Ketepikn dulu.Masuk dalam piping beg.
2. Lenyek halus pisang dahulu dan ketepikan.
3. Dalam mangkuk lain masukkan gula castor, telur dan esen vanila.Mix guna whisk sehingga larut dan masukkan pisang lenyek tadi.Gaul sebati.
4.Kemudian masukkan pula tepung gandum, susu tepung, baking soda dan garam yang telah diayak.
5.Gaul sehingga betul-betul sebati semua bahan dan masukkan pula minyak jagung.
6.Sebati semuanya sehingga betul-betul tercampur rata.
7. Sementara itu, panaskan kukusan dan sapu acuan dengan sedikit minyak.
8.Paip adunan cheese, kukus selama 5 minit dahulu.
9.Kemudian, paipkan pula adunan pisang dan kukus selama 15-20 minit.
10.Dah siap angkat, sejukkan dulu dan keluarkan dari acuan perlahan-lahan sebab terlampau lembut dan gebu sangat bahagian kek pisang.
Roti gulung sardin celup tepung memang sedap dan mudah disediakan. Baik untuk menu sarapan pagi mahupun untuk minum petang. Namun selalunya jika tak tahu cara betul goreng roti gulung sardin ni, ia akan serap minyak dan jadi lembik.
Puan Siti Noor Hidayah Samah ada kongsikan resipi dan caranya agar roti gulung sardin tak serap minyak.
ROTI GULUNG SARDIN INTI SARDIN
1 tin sardin (Saya ambik isi ikan je tak ambik sosnya pastu hancur-hancurkan ikan)
1 biji bawang besar (Cincang halus)
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
3 sudu besar mayonis
Garam
Gula
Cara Membuat:
1. Tumis bawang hingga wangi.
2. Masukkan sos tomato dan sos cili. Kacau sekejap.
3. Masukkan ikan sardin dan kacau sebati.
4. Perasakan dengan garam & gula.
5. Masak hingga sedikit kering.
6. Tutup api dapur & masukkan mayonis. Kacau rata.
7. Masukkan inti ke dalam roti dan gulung kemas-kemas. Ketepikan.
BANCUHAN TEPUNG
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung beras
1/4 cawan tepung Bestari original (Kalau suka pedas guna yang spicy)
2 sudu besar marjerin
2¼ cawan air
Cara Membuat:
*Masukkan semua bahan ke dalam blender & kisar.
*Celupkan roti tadi ke dalam bancuhan & goreng hingga masak.
Tip Ekstra!
Tips tak nak bagi roti serap minyak jangan balik-balikkan banyak kali masa goreng. Cukup sekali balik je.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Kek buah boleh dikukus atau pun dibakar. Terpulang pada cita rasa si pembuatnya. Namun, ramai juga yang gemar ia dikukus. Kata mereka, kek ini lebih moist (lembap) bila dikukus berbanding dibakar di dalam oven. Sekali lagi, selera masing-masing.
KEK KUKUS ATAU BAKAR
Hari raya Aidiladha tak lama lagi. Mungkin ada yang rancang nak buat kek buah. Boleh cuba kek buah kukus yang pakai sukatan cawan. Jadi, yang tak ada penimbang di rumah, jangan risau. Guna cawan je.
Kek buah lembap ini, makin lama dikukus, ia akan jadi tambah moist dan sedap! Selain itu, perisa oren boleh diganti dengan oren sunquick. Selamat mencuba!
1 cawan buah-buahan kering 1 cawan kismis 1 cawan mentega/marjerin 1 cawan gula pasir 1/3 cawan air panas 2 1/2 cawan tepung gandum 1/2 sudu teh soda bikarbonat 1/2 sudu teh baking powder 1 sudu makan cuka makan 1/2 sudu teh esen vanilla 1/2 sudu teh perisa oren (optional) 3 biji telur
JOM IKUTI CARA MEMBUAT KEK BUAH KUKUS:
Cuci 1 cawan buah-buahan kering dan 1 cawan kismis kemudian rendam dengan air biasa selama 15 minit. Ayak 2 ½ cawan tepung gandum bersama ½ sudu teh baking powder dan ½ sudu teh soda bikarbonat. Toskan air buah-buahan kering dan kismis yang telah direndam tadi. Masukkan 1 cawan gula pasir ke dalam kuali dan buka api kecil.
Biarkan sehingga separuh daripada gula menjadi perang, barulah masukkan 1/3 cawan air panas. Bila gula dah cair sepenuhnya, masukkan 1 cawan mentega dan buah-buah kering tadi. Kacau sedikit dan biarkan selama 5 minit. Selepas 5 minit, kacau rata semua bahan dan tutup api.
Lepas tutup api, boleh terus masukkan tepung yang telah diayak tadi dan kacau hingga sebati. Masukkan 1 sudu makan cuka makan dan kacau lagi.
Kemudian pukul 3 biji telur sehingga sedikit berbuih. Masukkan telur ke dalam adunan dan kacau sehingga sebati. Masukkan ½ sudu teh perisa oren dan ½ sudu teh esen vanila. Kacau hingga sebati.
Sediakan loyang, guna yang saiz 7” x 7”. Lenser dengan butter dan alaskan dengan baking paper.
Masukkan dengan senduk dan ratakan adunan sehingga ke tepi loyang. Balut loyang dengan plastik food wrap supaya nanti air kukusan tak menitis ke ata kek.
Kukus dengan api sederhana selama 2-4 jam. Setelah masak, angkat dan sejukkan. Kek buah yang dikukus lebih lama akan lebih moist. Siap!! Boleh lah bawa balik sebagai buah tangan pada hari raya haji nanti. 🙂