Sampai macam tu sekali tindakan seorang suami ini. Lebih rela terjun dari feri asalkan tak teruskan lagi hidup bersama isteri yang queen control. Nekad betul.
Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, lelaki itu mulanya menaiki bas dari Kuala Lumpur ke Butterworth.
Kemudian, dia naik pula feri yang menuju ke Georgtown. Tapi dia tak turun malah terus berada dalam feri yang sama. Ikut berpatah balik ke Butterworth.
Segera dia dibawa ke Hospital Kepala Batas (HKB) untuk dirawat.
Ini Punca Suami Terjun Feri
Selepas berjaya diselamatkan dan disoal siasat, tahulah punca kenapa dia nekad sangat nak terjun feri itu. Rupanya suami yang baru berusia 36 tahun itu tak tahan sampai tertekan dengan sikap isteri yang mengawal dirinya.
Ads
Disebabkan itu jugalah mereka kerap bergaduh. Dia dikatakan mengalami masalah kewangan selepas perniagaan yang diusahakan jatuh merosot.
Ketika ini, bapa kepada dua orang anak berusia antara lima dan lapan tahun sudahpun dirujukkan kepada doktor psikologi untuk rawatan susulan.
Ads
MW : Dalam keadaan ekonomi keluarga yang cukup-cukup makan, kadangkala ujian sebegini memberi tekanan kepada kedua belah pihak. Sungguh tak mudah nak melaluinya, namun setiap masalah itu pasti ada jalan keluar. Jangan fikir singkat sangat, sebab akhirnya akan mudaratkan diri sendiri.
Kalau dah sampai peringkat tertekan dan kemurungan, baik suami ke isteri berjumpalah dengan psikiatris agar anda boleh dirawat. Tidaklah nanti tunggu hilang nyawa baru nak menyesal.
“Umi jangan menangis, Alawi reda dengan apa yang Allah beri sebab penyakit ini makhluk Dia juga.” Itulah kata-kata yang lahir daripada hati seorang pelajar tahfiz, Muhammad Alawi Mohd Turmadzi, 18, selepas disahkan menghidap penyakit jantung jarang jumpa dikenali sebagai sindrom Brugada.
Pelajar Tahfiz Hidap Sindrom Brugada, Penyakit Jantung Jarang Ditemui, Ibu Harap Anak Dapat Duduki Peperiksaan SPM
Menurut ibunya, Khadijah Mohamad Nor, 42, penyakit itu mula dikesan pada Disember lalu apabila anak sulungnya tiba-tiba pengsan di bilik air sehingga kepalanya terhantuk.
“Hasil pemeriksaan ECG menunjukkan bacaan jantungnya tidak normal sebelum doktor mengesahkan Alawi mengalami sindrom Brugada, iaitu gangguan genetik pada fungsi elektrik jantung yang boleh menyebabkan kematian mengejut,” jelasnya.
Tambah Khadijah, pada Jun lalu anaknya telah menjalani pembedahan memasang alat implantable cardioverter defibrillator (ICD) di Pusat Jantung Hospital Sultan Idris Shah, Serdang. Prosedur berkenaan menelan kos RM45,000. Syukur, kos bateri ditanggung syarikat pengeluar, Boston Scientific, sementara bil hospital dapat diselesaikan dengan bantuan Tabung Kasih HAWANA.
Walaupun rutin harian keluarga tidak banyak berubah, mereka kini lebih berhati-hati kerana demam atau sakit kepala biasa boleh mencetuskan serangan jantung kepada Alawi. Katanya lagi, cabaran terbesar adalah dari segi kewangan, namun doa, solat dan amalan sedekah menjadi kekuatan untuk mereka sekeluarga.
Khadijah menzahirkan harapan agar anaknya yang akan menduduki peperiksaan SPM lebih awal tahun ini dapat menjalani kehidupan normal seperti remaja lain, sekali gus menjadi anak soleh yang dapat memimpin keluarga ke syurga.
Sepasang suami isteri di Pennsylvania kini menjadi ibu bapa kepada sembilan anak setelah menerima kelahiran anak kembar empat mereka. Semua itu berlaku kira-kira setahun setelah mereka sah bergelar ibu bapa angkat kepada empat beradik.
Maxine dan Jake Young telah mempunyai seorang anak kandung lelaki bernama Henry apabila mereka mengambil keputusan menjadi ibu bapa angkat secara rasmi kepada empat beradik itu pada bulan Disember 2019.
Keputusan untuk menjadi ibu bapa angkat rasmi itu dibuat setelah setahun pasangan suami-isteri ini menjaga empat beradik kandung tersebut.
Selepas mengambil anak angkat, pasangan ini telah memutuskan untuk mencuba memiliki seorang lagi anak kandung. Terkejut besar pasangan ini apabila Maxine hamil anak kembar empat. Ini sekaligus mengubah jumlah ahli keluarga menjadi 11 orang dalam masa tiga tahun.
Maxine hamil anak kembar 4 tanpa melakukan kaedah IVF
Impikan Keluarga Besar
Menurut apa yang ditulis di laman gofundme oleh ArLette Young yang juga ibu kepada Jake, anak dan menantunya ini telah berkahwin pada bulan Mei 2016. Dan mereka mahu memulakan keluarga sendiri dengan secepat mungkin.
Tulis ArLette, “Maxine mahu menjadi ibu angkat dan dia sentiasa mengimpikan untuk memiliki keluarga besar dengan adanya anak kandung dan anak angkat.
“Jake menyokong impian isterinya itu. Walau kemungkinan akan berlaku sedikit ‘huru-hara’ di dalam rumah, Jake sebenarnya juga suka kepada idea untuk mengisi rumah mereka dengan penuh kasih sayang dan gelak ketawa anak-anak.”
Namun di sebalik sangkaan akan berlaku ‘huru-hara’, pasangan ini tidak menjangka akan dilimpahi kasih sayang yang tidak terhingga.
Sebelum bergelar ibu bapa angkat, Jake dan Maxine telah berjaya menamatkan kursus dan latihan sebagai ibu bapa angkat terlebih dahulu.
4 beradik kandung jadi anak angkat Jake dan Maxine
Kisah dan perjalanan Jake dan Maxine sebagai ibu bapa angkat bermula sebaik mereka menjaga tiga beradik pada bulan 28 Julai 2017. Ketika itu tiga beradik itu berusia 4 tahun, dua tahun dan 11 bulan. Sebulan kemudian, seorang bayi perempuan yang baru lahir yang juga adik kandung kepada tiga beradik itu turut menyertai keluarga mereka.
Jelas ArLette lagi dalam laman web gofundme itu lagi , “Pada masa sama, Jake dan Maxine tetap mencuba untuk memiliki anak kandung sendiri. Malah, pelbagai cabaran dihadapi Jake dan Maxine.
“Ini termasuklah mengalami keguguran berganda, kehamilan kimia, dan rawatan IVF dan IUI sebelum mereka dikurniakan dengan anak kandung lelaki yang diberi nama Henry pada bulan Oktober 2018.”
Pada Disember 2019 iaitu setahun selepas anak kandung mereka Henry dilahirkan, Jake dan Maxine secara rasminya telah disahkan bergelar ibu bapa angkat kepada empat beradik kandung tersebut.
Dalam satu temuramah yang dilakukan di di stesen berita tempatan WFMZ, Maxine menjelaskan keadaan rumah mereka memang kecoh dan ‘huru-hara’.
“Daripada kosong dan tidak ada anak, jumlah keluarga kami bertukar menjadi lima orang. Semuanya dalam masa kurang dari setahun.”
Maxine tidak sangka mampu hamil tanpa melakukan kaedah IVF
Jake dan Maxine fikir dengan 7 orang ahli, keluarga mereka telah lengkap. Tetapi ketika minggu akhir sebelum proses pengambilan anak angkat disahkan, Maxine mendapati dirinya hamil lagi. Kali ini tanpa melakukan sebarang kaedah IVF.
“Saya tidak menyangka bahawa diri akan hamil tanpa sebarang kaedah IVF atau IUI, seperti mana yang saya lakukan ketika mengandungkan Henry. Saya masih ingat lagi ketika menulis mesej kepada suami. Ya Tuhanku! Itu sahaja yang mampu saya,” ujar Maxine.
Hamil tanpa disangka adalah satu kejutan buat pasangan ini. Namun kejutan yang diterima mereka tidak berakhir di situ. Tanpa disangka, semasa pemeriksaan dilakukan, Maxine bukan hamil seorang anak sebaliknya anak kembar empat.
Ingatkan seorang sebaliknya 4 bayi yang dikandung Maxine
Berbaloi
Maxine telah selamat melahirkan anak kembar empatnya pada 31 Julai 2020. Ketika itu usia kandungannya adalah 32 minggu.
Pasangan ini telah menamakan anak-anak mereka dengan nama Silas Ledger, Theo Alexander, Beck Killian, dan Cecilia Hudson.
Dua bayi telah keluar daripada hospital, manakala 2 lagi masih di dalam wad
Kesemua bayi ini dilahirkan antara pukul 8.00 dan 8.02 pagi. Masing-masing memiliki berat antara tiga dan empat paun. Kesemua bayi ini terpaksa dimasukkan ke dalam NICU. Minggu ini (ketika artikel ini diterbitkan) hanya dua orang bayi telah dibenarkan keluar daripada hospital.
Kesemua anak kembar 4 ini telah dimasukkan ke dalam NICU sekurang-kurangnya sebulan
Jelas ibu bapa ini lagi, mereka bersyukur kesemua anak kembar empat itu berada dalam keadaan baik.
Rasa syukur Maxine itu turut ditulis di akaun Facebook miliknya.
“Saat ditemukan dengan keempat-empat bayi kami itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Dengan serta-merta kami telah melupakan kesemua perjuangan dari beberapa bulan sebelum itu.
“Pada masa itu kesakitan dan stress juga tidak menjadi masalah. Segala apa yang telah kami lalui itu berbaloi.”
Wanita bersama teman lelaki ditemukan maut ditikam dipercayai angkara cemburu. Kematian seorang wanita bersama teman lelakinya akibat ditikam di Taman Nona, Guar Chempedak, Yan malam tadi dipercayai berpunca daripada rasa cemburu.
Wanita Bersama Teman Lelaki Ditemukan Maut Ditikam Dipercayai Angkara Cemburu
Bapa kepada mangsa, lelaki berusia 55 tahun, berkata anak sulungnya yang berusia 28 tahun itu tinggal bersamanya di Sungai Petani sejak setahun lalu selepas berpisah dengan bekas suami.
Beliau dimaklumkan mengenai tragedi menimpa anaknya selepas jirannya menghubungi kira-kira jam 2 pagi tadi dan memaklumkan kehadiran pihak polis di rumahnya.
“Waktu itu saya tiada di rumah kerana pulang ke kampung di Perak dan saya memang terkejut dengan apa yang berlaku.
Bapa mangsa menunjukkan gambar anaknya, Nurul Nur Syamira yang maut bersama teman lelakinya akibat ditikam di Taman Nona, Guar Chempedak. Foto: Harian Metro
“Tindakan lelaki itu sangat kejam sehingga sanggup membunuh anak saya. Kalau dia meninggal dunia secara biasa, saya boleh terima tetapi tindakan menikam anak saya dan bakal tunangnya sehingga mati memang kejam,” katanya ketika ditemui di perkarangan Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), hari ini.
Beliau menegaskan, siasatan penuh kini diserahkan kepada polis berhubung kematian anaknya serta teman lelaki wanita berkenaan.
Menurutnya lagi, teman lelaki arwah yang berusia 30 tahun itu seorang yang rapat dan baik dengan keluarganya, malah hubungan mereka turut direstui.
“Saya merestui hubungan mereka dan teman lelaki anak pernah menyatakan hasrat untuk meminangnya, tetapi saya minta mereka tangguh perkahwinan sehingga pembinaan rumah di Selama, Perak selesai.
“Jika diikutkan, mereka memang nak melangsungkan perkahwinan secepat mungkin, namun tidak kesampaian.
Polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian. Kredit foto: Sinar Harian
“Saya serahkan kepada polis untuk siasat kes ini dan berharap pelakunya yang kejam sehingga sanggup membunuh anak saya ditangkap dan dikenakan hukuman setimpal,” katanya.
Jenazah wanita berkenaan, Nurul Nur Syamira, dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Plotan, Bukit Merah, Perak selepas proses bedah siasat selesai.
Sebelum ini, media melaporkan seorang lelaki dan seorang wanita ditemukan maut dengan kesan tikaman pada badan dalam kejadian malam tadi.
Ketua Polis Daerah Yan, Superintendan Mohd Hamizi Abdullah memaklumkan, pihaknya menerima laporan berhubung kes berkenaan pada jam 9.40 malam.