Dengue dump! 26 hingga 30 Mei 2025 menjadi antara detik yang paling mendebarkan buat Engku Emran Engku Zainal Abidin apabila anaknya, Engku Aleesya, disahkan menghidap denggi sehari sebelum kertas terakhir peperiksaan IGCSE. Kisah penuh semangat ini dikongsikan oleh beliau sendiri di laman Instagram, mencerminkan ketabahan dan kasih sayang seorang bapa yang luar biasa.
Anak Disahkan Denggi Sehari Sebelum Peperiksaan Akhir IGCSE
Menurut perkongsian tersebut, suhu badan Engku Aleesya sangat tinggi sehingga doktor menasihatkan agar dia segera ditahan di wad bagi pemantauan lanjut. Namun, dalam keadaan cemas dan risau, keputusan sukar perlu dibuat sama ada berehat di hospital atau meneruskan peperiksaan terakhir yang bakal menentukan pencapaiannya dalam IGCSE.
“Saya dan Aleesya berbincang dan kami rasa dia perlu habiskan kertas akhir itu. Saya hubungi pihak sekolah dan doktor, malah perlu tandatangan surat tanggung sendiri risiko, dengan janji akan terus bawa dia ke hospital selepas peperiksaan tamat,” tulis Engku Emran yang menunjukkan kecekalan dan kebimbangan seorang bapa dalam membuat keputusan penting itu.
Persediaan Kemas Sebelum Hari Peperiksaan
Bagi memastikan keselamatan anaknya terjamin, beliau turut menghubungi guru kelas malam sebelumnya untuk menyediakan bilik khas bersupervisi agar Engku Aleesya dapat berehat jika pening atau sakit kepala menyerang. Malah, terdapat sofa disediakan untuk membolehkannya mengambil rehat singkat sekiranya keadaan kesihatan menjadi tidak menentu.
“Saya berdoa sungguh-sungguh supaya Allah permudahkan urusannya, dan saya bersiap sedia untuk bawa dia ke hospital jika keadaan jadi lebih teruk,” kongsinya lagi, menggambarkan detik penuh emosi dan kebimbangan seorang bapa yang hanya mampu berserah dan berharap anaknya kuat menghadapi ujian tersebut.
Ads
Doa Dan Ketabahan Seorang Bapa
Ketika Engku Aleesya berada di dalam dewan peperiksaan, beliau menunggu dengan penuh sabar di luar, berdoa tanpa henti agar anaknya diberikan kekuatan. Dalam masa yang sama, beliau bersiap siaga untuk membawa Aleesya ke hospital sekiranya keadaan kesihatannya merosot.
Menurut Engku Emran, waktu itu adalah antara saat paling mendebarkan, namun beliau yakin bahawa doa dan semangat anaknya akan menjadi kekuatan utama untuk menghadapi cabaran tersebut.
Ads
Berjaya Tamatkan Peperiksaan Dengan Senyuman
Alhamdulillah, selepas beberapa jam yang penuh debaran, Engku Aleesya keluar dari bilik peperiksaan dengan senyuman, menunjukkan rasa lega dan bangga setelah berjaya menamatkan peperiksaan akhir IGCSE walaupun dalam keadaan lemah akibat denggi. Dalam perjalanan ke hospital, beliau sempat berpesan kepada anaknya agar mengingati hari itu sebagai simbol kekuatan dan keberanian apabila berdepan cabaran pada masa hadapan.
“Definitely a silent fighter this one,” tulisnya dengan penuh bangga, menggambarkan betapa kuat semangat anaknya yang tidak mudah menyerah walaupun diuji kesakitan.
Kisah Inspirasi Buat Semua
Kisah Engku Aleesya bukan sekadar sebuah pengalaman peribadi, tetapi juga inspirasi kepada ramai ibu bapa tentang pentingnya semangat juang, kasih sayang, dan sokongan keluarga dalam menghadapi dugaan hidup. Dalam dunia yang penuh cabaran, keberanian seperti ini menjadi pengingat bahawa kejayaan sebenar bukan hanya pada keputusan peperiksaan, tetapi pada kekuatan hati untuk tidak mengalah walau diuji.
Ads
Kisah ini membuktikan bahawa dengan doa, keteguhan hati, dan sokongan keluarga, seseorang mampu menempuh apa jua cabaran. Engku Aleesya benar-benar melambangkan semangat seorang pejuang muda yang tabah dan berani menghadapi kesakitan demi mencapai impiannya.
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) adalah manifestasi kerajaan yang mengambil berat kebajikan dan kesejahteraan rakyat. Pakej ini membuatkan semua rakyat berasa lega dengan keadaan yang tidak menentu sekarang gara-gara COVID-19.
Ada di kalangan kita yang tidak dapat bekerja dan tidak bergaji apabila kerajaan mengambil langkah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Secara tidak langsung, PRIHATIN dapat membantu mengurangkan beban rakyat dan pemilik perniagaan dalam mengharungi cabaran ekonomi yang sukar ini.
Paling penting Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) adalah inisiatif kerajaan tanpa meminggirkan sesiapa pun kerana semua daripada kita terjejas.
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat RM250 bilion
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau Prihatin berjumlah RM250 bilion yang akan memberi manfaat kepada semua rakyat.
Pengumuman pakej rangsangan yang lebih menyeluruh itu dibuat dalam perutusan khas Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung melalui Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Merangkumi 3 Teras
Pakej itu merangkumi tiga teras iaitu untuk melindungi rakyat berjumlah RM128 bilion, memberi sokongan kepada perniagaan berjumlah RM100 bilion termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan RM2 bilion bagi memperkukuhkan ekonomi negara.
Sejumlah RM20 bilion telah diumumkan kerajaan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi pada 27 Februari.
“No one will be left behind. Tiada siapa yang akan dipinggirkan,” kata Muhyiddin. – Bernama
Sumber: Sinar Harian
MW: Pendek kata, tidak kiralah berapa banyak setiap mak, ayah dapat bantuan daripada PRIHATIN, pastikan terlebih dahulu akur dengan arahan untuk duduk diam-diam di rumah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Tahniah! Buat angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha kerana isterinya, Datin Dr Halina Mohd Yunos kini hamil kembar 13 minggu.
Bermakna pasangan ini bakal menimang sepasang lagi anak kembar dalam keluarga mereka. Berita gembira ini dikongsikan sendiri oleh Dr Sheikh Muszaphar dalam instagramnya sambil berkongsi gambar keluarga dikelilingi empat orang anak, termasuk pasangan kembar.
Teruja Isteri Hamil Kembar Lagi
Biar pun ketika ini keterujaan menanti anak kembar ini ada dalam lubuk hati Dr Sheikh Muszaphar, dalam masa yang sama dirinya menyaksikan sendiri akan pengorbanan isteri untuk kehamilan kali ini.
Lagi-lagi dalam menempuh trimester pertama hamil kembar, isterinya itu tetap bertugas sebagai frontliners yang merawat pesakit Covid-19.
Jadi, sebagai tanda sokongan suami ini rela sama-sama naik berat dengan isterinya. Yang mana, itulah janjinya untuk isteri tercinta.
Yang manisnya, Dr Halina terharu dengan pengorbanan suami malah menghargai apa yang suami lakukan. Katanya dalam ruangan komen, ”timaseh S sanggup gain weight sama-sama dengan I #pengorbanansuami.”
Menanti Kehadiran Si Kembar..
Pic – Expecting Twins again … Alhamdulillah – Syukur teramat . Dr Halina is now 13 weeks pregnant with twins . I’m just thrilled , speechless and over the moon … It’s like DejaVu all over again . We have always wanted a big family . But carrying twins during pregnancy is totally high risk as we have experienced that before. Double Nauseous Double Vomiting Double Bloating Double Craving Double Bleeding – which she did It was tough seeing Dr Halina undergoing through her 1st Trimester and still working as frontliners treating Covid patients and she truly deserve my utmost respect . The only thing I could do is to gain weight with her which is part of the deal – Haha Salam Everyone Love As Always Just sharing the good news PS – Do be strong my love . Just hang in there and leave the workload of the kids to me.
Doa Sheikh Muszaphar untuk isteri, agar isterinya kekal cekal dan tabah. Dan jangan bimbangkan keadaan anak-anak kerana dia sedia untuk mengambil alih tanggungjawab menjaga anak-anak mereka.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010 dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha dan anak kembar lelaki, Sheikh Adam dan Sheikh Noah
6 tahun jaga suami terlantar parah akibat kemalangan, isteri diuji pasangan berkahwin lain. Pengorbanan seorang isteri menjaga suami yang terlantar akibat kemalangan jalan raya enam tahun lalu berakhir dengan kesedihan apabila selepas sihat, suami bertindak berkahwin lain.
Luahan seorang isteri, Nurul Syazwani di media sosialnya meraih perhatian ramai apabila berkongsi kisah bekas suaminya, Muhammad Syahmi bin Yusof bertindak berkahwin lain selepas sembuh dari kecederaan parah di kepala selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Terengganu enam tahun lalu.
6 Tahun Jaga Suami Terlantar Parah Akibat Kemalangan
Menulis caption, “Tahniah suami. Moga bahagia dengan pilihan hati awak. Effa Ezan, jagalah dia baik-baik sebagaimana saya pernah jaga dia. Alhamdulillah saya dah selesai dengan dia, sekarang masa untuk awak ambil alih tanggungjawab saya” katanya yang memaparkan gambar persandingan suaminya dan perempuan lain.
Dan selepas kisahnya terkongsi, Nurul Syawani menulis ” terima kasih ada yang masih sudi baca cerita kami. Sekarang hanya sejarah yang tercipta setelah bertungkus lumus selama 6 tahun + 2 tahun PJJ sebelum accident. Alhamdulillah puas hati dah jaga dia, sampai masa serahkan satu tanggungjawab besar pada orang baru.
Kini Isteri Ditinggal Demi Perempuan Lain
Dari perkongsian ini ramai menzahirkan rasa geram dan ada yang bersedih tentang pergorbanan isteri yang disia-siakan. Isteri yang sanggup menjaga hingga suami pulih, isteri yang sanggup meminta ditukarkan untuk menjaga suami yang sakit namun akhirnya selepas sembuh,suami memilih perempuan lain untuk bahagia.
Mingguan Wanita cuba untuk menemuramah Nurul Syazwani namun dirinya menolak dengan baik. Mereka baru saja berpisah minggu lalu dan minggu ini, suaminya bertindak berkahwin lain.
Tidak mahu menyalahkan sesiapa, dirinya memohon agar tiada kecaman dibuat kerana bekas suaminya seorang yang baik sebelum ini.
Tulisnya, Assalamuaikum. Saya minta maaf terpaksa tolak untuk di interview kerana saya perlukan masa bertenang. Untuk makluman, suami menjalankan tanggungjawab dengan baik & saya juga telah buat yang terbaik untuk rumahtangga kami.
“Keluarga kami berdua juga memberi sokongan penuh kepada saya & anak. Jodoh, rezeki, ajal maut Allah dah tetapkan dan Allah sudah tetapkan jodoh kami setakat itu. Ujian ini bukan hanya untuk saya tapi juga dia juga.
Mohon jangan kecam yer kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmahNya. Untuk pengetahuan semua, Ahad minggu lepas (6/10/2024) kami sah berpisah secara baik di mahkamah dan kami tetap sama-sama menjalankan tanggungjawab untuk besarkan anak kami. Saya sangat berbesar hati kerana ramai yang mendoakan kami.Semoga kisah ini menjadi iktibar dan pengajaran kepada orang lain.Doakan yang terbaik untuk kami, Salam sayang buat semua♥️♥️♥️
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Dua beranak yang menjadi mangsa kes bunuh dua beranak di Kampung Sekolah Juru disahkan maut akibat luka parah di leher ditetak senjata tajam jenis pisau pemotong daging. Polis masih menyiasat motif kejadian tragis ini.