Nampaknya doa dari peminat yang mendoakan agar kedua pasangan selebriti ini mendirikan rumahtangga menjadi kenyataan apabila Fattah Amin melamar Amira Othman ketika majlis pelancaran album Ifran Harris berjudul Rasa & Takdir sebentar tadi.
Pasangan ini memilih tarikh 14 September 2025 sebagai hari pernikahan, bertepatan dengan ulang tahun kelahiran bintang drama Suri Hati Mr. Pilot itu sendiri.
Ads
Dalam majlis penuh terharu itu semasa pelaancaran album tersebut, Abdul Fattah Mohd Amin, 35, hadir dari belakang pentas ketika Amira dan Irfan Haris mendendangkan lagu berkenaan, sebelum menyambung bait terakhir lagu itu dengan penuh emosi.
Lebih istimewa, pada penghujung persembahan, Irfan menyerahkan kunci kepada Fattah sebagai simbol penyerahan tanggungjawab seorang lelaki sebelum disampaikan kepada Amira, tanda restu sahabat baik terhadap perhubungan itu.
Ads
Hal inidisaksikan bapa Amira, Othman Abdul Kadir, 62, dan ibu, Nora Haji Arshad, 58, yang setia duduk di barisan penonton. Sorakan gemuruh hadirin mengiringi detik lamaran tersebut yang begitu mengejutkan ramai.
Ads
Didoakan agar rumahtangga yang bakal didirikan pasangan ini kekal hingga jannah. Tahniah buat Kak Long dan Abang Long yang menukar status rakan sekerja kepada rakan serumah selepas ini.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kanak-kanak dipukul dengan tukul masih kritikal, suspek disahkan ada rekod dadah & halusinasi. Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang cedera parah selepas dipukul dengan tukul oleh bapa saudaranya di Jelawat, Bachok, Khamis lalu masih berada dalam keadaan kritikal dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM), Kubang Kerian.
Mangsa, Muhammad Ammar Muhammad Badrul, kini bergantung kepada mesin bantuan pernafasan selepas mengalami kecederaan serius di bahagian kepala.
Bapanya, Muhammad Badrul Remli, 31, berkata anaknya hanya menunjukkan sedikit tindak balas ketika pertama kali tiba di hospital.
“Semalam, anak saya adalah gerakkan sedikit kepalanya macam nak beritahu ‘minta tolong’. Doktor maklumkan keadaannya sangat kritikal dan memerlukan pemantauan berterusan,” katanya pada Jumaat.
Menurut beliau, sebelum kejadian, dia menjemput anaknya pulang dari sekolah bersama seorang lagi anak suspek berusia lapan tahun. Namun, Muhammad Ammar meminta untuk tinggal di rumah bapa saudaranya bagi bermain dengan sepupunya.
“Masa tiba di rumah abang ipar saya itu untuk hantar anaknya, saya tanya anak saya, dia minta duduk di rumah itu sebab nak bermain dengan sepupunya. Saya tinggal dia di situ dan ke Kota Bharu atas urusan kerja, sebelum ini jarang saya tinggal dia di sana,” jelasnya.
Badrul berkata, sekitar jam 4.30 petang, kakaknya yang merupakan isteri suspek memaklumkan bahawa anaknya telah dipukul dengan tukul hingga parah.
Dia bergegas ke rumah berkenaan dan mendapati anaknya dalam keadaan berlumuran darah di sebuah bilik stor kecil.
”Ketika kejadian, kakak beritahu dia sedang tidur manakala dua anaknya bermain di ruang tamu manakala seorang lagi anak mereka berusia 14 tahun sedang mandi,” katanya.
Bapa kepada dua anak itu turut meluahkan rasa terkejut kerana abangnya itu tidak pernah menunjukkan sikap agresif sebelum ini.
“Abang ipar saya ini baik sahaja dengan anak-anak saudara dan tak pernah pun berkelakuan agresif,” katanya.
Selepas kejadian kira-kira jam 5.15 petang itu, suspek yang berusia 46 tahun melarikan diri menaiki motosikal sebelum ditemukan meninggal dunia di sebatang pokok ru di Pantai Melawi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Mohd Azrie Sulaiman mengesahkan suspek mempunyai sejarah penyalahgunaan dadah dan dipercayai berhalusinasi ketika kejadian.
“Suspek mempunyai sejarah penyalahgunaan dadah dan dipercayai berhalusinasi,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Beliau berkata, polis turut menahan isteri suspek berusia 36 tahun bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah dengan senjata berbahaya serta Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.
Mayat suspek dihantar ke HPUSM untuk proses bedah siasat, manakala kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan serta menjejaskan sensitiviti keluarga mangsa,” katanya.
Anak mengamuk, libas bapa dengan rotan, pisau sebelum bakar rumah, kereta. Seorang lelaki berusia 32 tahun bertindak di luar kawalan apabila menyerang bapanya menggunakan rotan serta melibas pisau sebelum membakar rumah dan kenderaan milik keluarga dalam kejadian di Kampung Tengah, Jalan Bakri.
Insiden yang berlaku sekitar jam 9.43 pagi itu menyebabkan bapa suspek berusia 70 tahun mengalami kecederaan dan kini dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, siasatan awal mendapati suspek terlebih dahulu memukul serta melibas bapanya sebelum kejadian kebakaran tercetus.
“Siasatan mendapati sebelum kejadian kebakaran itu, suspek memukul dan melibas bapanya dengan rotan dan pisau sehingga menyebabkan warga emas tersebut cedera.
“Kejadian turut menyebabkan sebuah kereta dan motosikal musnah dengan anggaran kerugian RM100,000 sehingga RM150,000. Suspek ditahan dan ujian saringan air kencing mendapati lelaki itu positif methamphetamine,” katanya.
Menurut Raiz Mukhliz, suspek yang turut mengalami kecederaan dibawa ke HPSF dan dipercayai menghadapi masalah mental. Kes kini disiasat di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api serta Seksyen 324 kerana mendatangkan kecederaan.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba Muar, Timbalan Penguasa Bomba II Shahrizal Mokhtar memaklumkan kebakaran melibatkan sebuah rumah teres, kereta Perodua Kancil dan motosikal Honda EX5.
“Kebakaran memusnahkan 70 peratus struktur rumah, manakala kereta dan motosikal musnah 90 peratus. Api berjaya dikawal pada pukul 10.10 pagi dan dipadamkan sepenuhnya pukul 11.06 pagi,” katanya.
Lori alami masalah brek, bayi lelaki maut dalam kemalangan empat kenderaan. Seorang bayi lelaki berusia setahun empat bulan maut manakala tujuh lagi cedera selepas sebuah lori merempuh tiga kenderaan lain di Plaza Tol Bukit Kajang, Lebuhraya Kajang Silk (Silk), pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kemalangan yang berlaku kira-kira jam 10.50 pagi itu melibatkan lori dari arah Semenyih yang dalam perjalanan menuju ke Putrajaya.
“Pemandu lori berusia 42 tahun gagal mengawal kenderaan selepas brek tidak berfungsi sebelum merempuh tiga kenderaan lain yang sedang menuju ke Plaza Tol Bukit Kajang.
Akibat pelanggaran itu, bayi terbabit disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala tujuh mangsa lain cedera dan kini dirawat di Hospital Kajang, Hospital Serdang dan KPJ Kajang,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Menurut beliau, pemandu lori berkenaan telah ditahan dan akan direman bagi membantu siasatan.
“Siasatan lanjut mendapati lelaki itu mempunyai dua rekod jenayah, dua rekod berkaitan kes dadah serta empat saman lampau,” jelasnya.
Tambah Naazron, kes ini sedang disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Beliau turut menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian agar tampil membantu siasatan.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan insiden itu boleh menghubungi balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, Inspektor Mohd Raziman Rasid di talian 019-4565502,” ujarnya.