Tujuh Bulan Terpisah Jauh, Ayah Menyamar ‘Orang Aircond’ Surprise Anak-anak

Sehari tak jumpa anak isteri pun dah rindu amat, inikan pula terpisah tujuh bulan lamanya. Disebabkan pandemik Covid-19, ayah ini Mohd Azaruddin Tukari terpisah jauh dan lama dengan anak-anak dan isteri.

Apabila tuhan bukakan peluang bertemu tiga orang anaknya dan isteri, pasangan ini mahu cipta detik pertemuan yang akan dikenang selamanya. Ayah ini menyamar jadi ‘orang aircond’ yang datang membaiki alat penghawa dingin.

Biarpun wajah ayah bertutup dan menyamar, tiga orang anaknya tetap boleh rasakan itulah ayah mereka.

Terkandas selama tujuh bulan di Singapura. “Satu tempoh yang kami tak pernah jangka. Terlalu banyak air mata yang jatuh.” Catat isterinya, Massoezailin Saleh.

Detik pertemuan yang dirancang ayah ibu ini kemudiannya divideokan yang akhirnya mengundang sebak di hati siapa yang menontonnya.

Tujuh Bulan Terpisah Jauh, Ayah Menyamar ‘Orang Aircond’ Surprise Anak-anak

Air Mata Selepas Tujuh Bulan

Kongsi isteri ini, “Menyamar sebagai “orang aircond”. Tetapi anak-anak tetap ada instinct bahawa itulah papa mereka.

Surprise yang Mass dan suami dah plan since dapat berita suami Mass dapat approval untuk balik akhirnya menjadi.

Saat yang kami tunggu. Allah makbulkan doa-doa kami dan semua ahli keluarga serta sahabat semua. Alhamdulillah. Terima kasih semua

IKLAN

Memang bukan senang sepanjang tempoh berjauhan selama hampir 7 bulan terpisah. Satu tempoh yang kami tidak pernah jangka. Terlalu banyak airmata yang jatuh. Tapi, semua ni ketentuan Allah. Seribu satu hikmah untuk kami.

Allah pinjamkan 14 hari untuk kita bersama. Sabtu depan, kita terpaksa berpisah semula. Setiap kali pandang suami, seakan tak percaya yang dia ada di sisi. Anak-anak juga memang akan melekat dengan papa. Melepaskan kerinduan mereka. Akan bercerita momen-momen penting sepanjang ketiadaan papa di sisi.

Kami doakan sesiapa sahaja yang terpisah kerana virus ini, Allah akan satukan kamu semua dengan segera.

Semoga virus ni Allah angkat dan hapuskan dari bumi dengan segera.
Doakan kami kuat untuk hadapi saat perpisahan minggu depan.

Dua tahun tak jumpa anak, kerana ‘gelang’ pink ibu sanggup tahan rindu

‘Setiap orang pinggannya lain-lain’ Demi rezeki, 6 bulan ayah jauh dari anak-anak

IKLAN

Tujuh Bulan Terpisah Jauh, Ayah Menyamar ‘Orang Aircond’ Surprise Anak-anak

Kisah Di Sebalik Ayah Menyamar Jadi ‘Orang Aircond’

Video ni asalnya Mass hanya nak record untuk kenangan kami sekeluarga. Dan nak share dengan kawan-kawan dan saudara mara. Tak sangka jadi viral.. video pun berkecamuk kan… Hahaha..

Ramai yang tertanya-tanya, apa cerita sebenar kan.. Sebenarnya suami Mass kerja di Singapura. Berada di sana sejak PKP 18 Mac. Kami hampir putus harapan untuk dia dapat pulang. Tapi doa adalah senjata kami.

Doa anak-anak, doa ibu abah, mak, adik beradik, kawan-kawan dan seluruh ahli keluarga Allah makbulkan. Alhamdulillah.. Akhirnya pertengahan bulan September suami dapat kelulusan dari company tempat dia bekerja. Terima kasih SMRT Buses Pte Lte meluluskan kepulangan dan cuti dan atas segala urusan pulang dibantu oleh syarikat SMRT.

Walau hanya sementara, kami tetap bersyukur. Allah berikan kesempatan.

IKLAN

Ramai yang pm, whatsapp.. Samada yang kenal atau tak. Doakan kami dan share cerita masing-masing dengan Mass. Banyak cerita yang lebih sedih dari kami sebenarnya.. Mass doakan kamu semua dipermudahkan urusan dan diberikan ketabahan dalam menghadapi semua dugaan.

Terima kasih semua media yang share tentang cerita kami. Tiada lain yang kami harapkan selain virus ini cepat dilenyapkan dari muka bumi ini dan semuanya kembali pada keadaan biasa.

Kepada yang masih terpisah, teruskan berdoa. Jangan putus harapan.

Tak kira dimana anda berada. Terus kuat hadapi segala dugaan. Mesti ada hikmah. Allah uji sebab Allah sayang.

Untuk yang sentiasa bersama, hargai lah keluarga. Kerana kita tak tahu bila kita akan terpisah..
Samada terpisah sementara atau terpisah selamanya..”

Salam sayang dari kami sekeluarga,
Azaruddin, Mass, Iris, Irene dan Inez

MW : Mendoakan agar mereka yang terpisah jauh disebabkan pandemik Covid-19 ini dipermudahkan urusan mereka dan diberikan kelapangan rezeki.

Sumber/Foto : Massoezailin Saleh

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI