Tular video siang ikan. Pengacara Wanita Hari Ini (WHI), Sugeeta Chandran menjelaskan dirinya tidak tertekan apabila mendapat kecaman di media sosial mengenai video menyiang ikan ketika bersiaran langsung.
Menurut Sugeeta dirinya merupakan seorang vegetarian.
Tular Video Siang Ikan
“Saya vegetarian, tak makan ikan, tak masak ikan dan pernah siang ikan pun sekali saja, itu pun manja-manja.
“Kalau pernah menonton rancangan WHI, akan ada segmen untuk pengacara dan kita (pengacara) pun tak tahu apa cabaran akan diberikan.
“Pada hari berkenaan, ada menu berasaskan ikan dan cabarannya menuntut saya dan Syira menyiang ikan.
“Saya pula duduk di rumah seorang saja dan kalau di rumah keluarga, emak beli ikan pun yang sudah siap siang maka menyiang bukan perkara yang saya biasa lakukan.
“Tapi sebagai pengacara kita lakukan saja cabaran diberi dan tak sangka pula (video) akan tular kerana biasalah, bila siaran langsung ada yang menjadi, kadang tak reti buat,” ungkapnya seperti mana dipetik menerusi Harian Metro.
Ads
Tidak Mudah Melatah
Malah wanita berketurunan India ini juga menerangkan dirinya dan Syira yang juga rakan pengacara, tidak mudah melatah dengan respons netizen.
“Saya tiada TikTok dan Twitter (merujuk aplikasi X), hanya IG (Instagram) saja dan tahu video itu tular pun selepas diberitahu rakan.
Ads
“Saya ada baca beberapa komen cuma yang kurang menyenangkan apabila ada mengaitkan wanita dengan menyiang ikan sedangkan ia bukan penentu wanita itu hebat atau tidak kerana ada dalam kalangan mereka dibantu ayah atau suami.
“Jadi bagi saya, jangan stereotaip kerana kalau tak tahu, boleh belajar dan jika ada kelemahan jangan burukkan mereka (wanita),” sambungnya.
Fizi Ali mohon Shakilla hadir ke mahkamah. Dek kerana terlalu rindukan anaknya, Ameena Sofia, penyampai radio, Fizi Ali tekad untuk membawa tuntutan hak penjagaan anak kepada mahkamah.
Malah Fizi yang tidak menemui jalan penyelesaian dengan bekas isteri, Shakilla Khoriri yang membabitkan urusan penjagaan anak mereka bertegas mahu membawa perkara ini ke mahkamah.
Fizi juga turut menyatakan dirinya telah memilih untuk menyerahkan kepada peguam berhubung tuntutan hak penjagaan anak mereka iaitu Ameena Sofia.
“Saya sudah bawa kes ini untuk diselesaikan secara undang-undang dan kami akan berbincang di mahkamah saja nanti.
“Tarikh dan masa dia sudah tahu cuma saya berharap dia akan datang untuk menyelesaikan kes ini,” kongsi Fizi seperti mana dipetik menerusi mStar Online.
Dalam pada masa yang sama Fizi turut akui dirinya sukar untuk berhubung dengan bekas isteri dek kerana nombor telefonnya telah disekat oleh Shakilla.
“Ya memang dia block nombor telefon saya jadi saya berhubung dengannya melalui peguam tapi itulah tidak dapat sebarang maklum balas.
“Tujuan saya muat naik hantaran di media sosial ini juga kerana ingin mengingatkan dia untuk datang ke mahkamah untuk selesaikan masalah ini supaya tidak berlarutan.
“Tarikh dan masa dia sudah tahu cuma saya berharap dia akan datang untuk menyelesaikan kes ini.
“Saya dah cuba cara undang-undang untuk peguam saya berhubung dengannya tetapi tiada respon,” kongsi Fizi lagi.
Founder Sobella Syu seakan beri bayangan, “today I choose to let go, our book its finally closing…”. Founder yang juga jutawan, Wan Nur Syuhada Wan Norzie yang terkenal dengan produk kosmetik SoBella telah memuat naik satu luahan di instagramnya tengah malam tadi.
Tidak pasti akan maksud sebenar dirinya memuat naik posting itu tetapi berlatar belakangkan laut dan lagu sedih, ketika cinta bertasbih versi piano, dirinya memberikan satu bayangan ada kedukaan dalam dirinya. Dari instagramnya juga, sudah tiada wajah suaminya dikenali sebagai Pex Dollah.
Di usia yang cukup muda, masih cantik dan berwawasan tinggi dalam perniagaan di mana dirinya banyak membantu golongan wanita berjaya mencapai apa dihajati, Syu menulis:-
“Ingatkan seluruh jiwa itu cukup untuk mempertahankan satu hubungan. Tapi ternyata 15 tahun itu boleh hilang semudahnya. Takdir Allah tak siapa boleh tahukan.
“Today, i choose to let go. I choose to move forward. I choose to be brave. The feeling is still there. So sakit dia bukan main-main. But no worries, time will heal everything.
“So this is it. Our book is finally closing. Filled with so many memories and special moments. It is not easy. But i just want you to be happy. So i need to let you go. Semoga dapat bahagia yang dicari.
Rencana Allah itu sentiasa yang terbaik ❤️ Alhamdulillah untuk segalanya. Semoga Allah sudi untuk berikan jalan cerita yang baik buat kita semua InsyaAllah.
Seminggu sebelum itu, dirinya memuat naik petikan kata dari Dasiyah dari filem Gadis Kretek.
“Currently obsessed with Gadis Kretek. Dari cerita tu kita belajar yang sekuat apa pun cinta kita pada manusia, jika tiada jodoh maka tidak juga bersatu sampai bila. Perihal hati ni memang sesuatu yang misteri . Cuma lalui saja hidup ni dengan kuat. Selepas hujan mesti ada pelangi.
My fav quote ✨
“Kita semua punya titik terendah . Kalau orang menyebutkannya luka , saya menyebutnya pelajaran”.- Dasiyah .
Wanita jika nak kahwin dengan suami orang di Songkhla ibarat menggali lubang kubur sendiri. Jangan biar maruah dan hak kita sebagai wanita diambil mudah begitu sahaja ya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Apa status anak, peguam syarie ulas lafaz taklik talak 3 founder dicurangi suami. Jika sebelum ini kecoh dengan isu Alif Teega yang memilih berkahwin dua di saat isterinya, Aisyah Hijanah mengandung, hari ini kecoh dengan isu lafaz taklik talak 3 yang melanda pasangan usahawan Hajar Hanif dan Mikail Isaaq.
Sering terlihat bahagia di media sosial, semalam Hajar Hanif mengejutkan pengikutnya dengan pendedahan mengenai kemelut rumahtangga mereka di mana Hajar mendakwa Mikail telah berlaku curang dengan membawa balik perempuan lain ke rumah mereka.
Video yang dimuat naik di media sosial, Tik Toknya, Hajar Hanif sudah mencecah tontonan 4.1 juta di mana dirinya memuat naik rakaman ‘menerjah’ kegiatan suaminya yang dipercayai berhibur di kelab malam serta membawa wanita lain masuk ke rumah mereka. Pertelingkahan mulut antara pasangan founder ini juga disusuli dengan pendedahan Hajar yang pernah dikasari sewaktu hamil sebelum ini.
Dedah Hajar Hanif lagi, pada 2017, selepas kantoi curang, Mikail ada melafazkan taklik dengan menyebut, “kalau i curang, ada nafsu pada mana-mana perempuan, ada perasaan suka, cubaan flirt atau apa apa berkaitan perempuan lepas ini, kita jatuh talak 3”.
”Tak pernah sangka ini takdir i. Dan lebih parah, kegiatan si dia ni dah bertahun-tahun. Dan dah bertahun i sebenarnya dah jatuh talak 3. Tapi i baru sahaja tahu beberapa hari ini pada hal perbuatan jijiknya tentang wanita sudah dilakukan bertahun-tahun lamanya.
Dalam hal ini, ada netizen yang membuat pertanyaan, apakah status anak pada pasangan ini jika lafaz taklik talak 3 itu soreh? Apakah nasab Mikhail Darris yang berusia hampir setahun. Bolehkah dibinkan pada nama bapanya kerana lafaz taklik tersebut?
MW menemubual peguam syarie, Hasanah Johari dari Tetuan Hasanah Johari & Associates mengenai lafaz taklik yang dibuat serta status anak pasangan ini. Boleh ke dinasabkan ke bapanya?
Menurut Hasanah yang pernah viral dengan pendedahan wanita mempunyai empat suami sebelum ini memaklumkan, sebarang lafaz cerai taklik perlu buat pengesahan di mahkamah dalam kes pengesahan lafaz cerai takliq.
“Biasanya, Hakim kena siasat dulu fakta kes. Tarikh masa lafaz dilafaz, keadaan suami waktu lafaz, ayat lafaz itu sendiri, kejadian sebelum, semasa dan selepas terutama bila pelanggaran takliq itu dibuat, sama dengan apa dilafazkan itu.
“Perasan pada perempuan lain macam mana yang dimaksudkan sehingga boleh melanggar takliq? Siasatan ini akan dibuat secara terperinci. Termasuk hakim akan bertanya suami faham tak talak tiga itu maksudnya apa, kesannya dan lain lagi.
Tambah Hasanah lagi, ia bukan seperti dikongsikan di Tik Tok kerana mahkamah yang boleh memutuskan taklik itu terpakai atau tidak, soreh atau tak dan sebagainya.
Ditanya tentang status anak pasangan ini jika lafaz itu soreh, jelas Hasanah semua itu akan dilihat pada tarikh pelanggaran takliq dengan tarikh isteri mengandung.
“Untuk nasab anak pula, tengok juga pada tarikh pelanggaran takliq dan dengan tarikh isteri itu mengandung. Jika pelanggaran dibuat sebelum isteri mengandung dan jika disabitkan jatuh talaq pada tarikh pelanggaran berlaku, barulah ibu kena failkan pengesahan sabitan nasab bagi anak kedua tersebut.
“Jika pelanggaran dibuat selepas isteri mengandung, besar kemungkinan anak itu adalah nasab bapanya. Namun, jika tak sabit talaq itu, maka, tak perlu pun buat pengesahan nasab anak tersebut. Apa pun, kena selesaikan dulu isu pelanggaran takliq itu, baru selesaikan isu pensabitan nasab anak,” katanya.
Akhiri Hasanah, apa pun status nasab anak, ia boleh dinasabkan kepada ayahnya iaitu wati’ syubhah.
“Apa yang dimaksudkan dengan wati’ syubhah ini ialah anak yang dilahirkan akibat persetubuhan yang berlaku bukan dalam perkahwinan yang sah akibat keraguan tertentu. Pada asalnya anak yang dilahirkan bukan daripada perkahwinan yang sah, seperti zina, tidak boleh dinasabkan kepada bapa biologinya.
Namun para ulama menyatakan bahawa jika seorang anak itu lahir daripada persetubuhan yang syubhah, ia dikira sama seperti hukum nikah fasid, yakni dinasabkan kepada bapa biologinya.
Wanita jika nak kahwin dengan suami orang di Songkhla ibarat menggali lubang kubur sendiri. Jangan biar maruah dan hak kita sebagai wanita diambil mudah begitu sahaja ya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!