Wanita dan kecantikan berpisah tiada. Tipulah kalau wanita tidak punya minat untuk tampil cantic lagi menawan. Ada juga yang memilih langkah drastik, tampil dengan wajah yang diubah mengikut spesifikasi kecantikan moden. Ada juga yang lebih ekstrem sehingga sanggup mendedahkan diri pada bahaya dengan melakukan pembedahan plastik. Bagaimana pula dengan seni rawatan wajah alami; totok wajah. Meminjam perkataan dari Bahasa Indonesia, totok wajah adalah rejim merawat wajah yang menggunakan kaedah natural dan alami. Pengulangan teknik urutan yang membantu melancarkan  sirkulasi darah dan mampu mengembalikan keremajaan kulit serta keanjalannya.

Banyak lagi teknik totok wajah alami yang belum dirungkai dan mungkin bakal menjadi ilmu baru kecantikan buat wanita Malaysia khususnya. Isnin, 26 Ogos 2019  ini dalam Mingguan Wanita Talk Show jangan lupa saksikan topik istimewa; Totok Wajah yang bakal dihoskan oleh Sherry Al Hadad dan Siti Elizad. Beberapa tamu undangan melibatakn selebriti dan mereka yang berkepakaran dalam industri ini diundang bagi mengupas isu  ini selanjutnya. Jangan lupa saksikan ulangannya pada petang hari yang sama, iaitu jam 5 petang dan bersiaran di Astro Prima 105 dan Prima HD 121.