Tragedi Batang Kali, Huang Shaoqi pelajar 11 tahun. Satu-satunya mangsa belum ditemui. Hari ini memasuki hari ke 8 pencarian insiden tanah runtuh tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya.
Semalam membawa berita positif apabila empat mayat ditemui di kedalaman tujuh meter melibatkan dua kanak-kanak dan dua dewasa yang ditemui dalam khemahdi Sektor C (Riverside) pada kedalaman tujuh meter.
Tragedi Batang Kali, Huang Shaoqi Pelajar 11 Tahun
Semua mayat yang belum dikenal pasti identiti itu ditemukan lengkap berpakaian, namun keadaannya sudah mula mereput.
Dengan penemuan itu, menjadikan keseluruhan 30 mayat mangsa ditemukan sehingga kini sejak tragedi berlaku awal pagi Jumaat lalu, dengan tiga lagi mangsa masih hilang.
Namun dalam sidang media dikeluarkan semalam oleh Ketua Polis Negeri Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, jumlah mangsa yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh adalah 92 orang dan bukannya 94 seperti dilaporkan sebelum ini.
Jelasnya, berlaku kekeliruan mengenai jumlah mangsa pada awalnya dan setelah beberapa semakan dibuat pihaknya berpuas hati bahawa jumlah sebenar adalah 92 orang.
Jadi kita buat rumusan bahawa jumlah sebenar, ini rasmi kecuali ada mana-mana pihak lagi datang tuntut ada ahli keluarga yang hilang.
“Jumlah yang rasmi adalah 92 orang, kurang dua orang. Berdasarkan jumlah tersebut, yang telah kita jumpai meninggal dunia 30 orang, yang selamat 61, dan yang kita belum jumpa lagi maknanya ada satu sahaja,” jelasnya.
Ads
Tambah Arjunaidi, berlaku dua pertindihan nama dalam pendaftaran di tapak perkhemahan berkenaan.
Mengulas lanjut ujarnya, ketika ini seorang sahaja mangsa iaitu seorang kanak-kanak lelaki masih belum ditemui dan operasi mencari dan menyelamat akan diteruskan.
Ini menjadikan hanya seorang sahaja tidak dijumpai iaitu Huang Shaoqi, pelajar berusia 11 tahun.
Pelajar darjah 5 ini merupakan anak kepada pengusaha kantin sekolah iaitu SJKC Mun Choong. Namun sehingga semalam pencarian dihentikan kerana hujan lebat dan bakal disambun semula mengikut masa yang sesuai.
Marilah kita berdoa agar mangsa terakhir ini dapat dijumpai segera dan semoga urusan ini dipermudahkan. Gambar pelajar kredit :- Sin Chew Daily
PU Azman Berdepan 4 lagi Pertuduhan Jenayah Seksual. Pada 12 Oktober lalu, akhbar tempatan telah melaporkan, PU Azman dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban, atas lima pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua remaja lelaki, Februari dan Julai lalu.
Terbaru PU Azman yang lebih dikenali sebagai Cik Man didakwa pula di dua mahkamah berasiangan di Klang, atas empat pertuduhan melakukan amang seksual dan kelucahan melampau terhadap tiga remaja lelaki berusia 17 dan 19 tahun pada Februari serta Jun lalu.
Pemilik nama sebenar Azman Syah Alias, 41 mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim Syafeera Mohd Said dan Majistret Amirul Asyraf Abd Rasid.
Di Mahkamah Sesyen, dia didakwa atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia 17 tahun bagi tujuan seksual dalam bilik sebuah rumah inap desa di Sungai Udang di sini pada 20 Februari dan 29 Jun lalu.
Seperti mana dipetik menerusi Sinar Harian, pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017, yang memperuntukkan hukuman penjara selama 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.
Dia juga didakwa atas satu lagi pertuduhan, menggalakkan seorang kanak-kanak lelaki 17 tahun, untuk berkomunikasi secara seksual melalui aplikasi WhatsApp di sebuah rumah di Kampung Meru di sini pada 16 Ogos lalu.
Dia boleh dihukum bawah Seksyen 11(1)(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun.
Di Mahkamah Majistret pula, dia didakwa atas satu pertuduhan iaitu melakukan perbuatan kelucahan melampau terhadap remaja lelaki berusia 19 tahun di sebuah rumah di Jalan Sungai Bertek di sini pada 10 Jun lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurul Qistini Qamarul Abrar dan Azman Syah diwakili peguam Fahmi Adilah dan Mohamad Zahid Ahmad.
Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM24,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan.
Dia juga dikehendaki memenuhi syarat tambahan iaitu tidak mengganggu mangsa, keluarga dan saksi pendakwaan, serta melaporkan diri di balai polis berhampiran pada sekali sebulan.
Sebutan semula bagi kesemua kes ditetapkan pada 12 Januari tahun depan.
Perut jadi tabung, doktor keluarkan 187 keping siling. Adalanya perangai manusia sangat aneh. Suka mencuba sesuatu yang baru hingga tanpa sedar memudaratkan nyawa sendiri. Hal ini yang terjadi kepada seorang lelaki India yang menelan duit siling tanpa sedar.
Sepasukan doktor di India berjaya mengeluarkan 187 keping duit syiling dari perut seorang lelaki yang dibawa ke hospital kerana mengalami masalah kembung dan sakit perut, lapor akhbar Daily Star kelmarin.
Memetik laporan Kosmo Online, penemuan tersebut dibuat apabila lelaki yang berasal dari perbandaran Lingsugur itu dibawa oleh ahli keluarganya ke hospital kerana mengalami sakit perut dan muntah-muntah.
Selepas melakukan pemeriksaan, pegawai perubatan di Hospital Hangal Sri Kumareshwar terkejut apabila mendapati pesakit berkenaan telah menelan syiling seberat lebih 1.5 kilogram (kg).
Pesakit itu disahkan mengalami masalah psikiatri. Dia telah menelan syiling ini sejak dua hingga tiga bulan lalu. Dia datang ke hospital kerana muntah dan berasa tidak selesa di bahagian perut.
“Berdasarkan gejala yang dihadapinya, kami memutuskan untuk menjalankan imbasan X-ray dan endoskopi. Kami memutuskan untuk membedahnya setelah menemui syiling itu,” kata pakar perubatan di hospital tersebut, Dr. Eshwar Kalaburgi.
Berdasarkan gambar yang dikongsikan, sejumlah besar duit syiling diletakkan di atas meja, manakala imej imbasan X-ray memaparkan objek-objek itu berada di dalam perutnya.
Eshwar kemudian mengesahkan bahawa pesakit tersebut kini berada dalam proses pemulihan selepas menjalani pembedahan.
“Selepas dua jam pembedahan, kami berjaya mengeluarkan semua syiling.
“Selepas pembedahan, dia dirawat kerana kekurangan air dan masalah kecil lain. Pesakit tersebut kini berada dalam keadaan stabil dan mampu bercakap,” katanya. – Agensi
Siti miliki kondo mewah di Dubai. Rezeki penyanyi popular negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza miliki rumah mewah yang terletak di Dubai.
Siti yang sentiasa menjadi inspirasi kepada ramai orang sejak bergelar anak seni rezekinya melimpah ruah. Sikapnya yang merendah diri menjadi idola ramai. Berasal dari Kuala Lipis, Pahang, ibu kepada dua orang cahaya mata ini sentiasa bekerja keras dalam karier seninya.
Terbaru dirinya memuat naik video kondominium mewah di The Address Residences, Dubai dengan kapsyen, “Alhamdulillah. Home Sweet Home”. Dari perkongsian tersebut anak tirinya, Asyraf Khalid membuat pendedahan menerusi Instagram Stories dengan mengucapkan tahniah kepada Siti.
Menerusi kapsyen Asyraf mengucapkan tahniah.
“Tahniah Mak Iti kerana memiliki rumah pertama di Dubai. Gembira dan bangga dengan kejayaan itu”
“Kejayaan ini memberikan inspirasi kepada saya dan Tya.
“Doakan satu hari nanti, Ap pun boleh ikut jejak langkah Mak Iti. Ap doakan Allah akan murahkan lagi rezeki Ayah & Mak Iti.
“Mak iti memang layak untuk menerima semua ini atas segala usaha dan penat lelah dalam meningkatkan lagi kerjaya seni Mak Iti,” tulis Asyraf.
Dalam hantaran sama, Asyraf turut mengusik ibu tirinya itu dengan mengatakan dia kini tidak perlu lagi menyewa hotel apabila ke Dubai.
“Selepas ini jika ke Dubai, tak payahlah sewa hotel dah,” tulisnya lagi namun hantaran itu dipercayai sudah dipadamkan oleh Asyraf.
Menerusi ruangan komen video di Tik Tok akaun watieysoong, netizen memberikan komen positif dan memuji sikap Siti yang sentiasa rendah diri. Malah mengucapkan tahniah buat Siti.
“Rezeki dia yang masih kecil dulu hanya tolong ibu jual kuih sapa sangka pengakhiran nya rezeki dr Allah dah tertulis..tahniah tokti” titaabah.