Lelaki ini, Ariff Ismail berkongsi perjalanan sakit yang dialami dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Tak mudah ya mak ayah. Sebab kos perubatannya bukan sedikit.
Sebab itu mak ayah, berusahalah sebaik mungkin dan berdoalah agar dilindungi dan dijauhkan diri mahupun ahli keluarga daripada sakit. Dan tak perlu pun cuba-cuba nak buat macam-macam cari ‘penyakit’.
Dalam Tempoh PKP Ada Sakit Tekak Dan Demam
Saya cerita kronologi ” SAKIT ” yang saya hadap masa tempoh PKP.
Pada awal bulan 3 saya ada sejarah perjalanan ke Bandung, Indonesia. Shopping baju raya kononnya. Balik dari bandung dah mula self quarantine. Dalam tempoh tu ada sakit tekak dan demam.
Sikap paronoid melayu muncul dalam diri, sebab masa balik Covid-19 tengah banyak kes di Malaysia. Maka pergilah klinik, Doktor tak nak check siap jarakan diri terus suruh pergi HKL. Sampai HKL diorang suruh balik sebab sejarah perjalanan bukan ke negara risiko covid-19.
Kesesokannya bermula lah perintah PKP di Negara kita, masih juga demam, dengan cadangan beberapa keluarga dan rakan terdekat minta call Pantai Hospital untuk datang check Covid-19. Harga RM750.00, sebab #deminegara buat dan bayarlah juga dengan berat hati.
Lepas check, keadaan makin teruk, demam tak turun turun, suhu 38 +/-. Kepala dan badan sakit sangat, cuba bertahan sementara nak tunggu result keluar. Tapi tak boleh tahan, terus ke Prince Court Medical Centre.
Ads
Doktor Dan Nurse Yang Rawat Semua Pakai PPE
Drama baru bermula, kena bawak lalu pintu belakang sebab suhu dah naik 39. Doktor dan nurse yang rawat semua pakai baju PPE. Dalam hati dah terdetik aku kena Covid-19 ke ni. Memang dah tak boleh positive dalam kepala.
Doktor datang dan bagitahu kena buat test Covid-19, walaupon dah buat dan dah dapat result dari Hospital Pantai negatif. Dengan alasan, ada pesakit yang kali kedua baru result positive. Mereka tak mahu ambil risiko, kena buat juga kena lagi sekali RM 650.00. Dan Doktor bagitahu insuran akan boleh claim jika positif Covid-19.
Ikut keadaan badan yang sangat sakit kena juga lah warded. Masa ni paling sedih, sebab sementara tunggu result, kena duduk isolation ward. Tak ada siapa boleh tunggu dan berhubung dengan nurse melalui telefon sahaja. Makanan semua dalam beg plastik khas.
Ads
Dengan badan sakit dan mental dah koyak habis, kekal positif sebab kenangkan ” wehh anak aku kecik lagi kalau aku mati”. Selama 2 hari juga dirawat dalam ward isolation sebelum ditukar ke ward biasa. Tiada sebarang antibiotik atau ubat tahan sakit yang diberikan.
Kos Rawatan Sakit Sekarang, Sangat Mahal
Hampir hampir ditolak ke ICU sebab sukar bernafas dan suhu naik mendadak 40 +\-. Habis satu katil nurse basahkan dengan air sejuk. Satu badan nurse letak kain yang berendam air sejuk untuk turunkan suhu.
Alhamdulillah, result Covid-19 sekali lagi negatif. Doktor teruskan rawatan sebagai pesakit denggi disebabkan platelet darah turun sehingga bacaan bawah 40. Hampir seminggu dalam ward sebelum Doktor bagi balik rumah.
Ads
Kesimpulannya, tolong jangan sakit musim #covid19 jika kita tiada medical card personal atau company, sebab kos untuk rawatan sangat mahal sekarang dan kebanyakan hospital kerajaan sedang digunakan untuk merawat pesakit Covid-19.
Kita jaga kesihatan dan kebersihan diri serta jangan bertangguh untuk aktifkan pelan medikal kita dan keluarga. Saya bercakap sebagai individu bukan kerana saya seorang perunding takaful.
Dan satu lagi pesanan saya kepada perunding takaful muslim yang ada lesen conventional, tolong lah jujur dengan pelanggan anda. Jangan kata itu produk takaful jika anda cadangkan pelan conventional pada mereka.
Dah jadi satu tugas lagi pulak pada kami yang menyokong 100% produk takaful untuk muslim ni beri penerangan mengapa harga berbeza. Ikutlah apa yang dikeluarkan oleh majlis fatwa. Jangan kerana nak sales, sanggup takafulkan produk conventional pada pelanggan.
Tragis Budak Perempuan 3 Tahun Ditemui Mati Lemas Di Dalam Mesin Basuh!Sungguh malang tidak berbau, tragis dan menyayat hati apabila anak tersayang, tidak lagi bernyawa akibat kecuaian mak ayah. Peralatan dan perkakasan elektrik seperti mesin basuh haruslah ditutup rapi bagi mengelakkan kemalangan yang tidak diingini.
Pihak berkuasa Paris melancarkan siasatan Jumaat lalu selepas seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun meninggal dunia akibat lemas di dalam sebuah mesin basuh milik keluarganya, lapor portal berita MailOnline.
Menurut pihak pendakwa raya, kanak-kanak tersebut ditemui di dalam mesin basuh itu di sebuah apartmen milik keluarganya di timur laut Paris pada malam Khamis lalu.
Kehilangan kanak-kanak itu pada mulanya hanya disedari ketika bapanya makan malam bersama ibunya serta salah seorang anak mereka yang lain, lapor akhbar Le Parisien.
Kehilangan Anak
Pada akhir makan malam itu, ibu bapanya menjadi bimbang tentang ketiadaan anak mereka. Ia menyebabkan seluruh keluarga pergi mencarinya di bahagian dalam dan di luar apartmen dan meminta bantuan jiran mereka.
Bagaimanapun, Le Parisien melaporkan bahawa mangsa akhirnya ditemui kira-kira pukul 10.30 malam (waktu tempatan) di apartmen tersebut dan bapanya segera menghubungi perkhidmatan kecemasan untuk mendapatkan bantuan perubatan.
Menurut Le Parisien, kanak-kanak itu sudah berada dalam keadaan kritikal ketika diselamatkan dan dia disahkan meninggal dunia sejurus selepas pukul 11.30 malam (waktu tempatan).
Pintu Mesin Basuh Tertutup
Menurut bapanya, pintu mesin basuh itu berada dalam keadaan tertutup sebelum ahli keluarga menemui anak mereka berada di dalamnya.
Maklumat awal menunjukkan bahawa kematian kanak-kanak tersebut boleh dikaitkan dengan sesak nafas dan tiada tanda-tanda keganasan pada tubuhnya.
Mingguan Wanita: Semoga kisah ini menjadi pengajaran buat mak ayah yang lain semoga lebih berhati-hati dan tidak leka terutamanya melibatkan perkakasan dapur dan elektrik. Anak-anak yang masih kecil memang suka menerokai,perkara begini.
Siapa sangka bermula dengan saja-saja dibuat makan, Roti Jala Sos Coklat yang dibuat mampu jadi duit poket dan pendapatan sampingan buat lelaki ini apabila ia kian mendapat sambutan. Mungkin kerana keunikan resipinya kerana roti jala selalunya berwarna kuning dan dihidangkan bersama kari ayam atau daging. Tapi sebaliknya roti jala ini rasa manis berwarna coklat dan dihidangkan bersama sos coklat.
Berikut perkongsian resepi oleh Muhamad Fadzul Ilahi Azhar sebagai rujukan mak-mak yang nak cuba sendiri dirumah atau boleh juga dibuat pendapatan sampingan.
“Dari saja-saja buat makan..sampai la menjadi duit poket..hari ini saja saya dapat tempahan 70 set.Saya ingat orang tak suka.. saya cuba.. Alhamdulillah dapat sambutan.. saya nak sis2 yang tak buat apa-apa kat rumah.. boleh laa amik resepi ROTI JALA SOS COKLAT.. sama-sama kita kongsi ilmu.yang mana dah share sebelum ni bagus la. Yang belum share silakan.saya halalkan.Tapi doakan saya berjaya dalam bisnes.. aaminn
Ada orang tanya saya jual sebekas berapa.Saya jual 1 bekas RM5 ada 7 Keping
Bahan-Bahan (Roti Jala):
3 cawan tepung gandum
2 biji telur
3 sudu besar serbuk koko (tengok nak gelap atau cerah)
3 sudu besar gula
3 sudu besar minyak masak
1/2 cawan susu cair
Air ikut kepekatan jangan pekat sangat jangan cair sangat.
Sedikit garam
Cara Membuat:
1.Kacau semua bahan dalam satu mangkuk lepas tu blend hingga halus.
2.Semasa blend tu boleh tengok kalau ada pusar dekat tengah tu boleh masuk satu ibu jari tu adunan cantik.kalau blend adunan tu tiada pusar atau pusar kecik.. masukkan air bagi ada pusar kat tengah.
3. Bolehlah ‘menjala’ menggunakan botol 3 kaki atas kuali nonstik.
Cikgu Fadli kongsi hasil kerja murid tahun 3, “dinafikan” hak belajar kerana ibu bapa mahu anak sekolah biasa. Tiada ibu bapa yang tidak sayangkan anak. Malah sesetengahnya sanggup berkorban jiwa dan raga.
Namun ada sesetengah ibu bapa mungkin tidak menyedari bahawa anak sebenarnya sesuai untuk belajar di sekolah Pendidikan khas dan bukannya aliran perdana. Satu perkongsian hasil kerja murid tahun 3 oleh cikgu Fadli menunjukkan pelajar ini berada dalam “dunianya” tersendiri.
Namun masih tetap dihantar ke aliran biasa kerana ibu bapa kurang cakna mengenai anak yang ada masalah pembelajaran. Suatu masa, ada ibu bapa yang tahu anak bermasalah dalam pembelajaran tapi tak akui dan terus membiarkan anak bersekolah seperti biasa
Murid ni masuk pemulihan sejak darjah 1. Guru mata pelajaran dan guru pemulihan kesan murid ini kemungkinan besar ada masalah pembelajaran.
Dia tak boleh fokus
Bila bercakap mata pandang tempat lain
Sangat pendiam dan tak pernah libatkan diri dalam apa-apa aktiviti pembelajaran dalam kelas
Hasil kerja yang sangat lemah. Walau sekadar minta salin balik apa yang guru tulis, dia gagal.
Guru pemulihan buat ujian saringan awal untuk kesan samada murid ni benar-benar ada masalah pembelajaran.
Hasil ujian awal, memang ternyata murid ni ada masalah pembelajaran. Maka ibubapa dimaklumkan untuk bawa anak mereka ke hospital dan berjumpa doktor pakar kanak-kanak untuk pengesahan pakar.
Hanya pengesahan dari doktor pakar kanak-kanak sahaja membolehkan murid ini mendapat kad oku (masalah pembelajaran) seterusnya dimasukkan ke kelas pendidikan khas.
“Dinafikan” Hak Belajar Kerana Ibu Bapa Mahu Anak Sekolah Biasa
Tapi sayangnya, ibubapa tak ambil tindakan. Tak akui dan terus biarkan murid ini berada di aliran perdana.
Kesannya, murid ini langsung tak boleh ikuti pembelajaran dalam kelas. Dia duduk dalam dunia dia sendiri, tak ada peningkatan dalam belajar, bahkan makin tertinggal lagi.
Hak dia dinafikan oleh ibubapa dia sendiri. Tiada apa lagi yang mampu kami sebagai guru nak bantu anak ini.
Parent yang ada anak-anak autisme, disleksia, diskalkulia, disgraphia, hyper, adhd dan seumpamanya memang sebahagian mereka in denial dan tak terima kenyataan.
Akhirnya kesan dan akibat, anak mereka yang tanggung.
Naim Daniel mengaku anak mak, masih disuap makan walaupun sudah dewasa. Kasih sayang kepada mak yang berpanjangan dan tidak pernah malu untuk menunjukkan kasih sayangnya kepada ibu-bapa walaupun di public. Comel betul!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Air mata terakhir Zara Qairina, bersumpah & nafi mencuri sebelum temui ajal. Inkues kematian pelajar, Zara Qairina membuka kisah memilukan apabila arwah dilaporkan menitiskan...