Hujan lebat dan paras air naik mendadak di beberapa kawasan di pantai timur menyebabkan pelbagai urusan tergendala dan terperangkap banjir. Jenazah wanita warga emas yang terperangkap banjir di Kampung Gaung, Jerteh, di sini selamat dibawa ke Hospital Besut kira-kira jam 10 pagi pada Isnin.

Cucunya, Nik Mohd Faiz Mohd Khalil, 30, berkata, jenazah neneknya, Che Gayah Mohamad, 82 dibawa ke hospital menggunakan bot dan dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Gaung, petang ini.

“Arwah nenek meninggal dunia akibat sakit tua di rumah sekitar jam 8 malam pada Ahad. Memandangkan keadaan banjir, ahli keluarga bercadang untuk kebumikan jenazah keesokannya.

“Bagaimanapun, air naik secara mendadak sehingga mencecah satu meter di sekitar kediaman ini bermula jam 3 pagi tadi membataskan pergerakan untuk urusan jenazah.

“Mujurlah ada sebuah bot yang menyediakan perkhidmatan penghantaran jenazah secara percuma sampai dah jenazah nenek saya selamat dihantar ke hospital untuk menjalani beberapa proses sebelum dikebumikan,” katanya ketika dihubungi di sini, pada Isnin.

Terpaksa Harungi Banjir Guna Bot, Bawa Keluar Jenazah Nenek Untuk Dikebumikan

IKLAN

Rumah Dinaiki Air Malam Ahad

Nik Mohd Faiz memberitahu, laluan berdekatan kawasan rumah itu mula dinaiki air sejak jam 10 malam pada Ahad.

Namun katanya, kira-kira 30 ahli keluarga yang tinggal berdekatan di Kampung Gaung sempat berkumpul di rumah neneknya pada petang Ahad.

“Buat masa ini, 30 ahli keluarga yang lain masih ada di rumah yang dinaiki air kerana hanya saya bersama jenazah dan tiga orang lain yang berjaya keluar untuk membawa jenazah ke hospital.

“Ahli keluarga lain masih terkandas. Saya harap bantuan segera sampai dan mereka semua dapat berpindah ke lokasi selamat kerana air semakin naik,” katanya.

IKLAN

Keadaan banjir di Terengganu semakin buruk apabila seramai 16,125 mangsa banjir di pindahkan di kesemua lapan daerah di Terengganu.

Sehingga jam 12 tengah hari tadi, semua mangsa dari 4,588 keluarga dipindahkan ke 206 buah PPS.

IKLAN

Mesti Baca:Lumur Minyak Pakai Stokin, PETUA Elak Kulat Air & Kaki Kecut Terendam Banjir!
Baca Lagi Di Sini:Seawal Usia 4 Tahun Anak Ini Sudah Terdedah Misi Bantuan Banjir

Mingguan Wanita: Ujian besar buat penduduk di pantai timur ketika ini. Semoga dipermudahkan segala urusan mangsa-mangsa banjir.

Sumber: Sinar Harian

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI