Erra Fazira Nafi Riak, Anggap Perkongsian Kejayaan Anak Sebagai Sumber Inspirasi. Pelakon dan penyanyi terkenal, Erra Fazira, menegaskan dirinya tidak pernah berniat untuk menunjuk-nunjuk apabila berkongsi mengenai pencapaian akademik anaknya, Engku Aleesya.
Erra Fazira Nafi Riak, Anggap Perkongsian Kejayaan Anak Sebagai Sumber Inspirasi
Memetik OhBulan! Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 51, berharap masyarakat melihat perkongsian itu dengan pandangan yang baik serta menjadikannya motivasi, bukannya perkara negatif.
“Kadang-kadang manusia ini hati mereka lain-lain jadi penerimaan mungkin berbeza.
Bagi saya kalau nak melihat perkara itu sebagai satu benda yang positif jadikan ia semangat buat anak-anak.
Kalau tengok dari sudut positif, ia akan jadi positif. Tapi kalau orang itu mata dia ‘sakit’, maka itu hak dia untuk berkata-kata.
Ads
Bagi saya, pilihlah yang positif. Jadi berbalik kepada hati masing-masing,” katanya.
Erra turut menjelaskan bahawa beliau sebenarnya jarang mendedahkan secara terperinci mengenai keputusan anaknya kerana bimbang dengan pelbagai reaksi orang luar.
“Saya rasa kalau bahagian saya, saya tidaklah berkongsi terlalu jelas tentang keputusan anak.
Ads
Sebab saya pun risau, ada mata-mata yang ‘sakit’ melihat hantaran saya.
Jadi saya sangat general, saya cuma ucapkan tahniah saja,” tambahnya.
Perkara itu dikongsikan Erra ketika menghadiri sebuah program riadah bersama pihak media di Sepang pada Isnin lalu.
Ads
Erra turut diraikan sebagai duta jenama makanan Captain Dolphin, sempena tiga tahun kerjasamanya dengan jenama tersebut sejak 2022.
Peguam dedah ibu berhabis RM40k anak jadi mangsa kad pengenalan disalah guna buka syarikat, niat cari kerja berakhir ke penjara. Sindiket kerja palsu kini dikesan mengubah taktik dengan menjadikan anak-anak muda yang sedang mencari pekerjaan sebagai mangsa meraih kekayaan dengan kejam.
Mereka menawarkan pekerjaan kepada anak muda dan kemudian meminta kad pengenalan untuk membuka bank bagi pembayaran gaji.
Ironinya, kad pengenalan ini disalah guna untuk membuka syarikat yang terlibat dengan urus niaga haram. Namun bila pihak berkuasa polis membuat serbuan, anak muda ini terpaksa menanggung semua kesalahan termasuk ke penjara sementara scammer terlepas kerana tiada sebarang bukti.
Hal ini didedahkan seorang peguam, Nora Bahari di threadnya di mana dirinya bertemu beberapa mangsa di mahkamah ketika urusan kerja. Jelasnya, semakin ramai anak muda diperdaya oleh scammer dan ada antara kes mereka ini dituduh di bawah undang-undang berat termasuk Seksyen 424C Kanun Keseksaan dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA).
“Bismillah. It takes me some time to write this. Saya tahu mungkin suara saya tak mampu nak bantu mangsa-mangsa kat luar tapi saya harap kita dapat jaga sesama kita. Kebelakangan ini, saya nampak ramai anak-anak muda dibawa ke Mahkamah dan dituduh di bawah pertuduhan keldai akaun/muled akaun.
“Kali ini modus operandi scammer telah berubah yang mana mereka menggunakan anak-anak muda yang mencari kerja dan dengan secara salah menggunakan nama anak-anak muda tersebut dengan mendaftarkan nama mereka di dalam syarikat tanpa pengetahuan.
“Kemudian mereka perdaya anak-anak muda ini untuk buka akaun bank kononnya untuk akaun gaji. Tapi sebenarnya diperdayakan buka akaun bank bagi syarikat. Tiba-tiba beritahu, akaun tak boleh guna, gaji bayar secara cash,” katanya yang berkhidmat di Tetuan Adnan Rahim & Co.
Berkongsi kebenaran menakutkan ini, jelas peguam yang berpengalaman 12 tahun dalam dunia guaman, kebanyakan mangsa adalah anak-anak muda yang naif, kurang pendidikan dan terdesak untuk mencari kerja.
“Maka sebab mereka ini mudah percaya dan naif maka mereka turutkan saja apa yang “tauke” tu buat. Tapi sebaliknya yang terjadi tanpa pengetahuan mereka, akaun bank yang mereka buka tadi yang kononnya untuk gaji dan tak aktif tu telah diguna pakai oleh scammer untuk tujuan scam pelaburan. Banyak transaksi wang yang masuk ke dalam akaun tanpa mereka tahu pun.
Jelasnya lagi, dulu scammer menggunakan akaun individu tapi kini lebih terkehadapan menggunakan akaun syarikat.
“Ada antaranya muda lagi, sekitar 18 ke 25 tahun. Syarikat pun baru wujud beberapa bulan. Buat bisnes skim pelaburan. Ini sebahagian dari tanda-tanda red flag. Anak-anak muda ini tak tahu apa benda tentang syarikat pun. Tak dapat apa-apa manfaat tapi akhirnya ke penjara kerana dituduh sebagai scammer,” jelasnya memaklumkan, kes begini akan terus menular kerana untuk membuka syarikat hanya perlu mendaftarkannya secara dalam talian saja.
“Lebih mudah dan cepat tapi lebih banyak akan terpedaya. Sebabnya mereka ada nama penuh,kad pengenalan dan alamat semua. Semua maklumat ini adalah perangkap anak-anak muda. Jadi kena hati-hati.
“Ada anak muda yang ditangkap tak tahu aapa-apa tapi perlu road show satu Malaysia bila ada orang buat aduan atas akaun bank kita. Mereka terpinga-pinga bila disoal polis. Masih muda tapi disoal tentang scam pelaburan. Mereka tak tahu apa-apa,’katanya lagi.
Dalam pada itu, peguam ini turut berkongsi kisah seorang ibu yang berhabisan hampir RM40,000 demi menyelamatkan anaknya yang dituduh kerana syarikat palsu namun akhirnya terpaksa menerima hakikat tak mampu melawan scammer jahat begini.
“Ada lebih 30 laporan polis terhadap akaun tersebut di seluruh Malaysia. Kali ini si ibu tidak mampu lagi. Anaknya pasrah untuk di penjara walaupun dia tak pernah tahu langsung tentang syarikat yang kononnya dia miliki,” katanya.
Dalam memberi kesedaran kepada orang ramai bahaya scammer yang memperdaya anak muda, seorang individu berkongsi pengalaman pernah menolak pembukaan syarikat melibatkan individu berusia 19 tahun kerana berasa was-was.
“Ya Allahh. Sy ni CoSec. Baru je saya declined klien nak daftar syarikat SDN BHD guna ic beberapa orang yang berumur 19-20 tahun. Bila minta nak jumpa, dia cakap tak perlu. Just nak online saja. Takkanlah umur 19 dah jadi directorkan. I dah rasa lain & terus reject. Takut ic tu dicuri ke ape ke. Rupanya ada sindiket ye.
Semoga masyarakat lebih peka, ibu bapa lebih mengambil tahu, dan anak-anak muda lebih berhati-hati. Jangan sesekali serah dokumen peribadi sewenangnya. Ingat, tawaran kerja yang nampak indah boleh berakhir dengan gari di tangan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kes Zara Qairina: Ubat Antisawan Dikesan Dalam Tisu Buah Pinggang. Bedah siasat terhadap remaja, Allahyarham Zara Qairina Mahathir, 13, mengesahkan tiada sebarang dadah terlarang ditemui dalam tubuhnya.
Bagaimanapun, Mahkamah Koroner Kota Kinabalu dimaklumkan bahawa ujian makmal mengesan kewujudan ubat jenis Phenytoin dalam tisu buah pinggang arwah.
Pakar Patologi Hospital Queen Elizabeth (HQE), Dr Jessie Hiu, menjelaskan bahawa Phenytoin merupakan ubat yang kebiasaannya diberikan untuk merawat penyakit epilepsi serta digunakan sebagai langkah pencegahan sawan kepada pesakit yang mengalami kecederaan otak traumatik yang serius.
“Analisis toksikologi di Jabatan Kimia tidak mengesan sebarang dadah biasa dalam sampel hati si mati. Namun, Phenytoin dikesan dalam tisu buah pinggang.
“Ubat itu digunakan untuk merawat epilepsi, juga biasa diberikan sebagai rawatan pencegahan dalam kes kecederaan otak traumatik teruk bagi mengurangkan risiko sawan awal selepas trauma,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika tampil sebagai saksi pertama inkues kematian Zara Qairina di Mahkamah Koroner pada petang Rabu.
Menurut Dr Jessie, semasa proses bedah siasat, beberapa sampel turut diambil termasuk tulang sternum, tulang rusuk, kuku jari, serta calitan dari bahagian faraj, dubur dan perineum bagi tujuan analisis DNA.
Selain itu, sampel hati serta buah pinggang turut dihantar ke Jabatan Kimia untuk pemeriksaan lanjut berkaitan dadah dan toksikologi. Semua spesimen berkenaan diserahkan kepada pegawai penyiasat lengkap bersama borang pengendalian spesimen dan dokumen rasmi berkaitan.
Dalam keterangannya, Dr Jessie juga memaklumkan pemeriksaan dilakukan terhadap alat kelamin luaran arwah termasuk selaput dara, saluran faraj, perineum serta dubur.
“Bagaimanapun, hasil pemeriksaan tidak menunjukkan sebarang kesan pembengkakan, lebam, koyakan atau kecederaan, malah keadaan selaput dara didapati masih utuh,” jelasnya.
Inkues Zara Qairina: Saksi ke-10 dedah arwah pernah dipanggil senior dan menangis di asrama. Prosiding hari ke-12 inkues kematian pelajar Tingkatan Satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir, mendengar keterangan daripada saksi ke-10 yang memberitahu mahkamah bahawa arwah pernah dipanggil oleh pelajar senior dan kelihatan menangis di asrama selepas kejadian.
Menurut peguam keluarga, Shahlan Jufri, saksi berkenaan akan menyambung keterangannya esok di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan. Katanya, saksi ke-10 juga merupakan seorang saksi kanak-kanak yang dipanggil memberi keterangan.
Shahlan turut mengesahkan beberapa pakar tulisan tangan bebas dijadualkan hadir di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu hari ini selepas selesai menjalankan analisis mereka.
“(Peguam kami) Mohd Syarulnizam Mohd Salleh akan memberi taklimat kepada media pagi ini,” katanya.
Minggu lalu, beliau memaklumkan bahawa pakar tersebut ditugaskan meneliti ketulenan dokumen bertulis termasuk buku nota, diari dan dokumen peribadi Zara Qairina bagi tujuan inkues. Langkah ini penting bagi memastikan sebarang analisis psikologi dibuat berdasarkan dokumen yang sahih.
Terdahulu, pada hari ketiga prosiding, saksi dari Jabatan Kimia Petaling Jaya, Nurul Atiqah, memberi keterangan selepas memeriksa 21 bahan bukti seperti helaian kertas koyak, buku latihan, buku nota dan teks sekolah. Beliau menyatakan terdapat persamaan pada tulisan tangan yang dipertikai dengan tulisan dalam dua buku teks serta sebuah buku latihan milik arwah.
Namun, sebuah buku yang dikenali sebagai ‘W3’ didapati ditulis bersama oleh Zara Qairina dan rakannya, apabila muka surat pertamanya mengandungi nama serta tulisan kedua-dua pelajar tersebut.
Dalam pada itu, peguam Datuk Ram Singh yang mewakili seorang pelaku kanak-kanak yang dikaitkan dengan kes ini berkata, anak guamnya yang merupakan saksi kanak-kanak pertama, dibebaskan kira-kira jam 3.30 petang selepas memberi keterangan selama dua hari.
Untuk rekod, Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri di sekolahnya, SMKA Tun Datu Mustapha pada 16 Julai lalu sebelum disahkan meninggal dunia keesokan harinya di Hospital Queen Elizabeth.