diet

Wanita mana yang mahu tubuhnya gemuk? Ikut naluri setiap wanita, mesti mahu memiliki tubuh langsing, berat badan ideal dan jauh dari masalah ‘montel’. Tapi kalau dah buat macam-macam tapi tubuh badan tetap naik lemak, itu yang jadi kes redha. Tambah pula kalau dapat pasangan yang jenis tak kisah walau badan anda semakin berisi.

Badan saiz XXL bukan hanya sebab daripada makanan banyak dan tidak pernah bersenam dan tak cuba diet tetapi kadang faktor genetik pun boleh jadi salah satu punca. Ada juga beberapa sebab lain yang anda tak sedar, cuba semak sini…

1. Suka bangun lambat

Lagi teruk kalau yang jenis bangun pagi belum mandi, terus nak makan. Mana tak ‘semangat’ lemak naik berkilo-kilo! Padahal dah banyak kajian menyatakan mandi awal pagi sebelum subuh buat tubuh badan bebas daripada banyak penyakit seperti kolestrol, malah membantu membuang lemak dalam tubuh penyebab kegemukan.

2. Tekanan

Ketika stres, ada orang jenis tak sedar dia dah makan melampau. Setiap sejam mulut terus mengunyah dan sebab banyak fikir, ambil keputusan untuk lelap mata. Alahai… manalah badan tak naik? Tengok televisyen pun kadang ada makanan di tangan, konon kuda-kudap tapi serius itulah yang buat badan cepat naik!

Ingat ya, stres bukan hanya penyebab gemuk, tapi boleh buat tubuh menjadi lebih kurus terlampau dan tidak terkawal kerana makan minum tak terjaga. Jadi, tolonglah elak.

3. Pengaruh ubat

Ambil ubat macam-macam pun ada kesannya, ya. Jangan ingat nak kontrol anak ak nak ramai dan cantik semata, anda terus ambil pelbagai ubat tanpa sedar badan dah naik perlahan-lahan. Apa yang sedih, cara gemuk ini adalah paling tak sihat. Memang ada kajian membuktikan yang ambil ubat banyak sangat pun boleh tingkatkan selera makan. Secara tak sedar berat badan akan bertambah dan anda akan jadi gemuk.

DAN BAGI KAUM WANITA INI SALAH SATU FAKTOR LAIN YANG BERKAIT…

IKLAN

4. Menopause

Ketika masuk dunia menopause, automatik badan anda akan berubah dan tak selincah dulu. Proses metabolisme tubuh akan lambat dan sistem hormon mengalami perubahan. Saat inilah, nafsu makan akan bertambah dan tubuh mengalami banyak perubahan. Salah satu perubahan yang boleh dilihat dengan jelas adalah pada bentuk badan, tampak makin berisi dan ‘COMEL’.

Pastikan Jaga Cara Pengambilan Makanan

Ya, bukan mudah menyediakan makanan seimbang, sihat untuk badan dan yang penting dapat menghindari penyakit memudaratkan. Lebih-lebih lagi pemakanan tak seimbang boleh jadi penyumbang terbesar kepada masalah kegemukan.

Pengambilan makanan berkalori lebih daripada keperluan badan juga penyebab utama masalah ini.

1. Tolonglah buang lemak daging dan kulit ayam

Ada orang takut makan ayam lantaran ada begitu banyak lemak di dalamnya. Padahal anda boleh menghindarinya dengan cara pengolahan yang baik. Antaranya buang lemak pada daging dan kulit ayam. Cara merebus dan panggang juga dapat mengurangkan lemak.

IKLAN

2. Basuh dudlu buah dan sayur segar sebelum ‘ngap’

Elakkan merendam buah-buahan dan sayur-sayuran, sebaliknya gunakan air bersih yang mengalir untuk mengurangkan pencemaran makanan. Ini kerana bahan mentah termasuk air dan ais boleh tercemar oleh bakteria dan bahan-bahan kimia berbahaya.

3. Jangan kedekut (kecil) potong buah dan sayur

Ini akan membuatkan sayur itu cepat masak dan daun sayur itu boleh menghilangkan khasiat makanan itu.

4. Kekalkan khasiat ubi kentang dan keledek

Khasiat ubi kentang ini lebih terjamin apabila anda masak bersama kulit. Tapi pastikan anda membasuh dengan bersih sebelum memasaknya.

5. Pastikan air mendidih & minyak panas sebelum goreng

Jika anda masak sayuran berdaun hijau jika air atau minyak tidak terlalu panas akan mengubah warna dan bentuk sayuran. Sediakan ketulan ais untuk memastikan kepanasan suhu sayur yang dikeluarkan dari air panas dapat turun dengan serta merta. Ini boleh hentikan proses sayur menjadi terlebih masak dan sayur lebih rangup rasanya.

IKLAN

6. Kurangkan garam, gula dan bahan pengawet

Gunakan bahan semula jadi untuk menambah rasa masakan. Ini lebih selamat dan terjamin dari segi kesihatan tanpa bahan-bahan pengawet atau penambah rasa.

7. Tak payah ulang banyak kali guna minyak masak sama

Minyak masak yang digunakan berulang kali tahap kelikatan hidrokarbon di dalam minyak masak meningkat dan menyebabkan salur arteri tersumbat, hipertensi dan merosakkan hati.

Mak-mak kena rancang hidangan bagi memastikan keluarga tersayang sentiasa mengambil makanan seimbang dan berkhasiat. Banyakkan hidangan yang dimasak menggunakan cara seperti panggang, rebus, kukus, bakar dan kurangkan makanan berminyak dan makanan yang digoreng.

Jenis Senaman Patut Buat

Lari 100m
Jumping jack 20 kali
Squat 20kali
High knees 20 ( each side)
Lunges 20 ( each side )

Sila ulang benda yang sama 5 set and set timing

Haaa… macam mana hakak kita hari ini, dah mulakan diet yang betul? Harap dengan menjaga pola pemakanan, tidur dan betulkan balik perkara di atas akan membantu anda dapatkan tubuh slim dan sihat cara mudah.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI