Peneman Rita Rudaini Ni Bukan Calang-calang, Patutlah Gelarannya ‘DahliaCatHaveHave’

Seronok tau tengok instagram pelakon terkenal Rita Rudaini sekarang ini. Penuh dengan gelagat anak bulus Dahlia yang montel dan gebu. Macam-macam gelagat Dahlia akan Rita rakamkan.

Rita Rudaini pernah maklumkan tak lama dulu yang Dahlia ini boleh jadi penemannya. Memang betullah tu. Sekitar 14 Ogos lalu, Rita ada muat naik satu perkongsian tentang ‘anak baru’nya Dahlia.

“Ini anak baru kami, Ryan dan Arjuna bagi nama sisthur diaorang ‘Dahlia’ ? Walaupun kami bukan pencinta kucing tapi anak-anak teruna kami ni pencinta haiwan.

Dah lama dah mintak mommy bela cat. Bak kata Ryan ‘500 years Ryan tunggu mommy beli cat’ ?

Hari tu tengok cerita King Kong minta nak bela King Kong, ? Katak masuk dalam kasut, minta nak bela katak tu ?? Ok mood mommy elok hari tu terus mommy pon beli atas cucukan maut aunty @hazelhisham n uncle badong @wathiqjewelry ??

Kucing ni dia bole tau ek siapa tak suka dia? ? Kat mommy juga dia nak tidur, dia nak main-main ? ?? arrghhhhh!! helpppppp!! ???”

IKLAN

Lucu je baca tulisan Rita ini. Tapi rupanya dalam pada minta tolong tu, Rita dah berjaya membela Dahlia ini dengan baik sekali.

Dahlia Kucing Ada Ada

Bukan saja dibelikan rumah kucing bak istana, makanan untuk Dahlia pun bukan calang-calang tau. Makanan dalam tin yang khas untuk Si Dahlia. Sehari sekali Rita akan beri wet foof royale fancy feast.

Bak kata Rita Rudaini dalam hashtag itulah ‘DahliaCatHaveHave’.. kalau kita terjemah lebih kurang bunyinya ‘Dahlia Kucing Ada Ada’

IKLAN

Memang ada-ada sungguh si Dahlia ini. Dari bulan Ogos sampailah sekarang Dahlia dah membesar bagaikan Johan. Bulunya pun dah cantik dan gebu. Tak macam masa mula-mula Rita pelihara dulu.

Satu lagi, Dahlia ni bijak tau. Ada sekali tu, Rita tegur Dahlia. Suruh dia duduk diam-diam. Yang hairannya, Dahlia tu dengar cakap dan duduk diam-diam. Macam kata Ritalah, untung si Dahlia ni sebab dapat mommy garang.. hihi.

Sebenarnya ramai selebriti yang membela kucing ini. Tapi gelagat Dahlia dengan dua orang anak lelakinya dan Rita Rudaini  ini benar-benar mencuit hati. Dahlia ini dah macam anak perempuan, siap mommy dia suruh behave jangan tidur terlentang.

IKLAN

Buat anda yang rindukan lakonan mantap Rita Rudaini, bolehlah lepaskan rindu layan drama terbaru Misi Laksa Dan Laksam petang-petang di kaca TV tu. Lakonannya bersama Aqasha. Kalau nak tengok aksi comel-comel Dahlia pula, Rita memang banyak kongsikan dalam instagramnya.

Jangan tak tahu, Dahlia ini pun ramai peminatnya tau. Follower Dahlia pun dah ada yang minta Rita Rudaini buatkan akaun instagram khas untuknya. Wah! untung betul anak bulus nama Dahlia ini.

Sumber/Foto : Instagram Rita Rudaini

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI